Anda di halaman 1dari 11

1.

Rumusan Jurnal 1
Tajuk : Defending Deaf Culture : The Case of Cochlear Implans
Sumber : Internet (Jurnal)
Kumpulan Sasaran : Orang Pekak
Objektif Kajian : Mengenal Budaya Pekak dan tanggapan mereka terhadap
implan koklea.
Berdasarkan jurnal yang saya kaji ini, komuniti pekak beranggapan implan koklea
merupakan satu cara untuk memusnahkan budaya pekak. Anggapan tersebut
adalah kerana ianya adalah satu cara untuk memastikan kanak-kanak yang
pekak

membesar

menggunakan

bahasa

percakapan

berbanding

dengan

menggunakan bahasa isyarat. Implan koklea ini juga dianggap perkara yang
menyebabkan orang pekak kurang ramai yang boleh berkomunikasi menggunakan
bahasa isyarat kerana implan koklea menyebabkan mereka boleh berkomunikasi
secara oral.
Komuniti pekak berpendapat bahawa kepekakan bukan satu kekurangan
tapi dianggap

sebagai

satu

budaya. Ramai orang

pekak yang

mengatakan

mereka tidak mahu diberi pendengaran walaupun ianya tidak mustahil untuk
mendengar. Mereka tidak mahu diberi pendengaran kerana risau dan tidak mahu
komuniti pekak pupus.
Komuniti pekak ini juga akan mencari pasangan yang terdiri daripada
golongan pekak juga kerana mereka lebih selesa bersama pasangan yang pekak
supaya dapat memudahkan proses komunikasi mereka. Selain itu, mereka juga
akan mencari pakar genetik untuk memastikan anak yang akan mereka lahirkan
juga pekak seperti mereka. Sekiranya anak yang mereka lahirkan itu pekak,
mereka akan meraikannya.
Mereka merasa diri mereka normal kerana sekiranya persekitaran mereka
bising, tetapi mereka masih dapat berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat
dan menganggap orang yang boleh mendengar sebagai kurang upaya kerana

mereka tidak dapat berkomunikasi disebabkan kebisingan tersebut. Orang normal


menganggap kepekakan ialah satu ketidakupayaan kerana kekurangan satu deria
dan berpendapat fizikal yang normal ialah memiliki semua perkara yang ada
dalam diri semua orang di sekeliling.
Komuniti

pekak

sangat

membantah

implan

koklea

terhadap

komuniti

mereka kerana mereka bukan orang yang tidak upaya tetapi mereka adalah satu
komuniti yang berkongsi satu cara berkomunikasi. Cara berkomunikasi yang
dimaksudkan di sini ialah penggunaan bahasa isyarat dalam komuniti mereka
sendiri yang mana cara komunikasi tersebut berbeza dengan cara orang normal
berkomunikasi.
Menurut jurnal yang saya baca ini, aspek yang penting untuk membentuk
budaya

ialah

mestilah

berkongsi

sejarah, bahasa

yang

unik

(dialek), seni

tersendiri, sastera atau masakan.


Sejauh mana sesuatu kumpulan dapat dikekalkan atau ada terlibat dalam
institusi sendiri untuk berkhidmat untuk keperluan budaya mereka juga penting. Ini
adalah untuk memastikan institusi mereka berkekalan dan memastikan keperluan
komuniti mereka terjamin.
Komuniti pekak ini mempunyai budaya mereka sendiri, bahasa yang hebat
dan juga ada tatabahasa yang unik. Contohnya budaya mereka yang sendiri ialah
mereka suka berkumpul bersama komuniti mereka sendiri di satu-satu tempat
yang tidak ada orang kisah tentang mereka, mereka juga jenis yang tidak
menepati masa dan sukar untuk menunaikan janji. Bahasa yang mereka gunakan
juga mereka anggap hebat kerana hanya komuniti mereka sahaja yang faham
bahasa yang mereka gunakan iaitu bahasa isyarat.
Mereka suka berkongsi pengalaman berkaitan kepekakan mereka dalam
budaya mendengar, kongsi sejarah kepekakan, dan perbezaan-perbezaan yang
ada dalam diri mereka. Selain itu, mereka juga ada sekolah sendiri, kelab, tempat
berjumpa malah ada pertandingan sukan sendiri. Kombinasi antara bahasa dan
kelompok

mereka

membuatkan

budaya

mereka

kuat. Mereka

menggunakan

bahasa isyarat dalam kelompok mereka dan hanya bergaul dengan komuniti
mereka sendiri iaitu orang-orang yang pekak dan tidak dapat mendengar.
Dua

perkara

yang

menyebabkan

orang

pekak

mahu

kepekakan

dianggap sebagai satu identiti dan bukan sebagai satu ketidakupayaan

itu

ialah

yang pertama ialah hak ibu bapa dan yang kedua ialah perbezaan budaya
pekak dan budaya lain.
Perkara pertama tersebut yang mengatakan ibu bapa ada hak untuk
menentukan identiti budaya anak mereka yang mengurangkan peluang mereka
dengan ketara pada masa akan datang. Ini bermakna ibu bapa yang berhak
menentukan sama ada kepekakan anak mereka adalah satu ketidakupayaan
ataupun satu identiti. Selain itu, ibu bapa akan merasa sukar untuk membuat
keputusan untuk membawa anak mereka untuk melakukan implan koklea, sebab
tanpa implant
anak mereka akan sukar untuk belajar bercakap dan peluang mereka
sangat terhad untuk ambil bahagian dalam budaya orang bercakap pada masa
akan datang. Ibu bapa ada hak untuk membuat keputusan untuk anak mereka
samada mahu melakukan implan koklea kepada anak mereka supaya dapat
bercakap ataupun membiarkan sahaja anak mereka dalam keadaan pekak dan
sukar terlibat dalam aktiviti arus perdana.
Seterusnya ialah perbezaan yang terdapat dalam budaya pekak dan
budaya yang lain. Kriteria untuk ahli pekak ialah untuk jadi pekak. Orang normal
boleh masuk di dalam kebudayaan dunia orang pekak dengan belajar bahasa
isyarat dan melalui perhubungan dengan orang pekak tetapi mereka tetap orang
luar kerana mereka boleh mendengar. Ini bermakna, orang normal yang ingin
memahami

kebudayaan

orang pekak mestilah

belajar menggunakan bahasa

isyarat supaya mereka memahami apa yang terdapat di dalam kebudayaan


mereka tersebut.
Komuniti pekak menganggap ciri-ciri yang seharusnya ada bagi menjadi
ahli komuniti Pekak ialah mestilah pekak dan bukan itu sahaja tetapi mestilah

menggunakan bahasa isyarat dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh


orang pekak. Oleh itu, untuk menjadi ahli orang pekak perkara yang wajib ada
dalam diri individu tersebut ialah seperti yang dinyatakan di atas iaitu pekak dan
menggunakan bahasa isyarat dan menyertai aktiviti orang pekak.
Kanak-kanak yang lahir tanpa pendengaran atau hilang pendengaran pada
usia muda berpotensi untuk jadi ahli pekak dan komuniti pekak ini akan musnah
sekiranya tidak ada yang belajar bahasa isyarat. Disebabkan perkara tersebutlah,
komuniti pekak membantah untuk diberi pendengaran melalui implan koklea. Ini
kerana kanak-kanak yang diberi implan koklea tidak akan menggunakan bahasa
isyarat sebagai alat komunikasi tetapi belajar bercakap seperti orang normal.

2. Rumusan Jurnal 2
Tajuk : Deaf as Culture : A Psychosocial Perspective
Sumber : Internet (Jurnal)
Kumpulan sasaran : Komuniti Pekak
Objektif Kajian : Budaya pekak berdasarkan perspektif Teori Psikosial
Kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan faktor yang menyumbang
kepada perubahan kepekakan dari segi fizikal kepada suatu budaya. Jurnal ini
tidak

bertujuan

untuk

menyokong

atau

menafikan

tentang

kewujudan

dan

kepentingan budaya orang pekak. Sebaliknya mengkaji berkaitan soalan iaitu


bagaimana

orang

pekak

yang

ada

sejarah

dilabel

sebagai

ketidakupayaan

menjadi asas kepada pengkajian budaya.


Orang

normal

menganggap

kepekakan

sebagai

satu

ketidakupayaan

tetapi

penyokong komuniti pekak menganggap kepekakan sebagai satu budaya dan


menegaskan bahawa kepekakan bukan satu penyakit. Dari sudut perspektif,
kepekakan sebagai kurang upaya, iaitu ketidakboleh untuk mendengar pertuturan
orang lain dan tidak dapat memberi tindak balas terhadap isyarat persekitaran

contohnya ialah orang normal terkejut mendengar bunyi letupan tetapi mereka
tidak memberi sebarang tindak balas terhadap bunyi letupan tersebut.Selain itu,
mereka tidak dapat berkomunikasi dengan semua orang serta tidak dapat
menikmati aspek-aspek arus perdana seperti mendengar bunyi muzik.
Namun komuniti pekak menganggap ketidakboleh mendengar tersebut bukan
merupakan

satu

perkara

penting

yang

berguna

sehari-hari. Mereka

juga

menganggap implan koklea itu tidak perlu kerana mereka tidak hidup dalam
komuniti pekak tetapi mereka hidup dalam bangunan yang sedang meninggi. Oleh
itu, seseorang

individu

yang

pekak mesti

belajar

untuk

jadi

seorang

yang

mempunyai fungsi sebagai ahli keluaraga dan komuniti yang mana kepekakan
dianggap ialah satu ciri-ciri yang klinik sahkan sebagai penyakit yang dimiliki
oleh kumpulan ini.
Penyokong kepekakan sebagai satu budaya menegaskan bahawa kepekakan
bukan penyakit dan ianya tidak perlu dibaiki. Mereka menggunakan huruf D
besar untuk membezakan penyakit masalah pendengaran yang disahkan oleh
klinik dan menggunakan huruf d kecil bagi membezakan dua perkara tersebut.
Berdasarkan

artikel

ini

Dolnick

menegaskan

bahawa

kanak-kanak

pekak

mendapatkan perasaan identity budaya pekak daripada rakan sebaya yang pekak
lebih daripada keluarga mereka. Ini bermakna pengaruh rakan sebaya dalam
pembentukan
terutamanya

budaya

pekak

kanak-kanak

ini

lebih

kuat

berbanding

pekak

yang

mempunyai

ibu

pengaruh
bapa

keluarga

yang

boleh

mendengar.
Komuniti

pekak

menggunakan

definisi

Padden

&

Humphries

iaitu

budaya

merupakan satu bentuk tingkah laku sekumpulan orang yang mempunyai bahasa
mereka sendiri, nilai, peraturan tingkahlaku dan tradisi bahasa mereka sendiri.
Orang pekak mengatakan bahawa mereka mempunyai tingkah laku yang sama,
menggunakan bahasa dan kepercayaan yang sama. Selain itu, budaya pekak
berpendapat bahawa kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak dapat dengar

terasing dari arus perdana kerana komunikasi dengan orang normal sering terasa
susah.
Komunikasi antara murid pekak dengan murid yang tidak pekak di dalam arus
perdana mempunyai halangan yang sangat teruk. Ini kerana murid pekak biasa
menggunakan

bahasa

isyarat

manakala

murid

tidak

pekak

menggunakan

percakapan untuk berkomunikasi. Disebabkan halangan tersebut, murid pekak lebih


suka bergaul dalam kalangan mereka sendiri berbanding dengan orang yang
normal

dan

ini

juga

adalah

berkaitan

dengan

perkongsian

bahasa

dan

pengalaman.
Seterusnya ialah teori yang digunakan dalam jurnal ini iaitu Teori Psikososial
Dinamika Kumpulan. Aspek pertama yang terdapat di dalam teori ini ialah stigma,
bahasa dan seterusnya ialah prasangka.
Stigma ialah maruah ataupun sifat merendahkan dan juga menggambarkan ciri
negatif. Orang

yang

direndahkan

ini

akan

mancari

orang

yang

mempunyai

persamaan dengan diri mereka untuk menjadi normal. A stigma can become the
norm within the stigmatized population (Crocker, 1989). Ada juga teori yang
mengatakan satu faktor penting yang mencadangkan samada individu membina
kumpulan atau memilih ahli dalam kumpulan yang sedia ada iaitu samada bukan
ahli kepada kumpulan majoriti boleh dilaksanakan.
Seterusnya ialah bahasa. Bahasa ialah satu faktor dalam pembinaan dinamika
kumpulan dan juga merupakan alat penting yang diguna oleh seseorang individu
untuk meluahkan identity mereka dan untuk membuat pertimbangan tentang
orang lain. Bahasa juga ialah dimensi yang tidak boleh dipisahkan oleh budaya
dan

warisan

contohnya

ialah

dialek

dan

penggunaan

satu-satu

perkataan

tersebut. Seseorang itu lebih dikenali dengan orang bercakap menggunakan


bahasa yang sama berbanding orang yang berkongsi latar belakang kekeluargaan
Aspek yang ketiga ialah prasangka. Prasangka ini ialah satu sikap dan ianya
merupakan prasangka yang negatif kepada orang lain berdasarkan pemisahan
antara

individu

kepada

dalam

kumpulan

dan

luar

kumpulan. Mereka

menggunakan perkataan kami dan mereka untuk membezakan diri mereka


dengan orang lain.
Seterusnya mari kita lihat pengaplikasian Teori Psikososial dalam budaya pekak
yang

pertama

sekiranya

iaitu

kepekakan

ketidakupayaan
itu

ialah

satu

dan

stigma.

Orang

pekak

ketidakupayaan, oleh

itu

berpendapat
orang

pekak

direndahkan dengan kurang ciri-ciri manusia biasa. Mereka harus memandang


stigma itu sebagai sesuatu yang positif supaya dapat mengekalkan harga diri.
Oleh itu, mereka perlu memandang stigma itu untuk membantu sesuatu yang
positif untuk identiti mereka atau memisahkan diri mereka daripada stigma dalam
ketidakupayaan bersama-sama. Mereka juga tidak suka diri mereka direndahkan,
tapi sebagai ahli dalam kumpulan yang dipilih iaitu mereka terpilih untuk menjadi
ahli dalam komuniti pekak. Mereka juga mestilah jadi ahli yang berguna dalam
sesuatu kumpulan, untuk merasa bahawa orang lain berkongsi pengalaman hidup
mereka ada satu sifat dan bukannya ketidakupayaan, dan sifat tersebut dikaitkan
dengan ketidakupayaan yang positif.
Mereka selesa dengan orang yang sama seperti mereka kerana kumpulan yang
distigmakan sebagai pekak bukan penentu satu peraturan untuk membina
antara kumpulan. Mereka menganggap kepekakan bukan satu kehilangan tapi
satu perspektif yang tersendiri oleh dunia. Penyokong budaya Pekak mengatakan
ketidakupayaan ialah mereka yang buta atau ketidakupayaan fizikal.
Mereka juga menggunakan bahasa isyarat sebagai bahasa pertama menjadi asas
kepada penyokong budaya Pekak yang telah diasaskan. Penggunaan bahasa
isyarat sangat penting kepada budaya pekak di mana sebarang tanggapan yang
dilihat kepada penggunaan bahasa isyarat dilihat sebagai ancaman kepada
keberkesanan
ataupun

budaya

menghapuskan

Pekak. Manakala
budaya

secara

implan

koklea

dianggap

membunuh

beramai-ramai. Menghapuskan

orang

pekak sepenuhnya dalam usia muda akan menyebabkan tiada lagi budaya
Pekak. Oleh itu, bahasa isyarat ialah penanda sebagai ahli dan mewakili waris
utama. Sesiapa yang menggunakan bahasa isyarat asli atau yang memang
menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dianggap ahli dalam budaya

Pekak, manakala

yang

tidak

menggunakan

bahasa

isyarat

sebagai

bahasa

pertama dianggap kumpulan luar ataupun dari dunia pendengaran.


Seterusnya aspek teori yang terakhir ialah prasangka terhadap pendengaran di
mana orang normal beranggapan pendengaran sebagai isu utama kerana ia
menerangkan

kenapa

orang

melabel

pendengaran

sebagai

budaya

pekak.

Pendengaran adalah tanggapan negatif yang digunakan oleh ahli budaya pekak.
Mereka berprasangka terhadap orang yang melatih kaedah bercakap secara oral.
Mereka menganggap individu tersebut ingin menghapuskan budaya Pekak dengan
mengajar orang pekak bertutur secara oral.
Selain

itu, mereka

sepenuhnya. Anak

menganggap
itu

mesti

ada

anak

yang

ikatan

yang

pekak

bukan

kuat

dengan

hak

ibu

budaya

bapa
Pekak

berbanding dengan keluarga, jiran dan rakan sejawat. Satu tahap prasangka juga
dirasakan perlu bagi membina dan mengekalkan kesahan budaya Pekak. Komuniti
normal

menganggap

kepekakan

satu

stigma

dan

orang

yang

tidak

boleh

mendengar susah untuk berkomunikasi dengan baik dalam arus perdana. Oleh
itu, ianya adalah untuk dilihat sama dengan orang dalam dunia mendengar dan
mengurangkan prasangka terhadap orang yang mendengar akan meningkatkan
penyerapan budaya dan melemahkan perbezaan dan status.

3. Perbandingan

antara

orang

pekak

dengan

individu

yang

boleh

mendengar
Perbezaan

pertama

yang

akan

saya

terangkan

ialah

dari

segi

masalah

pendengaran yang mereka alami. Mereka menganggap kepekakan yang mereka


alami ini sebagai satu budaya. Mereka tidak mahu sekiranya mereka diberi
pendengaran ini kerana mereka menganggap budaya pekak mereka tersebut
bagus dan kerana mereka merupakan satu komuniti yang erat dan sentiasa
berkongsi pengalaman antara satu sama lain. Mereka berbeza dengan orang
yang boleh mendengar di mana orang yang mendengar mengharapkan anak
yang mereka lahirkan boleh mendengar. Berbeza dengan mereka iaitu mereka
tidak mahu anak yang boleh mendengar kerana mereka menganggap ianya
merupakan satu kecacatan dan ianya penyakit yang tidak normal.
Perbezaan yang seterusnya ialah dari aspek bahasa. Orang menggunakan
bahasa isyarat untuk berkomunikasi iaitu (Bahasa Isyarat Malaysia). Manakala
orang

yang

boleh

berkomunikasi. Selain

mendengar

menggunakan

itu, penyampaian

orang

pertuturan
pekak

sepenuhnya

tidak

tersusun

untuk
dan

tatabahasa yang digunakan tidak betul. Contoh struktur ayat yang digunakan oleh
orang pekak ialah saya tendang bola kepada bola tendang saya. Perbezaan
dari aspek komunikasi ini merujuk kepada budaya mereka semasa bercakap. Ayat
orang yang mendengar tersusun kerana mereka bercakap dan mendengar ayat
orang lain, di mana mereka boleh betulkan sebarang kesilapan yang terdapat
dalam ayat mereka semasa bercakap. Berbeza dengan orang pekak yang lebih
mementingkan ekspresi muka berbanding susunan ayat yang disampaikan. Mereka
memahami apa yang disampaikan lebih kepada memahami pergerakan badan
dan mimik muka berbanding ayat yang disampaikan.
Perbezaan seterusnya ialah dari segi gelaran atau panggilan nama. Orang
pekak mempunyai satu budaya yang unik di mana mereka menggunakan bahasa
isyarat dengan merujuk kepada nama dan ciri-ciri muka dan fizikal orang
tersebut. Nama orang dalam budaya pekak tidak diingat sepenuhnya tetapi hanya
mengingat isyarat nama yang diberi berbeza dengan orang yang mendengar

yang memanggil nama seseorang dengan gelaran sebenar orang tersebut. Orang
pekak sangat bangga dengan isyarat nama yang diberi dan ianya tidak boleh
ditukar.Dari aspek sosial ialah pekak lebih suka berada di dalam komuniti
mereka sendiri kerana hanya orang pekak sahaja yang pandai menggunakan
bahasa isyarat. Mereka juga akan memilih kekasih dan pasangan hidup dalam
kalangan mereka sendiri sahaja. Mereka beranggapan itu adalah budaya mereka
iaitu memilih pasangan dalam komuniti mereka sendiri sahaja. Ianya berbeza
dengan orang yang boleh mendengar di mana mereka lebih bersifat terbuka iaitu
bebas memilih siapa pasangan mereka tidak kira bangsa dan warna kulit.
Disebabkan
perkara

itu, masalah

biasa

dan

penceraian

menjadi

dalam

budaya

komuniti

mereka

yang

mereka
gagal

sudah

menjadi

mempertahankan

perkahwinan.
Selain itu, mereka juga suka bercerita panjang tanpa memikirkan faktor
masa dan tempat. Mereka boleh bercerita berjam-jam tanpa rasa bosan. Hal ini
disebabkan kesukaran mereka dalam mengakhirkan topik perbualan mereka.
Budaya ini berbeza dengan orang yang boleh mendengar yang hanya akan
bersembang bila perlu dan mempunyai masa yang terluang sahaja. Orang pekak
juga tidak dapat menyampaikan sesuatu perkara dengan baik dan mereka amat
kelam kabut sehingga menyebabkan tidak semua topik yang dibincangkan habis
dicakap.
Perbezaan yang seterusnya ialah dari aspek sikap dan nilai. Bagi orang
pekak

sikap

mengetuk

meja, menepuk

bahu, menggunakan

lampu, menepuk

tangan bagi mendapatkan perhatian adalah perkara biasa kerana mereka tidak
dapat mendengar panggilan orang lain dan hanya dapat bertindak balas dengan
pergerakan daripada sekeliling mereka. Perkara ini berbeza dengan orang yang
boleh mendengar kerana mereka boleh mendengar apabila dipanggil dan tidak
perlu melakukan perkara yang sedemikian. Orang pekak juga peka dengan mimik
muka orang lain kerana mereka memahami seseorang berdasarkan bahasa
isyarat

dan

memahami

mimik

muka. Orang

mimik muka orang

yang

boleh

lain kerana

mendengar
mereka

pula

sukar

untuk

lebih kerap meluahkan

perasaan menggunakan pertuturan. Orang pekak juga jenis yang berterus terang
dan mereka akan menunjuk secara terus apa yang mereka inginkan tanpa
menggunakan isyarat yang berbunga-bunga berbeza dengan orang normal yang
boleh menggunakan bahasa kiasan bagi meminta sesuatu yang mereka inginkan.

Anda mungkin juga menyukai