Anda di halaman 1dari 8

Masalah emosi sememangnya dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan

juga jantina. Dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun, kanak-kanak gemar


menghabiskan masa bersama rakan sebaya dan bermain sebarang permainan secara
berpasukan seperti bola sepak, bola jaring dan sebagainya. Melalui perkara tersebutlah
mereka belajar memahami perasaan orang lain dan emosi mereka semakin stabil.

Pada peringkat umur ini juga kanak-kanak sudah mula menonjolkan sifat
berdikari dalam kehidupan. Pada masa yang sama mereka menonjolkan kemahiran
bersosial bersama rakan-rakan. Namun tidak semua kanak-kanak pada peringkat umur
ini melalui perkembangan yang normal seperti kanak-kanak lain.

Ma;rof Redzuan & Haslinda Abdullah (2002: 209), tekanan ialah tindak balas
seseorang terhadap sesuatu keadaan dan suasana yang mengganggu serta
memerlukan penyesuaian sama ada untuk system badan ataupun pemikiran. Saya
telah menjalankan satu tinjauan di sebuah sekolah di Selangor. Tinjauan yang saya
jalankan melibatkan 75 orang murid yang terdiri daripada murid tahap 1 dan juga
murid tahap 2.

Jadual 1

Jenis tekanan emosi yang dialami murid

Perkara Selalu Kadang- Tidak Jumlah


kadang Pernah
N % N % N % N %
1 Cepat marah. 30 40 42 56 3 4 75 100
2 Memudaratkan diri sendiri. 10 13. 5 6.6 60 80 75 100
3
3 Memudaratkan orang lain. 3 4 2 2.6 70 93.3 75 100
4 Merosakkan harta sendiri. 2 2.6 3 4 70 93.3 75 100
5 Merosakkan harta orang lain. 4 5.3 11 14.6 60 80 75 100
6 Mengejek rakan. 11 14. 16 21.3 48 64 75 100
6
7 Hipoaktif (berdiam diri) 58 77. 6 8 11 14.6 75 100
3
8 Mengasingkan diri / bersendirian. 61 81. 6 8 8 10.6 75 100
3
9 Suka berkhayal. 30 40 21 28 24 32 75 100
1 Tiada keyakinan diri 32 42. 37 49.3 6 8 75 100
0 6
11 Memencilkan diri daripada 60 80 6 8 9 12 75 100
aktiviti kumpulan.
1 Melibatkan diri dalam 1 1.3 13 17.3 61 81.3 75 100
2 aktiviti kumpulan.
1 Kelihatan sugul. 43 57. 11 14.6 21 28 75 100
3 3
1 Merasa takut dan cemas. 40 53. 30 40 5 6.6 75 100
4 3
1 Malu untuk bergaul. 15 20 37 49.3 23 30.6 75 100
5
1 Suka meminta perhatian. 13 17. 29 38.6 33 44 75 100
6 3
1 Suka berbohong. 10 13.3 48 64 17 22.6 75 100
7
1 Tidak suka berkawan. 47 62.6 19 25.3 9 12 75 100
8
1 Kurang tumpuan perhatian. 60 80 12 16 3 4 75 100
9
2 Kurang daya ingatan. 41 54.6 12 16 22 29.3 75 100
0
2 Selalu susah hati. 59 78.6 12 16 4 5.3 75 100
1
2 Kelihatan murung. 49 65.3 14 18.6 12 16 75 100
2
2 Selalu kelihatan letih. 36 48 26 34.6 13 17.3 75 100
3
2 Mudah resah. 20 26.6 42 56 13 17.3 75 100
4
2 Tidak tentu arah. 42 56 17 22.6 16 21.3 75 100
5
2 Kelihatan sombong. 34 45.3 12 16 29 38.6 75 100
6
2 Penakut. 16 21.3 31 41.3 28 37.3 75 100
7
2 Suka mendesak. 21 28 41 54.6 13 17.3 75 100
8
2 Ada perasaan benci. 46 61.3 9 12 20 26.6 75 100
9
3 Muram. 59 78.6 11 14.6 5 6.6 75 100
0
3 Tidak datang ke sekolah 20 26.6 33 44 22 29.3 75 100
1 tanpa sebab.
3 Pencapaian akademik merosot. 51 68 13 17.3 11 14.6 75 100
2
3 Tidak menghormati. 2 2.6 3 4 70 93.3 75 100
3

Menurut Kasmini Kassim (1992: 42), antara tanda-tanda psikologi akibat tekanan
emosi ialah tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sebaya sehingga
menimbulkan masalah untuk bergaul, mudah cemas, merasa diri terdedah kepada
bahaya dan ancaman, cepat marah dan mengalami kemurungan. Manakala menurut
Hamdan Moh Ali (2002: 30), tanda-tanda psikologi terhadap tekanan ialah kemurungan
dan tidak boleh bertenang.
Daripada 33 simptom yang disenaraikan (Jadual 1), simptom tekanan yang
selalu dialami oleh murid yang mencatatkan peratus tertinggi ialah simptom
mengasingkan diri atau bersendirian iaitu seramai 61 orang murid atau 81.3%.
Manakala simptom tekanan yang kadang-kadang dialami oleh murid ialah suka
berbohong seramai 48 orang yang mencatatkan 64 peratus. Manakala simptom yang
tidak pernah dialami oleh murid yang mencatatkan jumlah tertinggi ialah
memudaratkan orang lain, merosakkan harta sendiri dan tidak menghormati iaitu
masing-masing seramai 70 orang atau 93.3 peratus.

Simptom lain yang selalu dialami oleh murid ialah kurang tumpuan dan
memencilkan diri daripada aktiviti kumpulan iaitu seramai 60 orang murid atau 80
peratus. Simptom tekanan yang kadang-kadang dialami oleh murid yang juga
mencatat jumlah tinggi ialah cepat marah dan mudah resah iaitu 42 orang murid
atau 56 peratus dan simptom yang tidak pernah dialami oleh murid ketika mengalami
tekanan emosi ialah melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan iaitu seramai 61 orang
bersamaan dengan 81.3 peratus.

Terdapat beberapa lagi simptom lain yang selalu dialami oleh murid iaitu
selalu susah hati (59 orang atau 78.6 peratus), hipoaktif atau berdiam diri (58 orang
atau 77.3 peratus), pencapaian akademik merosot (51 orang atau 68 peratus).
Simptom yang kadang-kadang dialami pula ialah malu untuk bergaul (37 orang atau
49.3 peratus), suka mendesak (41 orang atau 54.6 peratus) dan tidak datang sekolah
tanpa sebab (33 orang atau 44 peratus). Manakala simptom yang tidak pernah
dialami ialah memudaratkan diri sendiri (60 orang atau 80 peratus), merosakkan harta
orang lain (60 orang atau 80 peratus) dan mengejek rakan (48 orang atau 64
peratus).

Jadual 2

Faktor tekanan emosi yang dialami

Perkara Selalu Kadang- Tidak Jumlah


kadang Pernah
N % N % N % N %
1 Sekiranya hubungan renggang
dengan ibu bapa atau adik 15 20 26 34. 34 45. 75 100
beradik 6 3
2 Sekiranya berselisih faham dengan 17 22.6 23 30. 35 46. 75 100
ibu bapa. 6 6
3 Sekiranya didera emosi, fizikal, 2 2.6 9 12 64 85. 75 100
seksual. 3
4 Sekiranya ibu bapa atau penjaga 10 13.3 16 21. 49 65. 75 100
pilih kasih. 3 3
5 Ekonomi/pendapatan ibu bapa 7 9.3 13 17. 55 73. 75 100
merosot 3 3
6 Ibubapa atau penjaga tegas dan 5 6.6 26 34. 44 58. 75 100
tidak bertolak ansur. 6 6
7 Sekiranya ibu bapa bercerai. 20 26.6 18 24 37 49. 75 100
3
8 Sekiranya ibu bapa berkahwin lain. 13 17.3 20 26. 42 56 75 100
6
9 Sekiranya ibu bapa meninggal 22 29.3 15 20 38 50. 75 100
dunia. 6
1 Terlibat masalah rokok dan 5 6.6 12 16 58 77. 75 100
0 ganterism. 3
11 Menghadapi masalah 3 4 29 38. 43 57. 75 100
interaksi/konflik 6 3
kawan.
1 Kecewa dengan kawan. 17 22.6 12 16 46 61. 75 100
2 3
1 Bermasalah dengan guru. 13 17.3 21 28 41 54. 75 100
3 6
1 Tiada masa lapang kerana banyak 5 6.6 15 20 55 73. 75 100
4 kerja sekolah. 3
1 Gagal menunjukkan prestasi
5 akademik yang baik. 7 9.3 16 21. 52 69. 75 100
3 3
1 Kurang daya tumpuan ketika
6 belajar. 8 10.6 10 13. 57 76 75 100
3
1 Bosan dan tidak pasti masa depan. 2 2.6 6 8 67 89. 75 100
7 3
1 Tidak faham diajar oleh guru. 4 5.3 18 24 53 70. 75 100
8 6
1 Harapan tinggi ibu bapa dalam 2 2.6 23 30. 50 66. 75 100
9 pelajaran. 6 6
2 Sifat pemalu keterlaluan. 6 8 15 20 54 72 75 100
0
2 Tidak yakin dengan diri sendiri. 10 13.3 19 25. 46 61. 75 100
1 3 3
2 Tinggal kawasan perumahan 11 14.6 21 28 43 57. 75 100
2 padat/sibuk. 3
2 Rakan sebilik/jiran tidak peramah. 6 8 12 16 57 76 75 100
3
2 Tempat tinggal kurang kemudahan 4 5.3 18 24 53 70. 75 100
4 asas. 6
2 Persekitaran yang tidak bersih. 8 10.6 14 18. 53 70. 75 100
5 6 6
2 Persekitaran sempit dan tidak 2 2.6 11 14. 62 82. 75 100
6 selesa. 6 6
2 Disisih rakan sebaya. 5 6.6 29 38. 41 54. 75 100
7 6 6
Adnan al-Sharif (1987: 86), menyatakan bahawa tekanan bukan sahaja wujud kerana
dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosi tetapi tekanan juga wujud apabila
manusia merasa ketidaktenteraman jiwa atau jiwa yang berada dalam keadaan
gelisah, keluh kesah, ketakutan, kecemasan dan was-was. Saya telah menyenaraikan
27 item yang dikenalpasti menjadi punca kepada tekanan emosi remaja. Kesemua
item ini meliputi item dari aspek keluarga, tingkah laku sosial, personaliti, akademik
dan persekitaran.

Hasil soal selidik menunjukkan punca yang paling tinggi menyebabkan tekanan
emosi kanak-kanak ialah sekiranya ibu bapa meninggal dunia iaitu 22 orang atau
29.3 peratus, sekiranya ibu bapa bercerai 20 orang atau 26.6 peratus dan sekiranya
berselisih faham dengan ibu bapa serta kecewa dengan kawan dengan jumlah yang
sama 17 orang dengan 22.6 peratus. Kebanyakan kanak-kanak ini tinggal di asrama
dan merasa tertekan apabila menghadapi masalah berkaitan keluarga kerana mereka
bukan sahaja merasa tersisih disebabkan kurangnya perhatian tetapi mereka juga
jauh dari keluarga.

Perkara yang kadang-kadang menjadi punca tekanan emosi kanak-kanak pula


ialah menghadapi masalah dengan kawan dan disisih oleh rakan sebaya dengan
jumlah 29 orang atau 38.6 peratus, sekiranya hubungan dengan ibu bapa atau adik
beradik renggang dan ibu bapa kurang bertolak ansur dan tegas iaitu 26 orang
dengan 34.6 peratus

Manakala punca yang tidak pernah dihadapi oleh murid ialah bosan dan tidak
pasti masa depan dengan jumlah 67 orang atau 89.3 peratus. Sekiranya didera
emosi dan fizikal iaitu 64 orang atau 85.3 peratus dan juga persekitaran yang sempit
dan tidak selesa iaitu 62 orang atau 82.6 peratus. Kebanyakan kanak-kanak ini terdiri
daripada keluarga yang senang dan mereka kurang menghadapi masalah yang
melibatkan ekonomi dan persekitaran yang tidak sihat.

Tekanan emosi yang dialami oleh murid memberi banyak kesan kepada diri
murid terutamanya dari segi emosi, sosial dan akademik murid. Kesan tekanan yang
dialami dalam aspek emosi ialah murid merasa sedih, mudah menangis dan cepat
marah tanpa sebab. Kesan tekanan dari segi sosial pula ialah rakan-rakan kurang
senang, tidak mahu bergaul, mengelak daripada aktiviti kumpulan dan tidak boleh
bertolak ansur. Seterusnya ialah kesan kepada akademik murid. Tekanan yang dialami
mengakibatkan murid merasa tertekan dan tidak dapat fokus kepada akademik
mereka. Oleh itu, prestasi pelajaran mereka telah menurun kerana hilangnya tumpuan
dan minat untuk belajar.
Masalah tekanan emosi perlu dikurangkan dengan segera. Oleh itu, peranan
pelbagai pihak sangat penting seperti ibu bapa, guru mata pelajaran, guru bimbingan
dan kaunseling serta rakan sebaya. Peranan ibu bapa ialah mereka seharusnya
memahami perubahan yang berlaku dalam diri anak mereka. Ibu bapa perlu
bekerjasama dengan pihak sekolah untuk melaporkan setiap perubahan yang berlaku
dalam diri anak mereka supaya pihak sekolah dapat bertindak lebih awal untuk
membantu menangani masalah yang dialami oleh murid.

Seterusnya ialah peranan guru di sekolah dalam menangani masalah tekanan


emosi dalam diri pelajar daripada menjadi lebih teruk. Guru perlu menggunakan teknik
peneguhan yang sesuai ketika melaksanakan hukuman. Sebagai contoh ialah
menghias pusat sumber sekolah di atas kesalahan menconteng pintu tandas sekolah.
Selain itu, guru perlu peka dengan perubahan setiap murid ketika berada di dalam
kelas. Guru juga tidak bersikap pilih kasih di dalam kalangan anak muridnya. Namun
guru perlu memberi perhatian yang lebih kepada murid yang sememangnya lemah di
dalam pelajaran supaya murid tersebut tidak berputus asa yang mengakibatkan
tekanan emosi kerana memperolehi keputusan yang rendah berbanding dengan
rakan-rakan yang lain.

Selain itu, pihak sekolah perlu kerap memanggil ibu bapa ke sekolah bagi
mengetahui perkembangan murid yang dikenalpasti bermasalah. Pihak sekolah juga
boleh mengadakan aktiviti yang melibatkan ibu bapa supaya dapat mengeratkan
hubungan di antara ibu bapa, guru dan murid.

Seterusnya ialah peranan guru bimbingan dan kaunseling. Antara langkah yang
boleh diambil oleh guru bimbingan dan kaunseling ialah memberi perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling dari segi pengurusan emosi dan cara menangani masalah
yang timbul. Selain itu, mengadakan satu kem motivasi yang berkaitan dengan
pengurusan emosi dan melibatkan semua murid di sekolah. Kem motivasi ini bukan
sahaja mengajar murid cara mengurus emosi dan masalah tetapi turut meningkatkan
kemahiran bersosial melalui aktiviti berkumpulan yang dijalankan.

Setiap sekolah ada mewujudkan satu persatuan yang dipanggil Pembimbing


Rakan Sebaya (PRS). Persatuan ini diwujudkan adalah untuk membantu rakan-rakan
yang menghadapi masalah. Terdapat murid yang beranggapan bimbingan dan
kaunseling hanya untuk murid yang bermasalah dalam disiplin. Apabila mereka
mempunyai masalah yang tidak berkaitan dengan disipilin, mereka tidak tahu untuk
berjumpa dengan siapa. Oleh itu, persatuan ini ditubuhkan untuk memberi penerangan
kepada rakan-rakan di sekolah tentang fungsi bimbingan dan kaunseling bukan hanya
untuk murid yang mempunyai masalah disiplin tetapi juga untuk murid yang
mempunyai masalah lain.

Rujukan
Adnan al-Sharif. 1987. Min ilm al-nafs al-Quran. Beirut: Dar al-Ilm Lil-Malayin

Kasmini Kassim. 1992. Psikitari Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Marof Redzuan & Haslinda Abdullah. 2002. Psikologi. Kuala Lumpur: McGraw Hill

Hamdan Mohd Ali. 2002. Meredakan Stres Melalui Sukan. Dalam Pasca Sidang
Seminar Psikologi-PISMA 2, Yahaya Mahamood & et al (ed.). Bangi: Jabatan Psikologi
UKM.

Anda mungkin juga menyukai