Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA SUKANEKA 1

PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS INTEGRASI
SK MALAWA.

MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA

1. PENDAHULUAN DAN NAMA PROGRAM

SUKANEKA 1 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK MALAWA

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh


kebiasaanya kanak kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa
lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam
pendidikan fizikal bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBK
(BP)) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Malawa Walaupun
objektif jangka masa pendek adalah untuk menghiburkan MBK (BP), namun
permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap
perkembangan mereka. Menerusi permainan sukaneka ini, MBK (BP) dapat
membina sifat jasmani dan sosial yang diingini seperti kepantasan, daya
tenaga, ketangkasan serta kemahiran. Selain itu, permainan sukaneka juga
dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam
pengelolaan sesuatu pertandingan seperti program ini.

2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Permainan sukaneka ini diadakan untuk:

a) Membentuk disiplin diri MBK (BP) dengan pelbagai peraturan


sepanjang berlangsungnya aktiviti ini.

b) Melatih MBK (BP) mematuhi arahan guru demi keselamatan semua


pihak.
c) Menanam sikap bekerjasama, tolak-ansur dan prihatin di kalangan
MBK (BP) dan guru.

d) Melengkapkan diri MBK (BP) dengan pengetahuan dan kemahiran


kemahiran setanding dengan murid normal.

3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 26 Mei 2017 (Jumaat)


Masa : 7.10 pagi 9.30 pagi
Tempat : Perkarangan tempat perhimpunan SK Malawa

4. SASARAN

MKB (BP) yang terdiri daripada Terencat Akal Ringan, Lembam, Masalah
Pembelajaran, Autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder dan Sindrom
Down di Program Pendidikan Khas Integrasi SK Malawa.

3. JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tn. Judin Bin Diana


Guru Besar Cemerlang SK Malawa
Penasihat : Pn. Rohaizat Binti Ibrahim
Penyelaras PPKI SK Malawa
Pengarah Projek : En. Arifuddin Bin Bitan
Bendahari : Pn. Norhazeah Binti Suhailin
Keselamatan dan : Pn. Stephanie Emmanuel
Displin

Pengacara : En. Arifuddin Bin Bitan


Acara Sukan dan : Pn. Hazeah Binti Suhailin
Persiapan Tempat
Juri (Pengadil) : Pn. Rohaizat Binti Ibrahim
Jurufoto : Pn. Stephanie Emmanuel
Hadiah : En. Arifuddin Bin Bitan

4. ACARA SUKANEKA

MASA AKTIVITI TINDAKAN

7.10-7.30 pagi Sesi Senam Aerobik Semua guru/murid


Sukaneka-Isi guli dalam
Semua guru/murid
7.40-8.00 pagi botol
Sukaneka-Ambil penutup
Semua guru/murid
botol dengan batang
8.00-8.20 pagi aiskrim
Sukaneka-Susun tin ikut
8.20-8.40 pagi abjad Semua guru/murid
8.40-9.00
pagi Sukaneka-Boling cawan Semua guru/murid
9.00-9.20
pagi Sukaneka- Belon berair Semua guru/murid
9.30-9.50
pagi Rehat

Majlis Penyampaian Hadiah


Isnin Penyampaian Hadiah Semua guru/murid
(12 Jun 2017) i- Johan
7.20-7.30 pagi ii- Naib Johan
iii- Ketiga

7.30-7.40 pagi Sesi Fotografi Pentadbir, Semua guru


dan murid

5. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Butiran Jumlah


1. Hadiah 18 Plak x RM 5=RM 90 RM 90.00
Jumlah Besar RM 90.00
7. PENUTUP

Program ini di harap mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua


pihak bagi memastikan objektifnya dapat dicapai dengan jayanya. Di
samping itu, ia juga dapat membuktikan keupayaan MBK (BP) bahawa
mereka juga mampu untuk berdikari dan berdisplin melalui aktiviti yang
telah dirancangkan ini. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi kepada
setiap guru dan murid di masa akan datang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.. . .
En. Arifuddin Bin Bitan Pn. Rohaizat Binti Tn. Judin Bin Diana
Ibrahim
Ketua Projek Sukaneka, Penyelaras, Guru Besar Cemerlang,
PPKI SK Malawa PPKI SK Malawa SK Malawa

Anda mungkin juga menyukai