Anda di halaman 1dari 4

Tugasan EDU 3108 part iii

Sejauh Manakah Senario Ketidakpatuhan menjejaskan Integriti Dan Akauntabiliti


Guru?
Apabila menyentuh berkaitan dengan aspek ketidakpatuhan ini, tentu sekali kita
akan menyentuh berkaitan dengan etika keguruan khasnya dan etika amnya.
Mengapakah etika begitu penting dalam dunia pendidikan dan pengurusan pendidikan?
Guru telah diberi tanggungjawab yang besar untuk menjalankan amanah dan
tanggungjawab mendidik anak bangsa Negara yang pada suatu hari nanti akan menjadi
tunjang kepada pembangunan Negara. Penekanan terhadap nilai dan etika
perkhidmatan awam yang paling sesuai ialah dengan memastikan bahawa penjawat
awam seperti guru memahami konsep tanggungjawab dan turut menjalankan tugasnya
dengan penuh tanggungjawab (Mohd Tap et al,1999). Profesionalisme guru pada hari
ini agak tergugat dengan pelbagai pendedahan dari pihak media massa tentang
kelemahan sistem pendidikan dan secara tidak langsung mengugat ketokohan
seseorang guru di mata masyarakat Negara ini. Oleh itu, integriti dan akauntabiliti
seseorang guru kini dipersoalkan oleh masyarakat Malaysia yang sentiasa meletakkan
isu berkaitan dengan guru sebagai isu umum utama yang seringkali menjadi bualan
hangat di tempat kerja dan ketika berbual dengan rakan di luar waktu kerja. Apabila
guru mula dipersoalkan kemampuannya, adakah kita masih boleh dianggap
profesioanal?
Integriti dan akauntabiliti guru merupakan kualiti unggul dan
kebertanggungjawaban yang perlu dipikul oleh guru untuk meningkatkan martabat
professional perguruan di mata masyarakat sekeliling. Jika dilihat pada Pelan
Integriti Nasional (PIN) yang dikeluarkan pada tahun 2004 oleh Institut Integriti
Malaysia, Integriti turut merujuk kepada etika dan nilai-nilai etika. Oleh itu, adalah
menjadi akauntabiliti seseorang penjawat awam untuk meletakkan kualiti diri yang
unggul sepanjang masa bagi menjaga nama baik profesion perguruan. Perlakuan yang
tidak beretika sebenarnya berpunca daripada diri sendiri dan untuk mengatasi masalah
tersebut, seseorang guru hendaklah berani untuk berubah dan meletakkan kepentingan
perkhidmatan awam dan profesion perguruan melebihi kepentingan peribadi.
Kerajaan telah menekankan amalan etika yang baik dan integriti dalam
Perkhidmatan Awam. Antaranya ialah Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam
Pentadbiran
(1983),
Pendekatan
Islam
Hadhari
(2002),
Rancangan MalaysiaKesembilan RMK9 (2006-2010), Kempen Nilai-nilai Murni dan Budi
Bahasa (2008), Pelan Integriti Nasional (PIN) (2008), Penubuhan Institut Integriti
Malaysia, Ikrar Aku Janji, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, Wawasan 2020, Ikrar
Perkhidmatan Awam, Ikrar Kualiti, Piagam Pelanggan Perkhidmatan Awam dan lain-lain
lagi. Ternyata Kerajaan amat komited untuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti
guru namun persoalan yang akan timbul ialah sejauh mana diri guru itu sendiri mahu
berubah dan memikul integriti serta akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.

Senario ketidakpatuhan terhadap Surat Pekeliling merupakan contoh mudah


tindakan guru yang boleh mengakibatkan integriti dan akauntabiliti profesion perguruan
dipertikaikan oleh masyarakat setempat. Guru dilarang merokok di sekolah kerana
sekolah merupakan kawasan larangan merokok namun masih terdapat segelintir guru
yang tidak mengendahkan larangan ini. Ini menunjukkan bahawa guru-guru seperti ini
tidak memiliki integriti seperti yang dituntut dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). Oleh
itu, guru seharusnya berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara
yang boleh mendatangkan nama yang tidak baik terhadap profesion perguruan.
Perkara ini turut terkandung dalam Kod Etika Profesion Keguruan perkara (J) iaitu guru
tidak seharusnya bertindak sedemikian rupa yang boleh menjatuhkan darjat profesion
perguruan.
Kesimpulannya, ketidakpatuhan guru terhadap arahan yang dikeluarkan melalui
Surat Pekeliling akan menjejaskan akauntabiliti dan integriti guru dalam tempoh masa
yang panjang dan kepercayaan masyarakat akan turut berkurangan terhadap guru. oleh
itu, komuniti guru harus sentiasa berusaha untuk menjaga prestasi dan nama baik
profesion perguruan serta dalam masa yang sama, sentiasa berusaha untuk
meningkatkan integriti, akauntabiliti, produktiviti dan kualiti perkhidmatan yang diberikan
untuk memacu pembangunan dunia pendidikan Negara.
Cadangan Dan Ciri Kepimpinan Guru Yang Bersesuaian
Guru merupakan public-figure yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat
dan sentiasa sahaja isu yang berkaitan dengan guru dibincangkan dengan hangat di
kedai-kedai kopi dan pejabat jabatan lain. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa menjaga
perlakuan mereka terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat kerana guru
akan sentiasa menjadi buah mulut masyarakat yang selama ini meletakkan tugas untuk
mendidik anak bangsa di bahu guru-guru. Untuk menjadi guru yang baik, guru
memerlukan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian untuk memimpin bukan sahaja murid
tetapi untuk memimpin diri sendiri.
Secara asasnya, guru boleh memimpin diri sendiri untuk melakukan perkara
yang mudah untuk dilakukan. Sebagai contoh, mematuhi kod etika profesion keguruan
yang sudah digunapakai sejak sekian lama sebagai panduan untuk menjaga tahap
profesionalisme perguruan. Dengan ini, guru akan mampu menjadi pemimpin untuk diri
sendiri di samping dapat menjadi panduan dan pimpinan untuk rakan sejawat lain di
sekolah. Guru yang mampu untuk memimpin rakan-rakan guru yang lain boleh dikenali
sebagai guru pemimpin di sekolah. Guru pemimpin juga dikehendaki di masa lain bagi
memotivasikan rakan-rakan sejawat supaya membuat pembelajaran inovatif serta
melaksanakan tugas dengan cara yang lebih baik dan berkesan (Busher & Harris,
2000; Day, et al, 2007).
Jika menyentuh kepada gaya kepimpinan yang dikehendaki untuk membentuk
guru-guru di sekolah, antara gaya kepimpinan sering digunakan adalah autokratik,
demokratik, laissezfaire, birokratik dan karismatik (Owen,1970). Gaya kepimpinan ini
merupakan yang biasa digunakan oleh guru besar dan guru-guru dalam mentadbir

sesuatu organisasi seperti sekolah, kelab akademik, persatuan dan kelab permainan.
Oleh itu, gaya-gaya kepimpinan ini merupakan cara guru mentadbir dan mengurus di
sekolah untuk melancarkan perjalanan pengurusan di sekolah. Sesetengah guru selesa
untuk menggunakan cara demokratik bersama pelajar manakala ada juga guru yang
lebih selesa bersifat autokratik untuk mengelakkan banyak kerenah semasa
pengurusan. Namun, ciri-ciri kepimpinan merupakan perkara yang berlainan daripada
gaya kepimpinan namun masih tergolong dalam kategori yang sama.
Ciri-ciri kepimpinan guru seperti yang dikatakan oleh Al-Farabi dan Ibnu Khaldun
ialah berpengetahuan luas, berkeyakinan, rajin berusaha dan beberapa lagi ciri-ciri lain
yang boleh digunakan oleh guru untuk mencorak dan mengolah kepimpinan mereka.
Antara ciri-ciri lain kepimpinan yang boleh dicontohi oleh guru ialah ;
i. - Suka bekerjasama
ii. - Peramah
iii. - Penyabar
iv. - Berpendirian
v. - Rendah hati
vi. - Ikhlas dan jujur
vii. - Bertimbang rasa dan
viii. - Tidak membezakan antara pelajar

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Daripada perspektif Islam sebagaimana yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali dan
Prof. Dr Hamka, seorang guru haruslah mempunyai kepimpinan yang telus serta tidak
mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan. Antara ciri-ciri kepimpinan guru yang
diperkatakan oleh kedua-dua tokoh ini ialah ;
- Bertaqwa kepada Allah
- Memiliki ilmu jiwa walaupun sedikit
- Suka mengeratkan hubungan silaturahim dengan orang lain
- Berani atas kebenaran
- Berfikir dengan rasional dan bukannya menggunakan emosi dan
- Boleh menerima nasihat dengan hati yang terbuka
Disini, sudah jelas bahawa guru sentiasa memiliki panduan untuk memilih ciri
kepimpinan yang berkenan di hati untuk dijadikan panduan dan semoga dengan
adanya ciri-ciri kepimpinan yang dipelopori oleh tokoh-tokoh di atas, guru mampu untuk
memimpin dengan baik di sekolah.
Guru novice seharusnya memiliki ciri-ciri kepimpinan seperti yang dinyatakan di
atas sebagai panduan untuk menempuh cabaran dunia pendidikan yang pastinya akan
semakin mencabar pada masa akan datang. Untuk mengelakkan diri daripada terjebak
ke dalam pelanggaran etika dan ketidakpatuhan terhadap pekeliling yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, guru novice seharusnya memahami ciri-ciri
kepimpinan yang bersesuaian daripada yang dinyatakan di atas sebagai panduan untuk
menjadi seorang guru yang benar-benar memiliki naluri seorang guru. Dengan ciri

kepimpinan yang betul, guru novice akan dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh
dengan rakan sejawat yang tidak beretika dan cuba untuk menghasut guru novice agar
tidak terlalu komited dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Guru
novice harus mengambil langkah yang betul untuk mengelakkan masalah perlanggaran
etika berlaku kepada dirinya dalam usaha untuk mengangkat martabat profesion
perguruan ke tahap yang lebih tinggi daripada yang ada sekarang.

Anda mungkin juga menyukai