Anda di halaman 1dari 2

(2) D: Design (REKA BENTUK)

Tumpuan akan diberikan kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran, penentuan


objektif pembelajaran, penyampaian isi kandungan, alat pentaksiran yang akan
digunakan, pemilihan jenis media yang sesuai dan juga latihan pengukuhan dan
pengayaan yang akan diberikan ke atas murid mengikut tahap penguasaan kemahiran
yang telah disampaikan.
Reka bentuk atau Design pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah pengarahan
yang akan digunakan. Contohnya courseware tersebut mungkin akan menggunakan
kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesian masalah, permainan, simulasi,
perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara pembentangan. Alat
yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada menggunakan audio, video,
komputer, internet dan sebagainya.
Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah :
1.

Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi

reka bentuk
2.

Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh

pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor.


3.

Membangunkan papan cerita

4.

Mereka bentuk antara muka

5.

Membangunkan prototaip

6.

Menggunakan reka bentuk visual

(3) D: Develop (PEMBANGUNAN)


Pembangunan atau Develop ialah proses menghasilkan courseware yang telah direka
bentuk. Peringkat ini melibatkan pemilihan isi kandungan dan penggunaan teknologi.
Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang diperlukan,
menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian courseware yang dihasilkan
dan menyebarkan bahan tersebut. Tahap ini membabitkan proses penjanaan dan
penghasilan bahan pembelajaran, dan tujuan utama bagi tahap ini adalah untuk menjana
rancangan dan bahan pelajaran. Pada tahap ini, rangka cerita dibentuk, kandungan
ditulis, grafik direka bentuk, unsur teknologi diintegrasikan, halaman maklumat dan
pelajaran dibentuk, dan semua media yang akan digunakan dalam pengajaran dan
sebarang dokumentasi sokongan dibentuk.

Proses ini boleh melibatkan perkakasan

komputer seperti kalkulator grafik dan alat simulasi serta perisian komputer seperti
Geometers Sketchpad dan pengajaran berasaskan komputer.

Anda mungkin juga menyukai