Anda di halaman 1dari 11

SULIT

Nama : ___________________________
Tahun: ___________________________

PEJABAT PELAJARAN DAERAH TUARAN

BAHASA MELAYU SK - KERTAS 1


Penggal Pertama
Jun 2015

011
50 Minit

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2.

Jawab semua soalan.

3.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.

4.

Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

011 2015

PG TRANSQ BM DAERAH TUARAN

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.


Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan itu.
1

Soalan 1 hingga soalan 20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1 Saya berharap agar _________ semua akan bermain sungguh-sungguh untuk
mempertahankan kejuaraan kita, pesan Puan Hapsah kepada pemain pasukan bola
jaring sekolah.
A
B
C
D

anda
kamu
mereka
kalian

2 Ya Allah, ya Tuhanku, berikanlah ____________ , doa Cik Azura.


A
B
C
D

petunjukmu
petunjuk-Mu
Petunjukmu
Petunjuk-Mu

Raut wajahnya sungguh ____________ setelah dua bulan terlantar di hospital.


A lesi
B pucat
C murung
D cengkung

Patukan ular itu betul-betul kena pada ___________ lembu itu.


A keting
C tapak
B tumit
D betis

Pak Kasim memotong __________ buluh untuk dibuat tabung.


A sebatang
B seruas
2

C sebuku
D sepohon

Nenek membelah durian tetapi hanya mampu makan __________ daripadanya.


A seulas
B sebiji
C sepangsa
D se papan
Setelah dicelupkan ke dalam cecair itu, cebisan kertas itu bertukar ____________
putih __________ biru.
A dari kepada
B dari ... pada
C daripada ke
D daripada ... kepada

Benang itu perlu diikatkan pada ____________ lelayang sebelum diterbangkan.


A teraju
B kepala
C badan
D bingkai

Pihak polis akan _____________ gerakan bagi menjejaki penculik itu.


A menghebatkan
B memperhebat
C menghebati
D memperhebatkan

10

Nira kelapa di dalam periuk itu __________ kerana tidak dikacau ketika mendidih.
A meruap
B merecik
C meleleh
D menggelegak

11

Bunyi ________________ orang bertukang kedengaran di sebelah rumahnya.


A lesuk-lesak
B lekak-lekuk
C lepuk-lepak
D lekum-lekam

12

Azmi tidak ___________ mengikuti lawatan itu kerana gagal mendapatkan


kebenaran daripada ibu bapanya.
A boleh
B dapat
C berupaya
D akan

13

Kening gadis ini __________ bagaikan taji ayam.


A tajam
B leding
C lentik
D runcing

14

Suasana di kampung nelayan itu _____________ damai nian.


A sungguh
B paling
C tersangat
D begitu

15

Orang yang berkereta besar itu _________? Dia saudara _______? tanya Cikgu
Saidatul Hamamah.
A siapakah ... kamukah
B siapa ... kamukah
C siapakah ... kamu
D siapa ... kamu

16

Pak Tua mencedok air dari dalam guri dengan __________ .


A gayung
B cebok
C batok
D timba

17

Singa ialah haiwan karnivor. ___________ berdarah panas.


A Haiwan ini
B Ia
C Ianya
D Dia

18

Perjalanan ke _____________ sungai ternyata amat sukar kerana kita perlu


menongkah arus yang deras.
A hilir
B tebing
C hulu
D kuala

19

____________ hutan di kawasan belukar dipenuhi onak dan duri.


A Tapak
B Kanopi
C Lantai
D Halaman

20

Pemberian __________________ ketika berurusan samalah seperti mengamalkan


budaya rasuah.
A makan suap
B sara hidup
C duit kopi
D gaji buta

Pilih istilah yang tepat bagi perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah.
21 Binaan ayat dalam karangan ini ternyata gramatis.
A dihuraikan dengan baik
B disusun dengan sempurna
C menggunakan bahasa Melayu baku
D menggunakan bahasa yang menarik

22 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

Ingatlah adikku. Kalau nak buat apa-apa pun, janganlah sekali-kali sampai
memalukan keluarga, pesan kakak.
A memudaratkan
B mengaibkan
C menyusahkan
D merosakkan

Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.


23

Puan Saerwati merupakan pengedar tunggal alat kosmetik itu.


A peraih
B pembekal
C pembeli
D penjual

Soalan 24

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.


24 Masakan yang pedas tidak sesuai untuk kanak-kanak.
A Sesuaikah masakan yang pedas untuk kanak-kanak?
B Apakah masakan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak?
C Adakah masakan yang pedas tidak sesuai untuk kanak-kanak?
D Apakah masakan pedas yang tidak sesuai untuk kanak-kanak?
Soalan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


25

Lelaki itulah yang telah menyempurnakan upacara pengebumian mayat yang tidak
dikenali itu.
A Orang yang tidak dikenali itu telah menyempurnakan mayat lelaki itu.
B Mayat orang tidak dikenali itu telah disempurnakan oleh lelaki tersebut.
C Upacara pengebumian mayat lelaki telah disempurnakan oleh lelaki itu.
D Upacara pengebumian mayat itu telah disempurnakan oleh lelaki yang tidak
dikenali

Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


26

I
II
III
IV

Pramusaji itu melayan pelanggannya dengan penuh mesra.


Majikan itu sering menabur janji mesra kepada pekerja-pekerjanya.
Ikan ini perlu digaul mesra dengan garam dan kunyit sebelum digoreng.
Hubungan mesra antara Cikgu Azizi dengan Jennifer Lopez tidak direstui
oleh keluarga masing-masing.

A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C
III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
6

27

I
II
III
IV

Datuk sedang menggulung rokok daun.


Daun jam tangan ayah diperbuat daripada emas.
Emak menyuruh abang membersihkan daun kipas yang berhabuk.
Kehilangan kunci menyebabkan daun pintu tersebut terpaksa dipecahkan.

A
I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C
III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

Soalan 28

Antara pernyataan berikut, yang manakah ayat pasif?


A
B
C
D

Peragut itu sudah kena tangkap kelmarin.


Beliau ialah mandur di estet kelapa sawit itu.
Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah.
Hidayah bersiar-siar di taman bunga dengan rakannya.

Soalan 29 hingga Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.
29

I
II
III
IV

Para pengemis ini akan dihantar ke rumah kebajikan.


Murid-murid diminta beratur di kantin.
Kasut baharu ini baru kubeli di Kota Bharu baru-baru ini.
Bilik tamu ini perlu diperkemas dengan segera sebelum mereka sampai.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C
III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
30

I
II
III
IV

Tidur berbantalkan lengan pengemis itu.


Dia menjemputi kami di stesen kereta api.
Permintaan tuan masih di dalam pertimbangan.
Saya menunggunya selama hampir dua suku jam.

A
I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C
III dan IV sahaja
D I, II dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


7

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.


GOMBAK, 8 Februari - Dua orang kanak-kanak rentung manakala seorang lagi cedera
parah dalam tragedi ngeri awal pagi kelmarin.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah papan di Kampung Batu Sembilan,
Sungai Cincin, bersebelahan sebuah bengkel baik pulih kereta. Ketika itu, mangsa
dikatakan sedang tidur di dalam sebuah bilik yang terletak berhampiran dengan dapur.
Mangsa dikenali sebagai Salam dan Salim bin Budiman, 6 tahun, manakala
Marina binti Mahmud, 18, melecur di seluruh tubuh dan diberitakan kritikal.
Menurut Budiman bin Mahmud, 45, dia dan isterinya tersedar setelah terdengar
jeritan mangsa minta pertolongan. Akan tetapi, dia hanya sempat menyelamatkan dua
orang adik mangsa yang tidur bersama-samanya kerana keadaan api yang begitu marak.
Pihak bomba yang tiba sepuluh minit selepas kejadian gagal membantu kerana
tekanan air yang terlalu rendah. Paip bomba yang berhampiran pula telah rosak.
Mangsa akan dikebumikan pada petang 9 Februari, iaitu sebaik-baik sahaja pihak
hospital selesai melakukan bedah siasat.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Cincin pula
mengambil langkah positif dengan menubuhkan tabung bencana alam untuk membantu
meringankan penderitaan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. Majlis pemberian
bantuan itu akan berlangsung di Dewan Kampung Sungai Cincin pada 10 Februari ini.
Pihak polis masih menyiasat punca bencana alam tersebut. Namun begitu, mereka
tidak menolak andaian bahawa kejadian musibah ini mungkin sekali berpunca daripada
pembakaran ubat nyamuk yang diletakkan berhampiran dengan langsir tingkap bilik
mangsa.
31

Bilakah peristiwa di atas berlaku?


A Pada 8 Februari
B Pada awal bulan Februari
C Pada hari pertama bulan Februari
D Pada minggu pertama bulan Februari

32

Apakah hubungan mangsa dengan Marina?


A Kakak
B Pengasuh
C Ibu saudara
D Anak saudara

33

Salam dan Salim ialah pasangan __________________.


A sahabat setia.
B kembar.
C kaum keluarga.
D abang dan adik.

34

Berapa orangkah anak Encik Budiman sekarang?


A Dua orang
B Lima orang
C Tiga orang
D Empat orang

35

Mengapakah Encik Budiman tidak dapat menyelamatkan mangsa?


A Terlalu berisiko
B Takut terhidu asap yang tebal
C Bilik mangsa sukar dibuka kerana berkunci
D Tidak menyedari bahawa masih ada anaknya yang terperangkap

Soalan 36 hingga Soalan 40


8

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.


16 Mei
Setiap kali memancar cahaya
Sering kali bayanganmu menjelma
Dengan lenggok gaya mesra
Oh, segalanya bagaikan baru bermula!
Sopan-santunmu
Lembut menutur bicara
Mengajarku mengenal aksara
Membilang satu, dua, tiga
Memimpinku ke puncak jaya.
Sabar cekalnya dikau
Mengharung segala duka
Di ceruk belantara penuh
Demi anak bangsa tercinta.
Aku kini menuruti jejak murnimu
Menyusuri cabaran di ceruk desa
Lalu kusedari hakikat baktimu
Biarpun ganjarannya sekelumit cuma.
Menjelangnya 16 Mei ini
Kutitipkan rasa rindu diri
Menyambung warisan bakti suci
Meskipun dikau telah bersemadi
Seribu tahun namamu abadi.
36

Perkataan sering
A sekali-kali.
B sekali-sekali.
C setiap kali.
D sekali.

kali

37

Penyajak kini ialah seorang


A pelajar cemerlang.
B pendidik.
C ahli politik.
D ahli perniagaan.

38

Puisi ini dicipta ketika penyajak


A masih bersekolah.
B baru bersekolah.
C belum bersekolah.
D sudah bekerja.

dalam petikan di atas membawa maksud

39

Tokoh yang dimaksudkan dalam sajak di atas


A masih bekerja.
B sudah pencen .
C sudah tiada.
D sudah bertukar ke sekolah lain .

40

Karya puisi tersebut merupakan


A kisah benar pertemuan antara pengarang dengan tokoh pada setiap 16 Mei.
B khayalan pengarang terhadap seorang tokoh setiap kali menjelangnya tarikh 16 Mei.
C kenangan pengarang terhadap seorang tokoh setiap kali menjelangnya tarikh 16 Mei.
D keinginan pengarang untuk menemui insan yang disanjungnya setiap kali tarikh 16 Mei
menjelang.

10

11

Anda mungkin juga menyukai