Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera dan selamat malam saya ucapkan kepada

Yang berhormat Dato Haji Jaafar bin Idris, Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan,.
Yang Berusaha Dr xxxxxx, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan, .
Dr Wong Sien Bing, Ketua Jabatan Bahasa
xxxxx Ketua HEP
Para Pensyarah dan rakan-rakan sekalian.
Saya berasa amat bersyukur kerana kita dapat berkumpul dan berhimpun pada
malam yang aman ini sempena meraihkan majlis pesta tanglung bagi tahun 2014. Saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang hadir bersama bagi memeriahkan majlis pada malam yang mulia ini.
Para hadirin sekalian,
Sempena majlis pesta tanglung ini, saya Sia Jia Ren, selaku pengerusi ahli
jawatankuasa ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian tuantuan dan puan-puan yang sudi meluangkan masa untuk hadir bersama pada majlis
yang begitu mulia ini. Walaupun adanya di kalangan kami yang masih sibuk dalam
menyiapkan tugasan masing-masing, tetapi syukurlah dan tahniah kepada rakan-rakan
sekalian yang hadir pada malam ini.
Pesta Tanglung ini membawa maksud reunion. Apabila Bulan purnama mengembang
penuh, ia mengingatkan keluarga dan rakan-rakan untuk berkumpul bersama, bagi
menghayati suasana malam yang diterangi oleh cahaya bulan sambil menikmati kuih
bulan.
Semoga majlis pada malam ini dapat berjalan dengan lancar atas bantuan dan
kerjasama daripada semua pihak terutamanya naib pengerusi jawatankuasa pesta
tanglung, saudara Tan See Chiong dan juga ahli jawatankuasa yang lain. Saya
berharap agar para hadirin sekalian dapat menikmati keunikan pesta tanglung melalui

persembahan-persembahan yang disampaikan oleh guru pelatih-guru pelatih. Semoga


bergembira dan sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai