Anda di halaman 1dari 6

PERANAN MAKMAL,TAMAN DAN SUDUT MATEMATIK

Sejak peradaban manusia bermula, matematik memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan seharian. Bidang matematik terus relevan dengan perubahan peradaban manusia
dan menjadikan matematik sebagai satu subjek yang sangat penting dalam sistern pendidikan
di seluruh dunia. Bagaimanapun, matematik sering dilihat sebagai satu mata pelajaran yang
sukar, membosankan dan tidak menarik jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti
bahasa, sastera, latihan fizikal dan lain-lain. Pihak sekolah perlu usaha bagi menjadiakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan bermakna. Pihak sekolah boleh menyediakan
kemudahan-kemudahaan seperti makmal matematik, sudut matematik dan taman matematik di
kawasan sekolah bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
Makmal matematik ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan akademik
kepada murid agar mereka dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan dalam
kursus-kursus matematik yang diikuti. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti
menyediakan tutorial, bahan rujukan tambahan dan mengakses laman web yang bersesuaian.
Makmal

matematik

memainkan

pelbagai

peranan

dan

fungsi

dalam

meningkatkan

keberkesanan pengajaran matematik di sekolah. Antaranya, fungsi terhadap pembelajaran


murid, pengajaran dan peyelidikan dalam metematik. Dari sudut fungsi terhadap pembelajaran
makmal boleh menjadi pusat membantu pelajar yang lemah dalam asas matematik dan pusat
pembelajaran matematik. Hal ini akan membantu murid mendapat pembelajaran di tempat yang
kondusif dan selesa. Selain itu, makmal matematik juga bertindak sebagai tempat menyimpan
dan mempaparkan bahan resos metematik untuk rujukan pelajar. Murid juga boleh
menggunakan komputer untuk mendalami ilmu matematik seperti menggunakan MATLAB,GSP
dan lain-lain. Dengan kata lain, makmal ini merupaka sumber bagi memperkayakan
pengetahuan murid. Seterusnya makmal matematik juga berfungsi terhadap pengajaran dimana
ia menjadi pusat sumber bahan pengajaran guru dan tempat melakukan eksperimen atau
simulasi untuk membantu pelajar memahami konsep matematik dengan lebih baik. Makmal
yang melengkapi dengan keperluan untuk mengajar akan membant guru menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran yang baik.
Susunan ruang fizikal dalam makmal matematik akan mempengaruhi proses
pembelajaran yang berlaku di dalamnya secara signifikan. Reka bentuk makmal perlu
memastikan aspek mempermudahkan dan meningkatkan kecekapan dan berkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran. Makmal ini juga perlu merangkumi ruang yang luas bagi murid
memperoleh pendidikan dalam persekitaran yang kondusif. Selain itu, ciri-ciri keselamatan juga
perlu dititikberatkan kerana makmal ini mempunyai peralatan yang banyak dan mahal.
Rajah
1:

struktur makmal matematik


Rajah 1 menunjukkan satu contoh reka bentuk makmal matematik yang dibina dengan 2
komponen iaitu komponen pengajaran danpenyelidikan dan komponen pemulihan. Tujuan
ruang komponen iala membolehkan guru dan murid melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dalam keadaan kondusif. Ruang komponen ini terdiri daripada ruang pengajaran
dan penyelidikan san ruang stor penyimpan.

rajah 2: pelan lantai komponen pengajaran dan penyelidikan


Rajah 2 menunjukkan komponen pengajaran dan pembelajaran dengan teliti. Ruang ini
boleh memuatkan sekurang-kurangnya 30 orang murid dalam satu masa. Perabot dan
peralatan dalam makmal ini mudah alih dan mudah menyusun mengikut PdP. Rajah ini juga
menunjukkan makmal matematik ini menyediakan ruang akses omputer, LCD bagi
mempaparkan slide,troli TV monitor dan Pemain VCD, alamari meyimpan fail, papan, sinki dan
sebagainya. Bagi memastikan keadaan makmal berada dalam keadaan terurus guru perlu
membentukkan peraturan makmal dan menampal di tempat berkenaan. Guru boleh menyimpan
bahan-bahan resos di stor penyimpanan dan mgunakan pada masa yang perlu. Guru juga
boleh menyimpan peralatan seperti mikrofon, alatan pembelajaran matematik dan peralatan lain
di stor penyimpanan dengan selamat. Dalam komponen pemulihan guru boleh menempatkan
murid lemah dalam matematik dan memberi bimbingan tambahan. Makmal matematik sangat
penting bagi guru dan pelajar untuk mengadakan proses pembelajaran dan pengajaran di
persekitaran yang kondusif. Pihak sekolah perlu menyediakan makmal matematik dengan
kemudahan-kemudahan yang dikatakan di atas.
Sudut matematik direka untuk menyokong proses pembelajaran matematik dalam bilik
darjah dan luar bilik darjah. Bagi mebentuk sudut ini kita hanya memerlukan ruang yang kecil di
hadapan atau dibelakang bilk darjah, dibawah tangga dan sebagainya. Sudut ini juga dikenalai
sebagai

makmal matematik mini dimana memainkan peranan yang lebih kecil berbanding

dengan makmal matematik.


Sudut matematik berfungsi sebagai pusat maklumat, iaitu pelbagai maklumat berkaitan
dengan kandungan matematik boleh diperolehi dari sudut matematik ini. Maklumat maklumat
seperti sifir, melihat masa, mengguna wang dan sebagainya akan membantu murid untuk lebih
faham ajaran guru. Maklmat-maklumat tersebut boleh berbentuk elektronik seperti CD-rom atau
bukan elektronik seperti buku,majalah dan poster. Sudut matematik ini juga berfungsi sebagai
pusat pameran. Guru boleh mempamerkan hasil kerja matematik murid di sudut matematik. Ini
akan membantu para pelajar mencungkil minat untuk menghasil kerja yang kreativif dan
inovatif. Selain itu, murid-murid lain juga akan mendapat motivasi dari mempamerekan hasil
kerja murid bagi menghasil kerja yang berkualiti dan akan menarik murid memberi tumpuan
dalam pengajara metematik. Sudut matematik juga berperanan sebagai pusat penerokaan.
Pelajar boleh meluahkan masa rehat dengan berfeadah melalui sudut matematik ini. Guru boleh

menyediakan permaian seperti snake and ladder, soduku, ken-ken dan sebagainya yang
berkaitan dengan matematik. Dengan ini murid boleh memperolehi ilmu matematik dengan
mudah dan cepat. Aktiviti penerokaan matematik boleh dilaksanakan oleh murid-murid sama
ada secara berkumplan atau individu. Selain fungsi diatas, sudut matematik juga bermain
peranan sebagai tempat menyimpan dam mempamerkan resos matematik, murid-murid akan
menjalani aktiviti sponge dan pengayaan.
Sudut matematik boleh disediakan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Didalam
bilik darjah boleh dihasilkan dengan menyediakan ruang di belakang atau hadapan bilik darjah.
Ruang yang disediakan perlu kelihatan kemas dan cantik. Ruang tersebut juga perlu ada
peraturan sendiri bagi tidak kehilangan dan kerosakan bahan-bahan matematik. Rajak 3
menunjukkan contoh sudut matematik di dalam bilik darjah. Dimana guru menyediakan
meja,bahan matematik,kad board untuk menconteng dan sebagainya. Rajah 4 menunjukkan
contoh sudut matematik di luar bilik darjah iaitu di bawah tangga. Ini menunjukkan bahawa guru
boleh menggunakan ruang yang kosong dengan berguna dan berfeadah.

Rajah3 contoh sudut


matematik di dalam bilik
darjah

Rajah4 contoh sudut


matematik di dalam luar bilik
darjah

Dalam penyediaan sudut matematik guru perlu diberikan pertimbangan sewajar. Seperti
memilih tempat yang sesuai, bahan yang hendak dipamerkan dan medium pameran yang
hendak digunaka untuk pamer.
Proses pembelajaran dan pengajaran matematik tidak semestinya berlaku didalam bilik
darjah malah boleh juga menjalakan di jalankan di luar bilik darjah bagi mendapat suasana
yang segar. Suasan yang segar akan mengaktifkan minda kanak-kanak dan seterusnya
mempertingkatkan keberkesanaan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, guru boleh

mewujudkan taman matematik bagi mewujudakan suasan pembelajaran yang semula jadi untuk
murid-murid. Pelajar boleh menikmat dan menghayati alam sekitar dengan kait matematik di
taman matematik.
Taman matematik berperanan sebagai stesen pembelajaran di luar bilik darjah dan
sebagi pusat aktiviti matematik. Ia juga membantu mewujudkan suasana pembelajaran di luar
bilik darjah yang mencergaskan minda murid bagi melibatkan aktif dalam pembelajaran. Taman
matematik juga memberi pelauang kepada murid mempelajari matematik secara praktikal. Hal
ini akan membantu murid mentahui sesuatu teori atau cara penyelesaian dengan mudah dan
akan guna dalam kehidupan harian. Taman matematik menjadiakan proses pengajaran dan
pembelajaran matematik seronok. Apabila murid belajar di dalam bilik darjah mereka akan
merasa bosan dan tidak akan memberi tumpuan. Manakala, pengajaran berlangsung di taman
matematik akan mencergaskan pelajar dan akan memberi tumpuan dalam PdP. Taman
metematik juga mengalakan pelajar mempelajari secara bersendirian tanpa bantuan atau
bimbingan.
Taman matematik boleh dibentukkan di kawasan lapang di dalam kawasan sekolah. Kita
juga boleh membina taman matematik dengan taman sedia ada di sekoalah dengan membina
stesen-stesen aktiviti yang berkaitan dengan matematik. Setiap stesen dibina khas untuk
menjalani aktiviti pembelajaran bagi tajuk-tajuk tertentu dalam matematik.

Rajah 5: taman matematik yang terdapat di SMK Kota Kuali.


Rajah menunjukkan contoh stesen dalam taman matematik yang dihasil oleh SMK Kota
Kuali. Stesen ini terdiri daripada 6 jenis pepejal geomtri iaitu, kon,kubus,kubiod,sfera,piramid
dan silinder. Pelajar boleh mengetahui tentang pepejal geometri dengan lebih lanjut dari segi
bucu,sisi dan bahagian setiap pepejal. Secara tuntasnya, dengan adanya taman matematik

pelajar boleh peroleh pembelajaran dengan aktif tanpa bantuan orang lain. stesen-stesen yang
terdapat di taman matematik akan mempraktikkan para murid menceburi sesuatu dengan
sendiri.
Kesimpulannya, makmal, taman dan sudut memainkan peranan masing-masing dalam
mewujudkan suasana yang kondusif dan menarik perhatian murid terhadap pembelajaran.
Pihak sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sudut matematik di
sekolah masing-masing. Kemudahan-kemudahan yang disediakan dalam sudut matematik
akan membantu para murid untuk memahami pelajaran matematik dengan mudah dan boleh
mempraktikan dalam kehidupan harian. Bagi mewujudkan makmal,taman, dan sudut matematik
pihak sekolah perlu merancang terlebih dahulu untuk memastikan tempat tersebut berfeadah
atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai