Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Pertanian merupakan satu cabang ilmu yang berkait rapat dengan tumbuhan.
Ia adalah amat penting kerana hasil pertanian akan menjejaskan dan mempengaruhi
sumber tenaga, sumber ekonomi, sumber makanan dan lain-lain lagi. Dalam tahun 60-
an, pertanian berperanan sebagai sumber makanan kepada rakyat selain daripada
memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk. Dasar Ekonomi Negara yang
dikemukakan telah mempromosikan serta mengembangkan lagi bidang pertanian di
mana lebih ramai lagi penduduk Malaysia menceburi bidang ini. Disebabkan semakin
banyak hasil yang diperolehi daripada pertanian, ia telah membenarkan negara untuk
mengeluarkan atau mengeksport hasil tanaman dan selanjutnya, ia membawa kepada
peningkatan ekonomi negara. Contohnya, mengeksport tanaman padi ke luar negara
atau pokok getah yang ditanam kemudiannya telah diproseskan menjadi hasil produk
bergetah lalu dijualkan dalam pasaran. Dengan ini, bolehlah merumuskan bahawa
sektor pertanian adalah amat penting.

Namun begitu, hasil pertanian selalunya susah dikawal oleh manusia. Penyakit,
bencana alam atau kemalangan selalunya menyebabkan hasil pertanian tidak seperti
yang dijangkakan. Dalam satu berita pada 15 November 2017, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan bahawa baru-baru
ini kawasan penanaman seluas 600 hektar di Pulau Pinang dicerobohi atas sebab
banjir. Sebenarnya, tanaman dan tumbuh-tumbuhan mempunyai hubungan yang
berkadar terus atau songsang dengan beberapa pembolehubah dan faktor
terutamanya keperluan asas seperti air, udara dan matahari. Faktor-faktor ini akan
mempengaruhi pertumbuhan sesuatu spesies tumbuhan. Oleh itu, pelbagai pihak
telah memikirkan cara untuk membenarkan mereka mengoptimumkan pertanian
mereka. Salah satu cara yang digunakan dalam bidang pertanian adalah permodelan
matematik. Menurut Glenn (2008), permodelan matematik berobjektif untuk (i)
mengembangkan pengetahuan saintifik, (ii) menguji kesan perubahan dalam sesuatu
sistem atau kawasan dan (iii) membantu perancang membuat keputusan terlebih awal.

Untuk lebih memahami konsep permodelan matematik, satu eksperimen


mengenai pertumbuhan kacang hijau telah dilaksanakan dan telah dilaporkan dalam
laporan ini.

1
2.0 TUJUAN EKSPERIMEN

Eksperimen ini adalah bertujuan untuk:

1. Untuk membandingkan dan mengesan suhu yang paling sesuai untuk


menanam kacang hijau.

2. Untuk mengkaji kesan pada kacang hijau bawah suhu yang berbeza.

3. Untuk memperolehi dan mengesan persamaan logistik bagi pertumbuhan


kacang hijau.

3.0 HIPOTESIS

1. Kacang hijau akan bertumbuh dengan lebih subur pada suhu 26°C berbanding
dengan suhu -3°C dan 50°C.

2. Ketinggian kacang hijau pada suhu 26°C akan lebih tinggi berbanding dengan
ketinggian pada suhu -3°C dan 50°C.

3. Suhu 26°C adalah suhu yang paling sesuai untuk menanam kacang hijau.

4.0 PEMBOLEHUBAH DIMANIPULASI DALAM EKSPERIMEN

Suhu

 Suhu yang terlalu rendah atau terlampau tinggi akan mengganggu


percambahan biji benih

 Suhu antara 21°C hingga 43°C adalah suhu yang paling sesuai untuk
kebanyakan spesies tumbuhan di mana suhu ini meningkatkan respirasi biji
benih dan menggalakkan percambahan biji benih

 Suhu meningkat, kadar transpirasi juga akan meningkat, kesannya kehilangan


air pun meningkat

 Suhu yang terlalu rendah atau terlampau tinggi akan membantutkan


pertumbuhan tumbuhan dan juga mencederakan tanaman

2
5.0 METODOLOGI EKSPERIMEN

Eksperimen ini merangkumi satu fasa sahaja. Fasa ini melibatkan proses menanam
kacang hijau dan juga proses mengutip data. Antara bahan yang diperlukan adalah
seperti berikut.

Bahan

1. 30 biji benih kacang hijau

2. 3 pasu plastik kecil

3. Tanah

4. Air

5. Pembaris

6. Thermometer

7. Peti sejuk

8. Lampu meja

Langkah (Fasa 1)

Langkah fasa 1 telah dicatatkan seperti berikut.

1. Sediakan 3 pasu plastik kecil yang sama saiz dan sama isipadu.

2. Tebukkan 3 lubang kecil di bawah ketiga-tiga pasu plastik demi membantu


pengaliran air yang berlebihan.

3. Tuangkan 300 gram tanah yang sama banyak ke dalam setiap pasu plastik. (Isipadu
tanah bergantung kepada saiz pasu)

4. Basahkan tanah dalam setiap pasu dengan 3 topi botol air.

5. Tanamkan 10 biji benih kacang hijau masing-masing ke dalam setiap pasu plastik.
Biji benih seharusnya ditanam 1 sentimeter ke dalam tanah.

6. Letakkan ketiga-tiga pasu plastik di tempat yang berbeza. 1 pasu di peti sejuk, 1
pasu di halaman rumah, 1 pasu di bawah lampu meja (lampu meja dibuka 24 jam
setiap hari sepanjang tempoh eksperimen).

3
7. Ukur suhu ketiga-tiga tempat tersebut dengan menggunakan thermometer,
kemudian catatkan suhu ketiga-tiga tempat tersebut.

8. Catatkan ketinggian dan bilangan daun daripada setiap pasu.

9. Siramkan benih kacang hijau pada setiap pasu plastik. (Setiap hari 5 topi botol)

10. Memerhati dan membuat catatan pada setiap hari selama sebulan. (Catatkan
ketinggian dan bilangan daun serta suhu)

11. Kumpulkan semua data mentah dan pindahkan ke dalam perisian Microsoft Excel.

12. Gunakan model logistik untuk menganalisis data yang diperolehi.

6.0 PEMERHATIAN

a) Percambahan benih (dalam sebulan)

Jadual 1

Bilangan biji benih yang bercambah dalam masa sebulan.

Suhu Bilangan biji benih yang bercambah


- 3 °C 0
26 °C 5
50 °C 3

Jadual 1 menunjukkan bilangan biji benih yang bercambah dalam masa sebulan. Biji
benih yang ditanam bawah suhu -3°C langsung tidak bercambah selepas sebulan.
Bagi 10 benih yang ditanam bawah suhu 26°C pula, terdapat 5 biji benih yang berjaya
bercambah manakal 5 biji lagi mati dan tidak dapat bercambah. 10 biji benih yang
ditanam bawah suhu 50°C pula hanya terdapat 3 sahaja yang bercambah namun
begitu, dua biji benih ini tetap layu dan mati pada minggu ke-4.

4
b) Ketinggian

Jadual 2

Purata ketinggian kacang hijau selama 28 hari bawah suhu 26°C

Hari 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24 26 28
(h)
Tinggi 0 1 2 4.5 5.5 8 13.5 21.5 25.5 28 30 31 31.5 32 33
(cm)

Jadual 3

Purata ketinggian kacang hijau selama 28 hari bawah suhu 50°C

Hari 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24 26 28
(h)
Tinggi 0 0 0.3 1 2 3.5 6 7 8.5 10 10.5 10.6 11 12 12.5
(cm)

Jadual 2 dan 3 pula berkaitan dengan purata ketinggian kacang hijau selepas 28 hari.
Benih yang ditanam bawah suhu -3°C tiada percambahan berlaku. Oeh itu tiada
ketinggian tercatat. Bagi kacang hijau yang ditanam bawah suhu 50°C pula, ketinggian
maksimum tercatat pada hari ke-28 iaitu 12.5cm. Kacang hijau yang ditanam pada
suhu 26°C mempunyai ketinggian maksimum sebanyak 33cm pada hari ke-28.

7.0 DAPATAN

Daripada data yang diperolehi, proses analisis telah dilaksanakan. Proses analisis
dijalankan dengan bantuan perisian Geogebra. Dengan adanya perisian ini, saya
mampu memperolehi graf logistik bagi pertumbuhan kacang hijau dan juga mencari
formula logistik yang dapat memuatkan data saya. Rajah 1 merupakan graf yang telah
saya perolehi.

5
`
Kacang hijau bawah suhu 26°C

z(x) = 34
tinggi, cm

(13, 17)
Kacang hijau bawah suhu 50°C

y(x) = 14

(14, 7)

Hari, h
Rajah 1. Graf hari (h) bertentangan dengan tinggi (cm) bagi pertumbuhan kacang hijau
bawah suhu berbeza.

Dengan bantuan Geogebra, persamaan logistik yang paling padan dengan


pertumbuhan kacang hijau saya bawah suhu 26°C adalah:

34
𝑓(𝑥) =
1 + 700𝑒 −0.5𝑥
Daripada persamaan logistik ini, saya mendapati bahawa nilai output maksimum,C
bagi pertumbuhan kacang hijau saya ialah 34. Ini bermaksud pertumbuhan kacang
hijau akan menjadi perlahan dan stabil apabila mencapai ketinggian 34cm. Dalam erti
kata lain, kadar pertumbuhan kacang hijau apabila mencapai ketinggian 34cm adalah
statik bawah suhu 26°C. Dalam fungsi logistik ini, nilai A dan k adalah sebanyak 700
dan 0.5.

6
Bagi persamaan logistik yang memadankan dengan pertumbuhan kacang
hijau bawah suhu 50°C pula adalah:

14
𝑔(𝑥) =
1 + 16.2𝑒 −0.2𝑥
Daripada persamaan logistik ini, nilai output maksimum,C bagi pertumbuhan kacang
hijau pula ialah 14. Ini bermaksud pertumbuhan kacang hijau akan menjadi perlahan
dan stabil di mana kadar pertumbuhan kacang hijau juga akan menjadi stabil apabila
mencapai ketinggian 14cm bawah suhu 50°C. Dalam fungsi logistik ini, nilai A dan k
adalah sebanyak 16.2 dan 0.2.

Bagi setiap fungsi logistik, titik lengkok balas adalah penting dan diperlukan di
mana ia akan membahagikan graf kepada dua bahagian yang masing-masing
mewakili kadar kenaikan pertumbuhan kacang hijau yang berbeza. Titik lengkok balas
bagi fungsi logistik boleh diperolehi dengan formula:

ln 𝐴 𝐶
𝑡𝑖𝑡𝑖𝑘 𝑙𝑒𝑛𝑔𝑘𝑜𝑘 𝑏𝑎𝑙𝑎𝑠 = ( , )
𝑘 2

Titik Lengkok Balas Fungsi f(x),

ln 700 34
Titik lengkok balas = ( , )
0.5 2

= (13.1, 17)

≈ (13, 17)

Titik Lengkok Balas Fungsi g(x),

ln 16.2 14
Titik lengkok balas = ( , )
0.2 2

= (13.9, 7)

≈ (14, 7)

Dengan adanya titik lengkok balas, maka boleh menyimpulkan bahawa untuk fungsi
f(x), kadar kenaikan pertumbuhan berubah selepas hari ke-13 atau ketinggian 17cm.
Ia bermaksud peringkat pesat berlaku sebelum hari ke-13 diikuti dengan
perkembangan yang perlahan selepas hari ke-13. Apabila semakin menghampiri
dengan ketinggian 34, kadar kenaikan semakin mendatar. Bagi fungsi g(x) pula, titik

7
lengkok balas (14, 7) menunjukkan bahawa perbezaan kadar kenaikan pertumbuhan
kacang hijau pada hari ke-14 dan ketinggian 7cm. Peringkat pesat awal bermula
sehingga hari ke-14 diikuti dengan perkembangan perlahan seterusnya
perkembangan mendatar apabila mencapai had maksimum, 14cm. Disebabkan
terdapat perbezaan kadar kenaikan pertumbuhan kacang hijau, bentuk-S wujud dalam
kedua-dua graf.

KESIMPULAN

Daripada eksperimen ini, saya dapat menyimpulkan bahawa kacang hijau


dapat mengalami kadar pertumbuhan yang lebih pesat pada suhu 26°C berbanding
dengan suhu 50°C. Kacang hijau tidak mampu tumbuh bawah suhu yang terlalu sejuk
iaitu -3°C. Pada suhu 26°C, kacang hijau tumbuh dengan lebih subur dan dapat
mencapai ketinggian maksimum sebanyak 34cm manakala 14cm bagi suhu 50°C.
Dengan berjayanya mengesan persamaan logistik bagi pertumbuhan kacang hijau,
dapatlah saya membuat jangkaan dan mengetahui keadaan kacang hijau dengan
lebih awal termasuklah masa yang diperlukan untuk tumbuhan mencapai ketinggian
maksimum atau tempoh peringkat perkembangan maksimum. Tuntasnya, saya boleh
menyimpulkan bahawa hipotesis eksperimen saya adalah tepat dan benar.

8
REFLEKSI

Dalam kehidupan manusia, permodelan matematik adalah amat penting. Ia


dapat mempengaruhi segala urusan dan juga menjejaskan fungsi dunia. Permodelan
matematik telah digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sains. Dengan
adanya pengetahuan permodelan matematik, manusia mampu belajar dan mengesan
kadar pertumbuhan sesuatu organisme. Ini membenarkan manusia untuk mengawal
bilangan organisme dalam bumi ini. Sebagai contoh, bakteria mempunyai kadar
pertumbuhan yang amat laju. Dalam artikel yang dikemukakan oleh Khan Akademy,
satu bakteria spesies E. coli mampu meliputi bumi seluas satu kaki dalam masa 36
jam. Cuba bayangkan sekiranya bakteria ini dibiarkan sahaja tanpa diurus dan dikawal
pertumbuhan, dalam beberapa tahun kemudian, bakteria ini mampu meliputi betapa
luas tanah bumi. Namun begitu, setakat ini tiada lagi mana-mana satu kaki tanah
diliputi oleh bakteria. Inilah kepentingan permodelan matematik bagi membantu
manusia mengawal pertumbuhan organisme.

Dalam konteks kacang hijau, dengan adanya persamaan logistik yang saya
perolehi, saya mampu mengetahui kadar pertumbuhan kacang hijau. Sebagai contoh,
titik lengkok balas (13, 17) telah membenarkan saya mengetahui julat hari bagi
peringkat perkembangan pesat kacang hijau di mana kacang hijau berkembang pesat
sebelum hari ke-13. Dengan ini, sekiranya saya ingin mengawal pertumbuhan kacang
hijau, saya bolehlah mengambil tindakan untuk menghapuskan atau mengawal
pembolehubah agar kacang hijau tidak bertumbuh dengan pesat.

Selain itu, permodelan matematik juga membenarkan manusia untuk


menyiasat dan mengkaji hubungan dan perkaitan antara dua pembolehubah. Sebagai
contoh, eksperimen yang telah saya lakukan membenarkan saya untuk mengesan dan
belajar sama ada suhu dan pertumbuhan kacang hijau mempunyai hubungan
berkadaran atau sebaliknya. Dalam erti kata lain, bolehlah saya mengetahui sama ada
suhu akan menjejaskan pertumbuhan kacang hijau atau tidak dan sejauh mana ia
mempengaruhi pertumbuhan kacang hijau. Dengan itu, ia akan membenarkan saya
untuk menentukan tempat dan juga memilih satu suhu yang paling sesuai digunakan
untuk menanam kacang hijau pada masa yang akan datang.

9
Saya juga dapat membuat jangkaan lebih awal disebabkan mempunyai data-
data dan juga fungsi yang dapat mengesan had output maksimum dan sebagainya.
Sebagai contoh, saya boleh mempercepatkan pertumbuhan kacang hijau supaya lebih
cepat mencapai ketinggian maksimum dengan adanya bantuan persamaa logistik
yang diperolehi.

Contoh 1

34
𝑓(𝑥) =
1 + 700𝑒 −0.5𝑥
Untuk mempercepatkan hari yang diperlukan untuk mencapai ketinggian 34cm, saya
boleh meningkatkan parameter k daripada 0.5 ke 0.6.

34
𝑓(𝑥) =
1 + 700𝑒 −0.6𝑥

Hasil daripada peningkatan parameter ini, sebelum ini ia memerlukan 20 hari untuk
kacang hijau mencapai ketinggian yang menghampiri 34cm, sekarang pada hari ke-
17, kacang hijau sudah hampir mencapai ketinggian 34cm.

Rajah 2. Hari yang diperlukan untuk ketinggian menghampiri 34cm dengan

parameter k=0.5.

10
Rajah 3. Hari yang diperlukan untuk ketinggian menghampiri 34cm dengan

parameter k=0.6

Selanjutnya, saya dapatlah memanipulasi dan mengoptimumkan keuntungan


yang akan diperolehi. (*sekiranya saya seorang petani dan pemborong kacang hijau.)
Tuntasnya, permodelan matematik adalah sesuatu ilmu yang memang berguna dalam
kehidupan manusia.

11
RUJUKAN

Khan Academy. (n.d.). Exponential and logistics growth. Dipetik daripada


https://www.khanacademy.org/science/biology/ecology/population-growth-
and-regulation/a/exponential-logistic-growth.

Glenn Marion. (2008). All introduction to mathematical modelling. Dipetik daripada


https://people.maths.bris.ac.uk/~madjl/course_text.pdf.

Siti Fatimah Mohamed Anwar. (2017, November 15). Banjir: RM10 juta bantuan untuk
petani terjejas. Berita Harian Online. Dipetik daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/351011/banjir-rm10-juta-
bantuan-untuk-petani-terjejas.

BIBILIOGRAFI

Damgaard, C., Weiner J. & Nagashima, H. (2002). Modelling individual growth and
competition in plant populations: growth curves of Chenopodium album at two
densities. Journal of Ecology, 90(1), 666-671. Dipetik daripada
http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.700.9499&rep=rep1
&type=pdf.

Fatimah Mohamed Arshad. (2007, September). Pertanian sebagai perniagaan. Kertas


kerja dibentangkan dalam Konvesyen Pertanian Kebangsaan 2007 anjuran
Biro Pertanian UMNO Malaysia, Seremban: Negeri Sembilan.

Fauzi Mohamed Yusof, Md Ismail & Yazariah Mohd Yatim. (2016). Permodelan
matematik dan aplikasinya terhadap penyebaran jangkitan hantavirus.
Discovering Mathematics, 38(1), 13-21. Dipetik daripada
https://www.researchgate.net/publication/311672967_Pemodelan_Matematik
_dan_Aplikasinya_Terhadap_Penyebaran_Jangkitan_Hantavirus.

McMartin, A. (1979, Jun). The logistic curve of plant growth and its application to
sugarcane. Proceedings of the South African Sugar Technologists’ Association.
Dipetik daripada https://pdfs.semanticscholar.org/7276/ b436ed43f2c5f888e62
171cfc5e8f0a9c90c.pdf.

12

Anda mungkin juga menyukai