Anda di halaman 1dari 3

Resepi Mudah Buat Cup Cake Coklat Kukus

Sumber resepi : Celoteh Hati Bella


Bahan-Bahan :

3 biji telur

1 cawan gula halus

1 cawan susu pekat

1 cawan serbuk koko (tak sampai 1


cawan pun boleh)

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

1 cawan minyak masak

1 cawan air panas

Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Kukus :

Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang

Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati

Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking


powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati.

Setelah sebati, masukkan minyak.

Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.

Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.

Kukus selama 20 minit.

Akhirnya, siaplah cup cake coklat kukus kita..:)

Super Moist Chocolate Cupcake


By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan:
* 100g Serbuk Koko*
* 180g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder
*Papercups/kertas cawan secukupnya
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair
sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan
sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati,tapis adunan
kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar2 sebati.
3. Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah
mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit
bergantung pada jenis oven dan saiz papercup.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau hiasan pilihan..enak juga
dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!

Anda mungkin juga menyukai