Anda di halaman 1dari 9

Definisi Kesihatan

Menurut WHO, kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental,
rohani dan sosial. Kesihatan fizikal merangkumi tujuh aspek iaitu:
i. sihat dan sempurna tubuh badan
ii. keadaan dalam dan persekitaran rumah yang bersih dan teratur
iii. keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan hidupan
iv. tempat tinggal yang sempurna
v. pemakanan yang seimbang
vi. bekalan air yang bersih
vii udara yang bersih
Kesihatan mental dan rohani merangkumi empat bidang utama iaitu:
i. daya pemikiran dan sikap yang positif
ii. dapat menyesuaikan diri dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
iii. ada perasasn kasih dan sayang
iv. ada rasa penerimaan, penghargaan dan bersyukur
Kesihatan sosial pula adalah perhubungan yang baik dengan ahli keluarga, rakan sebaya,
jiran dan juga masyarakat setempat

Apakah maksud Kesihatan?


No description
by

Leong Kai Ann


on 17 January 2014
580Tweet

Comments (0)
Please log in to add your comment.
Report abuse

Transcript of Apakah maksud Kesihatan?


Results
cara-cara dan langkah-langkah menjaga kesihatan diri
Langkah pertama menjaga kesihatan
Seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri.
Contohnya: mandi sekurang-kurangnya two kali, memakai pakaian yang suci,
sentiasa memastikan kawasan sekeliling sentiasa bersih dan sebagainya.
Dengan itu, kita dapat menjauhkan diri daripada sebarang penyakit.
Dengan cara ini, sudah pasti bahawa kita tidak akan senang dijangkit oleh
penyakit.

Oleh itu, menjaga kebersihan amat penting untuk kesihatan.


Langkah kedua menjaga kesihatan

KONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN


FIZIKAL
Konsep Kesihatan
Pada asalnya, konsep kesihatan bermakna dalam keadaan sihat
dan selamat, bebas daripada kecederaan, kecacatan dan
penyakit. Kini konsep kesihatan mencakupi aspek yang lebih luas.
Pada tahun 1948, dalam Persidangan Kesihatan Sedunia kali
pertama anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesemua
54 orang wakil negara sebulat suara menerima usul bahawa
kesihatan bermakna sihat daripada aspek fizikal, mental dan
sosial, dan bukan sekadar terbebas daripada penyakit, kecacatan
dan kecederaan sahaja.
Mengikut definisi ini, ketiga-tiga komponen mental, fizikal
dan sosial adalah bersepadu dan saling betindak antara satu
sama lain. Sebarang perubahan (baik atau buruk) yang berlaku
pada salah satu komponen itu tentu akan menganggu dua
komponen lain. Ekoran daripada definisi tersebut, kini terdapat
dua lagi komponen yang dikenal pasti penting dalam kesihatan,
iaitu komponen emosi dan rohani.
Hoyman (1962) menakrifkan kesihatan sebagai keadaan
sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif
dan kreatif. Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula
dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kematian
(kesihatan sifar).
Konsep Kecergasan
Seseorang individu yang cergas boleh memberi sumbangan yang
bermakna
kepada
masyarakat
dan
negara.
Kecergasan
keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang
kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan
berkesan.

Kecergasan mempunyai pengertian yang pelbagai namun


begitu, kecergasan keseluruhan adalah gabungan kecergasan
fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani.

Komponen-komponen kecergasan keseluruhan sentiasa berubah


tetapi bersifat dinamik. Kecergasan keseluruhan akan meningkat
jika kita selalu melibatkan diri dengan komponen-komponen
kecergasan tersebut. Komponan-komponen kecergasan
keseluruhan adalah seperti berikut :
a) Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk melakukan
aktiviti harian dengan lebih berkesan tanpa rasa ketih dan lesu
serta
masih
mempunyai
lebihan
tenaga
untuk
aktiviti
kesenggangan dan semasa menghadapi kecemasa.
b) Kecergasan Mental
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir
secara waras dan menggunakan maklumat yang diperolehi itu
untuk meningkatkan kualiti gaya hidup dan fungsi kehidupan
secara optimum.
c) Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berhubung
atau berkomunikasi secara bermakna dengan ahli keluarga dan
komuniti. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kualiti hidup
semua pihak yang terlibat dalam proses interaksi di samping
mampu bertoleransi dan menghormati perasaan orang lain.
d) Kecergasan Emosi
Kecergasan emosi adalah keupayaan individu mengimbangi
perasaan kendiri secara positif dalam menangi masalah
hariannya.

e) Kecergasan Rohani
Kecergasan
rohani
adalah
keupayaan
individu
untuk
menyujudkan satu sistem nilai, mampu mendisiplinkan diri dan
bertindak berdasarkan kepercayaan dan pegangan agama yang
kukuh untuk meningkatkan matlamat hidup yang lebih
konstruktif.
Definisi Kecergasa Fizikal
Menurut Davis (1991), kecergasan fizikal dalam konteks sukan
ialah keupayaan seseorang individu untuk memenuhi pelbagai
keperluan fizikal dan fisiologi dalam melakukan aktiviti sukan
tanpa menyebabkan keadaan keletihan yang keterlaluan.
Menurut Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin (1988), latihan
bererti satu persediaan untuk mencapai tapak yang kukuh
manakala
kecergasan
menggambarkan
tahap
keupayaan
seseorang individu untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan
tanpa cepat berasa letih dan lesu.
Kecergasan fizikal merupakan aspek yang penting bagi
setiap induvidu. Kecergasan tubuh badan hanya akan tercapai
menerusi latihan fizikal bersistematik yang terancang dan
dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan yang sesuai serta
disiplin yng tinggi. Latihan bererti satu persediaan untuk
mencapai tapak yang kukuh untuk melakukan aktiviti fizikal.
Kecergasan menggambarkan tahap keupayaan individu itu boleh
berfungsi dengan cekap dan berkesan tanpa cepat berasa letih
dan lesu. Tahap kecergasan seseorang itu bukan hanya diukur
dan dinilai melalui ketiadaan atau bebas daripada sebarang
penyakit, malah ianya juga ditentukan oleh tahap kecergasan
fizikal individu tersebut. Oleh itu, tahap kecergasan fizikal
sebenarnya dapat dinilai berdasarkan kepada prestasi seseorang
itu melakukan sesuatu aktiviti.
Menurut Dr. Wildor Hollman (1991), beliau mendefinisikan
kecergasan sebagai suatu keadaan fizikal dan mental, di mana
seseorang itu mempunyai kemampuan melakukan sesuatu
tugasan oleh individu lain. Sementara itu,Clarke (1976)

mendefinisikan kecergasan sebagai kemampuan seseorang


melakukan aktiviti harian dengan cekap dan sempurna tanpa
berasa letih serta mampu lagi untuk melakukan aktiviti yang
lebih mencabar. Kecergasan merupakan kemampuan paru-paru,
jantung, saluran darah, serta otot tubuh badan dapat berfungsi
pada tahap yang optimum (Sheikh Kamaruddin 1987).
Program latihan kecergasan fizikal memberi tumpuan
kepada
peningkatan
penambahan
dari
segi
kecergasan
keseluruhan tubuh badan seperti :
i. Membina kelajuan (kepantasan).
ii. Membina daya tahan (otot-otot dan kardiovaskular).
iii. Membina ketangkasan.
iv. Membina kekuatan otit dan kelembutan anggota (kelenturan
sendi).
v. Membina koordinasi dan imbangan badan.
vi. Memperbaiki dan mencergaskan organ-organ dalam sistem
kardiovaskular, sistem
pernafasan dan sistem otot.
Komponen Kecergasan Fizikal
Menurut Corbin dan Lindsey
dibahagikan kepada dua iaitu :

(1988),

kecergasan

fizikal

Kecergasan Berlandasakan Kesihatan.


Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor.

a. Kecergasan Berlandaskan Kesihatan ( Health Related Fitness )


Seseorang yang cergas perlu sekurang-kurangnya memperolehi
tahap kecergasan yang sedarhana dalam setiap daripada lima
komponen kecergasan berlandaskan kesihatan. Komponen
tersebut adalah :
i.

Komposisi Badan
Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak,
otot dan tulang-tulang. Penentuan isi kandungan badan
menunjukkan peratusan (%) lemak badan berbanding dengan isi

kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak


dalam badan menimbulkan masalah kegemukan (obesity).
Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi
kesihatan individu.
ii.

Daya Tahan Kardiovaskular


Daya tahan kerdiovaskular adalah keupayaan jantung atau sistem
kerdiorespiratori untuk mengepam darah beroksigen dengan
efisien ke seluruh badan. Jantung yang efisien membolehkan kita
melakukan kerja secara berterusan dalam jangka masa yang lama
pada kadar intensiti yang ringan atau sedarhana tanpa berasa
penat. Penghantaran darah yang kaya oksigen membolehkan kita
bekerja dengan lama. Mereka yang mempunyai daya tahan
kardiovaskular yang rendah selalunya mudah penat dan letih.
Contoh
aktiviti
yang
boleh
meningkatkan
daya
tahan
kardiovaskular ialah lompat tali, berenang, berbasikal, berjoging
dan senamrobik.
Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang ialah
dengan mengambil kadar nadi rehat. Nadi rehat yang rendah
menandakan kecergasan jantung yang baik. Jadual di bawah
digunakan untuk mengetahui taraf kecergasan jantung anda.

iii.

Kelembutan / Kelenturan ( Flexibility )


Fleksibiliti bermaksud keupayaan otot, ligamen, dan tendon
membenarkan anggota badan bergerak bebas pada julat
pergerakan yang maksimum. Fleksibiliti dapat dibina melalui
reganggn. Regangan oto perlu dilakukan semaksimum yang
mungkin dalam jangka masa 10 hingga 30 saat bagi setiap
aktiviti. Jangkauan melunjur, regangan bahu, regangan pinggang,
regangan hamstrings dan kilas pinggang adalah sebahagian
daripada contoh akitviti.

iv.

Kekuatan Otot
Individu yang cergas selalunya mempunyai otot yang kuat untuk
membolehkan individu tersebut melakukan aktiviti yang
memerlukan kekuatan otot. Kekuatan otot dimaksudkan sebagai
kemampuan otot atau sekumpulan otot untuk mengatasi
rintangan dengan menggunakan daya yang maksimum. Aktiviti
kekuatan otot perlu dilakukan secara sistemetik dan berterusan.
Latihan kekuatan otot perlu dilakukan sekurang-kurannya tiga
kali seminggu. Antara faedah latihan kekuaran otot adalah :
i. Otot-otot yang digunakan membesar dan bertambah kuat.
ii. Memperlahankan tahap kelesuan pada otot.
iii. Bentuk badan kelihatan lebih menarik.
v.

Daya Tahan Otot


Seseorang yang mempunyai daya tahan otot yang tinggi mampu
melakukan kerja secara berulang-ulang dan berterusan tanpa
berasa lesu dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh,
larian maraton.

Daya tahan otot dapat ditingkatkan melalui latihan


bebanan, latihan litar dan latihan jeda. Antaraaktiviti yang boleh
dilakukan untuk daya tahan otot angkat tumit, tekan tubi, dekam
lunjur dan naik turun bangu yang menggunakan berat badan
sendiri sebagai beban. Manakala aktiviti biseps curl pula
menggunakan alat pemberat sebagai bebanan. Antara faedah
daya tahan otot ialah :
i. Otot mampu malakukan aktiviti dalam satu jangka masa yang lama.
ii. Otot rangkan dan otot jantunf menjadi lebih kuar.
iii. Lemak dalalm tisu otot dapat dikurangkan.
iv. Pengaliran darah keseluruh badan menjadi lebih efesian.
b. Komponen Kecergasan Berlandaskan Lakuan Motor(Skill Related
Fitness)
Lakuan motor bolehlah difahamkan sebagai perlakuan yang berkaitan
dengan sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi
setelah

dirangsangkan.

Hasil

dari

lakuan

ini

dapat

menjadikan

pelakunya berkemahiran. Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu


dalam keadaan tepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit kecergasan

lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran


Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang minima bagi menghasilkan daya
(kerja) tetapi hasilnya maksima.

Terdapat beberapa komponen lakuan motor yang penting antaranya:


i.

Kelajuan ( Speed )
Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan cepat.
Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang boleh dilakukan dalam
jangka masa yang paling minima. Individu yang mempunyai kelajuan
kaki

berupaya

membuat

larian

pantas

manakala

individu

yang

mempunyai kelajuan tangan nerupaya melontar atau memukul bola


dengan laju.
ii.

Ketangkasan ( Agility )
Kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke
sesuatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh.
Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan
mudah.

iii.

Kuasa ( Power)
Kuasa ialah keupayaan melakukan aktiviti dengan daya yang
maksimum dalam jangkamasa yang paling singkat. Kuasa
diperlukan dalam acara lontar peluru, permulaan lari pecut,
lempar cakera, lompat tinggi dan lompat jaun.

iv.

Imbangan ( Balance )
Imbangan bermaksud pengekalan keseimbangan badan seseorang
individu pada kedudukan statik dan dinamik. Antara contoh aktiviti
inbangan statik adalah dirian tangan dalam gimnastik.

v.

Masa Reaksi ( Reaction Time )


Masa reaksi merujuk kepada masa yang diambik oleh seseorang
individu ketika bertindak balas terhadap rangsangan. Sebagai

contoh, berlepas dari blok permulaan sebaik mendengar bunyi


tembakan.
vi.

Koordinasi ( Coordination )
Koordinasi adalah keupayaan individu menyeragamkan deria dan
anggota badannya untuk menghasilkan satu pergerakan motor
yang licin dan tepat. Memukul bola sofbol, menendang dan
menimbang bola adalah antara contoh aktiviti koordinasi.

Anda mungkin juga menyukai