Anda di halaman 1dari 15

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/329505566

HUBUNGAN AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP)


DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH RENDAH

Article · December 2018

CITATIONS READS

0 588

1 author:

Victor Jibson Anthony


University of Malaya
1 PUBLICATION   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Professional Learning Communities and collective teacher efficacy with teacher self efficacy as a mediator View project

All content following this page was uploaded by Victor Jibson Anthony on 08 December 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


HUBUNGAN AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL (KPP) DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH
RENDAH

Victor Jibson bin Anthony Idi


Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei, Sarawak

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan komuniti pembelajaran


profesional dengan efikasi kendiri guru-guru sekolah rendah di daerah
Sarikei, Sarawak, Penyelidikan kuantitatif yang menggunakan kajian
tinjauan telah dipilih menjadi reka bentuk kajian ini. Seramai 256 orang guru
daripada 44 buah sekolah bahagian Sarikei, Sarawak telah menjadi
responden kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mengumpul
data. Dapatan kajian mendapati kesemua min dimensi amalan Komuniti
Pembelajaran Profesional (KPP) adalah tinggi Dimensi perkongsian nilai,
matlamat, misi dan visi mempunyai nilai min tertinggi iaitu 4.20 (SP=.530).
Dimensi amalan perkongsian personal pula mempunyai nilai min terendah
iaitu 3.80 (SP=.759) tetapi masih tahap yang tinggi. Hasil kajian turut
menunjukkan dimensi pengurusan kelas mempunyai nilai min yang tertinggi
iaitu 7.56 (SP=1.04). Dimensi efikasi kendiri guru yang terendah pula adalah
dimensi strategi instruktional dengan nilai min 7.52 (SP=.96). Analisa
korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dengan efikasi
kendiri guru di sekolah kajian. Hasil kajian ini boleh digunakan untuk
membangunkan tahap kompetensi guru melalui Komuniti Pembelajaran
Profesional (KPP) agar tahap efikasi guru sentiasa pada tahap yang tinggi.
Kesimpulan daripada kajian mendapati amalan Komuniti Pembelajaran
Profesional mempunyai hubungan dengan efikasi kendiri guru sekolah
rendah di daerah Sarikei, Sarawak.
Kata Kunci: Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional, Efikasi Kendiri
Guru, Dimensi KPP, Dimensi Efikasi Kendiri Guru
Pengenalan

Di Malaysia, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 diperkenalkan


pada tahun 2012 untuk mentransformasikan sistem pendidikan di Malaysia (KPM, 2012).
PPPM yang diperkenalkan mengandungi sebelas anjakan bagi mentransformasikan sistem
pendidikan Malaysia. Antara inti pati pelan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan
profesionalisme guru melalui pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional (KPM, 2015).
Warga pendidik khususnya guru harus mampu meningkatkan profesionalisme sejajar dengan
perubahan yang berlaku. Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dilihat sebagai model yang
berkesan bagi menggalakkan guru-guru dan ahli komuniti sekolah belajar dan memperoleh
idea baru demi meningkatkan keberkesanan sekolah (Morel, 2014).

Kini, banyak sekolah di Malaysia telah mengamalkan KPP sejak diperkenalkan oleh
KPM bagi meningkatkan keberkesanan sekolah pada tahun 2013 lagi (KPM, 2015). ‘Lesson
study’, ‘teacher sharing’ dan ‘learning walk’ adalah antara strategi yang telah diperkenalkan
dan diamalkan oleh guru di peringkat sekolah. Oleh itu, guru telah membiasakan diri dengan
istilah KPP yang memerlukan guru memperoleh pengetahuan pembelajaran dan pengajaran,
meningkatkan amalan profesionalisme yang menyumbang kepada profesion keguruan
(Beauchamp, Klassen, Parsons, Durksen & Taylor, 2014). Pada masa kajian ini, semua sekolah
di Malaysia telah melaksanakan KPP selama lima tahun dan dianggap telah mempunyai
pengalaman mendalam dari segi implementasiannya.

Namun sedemikian, kebanyakan sekolah masih keliru dan tidak menghayati intipati
sebenar KPP dan hanya mendakwa sekolah mereka adalah sekolah yang mengamalkan KPP
(Fullan, 2010). Selain itu, kajian oleh Chong, Muhammad Faizal dan Zuraidah Abdullah (2016)
turut mendapati sekolah masih kurang menggunakan perkongsian profesional guru antara guru
di sekolah. Pemimpin di sekolah harus mempunyai kefahaman dan keinginan yang tinggi bagi
mengembangkan keupayaan dan kualiti guru dalam semua aspek semasa (Aziah Ismail, Loh &
Abdul Ghani Kanesan Abdullah, 2015; Mohd Khairuddin Abdullah & Halimah Laji, 2015).
Kajian pengkaji barat telah menunjukkan sekolah yang mengamalkan lima dimensi KPP Hord
(1997) mempunyai hubungan dengan peningkatan tahap efikasi guru, pencapaian prestasi
pelajar dan keberkesanan sekolah. Namun dalam konteks Malaysia, hanya ada beberapa kajian
mengenai KPP dengan efikasi kendiri sahaja telah dilaksanakan (Khairul Anuar Saad, Walsh,
Malaburn & Brundrett, 2017).

Kajian ini telah direka untuk mengkaji hubungan amalan KPP dengan efikasi kendiri
guru. Bandura (1997) dalam teori kognitif sosialnya telah menerangkan terdapat empat sumber
kepercayaan efikasi iaitu pengalaman masteri, sosial persuasion, pembelajaran vikarius dan
keadaan psikologi serta emosi. Kajian ini akan dikaji dalam konsep teori kognitif sosial yang
memberi penekanan kepada peningkatan pengamalan masteri guru.

Penyataan Masalah

Efikasi guru adalah keyakinan yang ada dalam guru mengenai kemampuan kendiri mengenai
keupayaan bagi mempengaruhi dan meningkatkan pencapaian pelajar (Curry, 2015).
Tshannen-Moran dan Woofolk-Hoy (2001) pula turut menyatakan latihan dan pengalaman
sendiri guru mampu meningkatkan efikasi guru. Oleh itu, efikasi guru sering dikaitkan dengan
pencapaian pelajar dan keberkesanan sekolah. Curry (2015) menambah lagi efikasi guru yang
tinggi akan menyebabkan pelajar berasa selesa dengan sekolah, dalam kehidupan seharian dan
kerjaya.

Oleh itu, pembangunan profesional abad ke-21 bukan hanya tertumpu kepada
pembelajaran individu tetapi turut berfokuskan bagaimana individu belajar bersama-sama
melalui kolaborasi profesional yang berdisiplin (Harris & Jones, 2012). Antara satu usaha yang
dibuat adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran guru yang menjaga di sekolah.
Pelbagai pembelajaran profesional telah dilaksanakan pada peringkat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
mahupun sekolah. Namun sedemikian, program perkembangan profesiolisme yang berasaskan
tradisional lebih kepada one time workshop mengabaikan ciri-ciri seperti aktiviti kolaboratif
dalam peserta, tindakan susulan atau sokongan hanya membuang masa sahaja (Muhammad
Faizal A. Ghani & Abd. Khalil Adnan, 2015; Stegall, 2011). Di Malaysia, pembangunan
profesiolisme turut menerima kritikan daripada pakar iaitu perancangan pembangunan
profesional kurang mempunyai objektif jelas, tiada tindakan susulan, tidak berasaskan
keperluan dan model rujukan yang tidak sesuai (Amin Senin, 2008).

Keadaan ini menjadi semakin runcing dengan pendapat Mohammad Sani Ibrahim dan
Mohd Izham (2012) yang menyatakan masalah dan keberkesanan guru masih pada tahap
sebelumnya walaupun telah membelanjakan berjuta-juta wang bagi mengadakan program
profesionalisme guru. Siti Nur Aisya Sugumarie Abdullah dan Ahmad Zabidi Abdul Razak
(2014) turut mendapati guru-guru yang telah menghadiri latihan dalam perkhidmatan turut
mencadangkan latihan “hands-on” bagi mengukuhkan lagi pengalaman pengajaran. Kajian ini
turut menambah kandungan kursus dalam perkhidmatan seharusnya sesuai dengan semua
peserta agar semua guru yang menghadiri memperoleh kemahiran daripadanya. Masih belum
ramai pengkaji lepas yang melaksanakan kajian mengenai KPP di Malaysia. Kajian lepas turut
hanya dilaksanakan terhadap sekolah menengah kerajaan sahaja oleh Zuraidah Abdullah,
Rahimah Ahmad dan Muhammad Faizal A. Ghani (2012) dan sekolah rendah di daerah kecil
oleh Aziah Ismail, Loh dan Abdul Ghani Kanesan Abdullah (2015) serta Chong, Muhammad
Faizal A. Ghani dan Zuraidah Abdullah (2016). Tinjauan awal KPP di Malaysia oleh Zuraidah
Abdullah, Rahimah Ahmad dan Muhammad Faizal A. Ghani (2012) dalam kajian profil
komuniti pembelajaran profesional sekolah di sekolah menengah seluruh Malaysia yang
menggunakan Model Hord (1997) mendapati barisan pengurusan masih kekurangan
pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam mengetuai guru ke arah budaya pembelajaran
sepanjang masa. Ini menunjukkan pemimpin dan guru masih kurang memahami konsep dan
kepentingan KPP di sekolah sendiri. Selain itu, pemimpin turut kurang jelas bagaimana untuk
menjadikan sekolah mereka sebagai KPP yang berkesan. Tambahan pula, tidak semua sekolah
yang berfungsi sebenarnya dalam prinsip KPP kerana kefahaman yang berbeza-beza tetapi satu
cara mentransformasikan kerja keras dan berfokuskan pembelajaran (Dufour & Eaker, 2008).

Banyak kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji barat (Stegall, 2012) mendapati KPP
mempunyai hubungan dengan efikasi guru. Walau bagaimanapun dalam konteks Malaysia,
kajian hubungan KPP dengan efikasi kendiri guru (lihat Aziah Ismail, Loh dan Abdul Ghani
Kanesan Abdullah, 2015) yang turut menggunakan Model Hord (1997) pula mendapati KPP
tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan efikasi kendiri guru di salah satu daerah di
Pulau Pinang. Hasil kajian ini berlainan dengan hasil kajian yang telah dilakukan di negara
barat telah membangkitkan inkuiri pengkaji untuk menjalankan kajian mengenai hubungan
KPP dengan efikasi kendiri guru mengikut konteks tempatan. Harris dan Jones (2012) pernah
menyatakan penggunaan strategi dan amalan yang kurang sesuai dengan konteks tidak akan
memberikan impak yang berpanjangan. Seterusnya, hasil kajian ini boleh digunakan oleh
pengkaji lain dalam memahami dan merujuk rangka kajian untuk penyelidikan yang akan
datang.

Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah mengkaji hubungan amalan KPP dengan efikasi kendiri guru.
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti tahap amalan dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP)
sekolah rendah daerah Sarikei.
ii. Mengenal pasti tahap dimensi efikasi kendiri guru sekolah rendah daerah Sarikei.
iii. Mengenal pasti hubungan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional dengan efikasi
kendiri guru sekolah rendah daerah Sarikei.

Soalan Kajian

Soalan kajian adalah seperti berikut:


i. Apakah tahap amalan dimensi KPP sekolah rendah daerah Sarikei?
ii. Apakah tahap dimensi efikasi kendiri guru sekolah rendah daerah Sarikei?
iii. Apakah hubungan amalan KPP dengan efikasi kendiri guru sekolah rendah daerah
Sarikei?

Tinjauan Literatur

1. Perkembangan Komuniti Pembelajaran Profesional

Konsep organisasi pembelajaran telah mula diperkenalkan oleh Peter Senge pada tahun 1990-
an di dunia perniagaan. Peter Senge (1990) dalam bukunya ‘The Fifth Element’ telah
menyatakan organisasi pembelajaran sebagai organisasi pembelajaran berkemampuan
membantu pekerja dalam organisasi mencapai tahap pembelajaran yang tinggi dengan
membantu cara berfikir, mempunyai matlamat dan menyokong pembelajaran berterusan. Buku
Peter Senge ini telah menjadi penggerak utama dalam dunia pendidikan dengan konsepnya
dalam bidang organisasi pembelajaran. Terdapat lima dimensi utama yang ada dalam Model
Senge iaitu personel masteri, model mental, perkongsian visi, pembelajaran kumpulan dan
pemikiran bersistem.

2. Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP)

Untuk kefahaman mudah, Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) adalah terdiri daripada
kesemua warga sekolah yang membentuk satu komuniti untuk berkongsi kemahiran, kepakaran
dan pengetahuan untuk mencapai matlamat yang sama (Sujirah Ibrahim & Zuraidah Abdullah,
2010). Selain itu, Zuraidah (2010) mentakrifkan KPP sebagai menanamkan budaya belajar ke
seluruh komuniti sekolah.

Walaupun sekolah merupakan organisasi yang kompleks, guru masih mampu membina
struktur peningkatan kerjaya dengan mengamalkan KPP. KPP merujuk kepada kolaborasi dan
guru-guru sering berjumpa untuk membuat perbincangan yang menumpukan kepada
pengajaran mereka. Komuniti ini merupakan salah satu alat yang membolehkan ahli-ahlinya
menggunakan segala kepakaran, pengetahuan dan perolehan sebagai rujukan guru-guru secara
individu dan diimplementasikan di dalam bilik darjah (Wenger, 1998). Objektif utama KPP
adalah menyediakan satu laluan atau proses bagi sekumpulan individu berkongsi amalan secara
konsisten, reflektif dan berorientasikan pembelajaran (Toole & Louis, 2002).

Dalam dunia pendidikan, pelbagai pemahaman dan konsep telah diberikan mengenai
KPP. Namun sedemikian, Hord (1997, 2004) telah menyatakan konsep yang dinyatakan oleh
Senge (1990) menjadi konsep utama kerana pandangan beliau mengenai tempat kerja sebagai
organisasi pembelajaran. Selain itu, beliau turut menyatakan organisasi pembelajaran adalah
kolaborasi yang aktif oleh pekerja untuk berkongsi matlamat dengan bekerjasama untuk
mengenali dan menyelesaikan masalah di organisasi terbabit. Model Hord (1997) dan Model
Dufour (1998) adalah antara model yang banyak digunakan oleh pengkaji-pengkaji lepas dalam
kajian masing-masing. Dimensi utama yang ada pada model Hord (1997) adalah kepimpinan
berkongsi dan menyokong, perkongsian nilai, matlamat, misi dan visi, pembelajaran kolektif
dan pengaplikasian, amalan perkongsian personel dan keadaan yang menyokong. Bagi dimensi
model Dufour (1998) pula adalah perkongsian visi dan misi, perkongsian kepimpinan,
kolaborasi, kolektif inkuiri dan berorientasikan dapatan.

3. Efikasi Kendiri Guru

Efikasi kendiri adalah kepercayaan individu terhadap kebolehannya bagi melakukan tugasan
yang diberikan dengan berjaya (Bandura, 1977). Secara umum, efikasi kendiri boleh
dibahagaikan kepada dua iaitu efikasi kendiri tinggi dan efikasi kendiri rendah. Guru yang
mempunyai efikasi kendiri tinggi akan mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam mengenal
pasti keperluan pelajar dari segi pembelajaran dan motivasi pelajarnya. Ini berbeza dengan
efikasi kendiri rendah. Guru yang mempunyai efikasi kendiri rendah tidak akan mempunyai
keyakinan diri dan kurang menumpukan perhatian kepada prestasi pelajar. (Mohd, Binti, &
Nawawi, 2016)

Tschannen-Moran dan Hoy (2001) telah mendefinisikan efikasi kendiri guru sebagai
keyakinan diri pada seorang guru mengenai kebolehannya dalam pengajaran dan
memotivasikan pelajar tidak mengira latar belakang dan kebolehannya. Efikasi kendiri guru
adalah terdiri daripada strategi pengajaran, penglibatan pelajar dan pengurusan kelas.

KPP dianggap sebagai satu mekanisme bagi meningkatkan pembelajaran dan


profesionalisme guru di sekolah. Wang, Wang, Li dan Li (2017) mendapati KPP yang
diamalkan membantu meningkatkan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar guru. Efikasi
kendiri guru yang tinggi secara tidak langsung mampu meningkatkan pembelajaran murid di
sekolah. Lima dimensi KPP telah dikenal pasti bagi meningkatkan efikasi kendiri guru untuk
melahirkan murid yang mencapai aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025. Kajian ini akan
mengkaji hubungan KPP yang digalakkan oleh KPM sama ada mempunyai hubungan yang
signifikan terhadap efikasi kendiri guru melalui pengalaman pembelajaran profesional di
sekolah.
Metodologi

Penyelidikan kuantitatif yang menggunakan kajian inferensi telah dipilih menjadi reka bentuk
kajian ini. Korelasi pula digunakan untuk menerangkan hubungan antara dua pembolehubah
bersandar dan tidak bersandar. Dalam kajian ini, populasi yang telah terpilih adalah 774 guru-
guru sekolah rendah jenis kebangsaan dan sekolah rendah kebangsaan yang berkhidmat di
Bahagian Sarikei, Sarawak. Persampelan rawak telah dipilih untuk mendapatkan sampel
kajian. Sampel kajian adalah sebanyak 256 guru daripada 774 guru daripada 44 buah sekolah
bahagian Sarikei, Sarawak menggunakan Jadual Krejcie dan Morgan (1970). Untuk pengutipan
data bagi kajian, alat kajian yang sesuai hendaklah ditentukan. Dalam kajian ini dua jenis soal
selidik telah dicantumkan dalam kajian ini. Bahagian pertama School Proffesional Staff as
Learning Community Questionaire-Revised (PLCA-R) oleh (Olivier & Hipp, 2010) dan kedua
adalah daripada Teacher’s sense of efficacy Scale (TSES) yang dibina oleh Tschannen-Moran
dan Woolfolk Hoy (2001). Instrumen asal bahasa Inggeris telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu dan kemudiannya diterjemahkan semula ke Bahasa Inggeris oleh guru pakar Bahasa
Inggeris. Soal selidik telah diedarkan ke sekolah dan sebanyak 256 (91.4%) telah
dikembalikan. Seterusnya, statistik deskriptif iaitu frekuensi, min dan peratus digunakan untuk
persoalan kajian mengenai tahap Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dan tahap efikasi
guru. Pekali korelasi Pearson digunakan untuk menjelaskan hubungan antara amalan KPP dan
efikasi kendiri guru.

Dapatan Kajian

Untuk menjawab soalan pertama tahap amalan KPP ini, pengkaji telah menggunakan soal
selidik yang telah diubah suai daripada Hord (2007). Pengkaji menggunakan skala likert lima
mata di dalam soal selidik. Interpretasi nilai min terdapat pada jadual 1 untuk menentukan
tahap KPP kajian.

Jadual 1
Interpretasi Tahap Berdasarkan Nilai Min Skala 5 Likert

Skor min Interpretasi skor min


1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Sumber: Creswell (2008)

Nilai min 1.00 hingga 2.33 adalah tahap rendah dan nilai 2.34 hingga 3.66 adalah tahap
sederhana. Nilai min 3.67 hingga 5.00 pula adalah tahap tinggi.

Jadual 2
Analisa Nilai Min Tahap Amalan KPP Berdasarkan Lima Dimensi

Dimensi KPP Min Sisihan Piawai Tahap


A. Kepimpinan berkongsi dan menyokong 4.05 .602 Tinggi
B. Perkongsian nilai matlamat misi dan visi 4.20 .530 Tinggi
C. Pembelajaran kolektif dan pengaplikasian 4.15 .528 Tinggi
D. Amalan perkongsian personal 3.80 .759 Tinggi
E. Keadaan yang menyokong 3.99 .594 Tinggi

Hasil kajian mendapati dimensi KPP yang mempunyai nilai min tertinggi adalah dimensi
perkongsian nilai, matlamat, misi dan visi dengan nilai minnya 4.20 (SP=.530) diikuti dengan
dimensi pembelajaran kolektif dan pengaplikasian dengan min 4.15 (SP=.528). Seterusnya
adalah dimensi kepimpinan berkongsi dan menyokong dengan min 4.05 (SP=.602) dan
keempat ialah dimensi keadaan yang menyokong dengan min 3.99 (SP=.594). Nilai min yang
terendah tetapi masih pada tahap tinggi ialah dimensi amalan perkongsian personal dengan min
3.80 (SP=.759).

Untuk soalan kedua, pengkaji telah menggunakan soal selidik daripada daripada
Teacher’s Sense Of Efficacy Scale (TSES) yang dibina oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk
Hoy (2001) yang terdiri daripada dua belas item yang merangkumi tiga dimensi efikasi kendiri
iaitu strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan penglibatan murid dengan skala likert 9
skala. Jadual 4.11 digunakan untuk menginterpretasikan tahap nilai min rendah, sederhana dan
tinggi.

Jadual 3
Interpretasi Tahap Berdasarkan Nilai Min Skala 9 Likert

Skor min Interpretasi skor min


1.00 – 3.66 Rendah
3.67 – 6.33 Sederhana
6.34 – 9.00 Tinggi
Sumber: Creswell (2008)

Nilai min 1.00 hingga 3.66 adalah tahap rendah dan nilai 2.67 hingga 6.33 adalah tahap
sederhana. Nilai min 6.34 hingga 9.00 pula adalah tahap tinggi sedemikian masih pada tahap
yang tinggi.

Jadual 4
Analisa Nilai Min Efikasi Kendiri Guru Berdasarkan 3 Dimensi

Dimensi Efikasi Kendiri Guru Nilai Min Sisihan Piawai Tahap


Penglibatan Murid 7.53 1.02 Tinggi
Strategi Instruktional 7.52 .96 Tinggi
Pengurusan Kelas 7.56 1.04 Tinggi

Kajian menunjukkan dimensi pengurusan kelas adalah min tertinggi iaitu 7.56
(SP=1.04) diikuti dimensi penglibatan murid dengan min 7.53 (SP=1.02). Dimensi yang
terendah adalah dimensi strategi instruktional dengan min 7.52 (SP=.96). Secara
keseluruhannya, tahap efikasi kendiri guru adalah pada tahap yang tinggi. Bagi soalan ketiga,
korelasi Pearson telah digunakan untuk mengenal pasti hubungan amalan KPP dengan efikasi
kendiri guru.
Jadual 5
Interpretasi Kekuatan Nilai Korelasi

r Kekuatan hubungan
< 0.20 Hampir tiada hubungan
0.20 – 0.40 Korelasi yang rendah; kaitan jelas tetapi kecil
0.40 – 0.70 Korelasi yang sederhana; hubungan yang besar
0.70 - 0.90 Korelasi yang tinggi; hubungan ketara
> 0.90 Korelasi yang sangat tinggi; hubungan yang sangat tinggi
Sumber: Guilford, (1956)

Jadual 5 menunjukkan interpretasi skor korelasi berdasarkan pekali korelasi Pearson.


Nilai yang kurang daripada 0.20 menunjukkan hampir tiada hubungan manakala nilai r 0.20
hingga 0.40 menunjukkan korelasi yang rendah serta kaitan jelas tetapi kecil. Seterusnya nilai
r 0.40 hingga 0.70 menunjukkan korelasi yang sederhana dan mempunyai hubungan yang
besar. Nilai r 0.70 hingga 0.90 pula menunjukkan korelasi yang tinggi dan hubungan yang
ketara. Nilai r lebih daripada 0.90 pula menunjukkan korelasi yang sangat tinggi dan hubungan
yang sangat tinggi.

Jadual 6:
Analisis Korelasi Komuniti Pembelajaran Profesional dengan Efikasi Kendiri

Komuniti Pembelajaran Profesional


Pearson Correlation .452**
Efikasi Kendiri Sig. (2-tailed) .000
N 256
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 6 menunjukkan keputusan analisis korelasi yang dilakukan. Analisis korelasi


Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara KPP terhadap efikasi kendiri
(r = 0.452, p <0.01). Daripada segi hubungan kekuatan pula, nilai r yang menunjukkan 0.45
menunjukkan kedua pemboleh ubah mempunyai korelasi yang sederhana dan hubungan yang
besar antara satu sama lain

Perbincangan

Persoalan untuk kajian pertama telah dijawab iaitu nilai min dimensi amalan komuniti
pembelajaran profesional adalah tinggi. Nilai min tertinggi adalah dimensi perkongsian nilai,
matlamat dan visi dengan nilai min 4.20 diikuti dengan dimensi pembelajaran kolektif dan
pengaplikasian dengan min 4.15. Seterusnya adalah dimensi kepimpinan berkongsi dan
menyokong dengan min 4.05 dan keempat ialah dimensi keadaan yang menyokong dengan min
3.99 Nilai min yang terendah tetapi masih pada tahap tinggi ialah dimensi amalan perkongsian
personal dengan min 3.80.

Kajian ini telah menunjukkan perkongsian nilai, matlamat, misi dan visi yang
berteraskan kerjasama antara guru boleh mencapai kecemerlangan bersama. Pemimpin
hendaklah memainkan peranan yang penting memupuk gurunya menghayati nilai, matlamat,
misi dan visi sekolah untuk menggalakkan kolaborasi antara guru bagi mencapainya. Dapatan
ini adalah sama dengan dapatan Clark (2009) yang menyatakan pengetua yang menetapkan
matlamat yang berpaksikan kecemerlangan pelajar dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar
daripada kerjasama guru. Dalam kajian Clark (2009) turut mengatakan pengetua telah
menurunkan kuasanya kepada guru penolong kanan dan guru kanan untuk mencerap dan
menyelia guru-guru lain supaya sekolah mempunyai matlamat yang sama dan telah
membuahkan hasil. Selain itu, kajian DeMattews (2014) yang menjalankan kaedah kajian
kualitatif menyatakan dengan adanya perkongsian visi dan matlamat, guru yang kekurangan
sumber akan bekerjasama untuk memikirkan, memerhatikan yang boleh membantu mereka
dalam mengatasi masalah yang timbul. Perkongsian misi dan visi dapat memupuk semangat
kolaboratif dan berpasukan. Oleh itu bagi melahirkan sekolah yang cemerlang perlu mendapat
sokongan yang jitu daripada guru-guru di sekolah.

Persoalan untuk kajian kedua juga telah dijawab dengan dimensi efikasi kendiri guru
pada tahap yang tinggi. Dimensi pengurusan kelas tertinggi mempunyai nilai min 7.56, diikuti
dengan dimensi penglibatan murid kedua tinggi dengan nilai min 7.53 dan dimensi strategi
instruktional di tangga ketiga dengan nilai min 7.52. Ini bermaksud guru-guru di sekolah
tempat kajian mempunyai kepercayaan akan kebolehan mereka dalam pengurusan kelas di
sekolah masing-masing. Selain itu, guru juga yakin dalam mengimplimentasikan strategi
pengajaran mereka dengan murid-murid mereka dalam memberikan ilmu dan didikan. Yang
terakhir guru-guru turut percaya dan mampu menggalakkan penglibatan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil dapatan kajian ini adalah selari dengan
kajian yang dijalankan oleh Ngangun Anak Suring (2010) dan Masitah Hj. Mohd Yusof et al.
(2011) yang mendapati tahap efikasi kendiri guru pada tahap yang tinggi.

Untuk menjawab persoalan ketiga iaitu hubungan dimensi amalan KPP dengan efikasi
kendiri guru, analisa korelasi Pearson telah digunakan. Secara keseluruhannya, amalan
komuniti pembelajaran profesional mempunyai hubungan signifikan dengan tahap efikasi
kendiri gurudengan nilai r = 0.45 yang menunjukkan kedua pemboleh ubah mempunyai
korelasi yang sederhana dan hubungan yang besar antara satu sama lain. Dapatan ini selari
dengan kajian Maywhinney, Haas dan Wood (2005) yang turut mendapati terdapat korelasi
antara dimensi KPP dan efikasi kendiri guru. William, Brien dan Lebranc (2012) telah
menyatakan guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran apabila mereka terlibat secara
langsung dalam kerjasama profesional. Peningkatan dalam kemahiran dan pengetahuan turut
berlaku pada kajian yang dilakukan oleh Malungu dan Anne (2010) dalam kajian mereka
terhadap efikasi kendiri guru Bahasa Inggeris yang terlibat dalam pembangunan profesional
yang telah dijalankan.

Dengan adanya pengamalan KPP di sekolah, efikasi kendiri guru akan meningkat dan
pada tahap yang lebih tinggi seperti kajian yang dijalankan oleh Rosnah Ishak, Muhammad
Faizal Ghani & Saedah Siraj (2013). Kajian ini mendapati kolaborasi antara guru akan
meningkatkan keyakinan dan kepercayaan yang lebih tinggi apabila menjalankan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah masing-masing.

Kesimpulannya, dengan pengamalan KPP guru di sekolah rendah kajian mempunyai


hubungan yang besar kepada efikasi kendiri guru di sekolah kajian.
Rumusan

Hasil kajian telah menunjukkan terdapat hubungan guru yang mengamalkan KPP dengan
efikasi kendiri guru. Guru yang mempunyai efikasi kendiri yang lebih tinggi akan lebih cekap
dan mahir dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta menyelesaikan masalah
yang dihadapi pada masa yang sama. Terdapat beberapa cadangan untuk pengkaji yang akan
datang berdasarkan dapatan kajian dan rumusan yang telah dibuat. Berdasarkan hasil dapatan
kajian, pengkaji boleh melihat kepada faktor lain yang boleh mempengaruhi efikasi kendiri
guru.
Selain itu, kaedah kualitatif boleh digunakan untuk mengukuhkan lagi hasil kajian.
Seterusnya, populasi kajian juga boleh ditingkatkan ke peringkat negeri untuk melihat korelasi
hubungan komuniti pembelajaran profesional dan efikasi. Yang terakhir, tahap efikasi guru
dalam kajian ini adalah bersifat individu manakala KPP adalah bersifat kolektif. Cadangan
pengkaji ialah untuk mengkaji hubungan KPP dengan efikasi secara kolektif untuk melihat
gambaran secara kolektif dan bukannya secara individu.

Rujukan

Mohd Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ketujuh. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amin Senin. (2005). Hubungan pengurusan pembangunan profesional sekolah dengan model
pembangunan profesional serta pengaruhnya terhadap pengajaran guru di sekolah-
sekolah menengah negeri Sabah. Tesis. Ph.D yang tidak diterbitkan. Kota Kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah

Aziah Ismail, Loh, H.Y. & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2015). Komuniti pembelajaran
profesional dan efikasi kendiri guru sekolah menengah di Pulau Pinang. Diperolehi pada
20 Mac 2017 daripada http://e-journal.um.edu.my/public/article-view.php?id=6961

Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: W.H.Freeman.

Beauchamp, L., Klassen, R., Parsons, J., Durksen, T., & Taylor, L. (2014). Exploring the
development of teacher efficacy through professional learning experiences. Alberta
Ministry of Education.

Chong, C.K., Mohammad Faizal A. Ghani & Zuraidah Abdullah (2016). Amalan komuniti
pembelajaran professional (KPP) di sekolah berprestasi tinggi(SBT) Malaysia: Sebuah
sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) di Sarawak. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(1),
33–60.

Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning, conducting, and evaluating


quantitative and qualitative research (3rd Ed.). NJ: Pearson Prentice Hall.

Curry, T. D. (2015). A comparision between collective teacher efficacy and collective teacher
effectiveness. ProQuest Dissertation Pubishing. 1006707.
daripada http://juku.um.edu.my/filebank/published_article/4561/Bil1_2_Artikel5.pdf.
DeMatthews, D. (2014). Principal and Teacher Collaboration: An Exploration of Distributed
Leadership in Professional Learning Communities. International Journal of Educational
Leadership and Management, 2(2), 176-206.

Dufour, R. & Eaker, R. (2008).Revisiting profesional learning communities at work: New


insights for improving schools. Bloomington, IN: Solution Tree.

DuFour, R. (2004). What is a professional learning community? Educational Leadership, 61


(8), 6-11.

DuFour, R. B., DuFour, R., & Eaker, R. E. (2006). Professional learning communities at work:
Plan book. Solution Tree.

Dufour, R., & Eaker, R. (1998). Profesional learning communities at work: Best practices for
enchancing student achievement. Alexandria, VA: National Education Services.

Fullan, M. (2005). Leadership & sustainability: System thinkers in action. Thousand Oaks CA:
Corwin Press.

Fullan, M. (2010). All systems go. Thousand Oaks CA: Corwin Press. Gallimore,

Harris, A & Jones, M. (2012). Connect to learn: Learn to Connect. PDT Professional
Development Today, 13-19.

Harris, A. & Jones, M. (2012). Connecting professional learning: Leading effective


collaborative enquiry across teaching school alliances. Diperolehi pada 24 Ogos 2016
daripada
https://www.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/335719
/Connecting-professional-learning-leading-effective-collaborative-enquiry-across-
teaching-school-alliances.pdf.

Hord, S. M. (1997). Professional learning communities: What are they and why are they
Important ? Issues about Change, 6(1), 1-8.

Hord, S. M. (2009). Professional learning communities. Development, 30(1), 40-43.

Hord, S.M. (2004). Learning together, leading together: Changing schools through
profesional learning communities. NY: Teacher College Press.

Huffman J.B & Hipp K.K (2001). Creating communities of learners: The interaction of shared
leadership, shared vision, and supportive conditions. Int. J. Educ. Reform 10(3):272-
281.

Huffman, J.B. & Hipp, K.K. (2003). Recuturing schools as professional learning communities.
Lanham, MD: Scarecrow Education.
Jones, J. H. (2012). The relationship between professional learning communities and
instructional practices.Diperolehi pada 17 Oktober 2015 daripada
http://scholar.lib.vt.edu/theses/available/etd-03072012-
160505/unrestricted/JonesJHD2012.pdf.

Jones, N. M. (2014). The role of personality and profesional learning community quality in
predicting teacher effectiveness. DIperolehi pada 2 Februari 2017 daripada
http://search.proquest.com/openview/bce174a5c0fb0a21cfcdc6b53599d3e4/1.pdf?pq-
origsite=gscholar&cbl=18750&diss=y.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Laporan tahunan 2015 pelan pembangunan


pendidikan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan


Malaysia 2013-2015. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Marzano, R. J. (2003). What works in schools: Translating research into action. Alexandria,
VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Masitah HJ. Mohd. Yusof, Azizi Muda, Ahmad Makmom, Bahaman Abu Samah, Ramli
Basri, Moriati A. Rashid & Mohamed Khaidir Alias (2011). Faktor-faktor yang
mempengaruhi efikasi-kendiri guru sekolah menengah di Malaysia dalam
pelaksanaan pendidikan alam sekitar. Malaysia Journal of Environment Management
12(2) 91-111.

Mawhinney, H. B., Haas, J., & Wood, C. (2005, November). Teachers’ perception of
collective efficacy and school conditions for professional learning. Paper presented at
the annual meeting of the University Council for Educational Administration,
Nashville, TN.

McThige, J. (2008). Professional learning communities change school culture. Learning


Principal.

Mohd Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ketujuh. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammed Sani Ibrahim & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2012). Pengurusan Perubahan
Peringkat Makro Dalam Pendidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Khairuddin Abdullah & Halimah Laji (2015). Analisis perbandingan efikasi pengajaran
dalam kalangan guru Bahasa Melayu Tahun Satu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu.5(1).10-17

Morel, N.J. (2014). Setting the stage for collaboration: An enssential skill for profesional
growth. Delta Kappa BUlletin, 81(1).

Muhammad Faizal A. Ghani & Abd. Khalil Adnan (2017). Model Program Perkembangan
Profesionalisme Guru Malaysia Satu Kajian Analisis Keperluan Di Sekolah Berprestasi
Tinggi Dan Sekolah Berprestasi Rendah. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(2),
1-16. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8329
Ngangun Suring (2010). Pengaruh kepimpinan pengajaran guru besar ke atas efikasi kendiri
guru-guru sekolah rendah di daerah Kapit, Sarawak. muat turun pada 21 Oktober 2016
daripada http://etd.uum.edu.my/4819/.

Olivier, D.F. & Hipp, K.K. (2010). Assesing and analzing schools as profesional learning
communities. In K.K. Hipp & J.B. Huffman (Eds). Demystifying profesional learning
communities: School leadership at its best. Lanham, MD: Rowman & Littlefield.

Panggallo, R. G. (2009). The Relationship between Collective Teacher Efficacy and


Professional Learning Community.(PHD’s thesis, Central Connecticut State University
New Britain, Connecticut) di muat turun pada 21 Oktober 2014 daripada
http://content.library.ccsu.edu/utils/getfile/collection/ccsutheses/id/843/filename/8
43.pdf

Wang, D., Wang, J., Li, H., & Li, L. (2017). School context and instructional capacity: A
comparative study of professional learning communities in rural and urban schools in
China. International Journal of Educational Development, 52, 1–9.
https://doi.org/10.1016/j.ijedudev.2016.10.009

Rosnah Ishak, Muhammad Faizal Ghani & Saedah Siraj (2013). Amalan pembelajaran dalam
kalangan guru sekolah berprestasi tinggi . Diperolehi pada 2 Oktober 2015.

Saad, K.A., Walsh, B., Mallaburn, A., & Brundrett, M. (2017). Exploring the imlementation of
a profesional learning communities in Malaysia’s schools. International Journal Of
Education, Psychology and Counseling, 2(5), 1-18.

Senge, P. (1990). The leader's new world: Building learning retention. Educational
Leadership, 47, 84-88.

Senge, P. M. (2006). The fifth discipline: The art and practice of the learning organisation.
New York, NY: Currency Doubleday.

Siti Nur Aisya Sugumarie Abdullah, Ahmad Zabidi Abdul Razak (2016). Hubungan dasar
latihan dalam perkhidmatan dengan peningkatan profesionalisme guru-guru pendidikan
islam sekolah menengah daerah Petaling Utama. Online journal of Islamic Education, 4
(1). 17-27.

Stegall, D. A. (2011). Professional Learning Communities and Teacher Efficacy. PHD


Dissertation. University of North Carolina.

Stoll, L., Bolam, R., McMahon, A., Wallace, M., & Thomas, S. (2006). Professional learning
communities: A review of the literature. Journal of Educational Change, 7(4), 221-258.

Sujirah Ibrahim & Zuraidah Abdullah (2010). Amalan-amalan komuniti pembelajaran


profesional ke arah keberkesanan sekolah. Dimuat turun pada 20 Oktober 2014 d aripada
http://umexpert.um.edu.my/file/publication/00008208_101859.pdf
Toole, J.C. & Louis, K.S. (2002). The role of professional learning communities in
international education. In K. Leithwood & P. Hallinger (eds), Second international
handbook of educational leadership and administration.

Tschannen-Moran, M. & Hoy, A.W. (2001). Teacher Efficacy: Capturing An Elusive


Construct. Teaching And Teacher Education: Vol 17,783-805.

Tschannen-Moran, M., Hoy, A.W., & Hoy, W.K. (1998). Teacher efficacy: Its meaning and
measure. Review of Educational Research, 68(2), 202-248.

Wenger, E. (1998). Communities of practice: Learning, meaning and identity. NewYork, NY:
Cambridge University Press. doi: 10.1017/CBO9780511803932

William,R.B., Brien, K. & Janelle LeBlanc.(2012) Transforming school into learning


organizations: Support and barriers to education reform.

Woolfolk, A.E., & Hoy, W.K. (1990). Prospective teachers’ sense of efficacy and beliefs about
control. Journal of Educational Psychology, 82(1), 81-91.

Zuraidah Abdullah, Rahimah Hj Ahmad, & Muhammad Faizal Ab Ghani. (2012). Komuniti
Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Warga Sekolah. Seminar Kebangsaan
Majlis Dekan Pendidikan IPTA (hh.1–21)

Zuraidah Abdullah. (2010). Pembentukan Profil Komuniti Pembelajaran Profesional Sekolah


Menengah di Malaysia. . Tesis Master yang tidak diterbitkan. Institut Pengajian
Kepengetuaan, Universiti Malaya.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai