Anda di halaman 1dari 5

[SHARANYA A/P MURUGESU 931111-10-5290]

, 2015

NAMA PELAJAR : SHARANYA A/P MURUGESU


KURSUS & AMBILAN : PISMP AMBILAN JANUARI 2013
TEMPOH PRAKTIKUM : 8 MINGGU
PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

CATATAN MINGGU KE : (2)


TARIKH : ( 02 OGOS 2015 HINGGA 06 OGOS 2015 )
Pada minggu ini saya telah memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas pendidikan khas.

Berbekalkan pengalaman yang telah sedia ada semasa

Praktikum Fasa 1 dan pengajaran mikro, maka sedikit sebanyak saya telah
menyediakan persiapan mental dan fizikal untuk mengharungi cabaran sepanjang
Praktikum Fasa 2 ini.
MASALAH / ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN :
Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, dan Matematik bagi kelas pendidikan
Khas, saya berpendapat bahawa kebanyakan murid kurang memberi perhatian
terhadap pelajaran. Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkan arahan guru,
membuat bising dan berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri.
Masalah ini kebarangkalian berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan
komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal.

Sebagai guru,

saya tidak

menafikan bahawa guru seharusnya memilih corak kepimpinan yang bersesuaian dan
menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan
murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran.

| SJK THIRUVALLUVAR, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

[SHARANYA A/P MURUGESU 931111-10-5290]

, 2015

ANALISIS MASALAH :
Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan- gangguan yang berlaku
dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik
darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya.
Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam
menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-muridnya. Antara faktor lain
berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang
berminat untuk belajar, Mok Soon Sang menyatakan : Kekurangan minat belajar juga
boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah.

Murid-murid yang mempunyai

pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak interaksi
guru dengan murid.

Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di mana

murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang
menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara
murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.
CADANGAN
Sebagai guru pendidikan khas,

saya bersedia untuk membuat perubahan bagi

memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan
teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melaksanakan
corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak
kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan
komunikasi yang berlangsung ( samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang
mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas
interaksi di antara guru dengan murid-muridnya:

| SJK THIRUVALLUVAR, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

[SHARANYA A/P MURUGESU 931111-10-5290]

, 2015

1) Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas
terhadap aktiviti pengajaran guru.
2)

Interaksi di antara murid dengan murid dapat digalakkan.

Murid murid

melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan
dalam bilik darjah.
Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran
berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti
berikut :
Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada.

Suara yang bertenaga,

tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak
yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang
yang berkomunikasi. Mok Soon Sang (2003).
Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar,
guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti p&p bercorak permainan.
Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.

TEMPOH PENYELESAIAN
09 OGOS 2015 HINGGA 13 OGOS 2015 iaitu selama satu minggu.

| SJK THIRUVALLUVAR, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

[SHARANYA A/P MURUGESU 931111-10-5290]

, 2015

KESIMPULAN
Saya

percaya

kaedah

yang

pelbagai

dapat

membantu

saya

dalam

menyampaikan p&p dengan berkesan. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Reed
dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan ;
seseorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi
menarik minat murid untuk belajar.

Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif dan
peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa aktiviti p&p
berlangsung.

Saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai

teknik pengajaran dapat mempengaruhi suasana p&p yang bakal berlaku di dalam
kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah
dan perubahan dari semasa ke semasa.

Maka, sebagai guru adalah menjadi

tanggungjawab untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses


p&p berkesan.

BIBLIOGRAPHY
Gerrard Macintosh,Customer Orientation and Relationship Quality,Journal of Service
Marketing,2007,21/3,150-159
Philip H. Siegel,James W. Smith,Joseph B. Mosca,Mentoring Relationship and
Interpersonal Relationship,Leadership and Organization Journal,2001,22/3,114-125
Philip Salem,The Seven Comunications Reasons Organizations Do Not
Change,Corporate Communications:An International Journal,2008,13/33,333-348

| SJK THIRUVALLUVAR, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

, 2015

[SHARANYA A/P MURUGESU 931111-10-5290]

Pandangan / Komen Guru Pembimbing

..
Tarikh : Tandatangan :............
Nama :..
Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbingan

Tarikh : Tandatangan :..


Nama :

| SJK THIRUVALLUVAR, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

Anda mungkin juga menyukai