Anda di halaman 1dari 5

Apa Itu Radiasi?

Majoriti kita seakan fobia apabila menyebut tentang radiasi. Perkara yang terlintas
di fikiran kita adalah nuklear, bom atom, kecacatan dan pencemaran.
Ia berkait rapat dengan beberapa siri tragedi pencemaran radiasi paling kritikal
yang pernah berlaku seperti Chernobyl di Russia ,Hiroshima di Jepun dan terbaru
Fukushima juga di Jepun.

Tidak kira apa jua cerita baru tentang radiasi timbul kita hanya akan memahami
radiasi dari sudut begitu sahaja.
Bukankah lebih baik jika kita dapat mengkaji lebih mendalam mengenai radiasi ini
sebelum kita menggelabah tak tentu pasal.
Konsep dan punca radiasi ini adalah lebih luas dari apa yang kita jangkakan. Anda
pasti akan berfikir kembali apabila selesai membaca artikel ini. Untuk permulaan,
radiasi tidak hanya berasal dari nuklear.
Radiasi sebenarnya telah timbul sebelum nuklear dan bom atom dicipta. Malah
lebih lama lagi sebelum munculnya petroleum, kenderaan, satelit, tenaga elektrik
dan telefon.
Jadi dari mana radiasi ini datang?
Secara asasnya sumber radiasi ini boleh dikelaskan kepada dua sumber
iaitusemulajadi dan ciptaan manusia.
Kewujudan radiasi secara semulajadi ini adalah seperti dari angkasa lepas,
permukaan bumi dan tubuh badan manusia.
Semua kehidupan di muka bumi ini sudah lama terdedah kepada radiasi angkasa
lepas. Antara sumber utamanya adalah matahari yang membentuk Gama dan Beta
apabila partikel sinarannya melalui atmosfera bumi.

Kuatnya radiasi ini adalah bergantung kepada kedudukan geografi dan kekuatan
magnetik bumi di sesebuah kawasan.
Permukaan bumi ini sendiri juga telah lama dipenuhi dengan bahan radiasi yang
boleh kita dapati dari tanah, air dan tumbuh-tumbuhan (sayuran, buah-buahan atau
tumbuhan liar).
Ini bererti tanah yang anda pijak setiap hari dan air yang anda minum sejak kecil
mengandungi elemen radiasi.

Ia turut menggambarkan bahawa radiasi ini telah wujud sebelum dinosaur


menguasai bumi jutaan tahun lampau.
Lebih mengejutkan, unsur radiasi ini sudah pun berada di dalam tubuh
badan semenjak kita dilahirkan. Bahan radiasi seperti Potassium-40, Karbon-14,
Plumbum-210 dan gas Radon dikesan menjadi sebahagian dari diri kita. Tahap
kekuatan radiasi bahan terbabit dalam tubuh seseorang adalah bebeza di antara
satu sama lain.
Maknanya, tubuh badan nenek-moyang kita yang hidup ratusan tahun dahulu juga
mempunyai unsur radiasi ini. Ada diantara mereka dapat hidup melebihi seratus
tahun.

Seterusnya radiasi yang berpunca dari ciptaan manusia ini amat banyak dan boleh
di kategorikan kepada radiasi awam dan radiasi pekerjaan.
Radiasi awam ini adalah pendedahan kepada peralatan dan persekitaran kita
sekarang seperti rokok, televisien, komputer, radio, mesin x-ray, bangunan, telefon
bimbit, tablet, ketuhar mikro, peti sejuk, jam tangan, kesesakan orang ramai atau
lalu lintas, kamera dan lain-lain.

Manakala radiasi pekerjaanadalah mereka yang melakukan kerja yang berkaitan


dengan bahan beradioaktif seperti pekerja di pusat janakuasa nuklear, kilang kimia,
pelombong arang batu, pelombong bijih besi, pembuatan barangan elektrik, kajian
nuklear dan sebagainya.

Kesimpulannya radiasi ini bukanlah perkara asing dalam kehidupan manusia malah
ia adalah sebahagian dari diri kita. Namun tahap radiasi tersebut masih di tahap
mikro di mana tidak membahayakan manusia.
Bagi mengelakkan lebihan radiasi agensi-agensi pemantauan akan lebih kerap
melakukan ujikaji di kawasan berisiko tinggi bagi memastikan para pekerja tidak
melebihi had pendedahan radiasi yang telah ditetapkan.
Sekarang anda tahu apa itu radiasi, kini anda sepatutnya tahu yang sebahagian
daripada kesan radiasi sudah pun anda terima ketika membaca artikel ini.
Untuk mengetahui had dan ukuran radiasi sila baca artikel Mengukur Tahap
Radiasi.
Info:
Potassium digunakan sebagai bahan pembinaan jana elektrik solar, fotografi,
mercun, mancis dan pewarna tekstil.
Karbon digunakan untuk tujuan kajian perubatan untuk pesakit diabetes, gout dna
anemia. Ia turut digunakan untuk mengukur usia sesuatu fosil atau bahan organik.
Plumbum digunakan dalam pembuatan bateri, campuran pada besi dan sebagainya.
Tiga elemen radiasi di atas menunjukkan kegunaanya secara meluas dalam industri
pembuatan, kajian dan perubatan tapi bahan yang sama juga berada dalam badan
kita.

Kini ada yang bertanya, bagaimana sumber tersebut boleh menimbulkan radiasi? Apa yang
membuatkan ianya beradiasi? Dan apa jenis radiasi yang dikeluarkan?
Untuk makluman pembaca, terdapat dua kategori jenis-jenis radiasi ini. Iaitu jenis radiasi
mengion dan radiasi tidak mengion.
Sebelum anda pening, apa yang perlu diketahui adalah istilah ion itu. Kamus dewan
bahasa menyebut bahawa ion adalah atom ATAU kumpulan atom yang mempunyai tenaga
atau cas elektrik.
Ini kerana di dalam individu atom-atom yang sangat kecil ini terdiri daripada gabungan
zarah yang lebih kecil lagi, iaitu Neutron (tiada cas), Elektron (negatif) dan Proton
(positif).

Didalam atom mengandungi zarah proton, elektron & neutron

Jenis-jenis radiasi yang akan diterang seterusnya amat berkait rapat dengan aktiviti pada
tiga zarah ini.
Molekul air yang terdiri daripada atom oksigen dan hidrogen
Jenis radiasi mengion adalah di mana tindakbalas tenaga yang cukup untuk
membebaskan satu elektron (negatif) daripada individu atom. Contoh radiasi jenis ini
adalah x-ray, partikel Alpha dan lain-lain.
Dari sumber Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), menyatakan bahawa jenis radiasi
yang
biasa
wujud
di
sekeliling
kita
adalah
partikel Alpha,
partikel Beta,
sinaranGamma dan Neutron. Semua ini adalah kumpulan radiasi mengion.
Manakala radiasi tidak mengion pula merujuk kepada tindakbalas tenaga yang tidak
dapat membebaskan elektron namun memberikan getaran. Contoh radiasi jenis ini adalah
lebih kepada bentuk gelombang mikro, infrared dan lain-lain.
Perlu diingatkan bahawa tindakbalas bagi membebaskan elektron ini boleh berlaku secara
semulajadi dan juga melalui ciptaan manusia.

Sebagai contoh, sinaran matahari dikesan menghasilkan Gamma danBeta apabila melepasi
atmosfera bumi. Dua nama ini menunjukkan jenis radiasi mengion yang terbentuk secara
semulajadi setelah sinaran matahari bertindakbalas dengan ozon bumi.
Sumber semulajadi yang lain adalah seperti elemen-elemen nadir bumi(rare earth) yang
turut mengandungi jenis radiasi mengion. Berikut antara nadir bumi serta jenis radiasi
yang dihasilkan.
Scandium
Yttrium
Lanthanum
Europium
Thorium
Cerium
Plutonium Alpha

Beta,

Beta
Gamma
Beta
Beta
Alpha
Beta

Bagi ciptaan manusia, sifat radiasi ini dihasilkan oleh manusia. Seperti tindakbalas uranium
dalam reaktor nuklear bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik yang banyak membebaskan
jenis radiasi mengion iaitu partikel Alpha.
Selain itu terdapat juga contoh lain ciptaan manusia, tapi menghasilkan jenis radiasi tidak
mengion pula seperti gelombang mikro dari radio dan menara telekomunikasi.

Maka dengan ini, sesuatu bahan atau aktiviti dianggap beradiasi apabila jenis radiasi
mengion atau tidak mengion dikesan terhasil darinya.

Anda mungkin juga menyukai