Anda di halaman 1dari 4

SYARAT SYARAT PERTANDINGAN PIDATO 1MALAYSIA 2014

1. Pemidato mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan terdiri daripada
golongan bukan Melayu.
2. Peserta tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini lebih daripada sebuah
daerah dan negeri dalam tahun yang sama.
3. Setiap pemidato diberikan masa 13 minit untuk menyampaikan hujah pidato manakala 2
minit lagi diberikan untuk menjawab satu soalan yang akan dikemukakan oleh panel /
ketua hakim. Keseluruhan masa yang diberikan adalah 15 minit.
4. Loceng akan dibunyikan sekali untuk dua minit sebelum masa sebenar menyampaikan
hujah tamat dan dua kali apabila masa tamat.
5. Pengiraan masa akan dikira dari perkataan pertama diucapkan oleh pemidato.
6. Hujah - hujah yang disampaikan oleh pemidato setelah loceng penamat dibunyikan tidak
akan diberi markah.
7. Pemidato dibenarkan menggunakan alat bantu seperti laptop dan bahan sokongan lain
bagi memantapkan hujahnya. Pemidato perlu menyediakan bahan - bahan tersebut.
Urus setia akan menyediakan kemudahan komputer menggunakan perisian Power Point
dan LCD Projector serta layar.
8. Kritikan terhadap isu isu sensitif yang berkaitan dengan politik, bahasa, agama,
bangsa dan kebudayaan atau keperibadian seseorang adalah dilarang dan jika
dilakukan markahnya akan ditolak. Jika difikirkan wajar hakim berhak meminta pemidato
memberhentikan pidatonya.
9. Pemidato tidak dibenarkan menuding jari dan menggunakan isyarat atau bahasa badan
yang kurang sopan.
10. Pemidato hendaklah menyampaikan pidato dalam Bahasa Malaysia. Kelebihan
penguasaan bahasa Kebangsaan ini akan diambil kira.
11. Semua pemidato dikehendaki menyampaikan pidato masing - masing atas tajuk yang
telah ditetapkan.
12. Semua peserta yang mewakili negeri masing masing dikehendaki mematuhi peraturan
/ arahan yang telah ditetapkan oleh Urus setia Peringkat Kebangsaan.
13. Pengerusi pertandingan berhak menegur pemidato yang melanggar peraturan di atas.
14. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.

TAJUK - TAJUK PERTANDINGAN PIDATO 1MALAYSIA 2014

1. KREATIVITI DAN INOVASI PENCETUS KECEMERLANGAN


BANGSA

2. TRANFORMASI MEMBENTUK NEGARA SEJAHTERA

3. CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN ( GST ) PEMANGKIN


EKONOMI NEGARA

4. RASIONALISASI SUBSIDI KE ARAH NEGARA YANG LEBIH


MAMPAN

5. MENGAWAL KENAIKAN HARGA BARANG TANGGUNGAWAB


BERSAMA

HADIAH PERTANDINGAN PIDATO 1MALAYSIA 2014

JOHAN

RM 1500.00

NAIB JOHAN

RM 1000.00

KETIGA

RM

SAGUHATI

RM 300.00
( 5 peserta sahaja )

500.00

TARIKH PERTANDINGAN PIDATO 1MALAYSIA BAGI TAHUN


2014 IALAH PADA 24 APRIL 2014.

BORANG PERTANDINGAN PIDATO 1MALAYSIA 2014

Nama

: ..

No. Kad Pengenalan

Alamat

: ..

No. Telefon :

Pekerjaan

Tajuk Pidato

:
.
.

Tanda tangan

Borang yang telah lengkap di isi, sila hantar atau fax ke Jabatan Penerangan
Perlis Bangunan Tun Haji Abdul Razak, 01000 Kangar Perlis SEBELUM atau
PADA 17 April 2014.
No. Telefon : 9761286
No. Fax : 9763740

Anda mungkin juga menyukai