Anda di halaman 1dari 5

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual unit: PISMP PSV (unit 2):

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual unit: PISMP PSV (unit 2)


KENYATAAN UMUM TENTANG SENI VISUAL:
KENYATAAN UMUM TENTANG SENI VISUAL SENI ISLAM
Apa itu seni visual?:
Apa itu seni visual? Juga dikenali dengan seni tampak Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak . Kesenian
yang dihasilkan dalam dunia umat Islam, lazimnya suatu kesenian yang bercorak saujana atau sebagai " seni
infiniti " ( tanpa sempadan ). Tiadanya bentuk-bentuk mahluk hidup , tetapi dari sebalik itu , Wujudnya suatu seni
yang berpadu pada imaginasi penghasilnya sendiri .
Slide 5:
Menurut pengertian bahasa , seni - suatu penampilan jiwa , fikiran , cita -rasa, minat bersama bakat yang sedia
ada atau bakat yang diasah dalam liputan masa Kita masih terikat dengan sempadan-sempadan yang ditetapkan
oleh Allah, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad s.a.w .
Seni islam:
Seni islam SENI ISLAM membenar umat berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka , perlu dijaga
dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat . * Elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri . * Tiada
elemen-elemen figura seni dalam Islam tidak berslogan ' seni untuk seni ' tetapi ' seni kerana Allah untuk
manusia , makhluk dan alam sekitar '.
Seni islam:
Seni islam Berlandaskan ketuhanan tiada yang lain tuhan melainkan Allah Aktiviti seni harus mempunyai
ikatan dan pertalian dengan tauhid . Konsep : Tiada yang kekal melainkan Allah swt Ciptaan manusia bersifat
sementara Ciptaan berbentuk kebendeaan adalah bersifat sementara yang paling tidak kekal . Prinsip : AL
TAUHID (DEVINE UNITY) RUANG KOSONG (VOID) ANIKONISM
AL TAUHID :
AL TAUHID Tiada yang kekal melainkan Allah Hakikat bahawa Allah tidak mungkin dapat dianggap melalui daya
fikir dan daya lihat manusia,adalah realiti sebenar . RUANG KOSONG Bayangan palsu objek Kewujudan objekobjek sebagai manifestasi kuasa Allah * ruang kosong Simbol positif Simbol mutlak * bentuk,warna,lain -lain asas
seni reka . ANIKONISM Menjauhkan simbol / lambang perantaraan antara manusia dengan tuhan Menghalang
terjemahan sifat wujudnya Allah.
Bidang kesenian islam SENI KHAT:
Bidang kesenian islam SENI KHAT
SENI BINA:
SENI BINA
Lukisan dan Arca :
Lukisan dan Arca Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Seni halus ini juga terdapat pada objekobjek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam . Seni lukis mula bermula pada zaman khalifah Muawiyah
di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian-helaian al-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan
gambar berbentuk araesque . Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak
termasuk benda-benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan , dewa atau patung .
TOKOH SENI ISLAM:
TOKOH SENI ISLAM
IMAM AL - GHAZALI:
IMAM AL - GHAZALI Nama sebenar ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad aTusi al- Ghazali .
Slide 14:
BIODATA lahir di Tus pada tahun 1058 berhampiran Bandar Meshad di Khorasan,Iran . zaman kanak-kanaknya
banyak dihabiskan dengan mempelajari ilmu agama seperti Usuluddin dan Fiqah,bimbingan Syeikh Ahmad Ibn
Muhammad al- Razkani di Bandar Tus . menyambung pengajian di Jurjan di bawah bimbingan Imam Abu alIsmaili . Kemudian kembali ke Tus dan teruskan pengajian dalam bidang Tasawuf . seorang yang mempunyai
kepintaran yang luar biasa dan mencintai ilmu .

Slide 15:
Pada usia 20 tahun beliau mempelajari ilmu usuluddin,kalam,sains , tabii,falsafah dan ilmu logik . Beliau
dibimbing oleh seorang ulama al- Asyari , yang dikenali sebagai imam al- Haramayni yang terkenal pada masa
itu . Ulama ini telah memperkenalkan teori ilmu logik dan falsafah kepada imam al- Ghazali . Kemasyhuran alGhazali mula terserlah berbanding dengan ulama kebanyakan ulama lain. kepandaian beliau dalam
pembahasan juga menunjukkan keupayaan beliau yang tiada tolok bandingnya .
SUMBANGAN:
SUMBANGAN Beliau telah menulis Maqasid al- falasifah yang menerangkan doktrin-doktrin ahli falsafah
terdahulu seperti Socretas , Plato dan Aristotle. Beliau merupakan seorang ulama Islam yang pertama yang
mengkaji ilmu falsafah . Dalam kitab berjudul , Tahaful al- falasifah ( kekacauan pemikiran ahli falsafah ), beliau
telah mengkritik aliran Fizik dan Metafizik daripada sudut pandangan Islam.
Slide 17:
Beliau telah berhujah dan menunjukkan kelemahan dari segi pemikiran ahli falsafah terdahulu . Beliau telah
menyatakan terdapat 16 andaian Metafizik dan 4 andaian Fizik yang berkaitan agama. Daripada andaian itu
terdapat 3 yang bertentangan dengan pandangan agama. Keberanian al- Ghazali mengkritik dunia fasafah Barat
telah membuka lembaran baru dalam dunia falsafah Islam. Tahaful al- Falasifah memberi kesan yang besar
dalam perkembangan falsafah .
PANDANGAN AL-GHAZALI:
PANDANGAN AL-GHAZALI Beliau berpendapat , seni dalam bentuk fizikal hanya mampu memenuhi tuntutan
jasmani . Manusia yang taksub dan mencintai kebendaan tidak akan berjaya mendapat kebahagian hakiki .
Beliau tidak menafikan bahawa hubungan seni dengan kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan . Kehadiran
seni tidak memisahkan akidah manusia . Seni merupakan fitrah manusia yang menggerakkan atau
mengilhamkan manusia untuk mencipta karya seni . Seni juga sebahagian dari kebudayaan sekelompok
manusia . Setiap kelompok manusia mempunyai fitrah semulajadi cintakan seni yang menyenangkan hati .
Slide 19:
Kesenian dalam islam merupakan usaha dan kreativiti serta buah fikiran yang telah dihasilkan oleh umat Islam
untuk menghasilkan sesuatu . Pencinta seni juga sering menganggap seni visual dan tradisional sebagai dua
subjek yang berbeza . Dari perspektif Islam seni bertujuan untuk manusia mencapai matlamat lebih tinggi dan
bermakna . Seni juga merupakan suatu penawar hati dan penghibur seseorang . Kesenian menurut al- ghazali
harus diselaraskan berdasarkan konsep penyatuan yang besar . seni bersandarkan daripada Allah kepada Allah
Seni menuju ke Al Falah ( keredhaan Allah) Seni itu pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman )
ISMAIL RAJI AL-FARUQI ILMUAN ISLAM:
ISMAIL RAJI AL-FARUQI ILMUAN ISLAM
Slide 21:
Nama besarnya telah membelah perhatian dunia intelektualisme universal. Konsep dan teorinya tentang
penggabungan ilmu pengetahuan telah mengilhamkan berbagai aspek keilmuan . ' Islamisasi ilmu pengetahuan '
hingga kini tumbuh dan berkembang di pelbagai Negara. Dilahirkan di daerah Jaffa, Palestina, pada 1 Januari
1921. Memulakan pendidikan di College des Freres , Lebanon sejak 1926 hingga 1936. Pendidikan tinggi beliau
di The American University, di Beirut. Mendapat gelaran sarjana muda pada tahun 1941.
Slide 22:
Lulus sarjana , beliau kembali ke tanah kelahirannya menjadi pegawai di pemerintahan Palestina, di bawah
mandat Inggeris selama 4 tahun, dan dilantik menjadi Gabenor Galilea yang terakhir . Pada 1947, mandat yang
dipimpinnya jatuh ke tangan Israel, hingga beliau ber hijrah ke Amerika Syarikat. Di negeri Paman Sam. Dia
dengan tekun mengamati dunia akademik . Di negeri ini pula, gelaran masternya di bidang filsafat beliau
memperoleh dari Universiti Indiana, AS, pada 1949, dan gelaran master keduanya dari Universiti Harvard,
dengan judul tesis On Justifying The God: Metaphysic and Epistemology of Value ( Tentang Pembenaran
Kebaikan : Metafisika dan Epistemologi Ilmu ).
Slide 23:
Sementara gelaran doktornya diraih dari Universiti Indiana. Al- Faruqi juga memperdalamkan ilmu agama di
Universiti Al Azhar , Kairo , Mesir selama 4 tahun . Setelah belajar Islam di Kairo , Al Faruqi mulai hidup di dunia
kampus dengan mengajar di Universitas McGill, Montreal, Kanada pada 1959 selama 2 tahun. Pada 1962 Al
Faruqi pindah ke Karachi, Pakistan, kerana terlibat kegiatan Central Institute for Islamic Research. Setahun
kemudian , p ada 1963, Al Faruqi kembali ke AS dan memberikan kuliah di Fakulti Agama Universiti Chicago,
dan selanjutnya berpindah ke program pengkajian Islam di Universiti Syracuse, New York.

Slide 24:
Pada tahun 1968,beliau berpindah ke Universiti Temple, Philadelphia, sebagai guru besar dan mendirikan Pusat
Pengkajian Islam di institusi tersebut . Selain itu, beliau juga menjadi guru besar di pelbagai negara, seperti di
Universiti Mindanao City, Filipina, dan di Universiti Qom, Iran. Beliau pula perancang utama kurikulum The
American Islamic College Chicago. Al Faruqi mengabdikan ilmunya di kampus hingga akhir hayatnya, pada 27
Mei 1986, di Philadelphia .
PEMIKIRAN TENTANG SENI VISUAL:
PEMIKIRAN TENTANG SENI VISUAL Seni Islam mesti mencakupi essence atau pati dalam alam semulajadi
dan memberi bentuk kepada essence itu secara keseluruhannya . Cara memberi bentuk tampak kepada
essence itu dengan menstalizasikan alam benda . * Stalizasi : menidakkan naturalisme : memberikan bentuk
negatif kepada ucapan shahadah . ( tiada Tuhan selain Allah).
Slide 26:
Aspek tiada itulah yang menjadi tumpuan stalizasi bila daun , bunga , ranting diulang mengisi sesuatu ruang
arabesque ( awan larat ): - bukan natural - diulang-ulang Konsep Tauhid Tauhid : Keesaan Allh yang
diperkatakan melalui ucapan syahadah . Segala teori mengenai Seni dan Keindahan mestilah bertolak dari
ucapan syahadah .
Slide 27:
Tauhid adalah sejenis keinsafan yang menyedarkan manusia dengan Tuhan yang menciptanya . Allah Konsep
Tauhid - Keesaan Iman Semua jenis karya Seni Islam
Slide 28:
Al- Faruqi menolak dakwaan orientalis Barat bahawa Islam menghalang perkembangan kesenian horror vacui (
takut kepada kekosongan ), colour hedonist ( terlalu suka warna garang,liar ). Inti kesenian Islam adalah antinaturalis . Menolak peniruan alam semula jadi kerana seperti alam semula jadi tidak kekal . Juga naturalisme
adalah sejenis penipuan mengajak mata manusia menikmati atau menghayati sesuatu yang palsu . Contoh :
yang menyerupai pokok yang bukan sebenar .
Slide 29:
Tauhid mengajurkan dua kedudukan : : Tuhan diatas : Manusia di bawah Tauhid memisahkan Tuhan dari
manusia , keesaan daripada kemanusiaan . Seni Islam tidak berminat menggambarkan apa yang tidak dapat
dilihat oleh mata ; iaitu dunia lain. Berminat menggambarkan apa yang boleh dilihat dari kaca mata manusia .
seni Islam memiuh alam benda sehingga tidak kelihatan natural lagi .
Slide 30:
Tauhid menghasilkan konsep arabes yakni sejenis pengulangan yang terdapat dalam kesenian budaya lain.
Contoh : Bentuk bunga-bungaan dan daun yang geometri diulang-ulang hingga pupus reka bentuk asalnya ,
tidak lagi menyerupai apa-apa di dunia .
Slide 31:
Estetika Islam terkandung dalam tulisan khat Arab Kaligrafi bagi membangkitkan kesedaran tampak .
Kesedaran itu pula mengaitkan huruf dengan makna-makna dengan dekorasi . Khat ada 3 jenis peranan :
Sebagai sebilangan huruf Sebagai pengisi makna Sebagai dekorasi Pangkat huruf dan makna adalah yang
terawal sedangkan peringkat dekorasi adalah yang terakhir .
Penegasan oleh Al-Faruqi:
Penegasan oleh Al- Faruqi Al-Quran itulah sumber dan punca segala kesedaran insan muslim menghargai
kesedaran dari segi tampak , makna dan dekorasi .
IBNU KHALDUN:
IBNU KHALDUN
BIODATA:
BIODATA NAMA: Abdul Rahman Abu Zin Waliuddin ibn Muhammad ibnu Khaldun al- Maliki al- Harami
GELARAN: Ibnu Khaldun . TARIKH LAHIR: 732 Hijrah , 1332 Masihi . TEMPAT LAHIR: Tunisia. MENINGGAL
DUNIA: Kahirah,Mesir,808 Hijrah , 1406 Masihi . Seorang tokoh pemikir Islam yang unggul ( bidang sosiologi dan
falsafah ) antara karya - Mukadimah atau Prolegomena- menjadi ibu kepada kesusasteraan dan sosiologi
Mengusai pelbagai jenis ilmu seperti ilmu tafsir , hadis , fikah , maliki , tauhid , dan asal usul fikah Ketika berusia
20thn menulis sebuah buku - Lubab al- Nuhassal Fi Usul al- Dien Dimakamkan di Mewsir di Bab al-Nassir
( Ghazali Darulsalam , 1988)

Sumbangan Ibnu Khaldun dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran Islam :


Sumbangan Ibnu Khaldun dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran Islam Analisis aspek kemasyarakatan , ekonomi ,
politik dan pendidikan dalam karya Asas pembinaan tamadun kombinasi rohani dan jasmani Pelopor kepada
pemikiran moden Karyanya menjadi bahan kajian dan rujukan Pemikirannya sering menjadi wacana , tema ,
judul buku dan tesis
PANDANGAN TENTANG SENI:
PANDANGAN TENTANG SENI Seni itu suatu kebenaran , keindahan , dan kebaikan Mengandungi ciri2
estetika , etika , dan logika Estetika megandungi unsur2 kecantikan , baik susunan , komposisi menarik , serta
indah sesuatu karya Etika merupakan elemen2 akhlak atau moral yang membina manusia Logika merujuk
kepada satu kebenaran yang hakiki Pengetahuan dalam sejarah boleh berbentuk kerangka seni dan tidak dapat
dipisahkan daripada kehidupan manusia pada zaman batu sejak kewujudan lukisan di Gua Altamira, Sepanyol
Aspek-aspek Seni:
Aspek-aspek Seni KEINDAHAN KEBAIKAN KEBENARAN LOGIKA ETIKA ESTETIKA
KEBENARAN:
KEBENARAN Berpaksikan Allah s.w.t kesenian dicetuskan dengan niat mendapatkan keredaan Allah s.w.t Seni
dalam Islam mementingkan nilai2 akidah , syarak , dan akhlak Menjadikan al-Quran, al- Sunnah , ijmak , dan
qiyas sebagai sumbernya Sesuatu yang indah itu adalah penyempurnaan dan penghayatan akidah , syarak dan
akhlak Contoh seni khat terkandung nilai kebenaran pada keesaan Allah
Slide 39:
KEINDAHAN
ASPEK KEBAIKAN:
ASPEK KEBAIKAN Kesenian yang tidak berbentuk Islam diciptakan untuk tujuan takbur , riak,menaikkan nafsu
syahwat,merosakkan akidah.syarak dan akhlak . Cth : masjid yang diukir indah tetapi hanya sebagai perhiasan
atau menunjuk-nunjuk tidak termasuk dalam kategori Islam. Kesenian yang diciptakan atas nama seni Islam
mestilah mengandungi nilai kebaikan dan nilai akhlak .
ESTETIKA:
ESTETIKA Bermaksud kecantikan,baik susunannya dan keberkesanannya . Melibatkan psikologi manusia yang
berkaitan dengan perasaan . Daripada sudut psikologi , keindahan itu dilihat sebagai sesuatu yang sesuai
kepada pancaindera atau deria rasa. Keindahan itu bersifat ideal dan fakta . Sesuatu karya yang
indah,keindahan itu tidak terletak pada karya itu sendiri tetapi ia adalah suatu perasaan yang dihayati oleh
manusia ketika meneliti karya tersebut .
Slide 42:
Dalam menghayati estetika atau keindahan ini kita seolah olah ditarik ke dalam keindahan itu menyebabkan
timbul rasa persatuan yang penuh dengan objek itu dan juga rasa kebebasan dan kesempurnaan . ( Dr,Othman
Yatim , 1989) Sifat sifat keindahan yang lahir dapat menimbulkan rasa kesenagan atau kepuasan dalam diri
kita yang disebut estetika . Croce B.(1978), estetika sebagai institusi pemahaman pada sesuatu yang benar .
Tidak lagi dianggap sebagai bidang ekslusif seni . Ia adalah daripada pengalaman rasa yang total dan
sempurna . Analisis fenomenologi , membawa seseorang kedasar hakikat sesuatu melalui ilusi .
ETIKA:
ETIKA
LOGIKA:
LOGIKA Dikenali sebagai ilmu mantik , ilmu bagi menjaga fikiran daripada kesalahan dalam menyimpulkan
pencarian yang boleh diketahui . Memperjelas perbezaan yang salah daripada yang benar berkenaan dengan
hal-hal yang dikejar oleh pengkaji perihal segala yang ada berserta sifat tambahannya , supaya sampai kepada
pembuktian kebenaran mengenai alam semesta dengan kemampuan maksimum akal fikiran . Nurcholis
Majid,1992:270-dalam seni khatnya , bukan sahaja terkandung nilai kebenaran dan keindahan tetapi juga unsur
logika pada keesaan Allah.
Pandangan Islam Tentang SENI:
Pandangan Islam Tentang SENI Seni sebahagian daripada yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia .
Manusia makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang : - Selamat - Memuaskan - Memberi kepuasan hati
melalui pancaindera rasa . Seni yang bernilai keislaman dilahirkan dari segi jiwa yang menyuluh ke arah seni

tertinggi . Seni dalam islam merupakan persoalan mendatang , tumbuh dan berkembang subur bersama
perkembangan budaya menerusi ruang zamannya .
Slide 47:
Seni tidak melampaui batas kesusilaan Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah Hasil seni itu bertunjang
mardatillah ( diredhai Allah) Seni membentuk peribadi muslim
Kesenangan dan keindahan dapat dilahirkan ke alam kenyataan melalui bentuk-bentuk
tertentu: :
Kesenangan dan keindahan dapat dilahirkan ke alam kenyataan melalui bentuk-bentuk tertentu :
Slide 49:
Kesenian merupakan sesuatu benda yang hidup dan bernafas dengan mekarnya,rasa yang tumbuh dalam diri
manusia dari masa ke semasa . Melihat keindahan sebagai sesuatu yang : - Menyenang - Menyeronok Menghibur Melihat keindahan bukan semata-mata melalui indah mata dan pengalaman indera lahir tetapi melalui
mata batin : - Melalui akal - Jiwa * dapat menikmati keindahan yang hakiki .

Anda mungkin juga menyukai