Anda di halaman 1dari 22

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

:: KAEDAH RoBo+ CPR ::


MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMFAKTORAN
UNGKAPAN ALGEBRA PELAJAR TINGKATAN 4PA2

DISEDIAKAN OLEH:
PN. NURUL HUDA ABDUL WAHAB

SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Ilahi kerana berkat kesabaran dan
galakan daripada semua pihak, dengan izin dan limpah kurnia-NYA, akhirnya saya dapat menjalankan
satu kajian tindakan di peringkat sekolah dengan jayanya sebagai usaha untuk menambahbaik proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi subjek Matematik Tingkatan 4.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SMK Jalan
Mengkibol khususnya kepada para pelajar tingkatan 4PA2 serta mereka yang telah terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan proses pelaksanaan kajian tindakan ini. Tidak
lupa juga ingatan teristimewa untuk suami dan anak tercinta kerana banyak memberikan dorongan dan
sokongan dalam menghasilkan yang terbaik buat kajian ini. Kerjasama anda semua amat saya hargai
dan tidak mungkin dilupakan.
Semoga kajian yang dijalankan ini boleh diguna pakai dan membuahkan kejayaan pada masa
akan datang. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya
daripada kelemahan diri saya sendiri. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki setiap kekurangan
yang ada.
Guru Penjana Transformasi Negara
Sekian, terima kasih.

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

HALAMAN KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

HALAMAN KANDUNGAN
1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang lalu

2.0 Fokus Kajian

3.0 Objektif Kajian

3. 1 Objektif Umum
3.2 Objektif Khusus
4.0 Kumpulan Sasaran

5.0 Perlaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan Masalah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.3 Tindakan Yang dijalankan

5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian

10

5.5 Refleksi Kajian

12

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

13

RUJUKAN

14

LAMPIRAN

15

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

:: KAEDAH RoBo+ CPR ::


MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMFAKTORAN
UNGKAPAN ALGEBRA PELAJAR TINGKATAN 4PA2

OLEH:
PN. NURUL HUDA ABDUL WAHAB
SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG

ABSTRAKS
Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah melakukan pemfaktoran ungkapan algebra bagi
pelajar tingkatan menengah atas iaitu tingkatan 4. Seramai 11 orang responden diambil daripada
pelajar Tingkatan 4PA2 di SMK Jalan Mengkibol Kluang, Johor terlibat dalam kajian ini terdiri
daripada 3 orang pelajar Melayu, 5 orang pelajar Cina dan 3 orang pelajar India. Tinjauan awal
telah dijalankan untuk mengenalpasti masalah melalui soal jawab dengan pelajar dan menganalisis
penyemakan buku latihan serta buku kerja pelajar bagi tajuk ungkapan algebra. Ujian pra juga telah
dilakukan bagi mengesan dan menganalisis kelemahan pelajar dalam melakukan pemfaktoran
ungkapan algebra melalui kaedah darab silang. Berdasarkan analisis tersebut, tahap penguasaan
pelajar didapati masih lemah dan tidak mencapai tahap kemahiran minima yang diperlukan.
Sebagai kesinambungan dan lanjutan daripada kejayaan kajian Kaedah CPR yang sesuai digunakan
untuk tingkatan menengah rendah iaitu tingkatan 3, Kaedah RoBo+ CPR (Result from Box +
Constant, Product & Plus and Result) pula diperkenalkan. Kaedah RoBo+ CPR dianggap sebagai
satu pendekatan dan pemudahcara dalam melakukan pemfaktoran ungkapan algebra untuk
membantu pelajar tingkatan menengah atas iaitu tingkatan 4. Ujian pos menggunakan soalan yang
sama seperti ujian pra dijalankan dan didapati terdapat anjakan peningkatan markah yang amat
memberansangkan. Keberkesanan kaedah RoBo+ CPR terbukti dapat meningkatkan kemahiran
pelajar dalam melakukan pemfaktoran ungkapan algebra sekaligus membuktikan objektif kajain
berjaya dicapai dengan jayanya. Kaedah RoBo+ CPR juga didapati telah membantu meningkatkan
minat pelajar melalui penglibatan mereka yang lebih menyeluruh semasa sesi pengajaran &
pembelajaran seterusnya berlangsung.

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung, hasil pembelajaran
atau refleksi yang dapat dibuat daripada soal jawab yang telah dijalankan, didapati masih ramai
pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas pemfaktoran ungkapan algebra yang telah dipelajari
sewaktu tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Ditambah pula dengan hasil penyemakan buku latihan dan
buku kerja, masih ramai pelajar yang menghadapi masalah untuk melakukan pemfaktoran terhadap
ungkapan algebra. Hal ini jelas kelihatan apabila rata-rata pelajar tidak melengkapkan jalan kira
atau jalan kerja hingga ke jawapan akhir. Masalah ini disebabkan oleh penguasaan kemahiran
pemfaktoran ungkapan algebra para pelajar yang sangat lemah. Kaedah darab silang yang sinonim
menjadi formula untuk menyelesaikan masalah pemfaktoran ungkapan algebra tidak dikuasai
dengan baik oleh para pelajar.
Hasil tinjauan yang dilakukan terhadap para pelajar, mereka menganggap kaedah darab silang
agak sukar untuk dikuasai terutamanya bagi para pelajar yang lemah dalam subjek matematik.
Mereka juga mudah keliru untuk melakukan kaedah darab silang secara cuba jaya. Apatah lagi
apabila berdepan dengan soalan yang agak sukar, mereka tidak dapat menyelesaikannya kerana
tidak menguasai kaedah darab silang yang telah diajarkan dengan baik. Masalah dirumitkan lagi
dengan persepsi mereka bahawa matematik itu susah. Hal ini akan terus membuatkan mereka
mudah berputus asa dan malas untuk meneruskan cubaan menjawab soalan sehingga berjaya
mendapatkan jawapan akhir.
Sebenarnya, apakah kekangan yang menyebabkan mereka tidak menguasai kaedah darab silang
semasa di tingkatan 1 hingga tingkatan 3? Apakah yang menyukarkan mereka sehingga tidak boleh
menyelesaikan soalan pemfaktoran ungkapan algebra? Adakah cara saya mengajar tidak dapat
membantu mereka untuk menjawab soalan latihan yang diberikan di tingkatan 4? Perlukah saya
mencari kaedah lain untuk memudahkan mereka memahami topik ini?
Sekiranya masalah ini masih dan tetap berlarutan, besar kemungkinan soalan berkaitan
pemfaktoran ungkapan algebra tidak akan dijawab oleh para pelajar semasa ujian mahupun
peperiksaan dilakukan. Natijahnya, mereka akan kehilangan markah dan akhirnya tidak mendapat
keputusan yang cemerlang. Justeru itu, saya mahu membuat sedikit kesinambungan kajian sedia
ada untuk mencari kaedah yang lebih mudah bagi melakukan pemfaktoran ungkapan algebra
supaya secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek
Matematik di dalam peperiksaan SPM yang akan mereka duduki.

2.0 FOKUS KAJIAN


Kajian tindakan ini berfokus kepada masalah melakukan pemfaktoran ungkapan algebra.
Melalui tinjauan yang telah dilakukan dan pengalaman mengajar sedia ada, beberapa kelemahan
telah dapat dikenal pasti. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah kesilapan
memilih faktor sepunya, kecuaian dalam penggunaan tanda positif dan negatif serta kekeliruan
terhadap kaedah sedia ada iaitu kaedah darab silang.
Jika masalah melakukan pemfaktoran ungkapan algebra ini tidak ditangani, pelajar tidak akan
memperoleh markah penuh apabila menjawab soalan peperiksaan dan akhirnya memberi kesan
terhadap pencapaian markah dalam subjek Matematik. Dengan usaha yang dilakukan untuk
4

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

meningkatkan kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra, saya yakin pelajar dapat meminimakan
dan mengelakkan semua kesilapan yang sering dilakukan dalam melakukan pemfaktoran ungkapan
algebra, membina keyakinan pelajar dalam menjawab soalan berkaitan dan membantu mencapai
kecemerlangan markah bagi subjek Matematik dalam peperiksaan SPM.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:
i.
Objektif Umum
Menyatakan langkah-langkah pemfaktoran ungkapan algebra mengikut kaedah RoBo+ CPR.
Memudahkan pemahaman pelajar melakukan pemfaktoran ungkapan algebra.
Meningkatkan kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra pelajar.
ii.

Objektif Khusus
Melakukan pemfaktoran ungkapan algebra menggunakan kaedah RoBo+ CPR.
Menyelesaikan masalah berkaitan soalan pemfaktoran ungkapan algebra.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan seramai 11 orang responden pelajar Tingkatan 4PA2 terdiri daripada 3 orang
pelajar Melayu, 5 orang pelajar Cina dan 3 orang pelajar India.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian tindakan ini dilaksanakan berasaskan pendekatan model kajian tindakan iaitu bermula
dengan membuat tinjauan masalah, menganalisis data dari tinjauan masalah, merancang strategi
perlaksanaan, melaksanakan strategi dan membuat pemerhatian, dan akhirnya membuat refleksi
daripada kajian yang telah dibuat.
5.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam masalah yang timbul. Tinjauan dijalankan dengan mengutip data
melalui:
5.1.1

Soal jawab dengan pelajar


Soal jawab dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

5.1.2

Pemerhatian
Penyemakan buku latihan dan buku kerja pelajar bagi tajuk pemfaktoran
ungkapan algebra.

5.1.3

Ujian pra
Dilakukan untuk mengesan dan menganalisis kelemahan pelajar dalam
melakukan pemfaktoran ungkapan algebra dengan menggunakan kaedah darab
silang yang sedia ada. Ujian pra mempunyai 10 soalan berkaitan subtopik
ungkapan algebra. Hasil keputusan ujian pra ini telah digunakan sebagai
dokumen kawalan dalam melihat keberkesanan kaedah yang diperkenalkan.
5

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Berdasarkan pemerhatian terhadap penyemakan latihan pelajar dalam buku latihan dan
buku kerja, masalah timbul apabila para pelajar tidak dapat menguasai kaedah sedia ada
yang diajarkan di dalam kelas iaitu kaedah darab silang. Masalah berlarutan apabila para
pelajar sering keliru dengan penggunaan tanda negatif dan positif serta penggunaan tanda
silang yang dipakai.
Didapati hanya segelintir pelajar yang mampu menguasai kaedah darab silang dengan
baik. Masih ramai lagi pelajar tidak menjawab soalan latihan yang diberikan dan
sesetengahnya pula hanya menyelesaikan latihan sehingga separuh jalan sahaja.
Berikut pula adalah analisis tinjauan berdasarkan hasil keputusan ujian pra yang
dilaksanakan bagi menyokong hasil dapatan pemerhatian yang telah dijalankan:
Bi Pelajar
l
1.
A
2.
B
3.
C
4.
D
5.
E
6.
F
7.
G
8.
H
9.
I
10.
J
11.
K
12.
L
13.
M
14.
N
15.
O

Markah Ujian
Pra
2
10
0
10
4
9
0
6
0
3
3
0
0
0
0

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Jadual 1:Keputusan Ujian Pra


Berdasarkan dapatan ujian pra tersebut, saya dapat merumuskan bahawa kemahiran
melakukan pemfaktoran ungkapan algebra pelajar adalah sangat lemah apabila 7 orang
responden mencapai markah sifar, manakala 4 orang responden tidak mencapai markah
minima yang diperlukan iaitu 5 markah. Maka, seramai 11 orang responden tersebut akan
diambil bagi tujuan penyelidikan keberkesanan kaedah RoBo+ CPR .
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
5.3.1 Ulangkaji subtopik pemfaktoran ungkapan algebra
Bagi memantapkan kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra pelajar,
ulangkaji terhadap subtopik tersebut telah dilakukan.
Guru menjalankan Ujian Pra.

Gambar 1 : Sampel pelajar menduduki Ujian Pra


5.3.2

Kaedah RoBo+ CPR


Gabungan daripada perkataan Result From Box + Constant, Product & Plus
and Result
Merupakan kesinambungan dan lanjutan kajian kaedah CPR.
Kaedah CPR : (a =1 )
Langkah 1: Memilih pemalar (Constant)
Contoh soalan : x2 6x + 9
Pemalar adalah nombor tanpa ungkapan algebra (berada di bahagian
akhir soalan). Dalam soalan ini, pemalar = 9.
Langkah 2: Mencari hasil darab dan hasil tambah pemalar
(Product & Plus)
Menyenaraikan seberapa mungkin hasil darab dua nombor yang
mendapat jawapan yang sama dengan pemalar. Dalam contoh soalan ini,
hasil darab dua nombor yang mendapat jawapan 9 perlu dicari dan diletak
secara menegak dengan penggunaan kadar masa yang minimum.
7

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

(3x3, -3x-3, 1x9 dan -1x-9)


Kemudian tambah dua nombor yang telah ditulis secara menegak itu tadi.
(3+3 =6, -3+(-3)=(-6), 1+9=10 dan -1+(-9)= (-10))

-3

-1

-3

-9

-6

10

-10

Langkah 3: Memilih keputusan (Result)


Daripada hasil tambah yang telah dilakukan, pelajar harus memilih
keputusan yang sama dengan pekali bahagian tengah soalan iaitu -6.
Melalui langkah 2, pasangan nombor yang perlu dipilih adalah -3 dan -3
kerana telah mendapat jawapan -6.
Jawapan akhir dibuat dengan menyediakan dua kurungan.
(
)(
)
Masukkan algebra di sebelah depan kurungan. Dalam contoh soalan ini,
algebra yang digunakan adalah x.
(x
) (x
)
Kemudian, masukan pasangan nombor yang telah dipilih tadi.
( x-3 ) ( x-3 )
Itulah jawapan yang dicari bagi menyelesaikan contoh soalan ini.
Guru mengajar pelajar untuk memahami kaedah RoBo+ CPR melalui
langkah demi langkah. Terdapat 5 langkah yang perlu diikuti mengikut
turutan.
Kaedah RoBo+ CPR : ( a > 1 )
Langkah 1: Memilih pemalar (Constant)
Contoh soalan : 6r2 - r - 2
Pemalar tunggal adalah nombor tanpa ungkapan algebra (biasanya berada
di bahagian akhir soalan).Dalam contoh soalan ini,pemalar tunggal= -2.
Kemudian pemalar tunggal tersebut didarab dengan pekali yang berada
bersama ungkapan algebra yang mempunyai kuasa tertinggi (biasanya
berada di bahagian hadapan soalan).
Dalam contoh soalan ini, pemalar = (-2) x 6 = (-12)
Langkah 2: Mencari hasil darab dan hasil tambah pemalar
(Product & Plus)
Menyenaraikan seberapa mungkin hasil darab dua nombor yang
mendapat jawapan yang sama dengan pemalar iaitu -12. Dalam contoh
8

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

soalan ini, hasil darab dua nombor yang mendapat jawapan -12 perlu
dicari dengan penggunaan masa yang minimum dan diletak secara
menegak. Dalam contoh soalan ini, 4x-3, -4x3 dan -12x1.
Kemudian tambahkan dua nombor yang telah ditulis secara menegak itu
tadi. Dalam contoh soalan ini, 4+(-3) = 1, (-4)+3=(-1), (-12)+1= (-11))

-4

-12

-3

-1

-11

Rajah 1 : Contoh Bahan Bantu Mengajar bagi Langkah 1 dan Langkah 2


Langkah 3: Masukkan ke dalam kotak (Box)
Daripada hasil tambah yang telah dilakukan, pelajar harus memilih keputusan
yang sama dengan pekali di bahagian tengah soalan iaitu 1 di mana
-r = -1r. Melalui langkah 2, pasangan nombor yang perlu dipilih adalah -4
dan 3.
Kemudian masukkan pasangan nombor tadi ke dalam kotak seperti dibawah.

Contoh soalan : 6r2 - r - 2


Pasangan nombor yang telah dipilih tadi : -4 dan 3
Cara-cara menggunakan kotak:
9

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

i) Masukkan pasangan nombor secara menyerong:


-4
3
ii) Kemudian masukkan algebra yang terdapat di dalam soalan bersamasama dengan pasangan nombor tadi.
(Dalam contoh soalan ini, algebra = r)
-4r
3r
Seterusnya, masukkan dua algebra yang mempunyai pekali di dalam
soalan secara menyerong pada kotak yang kosong.
(Dalam contoh soalan ini, algebra yang mempunyai pekali adalah 6r2
dan -r)
6r2
-4r
3r
-r

Rajah 2 : Contoh Bahan Bantu Mengajar bagi Langkah 3


Langkah 4: Mencari Faktor Sepunya Tertinggi (Box - HCF)
i)
Mencari Faktor Sepunya Tertinggi secara melintang.
2r
1

6r2
3r

-4r
-2

10

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

ii)

Mencari Faktor Sepunya Tertinggi secara menegak.


2r

6r2
3r
3r

-4r
-2
-2

Langkah 5: Mendapatkan Keputusan (Result)


Mendapatkan jawapan di luar kotak setelah mencari faktor sepunya terbesar
secara menegak dan melintang tadi.
Hasilnya, keputusan jawapan = (2r + 1) (3r -2)

Rajah 2 : Contoh Bahan Bantu Mengajar bagi Langkah 4 dan Langkah 5


5.3.3

Ujian Pos
Ujian pos dilakukan dengan menggunakan set soalan yang sama dengan
soalan ujian pra tapi memerlukan pelajar menggunakan kaedah RoBo+ CPR
yang telah dipelajari.

Gambar 2 : Responden mengambil Ujian Pos


11

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Kemudian, daripada dapatan markah daripada ujian pos, guru menganalisis


dan membanding beza dengan dapatan markah dalam ujian pra.
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian
5.4.1

Aktiviti 1 (Ujian Pra)


Seramai 15 orang pelajar menduduki ujian pra untuk guru mengenalpasti tahap
kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra mereka.
Pemerhatian Aktiviti 1
Berdasarkan ujian pra yang mengandungi 10 soalan pemfaktoran ungkapan
algebra, majoriti pelajar mendapat markah kurang daripada 5 markah daripada
10 markah penuh. Analisis yang dilakukan menunjukkan hanya 4 orang yang
mencapai markah minima iaitu 5 markah ke atas manakala seramai 11 orang
tidak mencapainya.
Refleksi Aktiviti 1
Berdasarkan analisis dapatan markah ujian pra, para pelajar sebenarnya masih
tidak mencapai tahap kemahiran minima ungkapan algebra yang telah diajarkan
semasa di tingkatan menengah rendah. Jika masalah ini berlarutan, sudah pasti
soalan pemfaktoran ungkapan algebra tidak dapat dijawab dengan baik apabila
berada di tingkatan menengah atas.

5.4.2

Aktiviti 2 (Memperkenalkan kaedah RoBo+ CPR)


Para pelajar diperkenalkan dengan kaedah RoBo+ CPR sebagai kaedah alternatif
untuk menggantikan kaedah darab silang yang sedia ada. Para pelajar diajarkan
langkah demi langkah dibimbing oleh guru melalui 5 soalan berpandu dan 3
soalan latihan.
Pemerhatian Aktiviti 2
Berdasarkan penyemakan 3 soalan latihan yang diberikan di dalam kelas,
majoriti pelajar dapat menyelesaikan soalan pemfaktoran ungkapan algebra
menggunakan kaedah RoBo+ CPR dengan betul menggunakan masa yang
singkat.

Refleksi Aktiviti 2
Setelah menggunakan kaedah RoBo+ CPR, maklum balas yang diterima
daripada pelajar mendapati kaedah ini lebih senang dan kurang mengelirukan.
Objektif untuk meningkatkan tahap kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra
pelajar telah tercapai.
5.4.3

Aktiviti 3 (Ujian Pos)


Dengan menggunakan soalan yang sama dengan pra, seramai 11 responden
dipilih untuk menjawab soalan ujian pos dengan menggunakan kaedah RoBo+
CPR yang telah dipelajari.
Pemerhatian Aktiviti 3
12

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Bi Pelaja
l
r
1.
A
2.
C
3.
E
4.
G
5.
I
6.
J
7.
K
8.
L
9.
M
10.
N
11.
O

Markah Ujian Pos


5
8
7
2
2
7
5
7
8
5
9

Jadual 2: Keputusan Ujian Pos

Jadu

Bil

Pelajar

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

A
C
E
G
I
J
K
L
M
N
O

Markah Ujian Pra

Markah Ujian Pos

2
5
0
8
4
7
0
2
0
2
3
7
3
5
0
7
0
8
0
5
0
9
Perbandingan Keputusan Ujian Pra & Ujian Pos

Analisis

+3
+8
+3
+2
+2
+4
+2
+7
+8
+5
+9

al 3:

Jadual 4: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


Refleksi Aktiviti 3
13

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Melalui perbandingan markah ujian pra dan ujian pos, didapati terdapat
peningkatan markah bagi semua responden. Perkembangan yang sangat positif
ini sudah cukup membuktikan bahawa kaedah RoBo+ CPR adalah bersesuaian
untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam melakukan pemfaktoran ungkapan
algebra.
5.5 Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Berdasarkan analisis keputusan ujian pra dan ujian pos yang telah dilaksanakan,
saya mendapati kaedah RoBo+CPR yang diperkenalkan kepada pelajar tingkatan 4PA2
amat bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra.
Malah, semasa saya mengawasi peperiksaan pertengahan tahun bagi subjek
matematik kertas 2 di kelas 4PA2, saya amat terkejut dan berbesar hati apabila hampir
semua pelajar yang menjadi responden saya menggunakan kaedah RoBo+ CPR untuk
menyelesaikan soalan pemfaktoran ungkapan algebra. Saya amat terharu apabila mereka
menggaplikasikan kaeda RoBo+ CPR sebagai jalan kerja untuk mendapatkan jawapan akhir
dan saya dapati soalan yang mereka jawab kebanyakannya mendapat markah penuh!
Syabas buat mereka semua.
Hal ini jelas menunjukkan kajian tindakan ini telah menunjukkan perkembangan
positif yang diharapkan dan hasilnya amat memberangsangkan untuk para pelajar yang
pada awalnya mereka tidak dapat menguasai kaedah darab silang yang sedia ada dengan
baik. Namun, mereka telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pos berbanding
ujian pra.

Sesungguhnya dapatan kajian tindakan yang telah dijalankan membuatkan saya


begitu teruja untuk terus menjalankan lebih banyak lagi kajian pada masa akan datang bagi
memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya juga amat
berpuas hati dengan pencapaian dan perkembangan positif yang telah mereka tunjukkan.
Usaha mereka untuk menguasai kaedah RoBo+ CPR akhirnya membantu mereka untuk
menjawab soalan peperiksaan. Ini terbukti apabila mereka mengaplikasikannya untuk
menjawab soalan peperiksaan! Alhamdulillah, keberkesanan kaedah RoBo+ CPR tidak
dapat dinafikan. Walaubagaimanapun, pelaksanaan kajian ini masih boleh ditingkatkan
untuk menambahbaik kaedah sedia ada.
6.0. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan dapatan kajian tindakan yang telah dilaksanakan, kaedah RoBo+ CPR yang saya
perkenalkan terbukti mampu menjadi satu alternatif bagi menyelesaikan masalah pemfaktoran
ungkapan algebra dalam kalangan pelajar. Walaubagaimanapun, saya percaya kaedah RoBo+ CPR
masih boleh dimurnikan sesuai dengan tahap pelajar memandangkan setiap pelajar mempunyai
kecerdasan intelektual yang berlainan.
14

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Justeru, cadangan kajian yang seterusnya adalah penyelesaian pemfaktoran persamaan


kuadratik yang juga merupakan kesinambungan topik pemfaktoran ungkapan algebra. Lebih
banyak kajian bagi mencari kaedah alternatif yang dipermudah daripada kaedah sedia ada boleh
dilakukan. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai guru yang kreatif dan inovatif.
Pendek kata, benarlah setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Bak kata pepatah,
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Guru-guru sebagai pendidik
sememangnya harus memainkan peranan dengan menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Semoga kajian tindakan yang
dijalankan ini dapat memberi banyak manfaat kepada semua lapisan khususnya para guru dalam
usaha untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga untuk
digunapakai oleh para pelajar amnya bagi meningkatkan tahap kemahiran pemfaktoran ungkapan
algebra.

BIBLIOGRAFI
1. Zaini Musa. 2007. Koleksi Kertas peperiksaan Sebenar SPM (KBSM) : Matematik.
Cerdik Publications.
2. Yong Ping Kiang & Khor Ah Tuck. 2005. Penilaian Topik Tingkatan 4 dan 5.
Penerbitan Sasbadi.
3. Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Cetak Ratu Sdn. Bhd.

15

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

LAMPIRAN
1. Kertas cadangan kajian tindakan. (Lampiran A)
2. Kertas soalan Ujian Pra (Pilot Study). (Lampiran B)
3. Set soalan berpandu dan latihan. (Lampiran C)
4. Kertas soalan Ujian Pos (Research). (Lampiran D)
5. Salinan helaian buku kerja pelajar bagi tajuk ungkapan algebra. (Lampiran E)
6. Salinan helaian kertas soalan peperiksaan setengah tahun pelajar. (Lampiran F)

16

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Apa komen RESPONDEN?

Saya lebih
mudah faham
method ini

Sebelum ini saya tidak


faham untuk buat, selepas
cikgu ajar cara baru,
sekarang saya sudah boleh
buat

Saya suka
cara ini
kerana
senang
daripada
cara darab
silang

17

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Saya sudah
faham facrorize
dengan
menggunakan
RoBo+ CPR

Responden G

Responden I

Responden M

Saya lebih
suka matematik,
ingin lebih
faham dan
pandai

Responden E

Responden L
Senang. Tapi
banyak step nak
kena buat

Responden J

Responden N
RoBo+ CPR lagi
senang. Daripada tak
tahu sekarang dah tahu

Saya akan menggunakan


kaedah ini apabila
menduduki peperiksaan
kerana kaedah ini lebih
senang berbanding kaedah
sebelum ini

Responden A

Responden C

Responden O
Dua-dua cara saya
suka.kerana boleh cari
jawapan yang terang

Lampiran A

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN


SMK JALAN MENGKIBOL, KLUANG JOHOR
SESI 2011

18

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Tajuk Kajian:

Kaedah RoBo+ CPR: Meningkatkan Kemahiran Pemfaktoran Ungkapan


Algebra Pelajar Tingkatan 4PA1.

Nama Pengkaji:

Pn. Nurul Huda Abdul Wahab dan En. Muhamad Hairul Kadir

Nama Sekolah:

SMK Jalan Mengkibol,


KM 4 Jalan Mengkibol,
86000 Kluang,
Johor Darul Takzim

1. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu


Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung, hasil pembelajaran atau
refleksi yang dapat dibuat daripada soal jawab yang telah dijalankan, didapati masih ramai pelajar yang
tidak menguasai kemahiran asas pemfaktoran ungkapan algebra yang telah dipelajari sewaktu tingkatan
1 hingga tingkatan 3. Ditambah pula dengan hasil penyemakan buku latihan dan buku kerja, masih
ramai pelajar yang menghadapi masalah untuk melakukan pemfaktoran terhadap ungkapan algebra. Hal
ini jelas kelihatan apabila rata-rata pelajar tidak melengkapkan jalan kira atau jalan kerja hingga ke
jawapan akhir. Masalah ini disebabkan oleh penguasaan kemahiran pemfaktoran ungkapan algebra para
pelajar yang sangat lemah. Kaedah darab silang yang sinonim menjadi formula untuk menyelesaikan
masalah pemfaktoran ungkapan algebra tidak dikuasai dengan baik oleh para pelajar.
Hasil tinjauan yang dilakukan terhadap para pelajar, mereka menganggap kaedah darab silang agak
sukar untuk dikuasai terutamanya bagi para pelajar yang lemah dalam subjek matematik. Mereka juga
mudah keliru untuk melakukan kaedah darab silang melalui cuba jaya. Apatah lagi apabila berdepan
dengan soalan yang agak sukar, mereka tidak dapat menyelesaikannya kerana tidak menguasai kaedah
darab silang yang telah diajarkan dengan baik. Masalah dirumitkan lagi dengan persepsi mereka
bahawa matematik itu susah. Hal ini akan terus membuatkan mereka mudah berputus asa dan malas
untuk meneruskan cubaan menjawab soalan sehingga berjaya mendapatkan jawapan akhir.
Sebenarnya, apakah kekangan yang menyebabkan mereka tidak menguasai kaedah darab silang semasa
di tingkatan 1 hingga tingkatan 3? Apakah yang menyukarkan mereka sehingga tidak boleh
menyelesaikan soalan pemfaktoran ungkapan algebra? Adakah cara saya mengajar tidak dapat
membantu mereka untuk menjawab soalan latihan yang diberikan di tingkatan 4? Perlukah saya
mencari kaedah lain untuk memudahkan mereka memahami topik ini?
Sekiranya masalah ini masih dan tetap berlarutan, besar kemungkinan soalan berkaitan pemfaktoran
ungkapan algebra tidak akan dijawab oleh para pelajar semasa ujian mahupun peperiksaan dilakukan.
Natijahnya, mereka akan kehilangan markah dan akhirnya tidak mendapat keputusan yang cemerlang.
Justeru itu, saya mahu membuat sedikit kesinambungan kajian sedia ada untuk mencari kaedah yang
lebih mudah bagi melakukan pemfaktoran ungkapan algebra supaya secara tidak langsung dapat
membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik di dalam peperiksaan SPM yang
akan mereka duduki.
2. Fokus Kajian
Fokus kajian ini lebih menjurus kepada kaedah untuk mempermudahkan para pelajar melakukan
pemfaktoran ungkapan algebra. Melalui tinjauan dan pemerhatian yang telah dilakukan seiring dengan
pengalaman mengajar sedia ada, beberapa kelemahan telah dapat dikenal pasti. Antara kesilapan yang
sering dilakukan oleh para pelajar adalah:
Kesilapan memilih faktor sepunya.
19

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Kecuaian dalam penggunaan tanda positif dan negatif.


Kekeliruan terhadap kaedah darab silang.
Dengan mencari kaedah yang lebih mudah untuk difahami, saya yakin dapat membantu pelajar
melakukan pemfaktoran ungakapan algebra.
3. Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:
iii.
Objektif Umum
Menyatakan langkah-langkah pemfaktoran ungakapan algebra mengikut kaedah RoBo+
CPR.
Memudahkan pemahaman pelajar terhadap topik ungkapan algebra.
Meningkatkan kemahiran pemfaktoran pelajar dalam topik ungkapan algebra.
iv.

Objektif Khusus
Melakukan pemfaktoran ungkapan algebra menggunakan kaedah RoBo+ CPR.
Menyelesaikan masalah berkaitan soalan pemfaktoran ungkapan algebra.

4. Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan sampel seramai 15 orang pelajar Tingkatan 4PA1 yang terdiri daripada 4 orang
pelajar Melayu, 7 orang pelajar Cina, 3 orang pelajar India dan 1 orang pelajar lain-lain bangsa.
5. Tindakan Yang Dicadangkan
i.

ii.

Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil bagi menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang telah dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah yang timbul. Tinjauan dijalankan dengan mengutip data seperti:
Soal jawab semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Penyemakan buku latihan dan buku kerja pelajar bagi tajuk ungkapan algebra.
Ujian pra untuk mengesan dan menganalisis kelemahan pelajar dalam melakukan
pemfaktoran menggunakan kaedah darab silang. (Aktiviti 1)
Kaedah RoBo+ CPR
Guru mengajar kaedah RoBo+ CPR di dalam kelas. (Aktiviti 2)
Guru meminta pelajar cuba memahami kaedah RoBo+ CPR dan mengaplikasinya
dalam menyelesaikan soalan pemfaktoran ungkapan algebra.
Guru membuat ujian pos untuk melihat peningkatan tahap penguasaan kemahiran
pemfaktoran ungkapan algebra pelajar. (Aktiviti 3)
Guru menganalisis dan membanding beza markah antara ujian pra dan ujian pos.

6. Jadual Pelaksanaan Kajian


Bi
l

Aktiviti

Tempoh Pelaksanaan
20

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal


Menulis proposal kajian
Merancang tindakan
Melaksanakan tindakan (Aktiviti 1)
Melaksanakan tindakan (Aktiviti 2)
Melaksanakan tindakan (Aktiviti 3)
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian

20 Januari 2011
16 Februari 2011
3 Mac 2011
8 April 2011
11 April 2011
13 April 2011
30 April 2011
15 Mei 2011
23 Julai 2011

7. Kos Kajian
Bi
Jenis Bahan
l
1. Fotostat bahan kajian
2. Pen Marker

Kuantiti x Harga
Seunit
15 x RM 0.40
2 x RM 1.80
JUMLAH

Jumlah Kos
RM 6.00
RM 3.60
RM 9.60

21

Anda mungkin juga menyukai