Anda di halaman 1dari 33

FAKULTI PENDIDIKAN DAN

BAHASA

SEMESTER
JANUARI / 2013
KOD KURSUS
HBAE 1203
TAJUK KURSUS
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NAMA
NAMA TUTOR
NO KAD PENGENALAN
MATRIKULASI
NO. TELEFON
E-MEL

:
:
:
:
:
:

PUSAT PEMBELAJARAN:
PETALING JAYA LEARNING CENTRE

SEKAPUR SIREH
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Berkat doa dan tawakal kepadaNya, tugasan yang
cukup mencabar ini dapat diselesaikan dengan mudah.
Tidak lupa juga kepada pensyarah yang tidak putus-putus memberi tunjuk ajar kepada
saya dan sahabat-sahabat. Tanpa usaha beliau memartabatkan dan juga menyerapkan seni
dalam jiwa anak didiknya, maka suramlah dunia seni dalam minda kami.Tanggungjawab
beliau amatlah berat namun kegagahan beliau menyebabkan kami lebih cekal mengharungi
cabaran dimasa yang mendatang.
Kepada rakan-rakan seperjuangan, segala bantuan dan sokongan amatlah dihargai.
Mereka adalah insan yang sama-sama menyemarakkan dunia seni pada masa ini. idea kreatif
mereka adalah sangat berguna.Sekian sahaja untuk kali ini. semoga apa yang dihidangkan
dapat memberi manfaat kepada orang lain.Diharap juga agar tugasan ini menepati setiap
aspek yang telah ditetapkan.
Sekian terima kasih.

KANDUNGAN
1.0

2.0

3.0

HALAMAN

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

PROSES ARTISTIK KAEDAH CHAPMAN.

2.1

Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

10

2.2

Pengolahan dan pemurnian (elaboration and refinement)

12

2.3

Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium)

13

CIRI-CIRI GURU PSV.

16

3.1 Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

17

3.2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni.

18

3.3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.

19

3.4. Pengurusan Ko-kurikulum

19

3.5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya
seni dan penulisan.

20

3.6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat


dan pelajar.
4.0

5.0

20

KARYA SENI KANAK-KANAK.

20

4.1

Hasil karya murid Tahun 3 Kad Ucapan Hari jadi.

22

A.

Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

23

B.

Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) 24

C.

Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) 25

PENUTUP

27

BIBLIOGRAFI

29

LAMPIRAN

31

1.0

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

Dalam alam persekolahan yang formal sifatnya, tiga perkara yang perlu wujud dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru, pelajar dan bilik darjah. Peranan dan
tanggungjawab setiap guru tentulah berkisar kepada pelaksanaan menyampaikan ilmu dan
pengajaran kepada pelajar yang menjadi khalayaknya. Peranan dan tanggungjawab setiap
pelajar pula tentulah untuk menerima ilmu dan pengajaran yang disampaikan. Proses
pengajaran dan pembelajaran ini lazimnya berlaku di dalam sebuah ruang khusus iaitu bilik
darjah. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Maskon (2010: 99) dalam buku
mereka yang berjudul Budaya dan Pembelajaran mentakrif bilik darjah seperti berikut :
Bilik

darjah

sebagai

tempat

berlakunya

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah


juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.
(Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon, 2010: 99)

Sudah terang lagi bersuluh bahawa medan utama perjuangan seorang guru adalah
bilik darjahnya. Bilik darjah yang dimaksudkan bukan sekadar merujuk kepada fizikal
sesebuah bilik darjah tetapi paling utama ialah pelajar-pelajar yang mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah itu. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan
Ahmad Subki Bin Maskon (2010: 99) menyatakan bahawa pengurusan fizikal bilik darjah
yang dinamik mampu membangunkan keempat-empat aspek dalam diri pelajar iaitu jasmani,
intelek, emosi dan rohani pelajar. Chua Tee Teo dalam artikel beliau yang berjudul Helping
Bored Children: The Dawn of Spiritual Intelligence turut memperkatakan bahawa
pembangunan menyeluruh seseorang individu melibatkan keempat-empat aspek iaitu
jasmani, intelek, emosi dan rohani.
Holistic development may be classified into the four main areas of intellect
(mind), emotions (heart), physical heart (body), and morality or spirituality
(soul/spirit) (Teo, 2000).
(Chua Tee Teo, 2002: 27)

Dalam pengurusan bilik darjah, salah satu perkara asas yang perlu diterapkan dalam
diri setiap pelajar ialah disiplin. Namun untuk mencapai nilai ini, para pelajar hendaklah
dibentuk dan dicorak ke arah itu. Atas dasar itu, seorang guru haruslah mampu mengurus
pelajar-pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah.
Tidak kira sama ada guru itu mengajar Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Sains,
Pendidikan Seni Visual atau mata pelajaran yang lain. Namun, boleh dikatakan bahawa guru
Pendidikan Seni Visual mempunyai dinamik untuk membentuk dan mencorak jati diri pelajar
agar menjadi individu yang berdisiplin kerana mata pelajaran Pendidikan Seni Visual itu
sendiri mengandungi falsafah dan nilai yang sangat dekat di hati. Pendapat penulis dapat
disokong dengan pernyataan Mohd Johari Ab. Hamid (2004: 33) dalam bukunya yang
berjudul Falsafah dan Kritikan Seni iaitu :
Sama ada disedari atau tidak, Pendidikan Seni Visual sudah disemai kepada
semua generasi sejak dari awal kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat
dewasa. Seni bukan sahaja mengajar manusia menghayati keindahan,
kecantikan atau sebagainya tetapi memupuk nilai-nilai estetika dan nilai-nilai
kemuliaan dalam diri manusia. Seni harus dilihat sebagai subjek yang mampu
mengubati permasalahan yang berlaku dalam jiwa manusia.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1452-1453), mendefinisikan seni dengan bidang
yang luas iaitu karya (sajak, lukisan, muzik, dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat
(kecekapan) atau hasil daripada sesuatu ciptaan. Selain itu, seni juga ditakrif sebagai
kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran dan lain-lain) yang indah-indah. Oleh sebab seni
adalah bidang yang luas, salah satu kategori seni yang akan disentuh oleh penulis ialah seni
visual. Istilah seni visual digunakan untuk merujuk kepada karya-karya indah yang dapat
dinikmati atau dihayati oleh deria penglihatan. Chang Hon Woon (2008: xv) iaitu seorang
guru siswazah yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ada menerangkan secara
ringkas tentang pengertian seni visual atau dikenali juga sebagai seni tampak dalam buku
beliau yang berjudul Teori Seni Visual Edisi Kedua iaitu :
Seni visual atau seni tampak merupakan salah satu daripada cabang seni.
Seni visual terdiri daripada karya dua dimensi (lukisan, catan, cetakan, seni
grafik) dan karya tiga dimensi (arca, anyaman, tembikar), yang lazimnya
dihayati serta dinikmati oleh deria penglihatan.
(Chang Hon Woon, 2008: xv)

Dalam hal ini, peranan dan tanggungjawab guru Seni Pendidikan Visual (PSV) boleh
dikatakan lebih menyerlah dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran
lain. Dalam usaha menggerakkan pelajar menghasilkan karya-karya seni visual, guru PSV
sebenarnya perlu terlebih dahulu mengenal pasti minat pelajar kerana kecintaan mereka
kepada sesuatu adalah motivasi utama untuk pelajar. Sekali pun pelajar tidak berminat dengan
mata pelajaran PSV, mereka tidak harus terus dimarahi apatah lagi dihukum. Sebaliknya, guru
PSV perlu bijak dan kreatif dalam menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya seni yang
berkait rapat dengan minat atau kecintaan mereka. Pelajar tidak perlu dipaksa atau digesa agar
mereka tidak berasa tertekan atau terkongkong. Memadailah andai guru dapat mengenal pasti
minat mereka sebagai permulaan.
Berdasarkan pengetahuan guru PSV tentang minat pelajar, guru PSV perlu bijak dan
kreatif dalam mengolah set induksi sesebuah pelajaran. Set induksi seperti yang difahamkan
oleh Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Maskon (2010: 112) dalam buku
mereka yang berjudul Budaya dan Pembelajaran merujuk kepada beberapa minit pertama
suatu perkara itu diperkenalkan kepada para pelajar dengan tujuan menarik perhatian dan
menimbulkan minat mereka terhadap isi pengajaran. Lantas, kejayaan pertama yang penting
bagi guru PSV terletak pada set induksi yang pelbagai dan berkesan. Guru PSV boleh
menayangkan klip video, memperdengarkan lagu, memperlihatkan gambar, menyediakan kuiz
atau permainan, membuat persembahan dan sebagainya. Tentulah bahan yang digunakan
sebagai set induksi perlu berhubungan rapat dengan minat pelajar dan berkaitan dengan isi
pelajaran.
Pengetahuan guru PSV tentang Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori oleh
Howard Gardner pasti akan membantu guru yang mempunyai khalayak yang ramai dan
berbeza-beza minat dan kecerdasan. Set induksi yang menarik tentulah perlu menggabungkan
beberapa perkara yang diminati pelajar dan beberapa kecerdasan yang dimiliki pelajar.
Lachlan E.D. Crawford (2002: 2) dalam artikel beliau yang berjudul Towards an Ability
Driven Education System in Singapore: Problems and Opportunities memaparkan lapan
dimensi kecerdasan iaitu kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan logik matematik,
kecerdasan visual ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal,
kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis.

Isi pelajaran yang disampaikan oleh guru PSV hendaklah memperkayakan lagi minda
dan emosi pelajar dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman bermula daripada yang mudah
kepada yang lebih kompleks bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ini, hubungan dua hala antara guru PSV dan pelajar haruslah berlaku agar
minat murid yang telah berjaya ditarik melalui set induksi dapat dikekalkan. Dalam proses
menyampaikan isi pelajaran, kemahiran guru dalam berinteraksi amat perlu dan sebaikbaiknya, proses ini seharusnya berpusatkan pelajar dan bukan guru semata-mata.
Guru harus membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk melaksanakan sesuatu
kerja seni berdasarkan minat dan kreativiti mereka.Guru PSV tidak harus menjadikan kerja
seni sebagai alat untuk menghukum atau mendenda. Di samping melibatkan pelajar dalam
interaksi dan aktiviti yang dijalankan, galakan dan pujian hendaklah diberikan kepada pelajar
agar mereka rasa dihargai. Perkara ini adalah peneguhan positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Andai kata, pelajar menimbulkan masalah dan menggugat disiplin dalam kelas,
guru PSV tidak harus menghukum pelajar serta-merta apatah lagi mendenda mereka dengan
menyuruh mereka menghasilkan karya-karya seni.
Guru PSV hendaklah berkelakuan matang, tenang dan profesional dalam menghadapi
cabaran ini. Peneguhan positif hendaklah diberi melalui teguran dan dendaan yang tidak
bertujuan membalas dendam atau memalukan pelajar kerana tentunya perkara ini akan
semakin memburukkan keadaan dan menjejas emosi pelajar. Bak kata pepatah Melayu,
Marah itu parah. Lantas, guru PSV perlu bijak mengurus emosi terlebih dahulu agar tidak
membina jurang dengan pelajar. Bahan-bahan pengajaran dan pelajaran seperti klip video
yang lucu, lagu yang menghiburkan, lukisan yang mengagumkan dan lain-lain dapat
dimanfaatkan untuk merehatkan minda dan menenangkan emosi pelajar serta guru selagi
bahan-bahan itu mempunyai nilai dan unsur pengajaran.
Seorang guru PSV, Encik Firdaus yang telah lima tahun menjalankan bengkel-bengkel
seni dan motivasi di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Selangor menyatakan bahawa
mata pelajaran PSV mempunyai faktor didikan terhadap jasmani, emosi, intelek dan rohani
individu. Setiap tugasan seni melibatkan kerja tangan dan tumpuan mata sekaligus mengasah
kekreatifan minda. Emosi dan rohani terdidik agar bersabar, tekun dan tidak putus asa
terhadap percubaan-percubaan yang kurang memuaskan hati hinggalah terhasil kerja seni
yang indah. Pada pandangan Encik Firdaus, proses inilah yang mendidik para pelajar untuk
mendisiplinkan diri.

Apabila terdapat pelajar yang menimbulkan masalah disiplin, Encik Firdaus tidak
serta-merta menghukum apatah lagi mendenda mereka dengan menyuruh mereka
menghasilkan karya-karya seni. Sebaliknya, Encik Firdaus mendekati dan mengambil berat
tentang mereka agar komunikasi dua hala antara guru PSV dengan pelajar dapat dipelihara.
Encik Firdaus berpendapat bahawa guru PSV hendaklah mengenal pasti punca permasalahan
yang dihadapi pelajar. Pelajar yang bermasalah tidak harus diketepikan kerana mereka perlu
perhatian dan bimbingan dalam hidup.
Selain itu, Encik Firdaus menyemai semangat setia kawan dan sikap bekerjasama
iaitu esprit de corp dalam kalangan pelajar-pelajarnya kerana berpendapat bahawa setiap
pelajar mempunyai bakat dan keistimewaan yang berbeza. Melalui kerja berkumpulan, bakat
dan keistimewaan individu yang berbeza-beza digabungkan dan perkara ini menghasilkan
sinergi. Kerja kumpulan yang dikendalikan oleh Encik Firdaus biasanya diwakili empat orang
individu yang mempunyai peranan penting untuk melengkapkan kerja seni mereka
berdasarkan bakat dan keistimewaan masing-masing. Keempat-empat individu ini akan
melalui proses perbincangan awal yang dipantau oleh Encik Firdaus sendiri.
Perbincangan awal ini akan melibatkan proses mengenal pasti kemampuan,
kesanggupan dan tugas setiap individu. Sebagai contoh adalah projek lukisan dinding di salah
sebuah sekolah menengah yang perlu dipikul tanggungjawab itu oleh pelajar secara
berkumpulan. Lantas, dalam pembahagian peranan dan tanggungjawab, individu A telah
ditugaskan untuk merangka draf lukisan kerana individu A dikenal pasti mempunyai bakat
melukis yang menyerlah. Individu B pula ditugaskan untuk mengurus bahan-bahan yang
diperlukan agar projek mereka dapat dilaksanakan dengan lancar.
Individu C pula ditugaskan untuk mengambil gambar dan merakam video untuk
menyiapkan pembentangan dalam bentuk Powerpoint agar proses gerak kerja mereka dapat
didokumentasikan dan dikongsi bersama rakan-rakan sekelas. Individu D yang cekap
berbahasa pula ditugaskan untuk membantu menyiapkan persembahan Powerpoint di samping
tampil di hadapan kelas sebagai penyampai sewaktu pembentangan kumpulan mereka
dijalankan. Namun, tugasan paling utama iaitu melukis dan mengecat dinding itu
dilaksanakan bersama-sama.Begitulah Encik Firdaus menerapkan disiplin bekerjasama dalam
kalangan pelajar. Setiap pelajar diberi kepercayaan untuk memikul peranan tertentu agar sikap
tanggungjawab dapat dipupuk.

Perkara paling penting, setiap pelajar sekalipun yang mempunyai masalah disiplin
tidak diketepikan agar mereka masih dapat merasakan bahawa diri mereka diperlukan dan
dapat menyumbang kepada kejayaan sesebuah projek seni. Secara langsung, Encik Firdaus
telah membuktikan bahawa Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori oleh Howard Gardner
terlaksana melalui kerja berkumpulan yang dipantau sebegini.Sebagai kesimpulan, mata
pelajaran PSV sebenarnya mampu membentuk individu-individu yang terbina emosi, jasmani,
rohani dan intelek mereka kerana pelbagai kemahiran dapat diasah melalui mata pelajaran
ini.
Peranan dan tanggungjawab guru PSV untuk melahirkan individu-individu yang
berdisiplin dan berbakat dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan andai guru PSV
terlebih dahulu peka terhadap minat dan bakat pelajar agar potensi mereka dapat digilap.
Antara perkara paling penting, guru PSV perlu bijak mengendalikan emosi diri sendiri dan
emosi pelajar agar mereka sentiasa diberi galakan dan teguran positif kerana perkara itu lebih
berkesan sedangkan hukuman dan dendaan tanpa hikmah mampu mematahkan semangat
pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja seni. Bak kata pepatah Inggeris iaitu Making and
appraising are both of equal and fundamental importance in art education: each is important
in itself.

2.0

PROSES ARTISTIK KAEDAH CHAPMAN.


Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan penulis dalam
bidang Pendidikan Seni di Cincinnati, Ohio. Berpengalaman
mengajar prasekolah serta kelas dewasa, di kawasan luar bandar,
pinggir bandar dan sekolahsekolah di pusat bandar. Beliau pernah
mengajar mahasiswa dan programprogram ijazah pendidikan seni di
Indiana University, The Ohio State University, University of Illinois
dan University of Cincinnati.
Pelbagai

model

perkembangan

telah

dikemukakan

dan

dapat

membantu

memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan oleh


Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang
sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat
scribbling ke representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah:

Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal
pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis
dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.
Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan
mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensel dan pen. Alatan ini
lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna..
Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan.
Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak
semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.
2.1

Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Menurut Laura H.Chapman dalam bukunya yang bertajuk Approches in Art


Education (1978), bagi menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan
penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk
membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan
kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu
menghasilkan karya.
Persekitaran tempat tinggal kanak-kanak mempengaruhi corak kehidupan mereka.
Kanak-kanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian
daripada cara dan sikap mereka pada seni dan persekitaran. Mereka menghasilkan karya yang
menampakkan imej dan ekspresi individu sama ada gembira, ceria atau bersedih. Mereka
belajar daripada pengalaman mengenai kehidupan dalam masyarakatnya.Seseorang yang
kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber.
Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa
dan sering berbeza daripada biasa.
Penghasilan karya Seni Visual dapat dibahagikan kepada pengkaryaan dan perekaaan.
Pengkaryaan seperti penghasilan catan, arca dan cetakan berkait rapat dengan nilai makna
manakala perekaan, contohnya Seni Grafik atau Reka Bentuk Teknologi amat mementingkan
nilai fungsi. Idea merupakan faktor penting dalam penghasilan karya seni. Idea kreatif
berperanan menterjemahkan maksud dan fungsi karya seni.

Idea juga bukanlah milik mutlak seseorang pengkarya. Idea seseorang pengkarya
boleh pula diperkembangkan lagi oleh pengkarya atau pereka yang lain supaya penghasilan
kerja seni akan lebih pelbagai dan lebih kreatif.Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan
dan penghasilan pengkaryaan atau perekaan Seni Visual kini mempunyai hubungan timbal
balik dengan dunia teknologi.
Daripada proses penjanaan idea lagi, teknologi dapat memainkan peranan yang
penting. Contohnya, seseorang pengkarya yang ingin menghasilkan sebuah catan, Teknologi
Maklumat atau internet mmembolehkan pengkarya melihat idea-idea atau pengaruh karya
artis-artis yang terdahulu. Beliau boleh mempelajari gaya atau stail yang dapat
menterjemahkan ekspresi diri dan idea yang ingin disampaikan.
Melalui internet juga, mengkaji hal benda atau 'subject matter' menjadi lebih efisien.
Bagi seseorang pereka, misalnya seorang pereka tekstil yang ingin menghasilkan rekaan
bermotifkan bunga orkid; beliau tidak perlu lagi menghabiskan masa dan wang ringgit untuk
ke Taman Orkid atau masuk ke dalam hutan untuk mencari jenis-jenis orkid yang unik dan
luar biasa. Pereka tersebut hanya perlu mengadap komputer dan pelbagai gambar orkid dari
pelbagai sudut dapat disaksikan. Dari situ, pereka dapat membuat lakaran-lakaran kajian bagi
mendapatkan idea untuk motif rekaan yang dikehendaki.
Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni
halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi,
dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni
visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea atau pun pengalaman yang dibentuk
menerusi penggunaan sesuatu bahan atau pun medium dengan menggunakan teknik-teknik
yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea atau
pun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila
bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau
persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.
Peranan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat
semulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengancontengan ini perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun begitu
perkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar
belakang pendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terus
berkembang dengan baik. (Laura Chapman 1978). Sehubungan dengan itu pembangunan

sosial kanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam
kelompok masyarakatnya. Melalui seni ini, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan
menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai
konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan
berdasarkan kepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang mereka lihat.
2.2

Pengolahan dan pemurnian (elaboration and refinement)

Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual
yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan
imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif
penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap
signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi
mendapatkan hasil terbaik.
Mereka yang punya idea kreatif umpamanya mampu mencipta sesuatu yang baharu,
mengubahsuai apa yang sedia ada dan sebagainya sehinggakan apabila tiada rotan akar pun
berguna. Daya kreativiti ini sudah tentunya lahir dari pemikiran yang kritis. Istilah kreatif ini
lebih merujuk kepada daya kreativiti murid dalam menghasilkan olahan idea. Secara
mudahnya, lukiskan rupa bulat di papan putih dan minta murid-murid melakarkan apa jua
bentuk objek berdasarkan rupa bulat tadi. Setiap murid akan menghasilkan bentuk yang
berbeza. Mungkin ada di antara mereka menghasilkan objek yang sama, namun berbeza
lakarannya. Bentuk bola walaupun bulat tetapi dihasilkan lain jenisnya oleh murid A dengan
murid B atau C. Jumlah penghasilan juga pasti berbezaada yang hanya mampu melakarkan
3, 5, 9, 15 atau mungkin ada yang masih menggerakkan jari jemarinya menghasilkan lakaran
tatkala guru menamatkan sesi pembelajaran.
Dengan mendekati Pendidikan Seni Visual dari arah yang baru, kita mendalamkan
genggaman belajar bagaimana untuk berfikir dan merasa seperti mereka menjadi kenyataan
dalam dunia artistik mereka. Kita gunakan pelbagai idea dan cara untuk menentukan kualiti
penghasilan seni melalui pelbagai kaedah gaya pembelajaran. Satu kaedah yang amat
berkesan dalam amalan pendidikan seni visual ialah memperkenalkan kaedah pemikiran
kreatif dan inspirasi. Pelajar yang sentiasa dengan amalan pemikiran kritis dan menguasai
inspirasi yang tinggi membuahkan suatu dapatan yang amat baik dalam penghasilan karya
seni.Sebenarnya, penghasilan yang dibuat oleh pelajar-pelajar masih tidak dapat memberi

keyakinan kepada diri mereka apabila mereka melahirkan sesuatu idea, kerana mereka masih
baharu terlibat dalam hasil seni.
Berbanding dengan pelukis dan pengkarya, segala hasil karya mereka adalah mantap
dan memberi keyakinan kepada pengempar. Seseorang Artis mempunyai pendekatan yang
kukuh dalam proses penghasilan karya, mereka mempunyai kaedah dan pendekatan tersendiri
dalam penerokaan dan cara penghasilan. Oleh yang demikian sebagai guru harus mencari
suatu pendekatan yang baru dengan mendampingi artis sebagai mencari satu pendekatan
pakar dalam menangani kehendak standard pengajaran pendidikan seni visual. Secara
umumnya penerokaan untuk mendapatkan olahan idea yang baik, boleh didapati melalui
pembacaan buku-buku berkaitan, penerokaan alam siber, membuat temu bual, membuat
kajian dan eksperimen dan berbincang.
Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni
visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah
seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada
penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi
bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne,
1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti
produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus,
seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi.
Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut
bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada
abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah
menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk
komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran,
perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999).
2.3

Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium)

Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang
dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama
bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi
melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan
terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu

dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid
melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan.
Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan
oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. Bimbingan penggunaan bahan dan teknik
penggunaan serta penghasilan diberikan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya
pemilihan bahan mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.
Mengikut Robert M.Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran
merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak
termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam
Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang
berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang
sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Kurikulum merujuk kepada semua
pembelajaran yang diperolehi kanak-kanak di dalam program yang ditetapkan. Hal ini
merujuk kepada, pembelajaran kanak-kanak yang dirancang secara khusus melalui
pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, kanak-kanak
belajar melalui konsep bermain. Kurikulum yang telah dibentuk adalah belajar sambil
bermain. Pembelajaran yang diperolehi kanak-kanak adalah pengalaman mereka sepanjang
proses pembelajaran berlangsung. Kanak-kanak belajar mengenai haiwan peliharaan dan
diberi peluang melihat kucing, arnab dan hamster. Dalam pembelajaran ini kanak-kanak
menerima pembelajaran melalui pengalaman mereka bermain dengan haiwanhaiwan
peliharaan itu.
Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan
kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang berbagai,
keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis
produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam
sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman.Wujudnya Nonobjective Art Minimal Art misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar
dan sanggup menerima rintangan. Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun
atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti,
isi pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru
untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain.

Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang
kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan
sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema, guru haruslah
mengambil kira beberapa aspek iaitu tema yang dipilih hendaklah berasaskan kepada
kemahiran, pengalaman, serta pengetahuan sedia ada murid, tema yang dipilih berfokus
kepada sesuatu isu. Sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati
dalam tema yang dipilih, guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang
dipilih, dan guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai peningkatan aktiviti
dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Pendekatan bertema juga dapat memberi
keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya
pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa
kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi
dan mengekspresi bakat (melukis).
Dengan adanya penghubungjalinan murid-murid akan belajar beberapa kemahiran
dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan
perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang
tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan
afektif mereka. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penggabungjalinan ini lebih
berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid
sendiri. Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni lukis, murid-murid membuat model
kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya
imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat
berinteraksi dengan bebas sesame rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan
memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka.
Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses
pembelajaran meraka.
Kanak-kanak juga selalu menjumlahkan sesuatu yang mereka cipta atau lukis.
Misalnya mereka melukis lukisan potret orang. Mereka akan memastikan bilangan mata, jari
dan bahagian anggota lain. Selain itu mereka juga boleh mengenal pasti bentuk-bentuk
geometri di dalam seni. Sains boleh di gunakan dalam seni apabila kanak-kanak melakukan
eksperimen dengan alatan atau bahan seni mereka. Misalnya tanah liat yang keras bila
dijemur di tengah panas, krayon yang cair bila di tempat panas dan pemcampuran dua warna
asas yang menghasilkan warna kedua yang lain. Selain itu, kanak-kanak juga belajar tentang

kepekatan cecair dan daya tekanan. Seni memberi peluang kepada kanak-kanak memberitahu
sesuatu sama ada secara non verbal atau grafik. Dengan galakan juga, kanak-kanak akan
menceritakan kepada kita apa yang telah dicipta atau reka.
Kanak-kanak membaca kerja seni mereka, seperti mana orang dewasa membaca buku.
Dalam masa yang sama, kanak-kanak menikmati jalan cerita dan tajuk gambar mereka.
Kanak-kanak digalakkan membacanya bersama-sama guru. Kanak-kanak yang lebih besar
akan cenderung untuk mencetak perkataan sendiri sebagai jalan cerita. Mereka akan mencipta
dan mengeja dengan salah. Ini yang sepatutnya terjadi kerana ia adalah peringkat terpenting
untuk kanak-kanak bermula untuk menulis dan membaca. Menconteng, membuat tanda, dan
mengecat adalah peringkat terpenting dalam perkembangan mewarna dan menulis.
Disebabkan seni adalah luahan tanpa suara, ia tidak melibatkan bahasa dan tidak melibatkan
kefahaman arahan pertuturan. Kanak-kanak boleh menyelesaikannya sendiri dan membuat
pemerhatian antara satu sama lain. Seni adalah masa terbaik untuk kanak-kanak
mempertingkatkan penggunaan bahasa mereka. Seni juga memberi peluang kepada kanakkanak untuk memperbanyakkan kosa kata mereka. Mereka dapat berbincang dan bertukar
fikiran antara satu sama lain. Guru dapat membantu kanak-kanak menggunakan perkataan
dengan betul.

3.0

CIRI-CIRI GURU PSV.


Bagi guru pendidikan seni, indikator kecemerlangan akan berpusat kepada enam

faktor utama. faktor-faktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian selanjutnya:


1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni.
3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.
4. Pengurusan Ko-kurikulum.
5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan.
6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar.

Namun demikian guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang guru
yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap

perkembangan individu,

simpatik dan empatik serta menjadi contoh kepada guru-guru lain dan pelajar.

3.1 Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


Berbagai-bagai teori dan model pengajaran yang berkesan. Mengikut Borich & Fenton
(1977), kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan guru, peningkatan
keilmuannya, dan beberapa variabel yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran
P&P, misalnya hubungan dengan pengetua/gurubesar dan dan faktor persekitaran . Yang
dimaksudkan pelakuan guru ialah cara-cara guru menyampaikan ilmu kepada muridmuridnya. Ini termasuklah bagaimana guru interaksi dengan murid, pengurusan kelas,
penggunaan masa dan sebagainya yang berkaitan dengan P&P. Satu faktor yang penting ialah
sikap guru itu penentu utama bagi kecemerlangan dalam P&P. Dalam model yang dikemukan
oleh John Carroll (1963) iaitu "A Model of Scholl Learning'; menghuraikan lima elemen yang
mempengaruhi keberkesanan pengajaran, iaitu:
1. 'Aptitude' - bakat/kebolehan murid untuk belajar.
2. Kemampuan murid me- mahami arahan/ pengajaran guru atau kesediaan murid belajar
sesuatu tajuk pelajaran. Kemampuan murid ini bergantung kepada pengetahuan atau
kemahiran yang sedia ada pada murid.
3. Daya tahan (persever- rance) murid - kesanggupan murid secara aktif terlibat dalam
pembelajaran. Faktor ini ditentukan oleh motivasi/kemahuan dalam diri murid untuk belajar.
4. Peluang - masa yang diperuntukan kepada murid untuk belajar atau masa yang digunakan
oleh guru untuk mengajar sesuatu kemahiran dan konsep.
5. Kualiti pengajaran - keberkesanan sesuatu pelajaran itu diajar.
(Wan Fatimah .19)
Kualiti pengajaran merupakan perkara penting kepada seseorang guru pendidikan seni
untuk menentukan keberkesanan pengajaran. Guru yang cemerlang berjaya menentukan corak
pengajaran yang berkesan dan menyesuaikan situasi pengajaran dengan situasi semasa.
Berbagai kaedah dan strategi pengajaran dimanipulasikan agar murid menikmati pengajaran

dengan sempurna dan berkesan. Berikut adalah kuliti pengajaran pendidikan seni yang
berkesan:
pengajaran/maklumat pendidikan seni secara tersusun, mudah difahami serta
bermakna kepada murid. Misalnya mengajar anyaman guru harus menerangkan jenis-jenis
kelerai terlebih dahulu sebelum pergi kepada teknik mengayam.
pengajaran pendidikan seni dapat menarik minat murid.
berkesan, mudah diingat dan digunakan oleh murid.
guru menggunakan contoh-contoh yang mudah.
pengajaran pendidikan seni dikaitkan dengan maklumat/pengetahuan dan kemahiran yang
sedia ada pada murid.
guru sentiasa menunjukkan minat dan ghairah semasa pengajaran pendidikan seni.
guru menggunakan kaedah-kaedah dan bahan-bahan pengajaran tertentu sesuai dengan
pelajaran pendidikan seni berjalan.
guru bersifat humor dan penyayang.
Guru pendidikan seni yang baik sentiasa mengadakan penilaian secara formal atau tidak
format kepada murid dan membuat penilaian keberkesanan pengajaran.
guru pendidikan seni perlu membetulkan segera kesilapan yang dilakukan oleh murid.
guru pendidikan seni yang baik sentiasa memberi motivasi dan insentif kepada murid
semasa pengajaran berlaku.
guru pandai menyesuaikan pengajaran pendidikan seni mengikut keupayaan kebolehan
murid.
pengajaran yang berkesan dibantu dengan suasana bilik seni yang bersih dan kemas.

3.2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni.


Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam
kerja-kerja amali. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya

melalui banhan-bahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan
latihan berbentuk bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif.
Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Bagi guru pendidikan
seni cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni.
Sebagai contoh sekarang pendidikan seni diperkenalkan bidang rekacipta, maka guru
pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya.
Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan
menentukan mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam
pengajaran pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang
banyak perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian
Grafik seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu
guru dari segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran.
3.3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.
Penekanan kuliti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. Seseorang
guru pendidikan seni cemerlang tentunya kualiti pribadi yang konsisten. Menunjukkan akhlak
mulia dengan rakan sejawat dan murid-muridnya. Ia sentiasa menjadi model kepada guruguru lain dari segi kemasan diri. Contohnya guru-guru pendidikan seni perempuan boleh
menjadi contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk guru wanita
lain.Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang
berkaitan dengan kreativiti. Justru itu guru pendidikan seni haruslah seorang kreatif dan
inovatif.
3.4. Pengurusan Ko-kurikulum
Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam
organisasi kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah ko-kurikulum. Kelab seni
dan kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran pendidikan
seni di sekolah. Melalui kelab tersebut dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid
yang diajar semasa pendidikan seni. Pelengkap dari pengajaran pendidikan seni boleh di
salurkan dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif.
Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya lawatan ke
pusat-pusat yang berkaitan dengan seni tampak, Balai senilukis dan Pusat kraftangan. Melalui

kelab pendidikan seni guru boleh membina kepimpinan murid dalam bidang kesenian
disamping melahirkan seniman-seniman kecil melalui penghasilan karya seni.
Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada
keupayaan guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada
mereka.
3.5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan
penulisan.
Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk mencantikkan
sekolah. Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan sekolah kebiasaannya
terpikul pada guru pendidikan seni. Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata pelajaran
pendidikan seni (sekolah menengah), Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerjakerja keceriaan sekolah.
Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja. Guru
pendidikan seni boleh memberi khidmat kepada projek-projek diperingkat daerah misalnya
hiasan pentas dan sebagainya. Subangan kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan
kemahiran bidang kerja.
3.6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar
Melalui sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan seni
sewajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi hubungan dengan
pengetua/gurubesar, rakan sejawat dan pelajar. Hubungan ini penting, kerana prestasi guru
yang baik adalah melalui imej hubungan yang berkesan dan baik.

4.0

KARYA SENI KANAK-KANAK.


Pendidikan menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga

Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan
inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat relevan dengan
aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang
membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak

jumud. Hosffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya
dijadikan landasan yang terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan
kreativiti murid-murid.
Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan
kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan
sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak
kanak-kanak lagi.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi
ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak. Penghasilan karya
terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang
dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan
kecantikan dan kesempurnaan,namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat
luahan dan ekspresif (Lowenfeld,1975). Hasil seni kanak-kanak adalah satu kaedah yang
sangat unik untuk menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan kognitif
mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.
Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak- kanak dilahirkan
dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza. Kreativiti yang terdapat di dalm diri kanakkanak adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan
bimbingan yang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja. Berdasarkan faktor inilah
maka sangat penting penerapan pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh
kanak-kanak sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti.
Daya kreatif bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang
dalam menghadapi kehidupan. Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak
kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba
menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka.
Bagaimanapun, jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreatif ini dalam diri anak-anak,
perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran. Semua
orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Sebagai guru, ibu bapa atau penjaga,
mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatif .Hasil

penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang sangat kreatif biasanya lahir daripada
keluarga yang mengenakan terlalu sedikit peraturan penting tetapi bermakna.Pakar pendidikan
awal Itali, Loris Malaguzzi yang menulis dalam The Hundred Languages of Children berkata,
kreativiti lahir daripada pelbagai pengalaman.
Ia disertakan dengan pembangunan sumber peribadi yang mendapat sokongan,
termasuk kebebasan untuk meneroka luar daripada batas pengetahuan.Dalam usaha untuk
meningkatkan daya kreatif anak-anak, tugas ibu bapa ialah untuk membantu mereka mendaki
gunung mereka sendiri, setinggi yang terdaya. Tiada sesiapa yang dapat melakukan lebih
daripada itu.

4.1

Hasil karya murid Tahun 3 Kad Ucapan Hari jadi.

Alat dan bahan yang diperlukan :

Kertas lukisan

Warna krayon

Pensel dan pembaris

A.

Gunting

Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Murid Tahun 3 sedang tekun melukis corak di atas kertas lukisan.


Di dalam menjana idea, murid-murid akan menetapkan objektif, haluan dan tujuan
penghasilan karya. Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluan
penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea.
Hasil daripada pemerhatian yang aktif, murid-murid akan dilatih membuat
pemerhatian terhadap objek alam dan buatan manusia. Murid akan dapat merasai secara
konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan
pemikiran abstrak. Justeru itu cetusan idea dan imaginasi dapat dihasilkan untuk murid
menghasilkan karya yang kreatif melalui pemerhatian yang aktif ini. Pemerhatian yang aktif
ini dapat ditajamkan apabila guru peka terhadap persekitaran pembelajaran murid. Sebagai
guru pendidikan seni visual yang berkesan, guru harus memastikan murid-muridnya bersedia
untuk belajar. Keadaan kelas yang tidak terurus dengan sampah sarap dan meja tidak tersusun
akan mengganggu pemerhatian murid terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran.
Melalui aktiviti-aktiviti seni, seseorang pelajar bukan sahaja dididik dan dibimbing
dalam kesempurnaan dari segi JERIS tetapi juga dilatih memperolehi keyakinan diri dalam
berkomunikasi melalui seni, memahami warisan bangsa dan identiti bangsa. Matlamat dan

kepentingan Pendidikan Seni jelas digubah untuk melahirkan individu yang berbudaya iaitu
sekurang-kurangnya dapat mengurus kehidupan harian dengan sempurna dan menjadi
penghayat seni , seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Guru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan merangsang
pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan
memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang
berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang
tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan
perasaan dalam aktiviti yang dijalankan.
B.

Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)

Membuat olahan idea dengan mewarna , melipat dan menggunting .


Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual
yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi
memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan
tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak,
proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya
diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Proses ini perlu didedahkan

kepada murid di sekolah supaya mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan


mendalam terhadap ketelitian.
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta terknik-teknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan
bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang
dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid
belajar secara tidak langsung.
C.

Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Hasil karya murid yang telah siap.


Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang
dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama
bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi
melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan
terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang
perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid
melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu

menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid
mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Melalui aktiviti penerokaan ini, murid-murid akan dapat mendalami sesuatu perkara
dan mencari penemuan baru. Penerokaan ini boleh berlaku sama ada dalam bilik darjah atau
pun di luar bilik darjah.Pelbagai bahan boleh digabungkan sehingga mewujudkan hasil seni
yang unik dan menarik. Hasil daripada aktiviti penerokaan adalah penemuan yang akan dapat
memberikan rangsangan kepada murid-murid menjadi lebih kreatif. Dalam usaha menemukan
sesuatu yang baharu, murid-murid perlu berusaha mencari sesuatu kelainan yang bakal
diperoleh hasil daripada penerokaan, pemerhatian dan percubaan.
Apabila wujudnya percubaan melibatkan eksperimentasi murid-murid, tindakan
spontan dan kesalahan semasa pembelajaran akan berlaku. Percubaan membuat sesuatu dapat
memberi pengalaman estetika semasa menghasilkan produk. Ini penting kerana melalui
pengalaman itu, murid akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada yang
sebelumnya. Secara tidak langsung melalui percubaan demi percubaan dapat mendidik
seseorang murid itu erti kesabaran.
Kanak-kanak memiliki sifat kreatif dalam jiwa masing-masing. Kreativiti kanak-kanak
boleh dikenalpasti semasa mereka melaksanakan aktiviti seni visual dan juga seni
persembahan

dengan mengambil

kira sikap, motivasi,kemampuan

dan kemahiran

mereka.Proses aktiviti seni dapat membantu kanak-kanak untuk mereka cipta sesuatu dengan
menggunakan idea masing-masing.Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi,
mengeluarkan idea, menerokai dan membuat keputusan daripada

proses aktiviti seni yang

dilaksanakan. Sepanjang proses aktiviti seni, kanak-kanak mencuba dan memanipulasi bahan
bagi meningkatkan kreativiti mereka.
Secara umumnya, tujuan pendidikan seni visual di sekolah rendah adalah untuk
memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan apa saja pemikiran mereka melaui seni.
Malah kita tahu bahawa kanak kanak dilahirkan penuh dengan sifat yang dinamik dan ingin
berkembang mengikut proses tumbesaran mereka. Malah kita juga tahu bahawa tahap
perkembangan kanak kanak adalah berbeza beza.

5.0

PENUTUP
Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan

rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanakkanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap
sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni
visual kepada kanak-kanak dapat dilihat dari aspek sosial, fizikal dan emosi.
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual
mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini
menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya
kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang hasil karya.
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian
dan bijak membuat keputusan. Murid juga boleh mempertingkatkan dan menajamkan
penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual juga menambahkan pengetahuan
mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan
hasilan seni,produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan
meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan
seni visual memberikan peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi
landasan untuk memupuk perasaan toleransi. Mata pelajaran seni juga menganjurkan
semangat bekerjasama didalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Pendidikan seni visual dapat memenuhi keinginan dan fitrah kanak-kanak. Mereka
dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui lukisan. Kanak-kanak terlalu unik
sehingga melahirkan ramai pengkaji lukisan kanak-kanak. Sebagai orang dewasa kita
hendaklah sentiasa menggalakkan dan memberi sokongan kepada mereka agar kreativiti yang
ada pada mereka akan terus digilap sehingga berjaya.

Kesimpulannya penghasilan lukisan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk


meluahkan ekspresi mereka melalui hasil lukisan. Ia juga mampu membina dan meningkatkan
psikomotor halus pelajar dalam proses menggambar. Pembentukan sikap melalui nilai murni
dapat dilakukan semasa proses penghasilan lukisan di dalam kelas.Jika guru menyediakan
bahan bantu mengajar, ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik dan lebih
berkesan bagi melahirkan kreativiti pelajar.Tanpa penggunaan alat bantu mengajar , murid
akan berasa cepat jemu dan pembelajaran satu hala atau pengajaran yang hanya menggunakan
satu medium kurang memotivasikan murid pada zaman sekarang ini. Sebagai contoh,guru
boleh menggunakan ICT, carta atau contoh model murid-murid yang terdahulu.
Dengan penggunaan contoh lukisan yang telah siap, pelajar dapat melihat sebuah hasil
dan memberi peluang kepada mereka untuk meniru atau mencetus idea mereka
sendiri.Contoh-contoh gambar sebenar boleh digunakan sebagai rujukan. Ia sedikit sebanyak
dapat membantu mereka pemilihan teknik yang sesuai. Guru perlu memberi kebebasan
kepada pelajar untuk melihat sendiri bahan sebenar seterusnya mengaplikasikan unsur
tersebut ke dalam lukisan menggunakan idea tersendiri. Oleh yang demikian, amatlah penting
guru

menjadi

fasilitator

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajarannya

bagi

memperkembangkan kreativiti pelajarnya.


Kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah sebagai seorang guru seni, kita perlulah
mahir di dalam elemen elemen asas seni iaitu unsur unsur seni reka dan prinsip prinsip
rekaan. Ini kerana ianya penting bagi seorang guru seni untuk menilai dan menyediakan
pelajaran yang berkesan untuk pelajarnya. Selain itu, perlu juga sebagai seorang guru seni
untuk mengetahui dan melihat teori teori yang ditulis oleh tokoh tokoh seni agar dapat
membantu guru memahami tentang seni itu sendiri. Ini kerana kreatviti dan imaginatif pelajar
adalah berbeza dan luas. Guru juga perlu melihat kepada keperluan dan kemahiran di dalam
menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni. Faktor faktor yang perlu
diambil kira sebelum menyediakan alat bantu mengajar atau sesuatu karya seni amatlah perlu
dikuasai oleh seorang guru seni.
Seterusnya, melalui kajian ini, saya dapat melihat betapa seronoknya pelajar saya
melakukan aktiviti seni di dalam kelas. Aktiviti membuat kad ucapan mengikut kaedah
Chapman

yang dijalankan di dalam kelas amatlah menyeronokkan. Pelajar yang terdiri

daripada tahun tiga ini telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi. Akhir kata, kepentingan
seorang guru seni untuk menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, diikuti

kaedah kaedah yang sesuai serta rancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di
dalam menyediakan satu pelajaran seni yang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak kata
pepatah, Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
BIBLIOGRAFI
Sumber daripada buku :
Chang Hon Woon. (2008). Teori Seni Visual Edisi Kedua. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Johari Ab. Hamid. (2004). Falsafah dan Kritikan Seni. Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Osborne, H., 1979. The Oxford Companion to Art. Oxford University Press.
Preble, D., Preble, S. and Frank, P., 1999. Art Forms. New York: Longman.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran.
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Sumber rujukan dari jurnal :


Chua Tee Teo. (2002). Helping Bored Children: The Dawn of Spiritual Intelligence. Review
of Educational Research and Advances for Classroom Teachers, 21 (1), 25-33.
Lachlan E.D. Crawford. (2002). Towards an Ability-Driven Education System inSingapore:
Problems and Opportunities. Review of Educational Research and Advances for
Classroom Teachers, 21 (1), 1-12.
Sumber rujukan dari internet :
http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html Tarikh muat turun :
18 Feb 2013
http://zact73.blogspot.com/2012/12/teori-seni-laura-h-chapman.html Tarikh muat turun :
19 Feb 2013
http://definisi.org/proses-artistik-kaedah-chapman Tarikh muat turun :
20 Feb 2013
http://www.arteducators.org/learning/learning-in-a-visual-age/summitparticipants/laura-chapman Tarikh muat turun : 24 Feb 2013

HASIL KARYA MURID TAHUN 3 - KAD UCAPAN HARI JADI

Anda mungkin juga menyukai