Anda di halaman 1dari 2

Menurut Hadhrat Hafiz Shah Abu Said Rahmatullah alaih,

Martabat Wujud terbahagi kepada tujuh tingkatan iaitu:


1. Wahdah - Ianya merupakan Martabat Taayun Awal iaitu
Taayun Ilmi Ijmali yakni pada menentukan pengetahuan
peringkat permulaan secara keseluruhan.
Telah Tsabit bahawa Martabat Wahdat ini merupakan martabat
yang mula-mula sekali ditentukan dengan pengkhususan yang
berasal dari Ahadiyat Mujarradah.
Martabat Wahdat sebagai Taayun Awal juga dikenali sebagai
Haqiqatul Haqaiq yakni hakikat bagi segala bentuk hakikat. Ianya
juga dikenali sebagai Haqiqat Muhammadiyah Sallallahu Alaihi
Wasallam dan juga di kenali sebagai Martabat Lahut.
2. Wahidiyah - Ianya merupakan Martabat Taayun Tsani yang
bermaksud penentuan pada martabat kedua. Martabat Wahidiyah
ini merupakan suatu martabat di mana Nama-Nama dan SifatSifat Allah diperjelaskan. Martabat ini juga dikenali sebagai
Martabat Haqaiq Mumkinat yakni martabat hakikat bagi segala
makhluk ciptaan Allah dan dikenali juga sebagai Martabat Jabarut.
Martabat Wahdat dan Martabat Wahidiyat yakni Taayun Awal dan
Taayun Tsani dinamakan sebagai Maratib Wujubi yakni Martabat
yang wajib.
3. Alam Arwah - Ianya merupakan alam Para Ruh. Perkataan
Arwah adalah lafaz Jamak bagi Ruh dan ianya merupakan suatu
alam tempat Ruh Para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Salihin
terhimpun. Ruh adalah suatu jisim yang bersifat halus yang
diciptakan oleh Allah dari Ruh Muhammadiyah Sallallahu Alaihi
Wasallam dan Ruh Muhammadiyah Sallallahu Alaihi Wasallam
adalah diciptakan dari Ruh Suci Allah. Alam Arwah ini juga
merupakan tempat Ruh orangorang beriman dihimpunkan. Alam
Arwah adalah suatu alam yang sangat tinggi dan ianya mengatasi
alam Para
Malaikat. Alam Arwah adalah bersifat kekal kerana ianya berada
di atas Arash dan lebih hampir kepada Allah Subhanahu Wa
Taala. Ruh orang-orang yang tak beriman tidak akan dapat
menyertai Para Ruh di Alam Arwah kerana mereka ditempatkan di
dalam Neraka pada kedudukan yang sangat rendah.

4. Alam Malakut - Ianya merupakan alam Para Malaikat.Alam


Malakut terdiri dari kalangan Para Malaikat yang dekat dengan
Allah Subhanahu Wa Taala dan sentiasa
bertasbih mensucikan ZatNya serta taat kepadaNya. Mereka
bertanggungjawab memikul Arash dan taat melaksanakan urusan
pentadbiran Alam Semesta sepertimana yang telah diperintahkan
oleh Allah kepada mereka.
5. Alam Mitsal - Alam penzahiran yang berada di antara Alam Ruh
dan Alam Ajsam. Alam Mitsal adalah alam akal fikiran di mana
sesuatu benda atau perkara itu akan terzahir ke Alam Ajsam
setelah ianya wujud dengan sempurna di Alam Mitsal. Wujud
Alam Mitsal bagi manusia adalah pada akal fikiran bapa sebelum
dia pancarkan benihnya ke dalam Rahim ibu. Alam Mitsal hanya
dapat diperhatikan
menerusi Musyahadah Nafs kerana Latifah Nafs adalah berkait
dengan akal fikiran yang bertempat di otak manusia.
6. Alam Ajsam - Alam Jasmani yang bersifat memiliki tubuh
badan. Setiap benda yang kita dapat rasa keadaan sifatnya
adalah jisim. Ruh suatu jisim yang halus telah
digabungkan oleh Allah dengan 4 Anasir yang bersifat kasar iaitu
air, angin, api dan tanah.
7. Alam Nasut - Alam kehidupan manusia yang bersifat Zahir.
Martabat Alam Arwah, Martabat Alam Malakut,Martabat Alam
Mitsal, Martabat Alam Ajsam dan Martabat Alam Nasut dinamakan
sebagai Maratib Imkani yakni Martabat yang mungkin.

Anda mungkin juga menyukai