Anda di halaman 1dari 2

Resepi Spaghetti Oglio Olio

Bahan-Bahan:

1 bungkus pasta Spaghetti (rebus dan tos)

Udang/Sotong/Lala (1 jenis seafood sudah memadai)

1 tin button mushroom (potong belah 4)

2 biji lada benggala berlainan warna (potong dadu)

1 biji bawang holland (potong dadu)

1 sudu besar lada hitam (kisar)

5 ulas bawang putih (kisar)

Cili kering (untuk dipotong serong-optional)

Sos tiram

Cuka

Knorr ikan bilis

Serbuk Cajun (optional)

Italian herbs (optional)

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan kisar dan knorr ikan bilis hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit sos tiram, sedikit cuka.
4. Masukkan seafood, button mushroom, lada benggala, bawang holland dan cili kering.

5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau bahan2 hingga masak.


6. Masukkan pasta. Kacau pasta hingga sebati dgn semua bahan2.
7. Taburkan cajun dan italian herbs jika mahu.
8. Jika kelihatan kering, letakkan sedikit olive oil.
Tips:
Jika tiada olive oil boleh sahaja diganti dengan minyak masak. Cili kering jangan dikisar.

Anda mungkin juga menyukai