Apakah 1bestarinet Dan Frog Vle
Apakah 1bestarinet Dan Frog Vle
1.0 1BESTARINET
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan
penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang
merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menerajui transformasi
pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua
sekolah di Malaysia.
Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk
merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform
pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar
dan luar bandar.
Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan
perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan
tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog Virtual
Learning Environment (VLE) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.
Kebanyakan generasi muda hari ini amat arif dalam penggunaan Internet dan
banyak masa diluangkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook,
Twitter, MySpace dan YouTube. Budaya dan cara mereka memproses maklumat
sering berubah dan guru perlu mengambil langkah seiring dengan perubahan ini.
Inilah masanya untuk kita sebagai guru membabitkan diri dalam dunia pelajar
melalui frog VLE. Melalui projek 1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan
pembelajaran pasti akan berubah, sekaligus meningkatkan minat belajar dalam
kalangan generasi muda ini.
Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi
terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE
dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar
dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka
berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan
sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID
Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk:
Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang
bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.
Dengan ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan
bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa,
di mana jua.
Disediakan oleh:
Mohammad bin Said
PK HEM
SMK Taman Indah
(131013)