Anda di halaman 1dari 6

Oleh

D
A
T
O'
S
RI
M
O
H
D
N
A
JI
B
BI
N
T
U
N
H
A
JI
A
B
D
U
L
R
A
Z
A
K
P
E
R
D
A
N
A
M
E
N
T
E
RI
M
A
L

A
Y
SI
A
Tempat : Putrajaya
Tarikh
: 31/12/2010
Tajuk
: PERUTUSAN YAB. PERDANA MENTERI SEMPENA TAHUN BARU 2011

PERUTUSAN YAB. PERDANA MENTERI SEMPENA TAHUN BARU 2011


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
1.

Alhamdulillah, sayugia kita bersama-sama mengatur setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat


Allah SWT, lantaran izin dan atas kehendak-Nya jua, kita bakal menempuh gerbang
2011. Fajar tahun baru yang akan menjelang ini sekali gus melabuhkan tirai 2010 yang
telah kita lalui dalam suasana tenang, aman damai, rakyat hidup rukun, serta ekonomi
yang makin kukuh.

2.

Sesungguhnya waktu dan masa berpacu dengan amat pantas. Hari esok menjadi tanda
pembuka lembaran kepada dekad yang seterusnya. Semasa saya memberikan
perutusan tahun baru yang lalu, Malaysia sedang di ambang pemulihan ekonomi setelah
mengalami pertumbuhan negatif untuk tiga suku yang pertama tahun 2009.

3.

Namun, hasil daripada tindakan kerajaan yang lekas dan pantas, negara kita kini bukan
sahaja berada di landasan pertumbuhan yang mapan tetapi juga diletakkan pada
trajektori yang betul ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi
apabila tahun 2020 menyingsing tiba nanti.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,


4.

Seperkara yang menjadi hakikat dan perlu difahami oleh setiap orang adalah, dalam
menguruskan negara, terutamanya ehwal ekonomi, kerajaan senantiasa mengamalkan
sikap penuh kebertanggungjawaban. Selama beberapa dekad, segala pencapaian yang
diraih bukanlah terjadi secara kebetulan atau tiba-tiba. Akan tetapi, setiap sesuatu telah
dirancang, direkayasa dan dilaksana secara tersusun serta tuntas dengan mengambil
kira aspek jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

5.

Apatah lagi, sebagai sebuah kerajaan yang begitu prihatin dalam meresapi nadi dan nubari
rakyat, kita tidak akan sekali-kali membelakangkan kepentingan orang ramai dengan
menjanjikan sesuatu atau mengambil sebarang keputusan yang pada mata kasarnya
popular namun pada hakikatnya bersifat amat menjejaskan kemudian hari terhadap
kepentingan semua.

6.

Justeru, dewasa ini, kita telah menyaksikan bagaimana negara-negara yang dianggap maju
juga mula ditimpa masalah apabila mereka tidak mengamalkan pengurusan kewangan
yang berhemah serta tidak mendakap disiplin fiskal dalam merancang pembangunan

negara dan kebajikan rakyat di negara masing-masing.


7.

Sememangnya, mana-mana kerajaan yang menggubal atau menjanjikan dasar-dasar


sekadar bersifat popular tetapi tidak bertanggungjawab ini mungkin akan mendapat
pengiktirafan atau sanjungan jangka pendek namun untuk tempoh masa panjang,
rakyatlah sebenarnya yang akan menderita serta menjadi galang gantinya.

8.

Mengambil iktibar daripada kekhilafan-kekhilafan sekeliling, sepanjang tahun 2010 kita


telah memancang asas-asas yang kukuh bagi menentukan keseluruhan potensi dan
sumber negara mampu dirangsang serta diaturgerakkan ke arah tercapainya wawasan
kebangsaan. Segala yang telah dipersembah, merupakan peta laluan komprehensif lagi
bersepadu demi kepentingan nasional yakni mengangkat taraf dan mutu hidup lebih
tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia.

9.

Perjalanan kita dilengkapi dengan wahana-wahana panduan pentadbiran bermula dengan


pelancaran Program Transformasi Kerajaan atau GTP bersama 6 NKRA-nya pada awal
tahun 2010. Ia diikuti pelancaran Program Transformasi Ekonomi atau ETP dan 12
NKEA-nya, sebagai teras kepada Model Baru Ekonomi dan diikuti oleh pembentangan
Rancangan Malaysia Ke-10 dan kemudiannya Bajet Tahun 2011 yang menjadi bajet
pertama bagi Rancangan Malaysia Ke-10. Ini menandakan kedua-dua fasa perancangan
dan pelaksanaan telah pun mengambil tempat dan bermula.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,


10.

Sejak sekian lama, kerajaan yang diberi mandat telah mentadbir dan berusaha dengan
ikhlas untuk memberikan yang terbaik kepada keperluan rakyat serta kemajuan negara.
Sayangnya, terdapat pihak-pihak yang menangguk di air keruh dengan berwenangwenang menuduh bahawa kerajaan hanya berminat terhadap projek-projek tertentu
terutamanya yang berbentuk mega. Sesungguhnya lemparan kata-kata ini tidak benar
sama sekali.

11.

Saya mengajak kita mengkaji hal ini dengan memeriksanya secara profesional dan
objektif. Apa yang jelas, bukankah dahulunya pihak yang sama mengkritik antara lainnya
pembinaan Lebuhraya Utara Selatan atau PLUS, Menara Berkembar Petronas dan
Jambatan Pulau Pinang, kini tersipu-sipu dan terkesima tanpa keberanian moral
mahupun keikhlasan intelektual untuk mengakui bahawa mereka telah silap dan
sepatutnya menelan kata-kata liar yang diluahkan.

12.

Pokoknya, masa yang berlalu telah menjadi penentu sebuah kebenaran. Ternyata, projekprojek yang dirancang dan dilaksana oleh kerajaan selama ini telah membawa manfaat
kepada rakyat terbanyak. Di persimpangan ini, saya berharap agar rakyat mampu
melihat dan menilai yang mana kaca dan yang mana intan. Persoalannya, jika pendapat
mereka terbukti salah dalam perkara yang sebegitu besar, bagaimanakah mungkin rakyat
boleh mempercayai lagi sebarang janji mereka? Apatah lagi baru-baru ini, janji 100 hari
mereka yang hanya akan menambahkan lagi perbelanjaan tanpa mengambil kira realiti
pendapatan serta punca kewangan negara.

13.

Pucuk pangkalnya, kerajaan yang ada sejak dahulu, telah memberi perhatian kepada

matlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan kerana lonjakan


kekayaan negara akan membolehkan peningkatan untuk perbelanjaan dan
terlaksananya keadilan sosial. Ia berkadar terus, ertinya, semakin meningkat pendapatan
kerajaan, maka semakin meningkat perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
14.

Jika dikaji, matlamat membasmi kemiskinan telah dilakukan secara lebih sistematik
apabila Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada awal tahun 70an. Sepanjang tempoh
pelaksanaan ini dan dasar-dasar yang berikutnya, kayu ukur lebih definitif dan saintifik
diutarakan untuk mengukur paras kemiskinan.

15.

Sejak itu, tanpa jemu kita telah berusaha kuat memerangi kemiskinan yang melibatkan
separuh daripada rakyat Malaysia dan mengurangkan kadarnya kepada 3.8 peratus
dalam tempoh hayat satu generasi sehingga berjaya melahirkan generasi peribumi kelas
menengah serta profesional yang besar.

16.

Selanjutnya, kerajaan kini terus komited bagi membasmi kemiskinan dan menangani
masalah ketidakseimbangan sosioekonomi di dalam Negara. Oleh yang demikian, di
bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi Isi Rumah Berpendapatan Rendah,
Kerajaan mensasar untuk menyifarkan sebanyak 44,643 isi rumah miskin tegar yang
telah didaftarkan di dalam Sistem eKasih mencecah penghujung 2009.

17.

Sehingga 20 Disember baru-baru ini pula, sebanyak 40,713 isi rumah telah berjaya
dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan tegar dan baki 3,930 isi rumah lagi sedang
ditangani melalui pelbagai program seperti 1Azam.

18.

Sungguhpun pencapaian tersebut telah mencapai paras objektif yang ditetapkan, ini tidak
bermakna bahawa kemiskinan tegar telah dibasmi sepenuhnya kerana insiden
kemiskinan adalah bersifat relatif dan sentiasa berubah. Kerajaan juga tidak menafikan
masih wujud tompokan kecil kemiskinan di kawasan-kawasan seperti pedalaman
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

19.

Sehubungan dengan itu, penekanan terhadap usaha-usaha pembasmian kemiskinan


termasuk di kalangan minoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak, kawasan setinggan,
kawasan perladangan, kawasan pekebun kecil, penempatan Orang Asli dan sebagainya
akan terus dipertingkatkan di bawah pelaksanaan RMK-10.

20.

Sudah pasti, proses ini merupakan satu perjalanan yang tidak ada noktahnya bagi
kerajaan. Kita akan sentiasa bersifat awas terhadap insiden baru kemiskinan tegar.
Golongan yang telah berjaya keluar dari kemiskinan tegar akan dibimbing pula untuk
meninggalkan belenggu kemiskinan relatif dan seterusnya daripada golongan 40 peratus
pendapatan yang terkebawah. Ini memerlukan pendekatan yang sentiasa inovatif, kreatif
dan dinamik.

21.

Untuk itu, kerajaan menyeru kepada semua pihak yang bertanggungjawab di semua
peringkat, kampung, mukim, daerah, residensi dan negeri untuk memastikan jika ada
kes-kes yang baru, ia dibawa kepada perhatian pihak yang berwajib agar mereka dapat

dimasukkan ke dalam senarai e-kasih dan tindakan susulan dapat diambil.


Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
22.

Segala yang kita rancang dan mahu laksanakan tidak akan menemui kejayaan tanpa
sokongan dan kerjasama rakyat. Oleh kerana itu, kita telah merundingi setiap segmen
masyarakat sebelum menggubal program transformasi yang telah kita lancarkan bagi
memastikan ianya mencerminkan hasrat rakyat. Saya menyeru kepada semua agar
marilah berganding dengan saya dan rakan-rakan di dalam kerajaan untuk meletakkan
negara di tempat yang sepatutnya.

23.

Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian.
Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada
hari ini. Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini
dengan sebaik-baiknya.

24.

Jelas, tawarikh dunia telah menunjukkan bahawa sekali tersilap melangkah, maka kita
akan menderita sepanjang zaman. Janganlah nasib hari mendatang anak cucu kita
didagang dan dipertaruhkan. Ini bukanlah masa untuk bereksperimen tetapi waktu untuk
memperbaharui kepercayaan dan mengukuh keyakinan kepada apa yang telah terbukti
berkesan.

25.

Merenung detik-detik lampau, banyak sudah yang telah kita lakukan, di mana, pihak asing
meramal tidak mungkin berjaya. Banyak sudah yang kita berjaya lunaskan, demi
Malaysia yang tercinta sekalipun cuba dinafikan suara-suara sumbang oleh pihak-pihak
tertentu.

26.

Beringatlah bahawa di waktu kita mencapai kemerdekaan dahulupun, kita tidak terfikir
akan maju ke tahap ini. Demikian juga apa yang kita pernah kurang yakin untuk dicapai
hari ini, akan pastinya jua mampu kita perolehi pada masa hadapan, jika kita tetap
berusaha bersungguh-sungguh, jika kita yakin pada kebolehan diri sendiri dan jika kita
terus bersama memelihara perpaduan, kestabilan dan keamanan negara.

27.

Akhir kata, seiring dengan hembusan hawa dan semangat tahun baru yang mendatang,
kepada golongan belia, veteran, pertubuhan bukan kerajaan, penjawat awam, pihak
swasta, pendek kata rakyat keseluruhannya, tanpa mengira bangsa, agama dan latar
belakang, marilah kita bersama-sama menyambut semboyan pertiwi menuju puncak
kemajuan. Moga-moga kita berjaya. Insya-Allah. Selamat menyambut Tahun Baru
2011.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak


Perdana Menteri Malaysia
31 Disember 2010

Sumber: http://www.pmo.gov.my/?
menu=speech&page=1676&news_id=411&speech_cat=2

Anda mungkin juga menyukai