Anda di halaman 1dari 20

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

QGJ 3033 : SUKAN INDIVIDU


TAJUK TUGASAN

TUGASAN 1 :
Program Latihan Acara Lompat Tinggi
KUMPULAN
UPSI 05
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
ZAITON BINTI EMBONG

NO. MATRIKS
D20112054538

NO. TELEFON
0124513520

NAMA TUTOR E-LEARNING

: EN. SADZALI B. HASSAN

TARIKH SERAH

: 17 DISEMBER 2014

ISI KANDUNGAN
Bil.

Tajuk

Halaman

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Tajuk Program Latihan


Tempoh Masa Program Latihan
Matlamat Program Latihan
Tempoh Masa Sesi Latihan
Jumlah Murid yang dilatih
Alatan yang diperlukan
Jadual Program Latihan
Objektif Setiap Ansur Maju Latihan
Perincian Aktiviti Ansur maju Kemahiran

10.
11.
12.

Variasi Latih Tubi Kemahiran


Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan
Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program

13.

Latihan
Aspek Keselamatan yang Harus Diutamakan

14.

Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat

15.

Daerah.
Penutup

Kertas Kerja Program Latihan untuk acara lompat tinggi

1. Tajuk Program Latihan : Program Latihan Acara Lompat Tinggi


Sekolah Kebangsaan Seri Tasek.
2. Tempoh Masa Program Latihan : 2 Bulan
3. Matlamat Program Latihan :
Peningkatan tahap kemahiran dan prestasi.
Pembentukan kecergasan secara menyeluruh seperti

keupayaan melompat.
Melakukan segala aksi teknikal dengan betul, memperbaiki
teknik asas yang rasional dengan kemahiran melompat
sepatutnya dan melakukan teknik khusus dengan berbagai
keadaan, memperbaikan teknik lakuan dalam sukan tertentu
dan keyakinan melakukan semua jenis pergerakan secara

umum dan khusus.


Dari segi aspek psikologi juga perlu bagi meningkatkan
prestasi. Latihan dari segi psikologi penting bagi

meningkatkan disiplin, ketabahan, semangat melawan,

keyakinan dan kesungguhan


Latihan dapat meningkatkan pengetahuan atlet mengenai
asas psikologi dan fisiologi latihan, perancangan,
pemakanan dan pemulihan. Perbincangan antara atlet dan
jurulatih.

4. Tempoh masa sesi latihan :


Sesi latihan akan dijalan selama 2 jam sehari dan dijalankan 3
hari dalam seminggu dan akan berlangsung selama 2 bulan sebelum
kejohanan.
Masa latihan bergantung rapat dengan aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar
nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan
dalam jarak masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang
signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50%
kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh
badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa
minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.
5. Jumlah murid yang dilatih : Latihan ini menyasarkan kepada 6 atlet
(lelaki).
6. Alatan yang diperlukan : Dalam sukan olahraga, terutamanya acara lompat
tinggi , terdapat beberapa peralatan yang diperlukan.

Peralatan
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk

membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu
kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan
dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti dua batang tiang
diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang
dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat
4

satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah
mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah
dijatuhkan.
Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun
bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai
dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan
pada tiang.
Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang
memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa
teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang
sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan
pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut
yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau
pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas
lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.
Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.
Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya
dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan
selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik
digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.
Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandingan-pertandingan
yang dijalankan mengikut peraturan 1 (a) , (b) dan (c) yang jarak minimumnya ialah 20m.
jika keadaan mengizinkan , jarak minimum ini sepatutnya 25m. 4. Keseluruhan
kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan kawasan lonjak berbentuk
separuh bulatan yang pusatnya terletak di tengah-tengah di antara tiang-tiang tegak dan
berjejari minimum seperti yang dinyatakan dalam peraturan 182.3 itu tidak melebihi 1:
5

250. Kawasan mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan
menurun. 5. Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah
peraturan 182.4 dan Manual Trek dan Padang IAAF Alat-Alat 6. Tiang. Apa jua bentuk
tiang boleh digunakan asalkan tegap. Kedua-duanya hendaklah mempunyai sangga untuk
menopang palang dengan mantap. Tiang-tiang tersebut juga mestilah cukup tinggi supaya
sekurang-kurangnya ia melebihi 10sm daripada paras sebenar palang dinaikkan. 7. Tiang
tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan Refri merasakan sama ada
landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai.jika demikian, perubahan hanya
boleh dibuat selepas selesainya satu pusingan. 8. Sangga Palang. Sangga hendaklah rata
dan berbentuk empat segi bujur, 4smx6sm. Sangga-sangga ini hendaklah melekap kukuh
pada tiang semasa lompatan dilakukan dan kedudukannya mengahadap ke dalam. Hujung
palang akan terletak di atasnya supaya palang mudah jatuh, ke depan atau ke belakang,
apabila tersentuh oleh peserta. Sangga-sangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau
dengan sebarang barang lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan palang
atau, tidak juga ia boleh dipasang dengan apa jua jenis spring. Sangga hendaklah saam
tinggi di atas kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung palang. 9. Hendaklah
ada ruang di antara hujung palang dengan bang sekurang-kurangnya 1sm.

Kasut
Kasut atau spikes merupakan peralatan penting bagi para olahragawan bukan

sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut tetapi juga untuk
kegunaan dalam acara lain seperti lompat tinggi. Jenis kasut bergantung kepada
kesesuaian dan keselesaan individu. Bagaimana pun biarlah daripada jenis yang ringan.
Tapak dan tumit kasut yang dibenarkan ialah untuk 11 tempat paku. Bahagian paku yang
teranjur dari tapak atau tumit tidak meelebihi 25 mm panjangnya. Atlit tidak dibenarkan
menggunakan sebarang alat sama ada di dalam atau di luar kasut yang boleh menambah
tebal kasut atau yang boleh memberi bantuan kepada pemakainya.

Nombor peserta

Setiap peserta hendaklah memakai nombor yang dipakai di belakang dan di dada
supaya jelas kelihatan. Nombor-nombor itu mestilah sama dengan nombor dalam buku
aturcara. Ukurannya tidak melebihi 150 mm x 25 mm dan gubahan nombor-nombor
peserta yang mengambil bahagian hendaklah sama.

Pakaian
Dalam semua acara, peserta-peserta mestilah memakai pakaian bersih dan

digubah supaya tidak menjolok mata. Pakaian mestilah dibuat daripada bahan yang tidak
nipis dan menampakkan susuk badan pemakai walaupun basah dan boleh mengganggu
keputusan hakim.

7.
Sesi
1

Jadual Program Latihan.


Jam
6.45 pg-7.00pg
7.00pg-7.20pg
7.20pg-7.30pg

5.15ptg5.30ptg
2
5.30ptg6.45ptg
6.40ptg7.00ptg

Aktiviti
Warming up
Fartlek Training
Cooling Down
Warming up

Catatan

Joging

Prepare for

Streching

heart body 120

Loosening

bpm

Leg drill
Weigh Training

Intensiti 80%

Litar Bebanan
Cooling Down

KITARAN MIKRO

7-14 hari latihan dalam satu pusingan latihan. Beberapa pusingan latihan ini akan
bergabung dan membentuk satu kitaran Meso.
Contoh latihan 1 Minggu (Kitaran Mikro)
Acara : Lompat Tinggi
Hari
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad

Sesi Petang

Sesi Pagi
Lokasi SK Luat

Lokasi-bilik bebanan

Latihan Kardio Fartlek


Lokasi- Padang sekolah

Latihan bebanan
Lokasi- Padang sekolah
Latihan Teknik Lompatan
Lokasi- Padang sekolah

Rehat aktif

Latihan Jenis Lompatan


Lokasi-gymnasium

Lokasi- Padang Sekolah


Latihan Jenis Lompatan
Lokasi- Padang Sekolah

Latihan Plyometrik
Rehat aktif

Latihan Teknik Lompatan


Lokasi-SK Luat

Lokasi Padang sekolah

Latihan Kardio 2.5 KM


Bebas

Latihan
Bebas

KITARAN MESO
Minggu 1 hingga minggu 9 : Pada peringkat perubahan kandungan. Latihan akan
nampak lebih ketara berbanding peringkat sebelumnya. Gabungan 2 atau lebih
Kitaran Meso akan membentuk Kitaran Mikro.
Hari

Minggu1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Minggu 5

Isnin

Fartlek

Fartlek

Fartlek

Fartlek

Fartlek

Selasa

Plyometrik

Plyometrik

Plyometrik

Plyometrik

Plyometrik

Rabu
Khamis

Rehat Aktif
Teknik

Rehat Aktif
Teknik

Rehat Aktif Rehat Aktif Rehat Aktif


Teknik
Teknik
Teknik
8

Jumaat

Lompatan
Bebanan

Lompatan
Bebanan

Lompatan
Bebanan

Lompatan
Bebanan

Lompatan
Bebanan

Sabtu

Teknik

Teknik

Teknik

Teknik

Teknik

Lompatan

Lompatan

Lompatan

Lompatan

Lompatan

Minggu 6

Minggu 7

Minggu 8

Minggu 9

Fartlek

Fartlek

Fartlek

Fartlek

Plyometrik

Plyometrik

Plyometrik

Plyometrik

Rehat Aktif

Rehat Aktif

Rehat Aktif

Rehat Aktif

Litar

Litar

Litar

Litar

Bebanan

Bebanan

Bebanan

Bebanan

Teknik

Teknik

Teknik

Teknik

Lompatan

Lompatan

Lompatan

Lompatan

Hari
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu

KITARAN MAKRO
Kitaran lengkap dalam tempoh setahun yang terdiri dari Kitaran Mikro dan
Kitaran Meso.
8.

Objektif Setiap Ansur Maju Kemahiran :

Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Beban kerja hendaklah bertambah.
Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlit yang
menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang
diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ia 6
hingga 8 minggu.

9.

Perincian Aktiviti Ansur Maju Latihan

Gaya Straddle
Langkah 1 :
Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki
yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan
lonjakan apabila melakukan lompatan.
Langkah 2 :
Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas
tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah
dipilih untuk membuat lonjakan.
Langkah 3 :
Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki
kanan. Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan
berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan
lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.
Langkah 4 :
Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang
agar memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatan sesuatu tanda seperti kain putih di
tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap
lompatan.
Langkah 5 :
Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan
arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda
yang telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada
paras pinggang sehinggalah paras bahu.
Langkah 6 :
10

Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk
melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;a)

Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.

b)

Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.

c)

Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.

d)

Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu
dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.
Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan
penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi memutar
melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak
dahulu perlu ditegaskan.
Langkah 7 :
Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang menggantikan
palang. Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gaya straddle.
Langkah 8 :
Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. Kedudukan
sekarang adalah berpasangan. Satu demonstrasi cara membuat putaran diperkenalkan
dan dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke atas.
Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi.
Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu, secara
otomatik badan akan terputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan
ialah badan haruslah diangkut ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan
diturunkan.
Langkah 9 :
Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil di
atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di
atas tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.

11

Langkah 10 :
Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian
landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

Langkah 1 :
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa
mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan
aktiviti-aktiviti seterusnya.
Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belakang.
Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya
diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan
untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak. Kemudian
badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan
seterusnya.

Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan
badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu
ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan,
semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola
sepak). Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu
dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan
tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan kangkang
sedikit.

Langkah 2 :

12

Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. Segala
perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki dan diarahkan
untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali
getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah
kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.

Langkah 3 :
Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar
dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pengasingan
pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan di kiri dan
kanan tempat melompat.
Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan
kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan
melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah 2.
Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang
sebenar.

Langkah 4 :
Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan
layangan.
i)

Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk mendapatkan
daya putaran pada badan.

ii)

Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya
dan ketinggian yang baik dan sempurna.
Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai
suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.

Langkah 5 :
13

Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar.
Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas dengan
lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah. Pada mulanya
pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah larian landas. Ini
cuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikiti sekiranya
lompatan berjaya dilakukan.

Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari
landas 9 hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak
laju.

10. Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan

PENEGASAN DAN PEMERHATIAN


1.

Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi

perhatian dan penegasan.


2. Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati
dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu perkara yang boleh
memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.
3. Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya
untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada
perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.

14

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI


UNTUK GAYA FOSBURY FLOP

BIL
1.

PERKARA
Hukum

FORMULA
F1 = F 2

PENERANGAN
1. Semasa lonjakan, tolakkan sebelah kaki ke

Newton

bumi

ketiga

2.

Hayunkan tangan dan kaki hendaklah

berhampiran dengan badan supaya mencapai


2.

Pusat Graviti

lonjakan yang maksimum


1.
Semasa pusingan badan, pelompat
mengekalkan pusat gravity untuk mencapai
stability.
2.

Pelompat menahan pergerakan ke bawah

sebelum melonjak ke atas supaya pusat gravity


beralih ke bahagian hadapan melibatkan
3.

Stabiliti

komponen menegak.
1. Badan dilentikkan ke belakang semasa
lonjakan untuk offset pusat gravity supaya
pelompat sentiasa cuba mencari stability.
2.

Larian dilakukan secara perlahan ke

pantas, langkah pendek ke langkah panjang


4.

Geseran

sebelum membuat lonjakan.


1. Kasut hendaklah jenis spike supaya

15

menghasilkan daya yang lebih besar dengan


permukaan trek semasa larian.
5.

Momentum

MV

1. Pelompat hendaklah mempunyai jarak larian


yang cukup supaya pelompat dapat halaju yang
meksimum bagi jarak itu untuk menghasilkan
momentum yang maksimum juga kerana

6.

Daya

momentum = masa X halaju.


1. Badan hendaklah melentik ke belakang

centrifugal

semasa melepasi palang.

dan

2.

centripetal

manakala kepala mendongak ke atas bagi

Semasa melepasi palang, kaki diluruskan

menghasilkan lompatan yang sempurna.

11. Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program Latihan.


Pemilihan atlet untuk adalah amat penting. Secara umumnya, seorang
jurulatih akan memilih pelari pecut yang mempunyai kelajuan tertinggi Semua ahli
pasukannya harus kukuh dari segi psikologi dan sentiasa tenang semasa baton
dihantar. Adalah menjadi tanggunjawab jurulatih menempatkan pelari-pelarinya secara
strategik untuk mendapat sebarang kelebihan yang mungkin timbul. Jurulatih juga
harus tahu berkenaan sifat-sifat psikologi pelari-pelarinya, iaitu mengetahui sama
ada seorang atlet akan berlari dengan baik sekali di hadapan atau daripada
belakang. Adalah amat penting supaya mereka ditempatkan di mana mereka boleh

16

menyumbang yang terbaik dari segi jasmani dan mental. Strategi untuk
menempatkan atlet adalah amat penting.
12. Aspek keselamatan yang harus diutamakan.
Bagi mengelakkan berlaku sesuatu kejadian atau perkara yang tidak diingini,
beberapa langkah keselamatan perlu dielakkan. Setiap atlet juga perlu diingatkan tentang
beberapa perkara agar acara tersebut dapat dijalankan dengan baik. Antaranya :
1)

Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan.

2)

Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.

3) Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah
jatuh.
4)

Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia

jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.


Sebelum melakukan aktiviti kita perlulah memeriksa alatan atau
kemudahan aktiviti untuk diadakan. Selepas menggunakan peralatan
sukan simpan yang ada bagi mengelakkan kecederaan.
Penyelenggaraan alatan sukan juga memudahkan ditempat yang
selamat dan mudah diambil. Sekiranya berlaku kecederaan, segera
melaporkan kepada guru. Sentiasa membawa peti pertolongan cemas
supaya kecederaan dapat diubati dengan segera.Kita juga mestilah
membantu rakan yang memerlukan pertolongan semasa melakukan
aktiviti. Selepas melakukan aktiviti sukan minum air dengan banyak
untuk mengelakkan dehidrasi. Kita hendaklah berhati-hati semasa
melakukan aktiviti sukan dan sentiasa mematuhi setiap arahan guru.
Semasa hendak melakukan aktiviti, pastikan bahawa kita berada
dalam keadaan sihat dan cergas. Akhir sekali kita mestilah dengan
cara yang sihat dan adil. Sentiasa hormat menghormati dan memberi
sokongan. Dengan mematuhi aspek aspek keselamatan, nescaya
17

sesuatu aktiviti sukan dapat dijalankan dengan lancar. Kemalangan


semasa bersukan juga dapat dielakkan.

13.

Persediaan pasukan ke Kejohanan Sukan

Peringkat Daerah.
Fasa Persediaan
Persediaan Umum
Persediaan Spesifik

Fasa Pertandingan
-

Pra-Pertandingan
-

Pertandingan

Fasa Transisi
-

Transisi Aktif
Transisi Pasif

Jadualkan setiap komponen keupayaan atlet yang ingin


dipertingkat mengikut fasa-fasa latihan yang dikenalpasti. Aspek-aspek
utama dalam komponen keupayaan atlet yang ingin diperkembangkan
termasuklah persediaan fizikal, persediaan mental, persediaan teknik
dan persediaan taktik.etapkan peratus masa latihan untuk melatih
setiap aspek komponen latihan utama yang dipilih.
Langkah yang terakhir yang perlu diambil oleh jurulatih dengan
menyediakan pasukan untuk menyertai kejohanan. Dalam fasa terakhir
sebelum kejohanan berlangsung latihan ringan diberikan untuk
mengekalkan kecergasan atlet. Di samping itu langkah ini diambil
adalah bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan kepada
atlet. Atlet dinasihatkan melakukan latihan-latihan ringan dan
18

mempunyai rehat yang cukup. Pengambilan makanan yang berkhasiat


juga digalakkan bagi mengekalkan kesihatan dan menjaga stamina.
Penjagaan makanan bukan sahaja sebelum pertandingan sebaliknya
telah diamalkan sepanjang tempoh latihan selama dua bulan.

14.

Penutup

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa acara lompat tinggi adalah acara
padang yang memerlukan kesungguhan atlet di samping program latihan yang sistematik
untuk hasil yang mantap.
Teknik yang digunakan juga adalah penting bagi mendapatkan atlet yang
berkeyakinan tinggi untuk membuat lompatan. Pemilihan jenis lompatan yang tepat dapat
membantu atlet melakukan lompatan dengan jayanya.
Daripada 6 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan
hanya empat orang dari setiap kategori akan menjadi pelari utama.
Selebihnya akan menjadi pelari simpanan bagi menggantikan pelari
utama sekiranya ada yang mengalami kecederaan di saat-saat akhir
ataupun mengalami masalah kesihatan.

19

20

Anda mungkin juga menyukai