Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

BILIK PERMAINAN
TRADISIONAL (PETRA)
PUSAT SUMBER
SEKOLAH
SK BANDAR MENTAKAB

KERTAS KERJA
BILIK PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK BANDAR MENTAKAB
PENDAHULUAN
Pusat Sumber merupakan pusat ilmu yang menjadi sumber rujukan bagi para
pelajar SK Bandar Mentakab dan juga guru-guru.

Antara peranan penting pusat

sumber adalah membentuk modal insan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan
berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat
memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan
agama, membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk
membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.

Permainan Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah


menjadi tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita. Malah
permainan tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mementingkan keseimbangan individu daripada segi jasmani, rohani, emosi,
intelek dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat
Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana mengunakan
kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta
manipulasi alatan.

RASIONAL
Selain berperanan menyediakan bahan-bahan yang berilmiah terhadap warga
SKBM, keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif

juga menjadi faktor

penting untuk menarik mereka untuk datang ke pusat sumber dengan lebih kerap.
Keadaan Bilik PETRA yang cantik juga penting untuk menjadikan kawasan
tersebut sebagai salah satu tempat santai yang berguna dan berilmiah kepada
para pelajar terutamanya yang berfokuskan kepada konsep kesenian budaya
bangsa.

OBJEKTIF
o Permainan Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah
menjadi tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita.
o Mengubah pandangan warga SKBM terhadap peranan pusat sumber
o Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung untuk mengenal
dan mampu menguasai permainan tradisional serta aktiviti-aktiviti lain.

TEMA
`Permainan Tradisional Warisan Budaya Bangsa.

TEMPAT
Pusat Sumber SK Bandar Mentakab.

TARIKH DAN MASA


Tarikh

14 Julai 6 Ogos 2014

ORGANISASI

PENAUNG

: Guru Besar SKBM


Tuan Haji Zulkiffli b, Kadir

PENASIHAT

: Penolong Kanan Pentadbiran


Hjh. Saripah Maisarah Bt. Syed Zainal
: Penolong Kanan HEM
En. Baharuddin B. Hassan

: Penolong Kanan Kokurikulum


Pn. Putih Halimah Bt. Taib

PENYELARAS

Puan Norzaini binti Mohd Noh

KETUA KUMPULAN

Nur Raihana Bt. Abdul Ghani

SETIAUSAHA

Farhana Bt. Zawawi

AHLI J/KUASA

Adam Amirul bin Zakaria

Mohd Hafizuddin bin Che Soh

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

ITEM

KADBOD

KUSYEN

SARUNG KUSYEN

PAPAN CONGKAK

5
9
10

KUANTITI
4

HARGA SEUNIT
RM 2.00

RM 8.00

RM 3.00

RM 16.00

12

RM 0.50

RM 2.00

RM 1.50

JUMLAH

RM 102

BATU SEREMBAN
GUNTING BESAR
SELOFAN TAPE

PENUTUP
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan
pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah,
hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan
dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan,
pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan
dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh,
____________________________
(FARHANA BT ZAWAWI)
Setiausaha Program PETRA,
SK Bandar Mentakab.

__________________________
(ADAM AMIRUL BIN ZAKARIA)
Ketua Program PETRA,
SK Bandar Mentakab.

Disemak oleh,

Diluluskan oleh,

____________________________
( PUAN NORZAINI BT MOHD NOH)
Penyelaras program PETRA,
SK Bandar Mentakab

___________________________
(TUAN HAJI ZULKIFFLI B KADIR)
Guru Besar,
SK Bandar Mentakab

Anda mungkin juga menyukai