Anda di halaman 1dari 11

G AYA H I D U P K E J AYA A N

Jadi Jootawan Melalui


Pelaburan Hartanah

Berita Terkini

MH370, PRK Kajang & Aztetic

JOMHosting & Google Adwords


Strategi Pemasaran Terkini

Carta 10 Terkaya di
Malaysia
EDISI 1 APRIL 2014

Petua Tidur Lena


dari Dr. Ezairy

Bolehkah Berjaya?

oleh Thaqif Esa

www.jootawan.com

VERSI ONLINE

04

Berita Terkini

Berita Terkini

01. Misteri Kehilangan Flight MH370


MISTERI MH370
#mh370comehome #mh370whereareyou?

#mh370lost

#mh370gone

#mh370fuelsisrunninglow

#whereismh370?

#mh370isatdiegogarcia

#prayformh370

sumber: wikipedia.org http://goo.gl/N03eoO

8-9 mac

10 mac

15 mac

12.41am
mh370 bertolak
dari klia.

tumpahan Minyak
ditemui
di laut cina
selatan

pm najib istihar
pilot patah balik

11 mac

pencarian kini
di fokuskan pada
lautan hindi dan
pedalaman asia

02.40am
Subang ATC hilang
hubungan dengan
mh370.

Hello,
mh370...
hello?

(didapati bukan
daripada mh370)

06.30am
mh370 tidak mendarat
di beijing.

Radius pencarian
diluaskan ke
selat melaka.

search and rescue bermula


di laut cina selatan.
komuniti antarabangsa
menawarkan pertolongan.

12-14
mac

#prayformh370

Lautan andaman
juga diteroka.

Spekulasi demi spekulasi timbul hasil akibat daripada


kehilangan MH370. Seramai 239 orang yang berada di
dalam kapal terbang. 227 orang merupakan penumpang
kapal terbang dan selebihnya merupakan krew penerbangan.
Satu angka kehilangan yang sangat besar pada Malaysia
dan juga dunia.
Malaysia juga tidak terlepas daripada menerima tempias
hasil daripada langkah kurang bijak sesetengah individu

yang ingin membantu dalam bentuk yang tidak kena


pada tempatnya. Ketahuilah bahawa isu serius seperti
ini perlukan kerjasama, kesepaduan dan kesaksamaan
antara kerajaan dan setiap warganegara sama ada dalam
bentuk usaha dan tenaga atau sekurang-kurangnya lafaz
doa buat MH370 dan Malaysia.
Asasnya, segala kekuatan ada pada doa. Bukan pada
syirik dan khurafat yang tidak nyata. Tak usah kait nyawa
dengan politik. Jangan cetuskan konspirasi saat ahli
keluarga mereka masih bertakung airmatanya. Penulis
tidak mahu dilabel keyboard warrior yang hanya menulis
dan bercakap tanpa usaha di medan pencarian.
Semoga MH370 ditemui semula!

02. PKR Kekal Dengan Kerusi Kajang


Setelah 2 bulan berkempen, berpolitik, tuduh-menuduh;
akhirnya Dr Wan Azizah (PKR) berjaya meraih undi majoriti
dalam PRK DUN Kajang 2014, mengalahkan lawannya
Chew Mei Fun (BN). Kemenangan beliau membenarkan
PKR kekal sebagai DUN Kajang dan, menurut seruan PKR,
membuka jalan bagi mereka ke Putrajaya. MB Selangor
Khalid Ibrahim mengucap tahniah kepada Wan Azizah,
berkata kemenangan tersebut seolah-olah memberi restu
kepada kerajaan Selangor untuk terus komited dengan
agenda reformasi dalam pentadbiran.
Selama 2 minggu sebelum hari mengundi; siang dan
malam, Kajang bergema dengan suara dari loudspeaker
wakil PKR dan BN. Stadium Kajang menjadi sebuah taman
tema kecil bagi penyokong PR, dengan gerai-gerai yang
menjual beraneka makanan dan barangan.

Majalah Jootawan Edisi 1

Airasia
MAS

Saham Mas vs. Saham Airasia


2007-2014 ( sesaham)

4.384

3.93

2.55
Saham Airasia
melebihi MAS
AA - 2.47
MAS - 2.44
Oct 2010

16-19 mac

Gempar! Satu dunia kini


memerhatikan Malaysia.
Insiden pesawat terhempas mungkin perkara yang boleh
diterima akal namun kehilangan kapal terbang MH370
terus menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Saat saya
menulis coretan ini, pesawat masih belum dijumpai. Ahli
keluarga mereka masih terus menanti.

03. MAS Semakin Goyah

SAR di laut Cina


Selatan
dihentikan

MANA AH
BENDE NI!?

Calon BN Chew Mei Fun pula berkempen daripada sebuah


lori yang diubahsuai dengan cantik sekali. Suaranya
lantang didengar diseluruh Kajang. Suasana yang meriah
menyelubungi Kajang apabila calon-calon PRK Kajang
2014 bertanding dengan mesra dan adil.
Pilihanraya kecil ini bermula apabila ADUN Kajang, Lee
Chin Cheh (Parti Keadilan Rakyat), meletak jawatan secara
tiba-tiba pada 27 Jan. Seseorang ADUN Selangor boleh
melepaskan keahliannya tetapi kekosongan luar jangkaan itu
hendaklah diisi pada masa 60 hari dari tarikh kekosongan.
Dr Wan Azizah menang dengan 16,741 undi; 5,379 undi
lebih daripada lawannya Chew Mei Fun yang meraih 11,362
undi. Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi hanyalah
72% (87% masa PRU13).

05

0.255

data: www.klse.info

2007

2008

2009

2010

Selama 66 tahun MAS telah menjadi syarikat penerbangan


pilihan rakyat Malaysia apabila ingin berkunjung ke
negera luar tetapi kini MAS sekali lagi melihat penurunan
pendapatan yang amat mendadak.
Dahulunya, MAS berkebolehan untuk meraih keuntungan
setiap tahun tetapi sejak krisis ekonomi 1997, syarikat
tersebut telah terjunam-timbul kedalam lembah kerugian
selama lebih 10 tahun.
Sekarang sahamnya bernilai 0.25 sen sesaham. Kurang
daripada satu sen untuk sebuah syarikat yang sepatutnya
berstatus blue chip.
Bandingkan dengan Airasia, syarikat penerbangan kos
rendah milik Tony Fernandez, apabila AirAsia ditubuhkan
syarikat tersebut sememangnya terpaksa berkerja keras
untuk terus meraih keuntungan tetapi dengan kerja keras
dan ligat Tony, ia berjaya menjadi syarikat penerbangan
yang sangat popular bukan saja di Malaysia tetapi di
rantau nusantara.

2011

2012

2013

2014

Kejayaan AirAsia telah membuktikan keberkesanan strategi


pemasaran Tony iaitu menawarkan promosi penerbangan
yang paling murah, digandingkan dengan produktiviti
wargakerja yang tinggi (crew penyelenggaraan mereka
antara yang terpantas), penggunaan kapal terbang yang
lebih tinggi, hanya menggunakan terminal kos rendah serta
pelbagai taktik pemasaran yang lain untuk kurangkan kos
dan naikkan efisyensi.
Syarikat AirAsia ialah syarikat yang patut dicontohi,
kerana ia seperti sebuah enjin kapal terbang yang selalu
diselenggara, berfungsi dengan lancar, efisyen dari semua
segi dan paling penting sekali - ianya menjana keuntungan
bukan kerugian.
MAS sekarang ini berada dalam keadaan yang amat
berbahaya, dengan kehilangan sebuah kapal terbang,
sahamnya yang kian menjunam, Malaysia mungkin akan
kehilangan syarikat penerbangannya yang pertama. Adalah
pendapat penulis ini yang MAS perlu membuat suatu
perubahan yang sangat radikal untuk terus berniaga.

04. Jootawan Group Melancarkan Aztetic


Pada 20 Mac 2014, Jootawan Group telah melancarkan servis terbarunya iaitu Aztetic.
Aztetic merupakan sebuah laman web yang membolehkan penggunanya membuat kedai
online mereka sendiri; lengkap dengan sistem borang tempahan, cara pembayaran online,
dan sistem affiliate, agen yang mempromosi produk anda untuk komisen yang berpatutan.
Antara kelebihan menggunakan sistem Aztetic ini, adalah (1) memudahkan urusan jualbeli di Internet, (2) boleh meletakkan lebih 10 jenis produk yang berlainan dalam satusatu masa, (3) tidak memerlukan masa yang banyak untuk membuat semakan tempahan
dan bayaran kerana boleh dilihat di dalam satu sistem sahaja, (4) teknik follow-up emel
yang meledakkan jualan dengan menggunakan Pemasaran Emel, dan (5) data-data
pelanggan boleh disimpan melebihi 1,000 orang.
Kesimpulannya, Aztetic merupakan sistem urus niaga terbaru yang membantu dan
memudahkan para peniaga, mahupun usahawan Internet menjalankan perniagaan
Internet dengan lancar.

Edisi 1 Majalah Jootawan

06

Jootawan Jutawan Muda dan Jutawan Kaya Melalui Pelaburan Hartanah

Jadi
Jutawan
Melalui
Pelaburan
Hartanah.

Tip

Jootawan Jutawan Muda dan Jutawan Kaya Melalui Pelaburan Hartanah

01

Rancang
Perbelanjaan

Tip

02

Tambah Ilmu
Kewangan

Tip

03

07

Bayar Pembiayaan
Pantas

Oleh
Saufi Karim

CEO, Velocity Muse Sdn Bhd


ceo@saufikarim.com

Ramai yang mahu terlibat


dengan pelaburan hartanah.
Namun masih juga ramai
yang tidak faham bagaimana
instrumen hartanah boleh
membantu mereka menjadi
jutawan ketika muda. Hari
ini saya mahu berkongsi
dengan pembaca Majalah
Jootawan bagaimana
mereka mencapai status
Jutawan ketika masih muda
lagi dengan hanya membuat
pelaburan hartanah.
Majalah Jootawan Edisi 1

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke alam pekerjaan


mahupun bagi anda yang telah menjalankan perniagaan,
mulakan perancangan kewangan awal-awal lagi. Sebaikbaiknya kita dah tahu perbezaan aset dan liabiliti. Aset
ialah sesuatu yang menambah pendapatan kita manakala
liabiliti ialah hutang yang membebankan kita.

R a m a i t i d a k t a hu p r o f il k e w a n g a n b a g a i m a n a y a n g
membolehkan anda mencapai status jutawan ketika masih
muda lagi. Ini kerana ketika muda kita masih seronok
berbelanja dan bersuka ria.

Oleh sebab itu, perancangan kewangan perlu dibuat terlebih


dahulu seperti perbelanjaan harian, pinjaman kereta dan
juga pinjaman perumahan. Apabila anda telah merancang
awal, anda dapat memulakan langkah untuk bersara awal
dan mengurangkan risiko kegagalan.

Oleh itu anda perlu menambah ilmu untuk membina


asas kewangan yang kukuh seperti apakah itu aset dan
liabiliti? Bagaimanakah cara untuk menambah pendapatan
sampingan? Bagaimana pihak bank suka kepada anda
untuk membantu menambah portfolio hartanah anda?

Pada zaman teknologi canggih ini, anda boleh membuat


pengiraan kewangan sendiri dengan menggunakan Microsoft
Excel sahaja. Cukup mudah, anda perlu memasukkan
berapa jumlah perbelanjaan anda dan berapa wang baki
yang tinggal untuk melabur dalam hartanah.

Di samping itu, ilmu tentang pembiayaan balik untuk


hartanah juga mampu menambah lagi portfolio anda
dalam usaha untuk menjadi jutawan hartanah muda. Hari
ini terdapat banyak buku dan penasihat kewangan yang
boleh memberikan khidmat nasihat.

Jika anda membuat pembiayaan hartanah selama 30


tahun, maka anda boleh mempercepatkan pembayaran
balik hartanah separuh daripada tempoh tahun yang telah
ditetapkan. Jika anda membayar ansuran bulanan 2 kali
ganda daripada sepatutnya, anda mampu melangsaikan
hutang 2 kali ganda lebih pantas.
Mengapa perlu langsaikan hutang dengan pantas? Ini
kerana anda hendak mencapai status jutawan muda yang
kaya. Maka anda boleh bersara awal dengan tenang dan
risiko yang lebih rendah.
Persaraan awal bermaksud anda ada pilihan untuk bekerja
dan sibuk dengan pekerjaan yang anda kurang minat atau
bekerja dan buat sesuatu yang anda minat dan memberikan
impak yang besar ke atas kehidupan dan kewangan anda.
Saya doakan anda capai status Jutawan Muda, Jutawan
Kaya melalui Perlaburan Hartanah.

Edisi 1 Majalah Jootawan

08

Jootawan JOMHosting & Google Adwords

Jootawan JOMHosting & Google Adwords

09

JOMHosting dan
Google Adwords:
Strategi Pemasaran
Terkini
Wan Mohd Musyris - pengasas dan pemilik
Wanmus Technologies Enterprise.
Rupa iklan Google Adsense di sebuah halaman web.

Bermula dengan hanya menjadi pembekal


hosting dalam skala kecil, kini JOMHosting
telah berkembang menjadi antara pembekal
web hosting, server dan nama domain terkenal
di Malaysia. Syarikat yang bermula pada tahun
2007 ini telah mengorak langkah dalam bidang
ini selama hampir tujuh tahun.

Oleh
Teha Rashid

Wartawan Jootawan
teharashid@gmail.com

Wan Mohd Musyris merupakan anak kelahiran Besut,


Terengganu dan juga pemilik syarikat Wanmus Technologies
Enterprise yang beribu pejabat di Johor Bahru dan mempunyai
cawangan di Terengganu. Memiliki Ijazah (Master) dalam
bidang Kejuruteraan Mekanikal daripada UTM Skudai, anak
muda ini bukan hanya menjadi pembekal hosting, syarikat
Wanmus Technologies ini juga turut menjalankan beberapa
perniagaan Internet lain iaitu Wanmus.com, asasminisite.
com, myekamus.com, duittwitter.com dan juga duitsurvey.
com. Dia kini boleh dikatakan sebagai seorang usahawan
muda yang berjaya kerana mampu membina empayar
perniagaan sendiri serta memperoleh pendapatan lumayan
setiap bulan.

Google Adword merupakan salah satu bentuk periklanan


yang ditawarkan oleh pihak Google, iaitu dengan cara
mendaftarkan website anda yang selanjutnya akan
ditampilkan pada carian Google di saat para pengguna
melakukan browsing. Penemuan terhadap halaman website
anda sangat dipengaruhi oleh penggunaan kata kunci
adwords yang anda miliki.

Jomhosting.net merupakan salah satu syarikat pertama


yang dibina oleh Wan Mus. Wan Mus merupakan antara
orang yang terawal yang membekalkan web hosting atau
web server di Malaysia. Manakala untuk Google Adwords
pula Wan Mus baru bermula lebih kurang dua tahun lalu.
Tetapi secara sepenuhnya ia bermula setahun lalu apabila
lebih memfokuskan kepada pemasaran Google Adwords.
Dengan jumlah pelanggan online yang hampir mencecah
7000 orang, sudah tentu memberikan kami semangat
untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua
pelanggan kami.

Apabila kita menggunakan sesuatu teknologi tanpa ilmu


pengetahuan yang betul, maka hasilnya mungkin akan
mengecewakan kita sendiri. Apa yang kami cuba sampaikan
kepada pengguna adalah cara-cara untuk menjadi usahawan
melalui teknologi dengan cara yang betul, tegas Wan Mus.
Menjelaskan bahagian yang paling sukar dalam perniagaan
yang dijalankannya, Wan Mus mengakui bahawa agak
sukar untuk menarik minat usahawan lebih-lebih lagi
usahawan muda menggunakan kemudahan ini. Ini kerana
kebanyakan orang tidak tahu bagaimana cara yang betul
dan apakah keistimewaan Google Adwords. Tambahnya

Majalah Jootawan Edisi 1

Bagi pemasaran online, pasaran Google Adwords adalah


lebih besar berbanding pemasaran konservatif seperti
menggunakan banner, iklan, majalah dan sebagainya. Ini
kerana kebanyakan orang pada masa kini akan mencari
maklumat di Internet dengan menggunakan Google.

lagi, ketika permulaan dalam bidang ini, susah bagi kami


untuk membuatkan pelanggan faham mengapakah Google
Adwords adalah cara pemasaran yang terbaik buat mereka.
Kini semakin banyak pendedahan diberikan kepada orang
dan ini memudahkan kami untuk memikat hati pelanggan.
Google Adwords adalah salah satu perniagaan online yang
paling terkenal di seluruh dunia pada masa kini, selain
telah berjaya mencipta ramai usahawan atas fungsi-fungsi
istimewanya. Google menggunakan satu teknologi yang
dipanggil context targeting. Ia bermaksud iklan anda hanya
akan muncul dalam kandungan yang berkaitan dengan iklan
anda. Sebagai contoh, jika anda menjual kek, iklan anda
mungkin muncul dalam satu artikel mengenai resepi kek.
Anda juga boleh memperbaiki iklan dengan menggunakan
placement targeting untuk menumpukan iklan hanya pada
satu-satu tempat sahaja.
Placement Performance Reports memberikan anda maklum
balas mengenai klik, impressions, kos, dan conversions,
yang membolehkan anda untuk membuat keputusan bijak
dalam pengiklanan.

Bagaimana Google Adwords


Menghasilkan Keuntungan?
Bagi menjalankan setiap perniagaan, perkara utama yang
perlu diberi perhatian ialah kualiti produk dan perkhidmatan
yang anda tawarkan. Semakin tinggi kualiti produk, maka
hasil keuntungan juga semakin meningkat. Perkara pertama
untuk meraih lebih banyak keuntungan melalui Google
Adwords ialah dengan menentukan anggaran harian serta
mengira hasil keuntungan terkecil dan jangan menaikkan
harga yang tinggi sehingga anda melakukan jualan.

...usahawan
Melayu harus
membuang
rasa takut
untuk
mengguna
kemudahan ini.

Di dalam website anda juga, anda perlu menjual selengkaplengkapnya informasi atau perkhidmatan anda. Ini bermaksud
anda perlu menjelaskan produk dan tujuan anda dalam
penjualan. Jika anda menghasilkan banyak klik dalam
Google Adwords, namun tidak banyak penjualan yang
dihasilkan, ini bermakna terdapat kesilapan dalam teks
iklan atau keyword yang anda pilih.
Rancangan saya pula untuk beberapa tahun akan datang,
saya ingin JomHosting.net menjadi sebuah server yang
dikenali dan menjadi satu keperluan kepada pengguna
seperti Google. Oleh itu, kami sedang merancang dan
berusaha untuk mencapai impian kami itu. Usahawanusahawan terutama usahawan Melayu harus membuang
rasa takut untuk mengguna kemudahan ini.

Edisi 1 Majalah Jootawan

10

Jootawanita Petua Tidur Lena

Jootawanita Petua Tidur Lena

11

Petua Tidur
Lena
Penat! Penat! Penat!
Inilah rintihan dalaman badan kita setiap
kali seharian menjalankan perniagaan atau
melakukan pekerjaan. Hakikatnya, seluruh
anggota badan yang telah bekerja untuk kita
juga memerlukan rehat yang secukupnya.

Oleh
Dr. Ezairy M. Salleh

Penulis Jemputan
mohd_azreen_ezairy@yahoo.com

01

Masalah susah tidur ini merupakan suatu fenomena yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Ini sebenarnya menjadi
salah satu sebab utama faktor kemurungan dan keletihan pada keesokan harinya. Maka, cetakan Majalah Jootawan
yang pertama ini saya akan kongsikan petua-petua bagaimana mahu mendapatkan tidur yang lena. Yalah, bisnes pun
bisnes juga tapi rehat dan tidur pun kena jaga. Kita nak pastikan yang tubuh badan kita boleh guna lama.

02

Elakkan daripada
cahaya yang terang.
Hal ini perlu kita ambil berat terutamanya
pada waktu malam. Ini kerana cahaya
terang boleh mengganggu pengeluaran
h o r m o n m e l a t o n i n. T i d ur ju g a a k a n
terganggu sekiranya kita terdedah kepada
persekitaran dengan cahaya yang terang.

Majalah Jootawan Edisi 1

03

Suasana yang baik dan


kondusif untuk tidur.
Apa yang dimaksudkan kondusif dan baik
itu ialah tempat tidur itu tidak semestinya
mewah tetapi cukup untuk membuatkan
anda berasa selesa. Pastikan bilik tidur
anda berada pada keadaan nyaman dan
sejuk. Elakkan juga daripada dimasuki
terlalu banyak cahaya.

04

Amalkanlah untuk keluar menikmati


cahaya matahari di awal pagi.
Perkara ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan
anda tidur lena pada waktu malam. Ruang waktu tidur perlu kita tetapkan agar badan tidak lesu.
Bangun pagi dan tidurlah sebelum lewat malam.

Elakkan daripada melayari


komputer terlalu kerap.
Menurut Dr. Ian Smith daripada Papworth
H o s p i t a l d i C a m b r i d g e, c a h a y a b ir u
daripada skrin komputer atau telefon bimbit
boleh menurunkan paras melatonin dan
menyebabkan anda semakin sukar untuk
tidur khususnya beberapa minit sebelum
tidur.

05

Kurangkan pengambilan
kafein.
Sebaik-baiknya, elakkan minuman yang
mengandungi kafein seperti minuman
ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya.
Pengambilan kafein ini membuatkan
adrenalin bertindak lebih daripada biasa
yang akan membuatkan badan tidak boleh
tidur dengan tenang.

Edisi 1 Majalah Jootawan

12

Jootawanita Bolehkan Berjaya?

Jootawanita Bolehkan Berjaya?

Bolehkah
Berjaya?

Setiap orang mahu apa yang difikirkan terjadi


dengan jayanya. Tidak kisah sesusah mana dan
sesukar apa sekalipun yang penting perkara yang
diusahakan mendapat kejayan. Para pembaca juga
pastinya ingin turut berjaya dalam kehidupan ini
dan bukan sekadar angan-angan kosong tetapi
satu cita-cita yang sebenar.
Jika kita terbaca atau menonton di kaca TV pasti kadangkadang kita terjumpa dengan kisah hidup sesorang yang
berjaya. Berjaya setelah begitu kuat melawan segala
kepayahan demi meraih kejayaan. Mereka mungkin seorang
ahli perniagaan yang berjaya atau mungkin seorang artis.
Kalau kejayaan dan kekayaan yang dia miliki adalah
dari ibu bapa mereka atau dari keturunan datuk moyang
mereka, maka ia bukanlah suatu yang mengujakan dan
mempersonakan untuk ditonton..
Hakikatnya, tiada apa yang ajaib dan menghairankan.
Tiada ada contoh pedoman dan teladan yang dapat
memberikan kita jadikan motivasi. Itu sudah nasib dia di
lahirkan dengan kemewahan dan kekayaan.Cemburu dan
sakit hati? Janganlah begitu rezeki masing-masing cuma
yang Maha Esa sahaja yang mengetahui segalanya.
Cuma, ada 3 perkara yang bakal kita kecapi sebagai satu
kejayaan dan kekayaan dan diterima sebagai seorang
yang berjaya.
01.
02.
03.

Pendidikan
Perniagaan
Nasib

Majalah Jootawan Edisi 1

13

Setiap
kegagalan
adalah
pengalaman.
Setiap
pengalaman
adalah
pasti satu
kejayaan.

Oleh
Thaqif Esa

Penulis Jootawan
thaqif91@gmail.com

Ini 3 perkara yang mampu merubah hidup seseorang dari


zero to hero. Tiada lain yang mampu merubah keadaan
dan ketentuan kita.

Pendidikan
Ini adalah perkara yang paling ajaib yang masih kekal
sehingga hari ini di mukabumi. Tiada lagi yang setanding
dengan perkara ini. Pendidikan mampu merubah rupa muka
peta dunia sebagaimana yang dikehendaki. Maksudnya,
bukan pendidikan itu yang istimewa tetapi orang yang
menerima pelajaran itu dan berjaya menjadi seorang pelajar
yang terbaik dan hebat. Mereka inilah insa-insan yang
bakal menggoncangkan dunia dengan buah fikir mereka.
Kita boleh lihat bahawa persaingan sihat antara kaum di
Malaysia pada hari ini tinggi.
Generasi muda pada hari ini perlu diberikan pendidikan
sempurna untuk terus menjana kekuatan dan kemajuan
pada masa hadapan. Pembangunan negara pada masa
hadapan juga didorong oleh anak-anak pada hari ini. Maka
terbuktilah bahawa kejayaan individu, masyarakat, bangsa
mahupun negara hanya mampu digalas melaui pendidikan.
Dengannya, kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dalam apa jua keadaan.

Perniagaan

Nasib

Dalam Islam kita tahu bagaimana cara untuk maju dan


berjaya sehingga tahap yang paling tertinggi sekali di
dunia ini iaitu melaui perniagaan. Nabi Muhammad S.A.W.
mengecapi kejayaan dahulu pun kerana dirinya dikenali
sebagai seorang usahawan yang berjaya. Perniagaan juga
yang telah melahirkan ramai manusia berjaya, hebat dan
dihormati di seantero dunia ini.

Semua orang ada nasib masing-masing. Nasib kita semua


berbeza. Ada yang bernasib baik dan ada juga yang kurang
baik. Semua telah tertulis di mana dan apa yang bakal
kita terima. Kita cuma perlu terus gigih berusaha tanpa
mengenal erti kecewa atau putus asa.

Sekiranya dikaji dengan mendalam, ramai rakyat hari ini


mampu berniaga. Namun, banyak perniagaan yang lingkup
bukan kerana mereka tidak berusaha tetapi mereka lebih
berharap apa juga perniagaan yang mereka ceburi akan
berjaya dengan jayanya dengan sekali cuba. Kalau jatuh
mereka malas untuk bangun semula. Mereka menyerah
kalah dengan cepat sebelum mencubanya untuk beberapa
kali lagi. Cepat putus asa.
Mereka lupa semua orang yang berjaya dan terkenal hari
ini atau zaman dahulu seperti Nabi kita mereka bukan sekali
sahaja gagalnya tetapi beribu kali dan mengambil masa
bertahun-tahun untuk berjaya! Kita gagal sekali langsung
terus terduduk dan tidak bangun-bangun lagi. Serik dan
kesal tidak sudah-sudah sedangkan itu cuma kegagalan
kali pertama sahaja.
Kalau kita rajin membaca kisah-kisah orang yang berjaya
mereka sebenarnya bukan takut gagal tetapi mereka takut
jika tidak berpeluang untuk gagal lagi. Tiada kejayaan
jika tiada kegagalan. Dari kegagalanlah maka kita meraih
kejayaan. Setiap kegagalan adalah pengalaman.Setiap
pengalaman adalah pasti satu kejayaan.

Nasib seseorang bukan boleh kita baca. Jika bernasib


baik kamu akan berkahwin dengan orang yang kaya maka
kamu secara automatik sudah berjaya. Baik lelaki atau pun
perempuan sama sahaja. Andai kata kamu jenis yang suka
mencuba dan memilih jalan pintas untuk berjaya sudah
tentu berjudi adalah jalan yang paling cepat dan pantas
untuk berjaya (dan terlingkup!). Cari jalan yang mudah
naik maka kita juga mudah turun.
Nasib juga dapat dibuktikan melalui perniagaan, Ada antara
kita yang berusaha bersungguh-sungguh namun masih
belum berjaya dan ada antara kita yang berusaha dan
dalam masa singkat telah berjaya. Inilah hakikat nasib.
Kita perlu terima dengan redha. Oleh itu harus hati-hati
dengan pilihan-pilihan kita. Baik dan buruk kita yang terima.
Akhir sekali jangan kita berkeluh kesah dengan nasib
yang kita alami. Jangan suka sangat dipertikaikan tetapi
bertanya kembali dengan diri sendiri kenapakah nasib aku
begini terjadi. Di dunia, kewibawaan kita pasti digoda,
dicuba dan dipertikaikan cuma jangan sampai terlupa diri
Bahaya padahnya tak siapa mampu jangka.
Bolehkah kita terima nasib yang kita terima hari ini dengan
seiklas hati? Andai boleh maka kita pasti akan berjaya!

Edisi 1 Majalah Jootawan

14

Jootawan Tuan Hj Ishak Bin Ismail

Jootawan Tuan Hj Ishak Bin Ismail

15

Bidang
Hartanah,
Bidang
Lumayan
Tidak ada orang yang boleh berjalan dalam
keadaan lurus tanpa diuji oleh Allah S.W.T, itulah
kata-kata paling mendalam yang diucapkan oleh
CEO IM Global Property Consultants Sdn Bhd,
Tuan Haji Ishak Bin Ismail.
Anak kelahiran Kampung Pelet, Bukit Mertajam ini berkongsi
cerita perihal bagaimana dirinya meniti perjalanan demi
mengubah nasib diri dan keluarga sehingga berjaya
membangunkan sebuah perniagaan hingga ke peringkat
antarabangsa.
Ishak mengakui perjalanan hidup yang dilaluinya untuk
sampai ke tahap sekarang adalah amat sukar. Sejak kecil
lagi Ishak telah didedahkan dengan dunia perniagaan
kerana ayahnya bekerja sebagai penjaja buah-buahan
dan juga menjual kuih-muih.
Walaupun keluarganya hanya berniaga secara kecil-kecilan
dan kadang kala boleh dikatakan kais pagi makan pagi
- kais petang makan petang, namun dia yakin itu semua
bukan penghalang baginya untuk mencapai cita-cita yang
diimpikan.
Baginya, apa yang paling penting dalam mencapai sesuatu
impian ialah dengan melalui perjalanan hidup. Satu
perjalanan hidup yang memberikan pengalaman bermakna
sehingga boleh membina satu karakter diri yang kuat.

Majalah Jootawan Edisi 1

Oleh
Teha Rashid

Wartawan Jootawan
teharashid@gmail.com

Walaupun kehidupan yang dilalui bersama keluarga amat


perit, namun saya berasa amat bersyukur dan bertuah
kerana kedua ibu bapa memberi peluang kepada saya
untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Saya juga
berbangga kerana ibu bapa saya mempunyai kesedaran
untuk menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi, kerana boleh dikatakan pada
waktu itu ibu bapa rakan-rakan dan orang-orang di kampung
saya tidak mementingkan pelajaran anak-anak.
Semasa di tingkatan satu, saya terpilih masuk ke Sekolah
Menengah Agama Al-Mashoor. Kenangan semasa di
peringkat fasa pertama sekolah menengah telah memberikan
satu impak bahawa saya perlu berdikari dan tahu menghargai
pengorbanan ibu dan ayah.
Alhamdulillah, saya kemudian dapat meneruskan pengajian
di Kolej Islam Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam
Sultan Ahmad Shah (KISAS).
Menyingkap kembali sejarah lalu, setelah menghabiskan
SPM, Ishak terus bekerja di kilang-kilang sementara

...saya ingin melihat


anak-anak Melayu
Islam menceburi
bidang perundingan
hartanah kerana
bidang ini memberi
pulangan yang
sangat besar.

Akibat terkejut dengan berita ini, ayah saya telah jatuh


sakit dan diserang strok. Maka saya mula menggalas
tanggungjawab untuk menebus kembali tanah tersebut.
Kebetulan pada waktu itu saya mengambil kursus penilaian
hartanah. Setiap minggu saya akan mendapat komisen
hasil daripada menjual rumah.
Akhirnya saya berjaya membatalkan lelongan bank dan
juga berjaya menebus kembali tanah pusaka keluarga.
Saya yakin selagi saya berpegang dengan prinsip jika
inginkan sesuatu maka lakukannya dan habiskan. Jangan
lakukan sesuatu pekerjaan hanya separuh jalan.

Persiapan Memulakan Perniagaan

menunggu keputusan SPM. Setelah mendapat keputusan


yang cemerlang dan berjaya menempatkan diri ke UTM,
dia telah memasang tekad untuk menghabiskan pelajaran
dengan keputusan yang cemerlang.
Bagi menampung kehidupannya semasa belajar, Ishak juga
turut melakukan kerja pada setiap hujung minggu. Bahkan
ayahnya juga telah meminjam duit daripada seorang doktor
dan memberikan tanah pusaka keluarga sebagai cagaran
agar dia dapat meneruskan pengajian di UTM.

Selepas tamat belajar, Ishak telah memulakan tekad


dan menetapkan matlamat untuk mengubah kehidupan
keluarga. Dia memulakan alam pekerjaan dengan bekerja
di firma antarabangsa yang terletak di Singapura. Sehingga
tahun 1992, ayahnya telah pergi buat selama-lamanya
dan ini menyebabkan Ishak terpaksa melupakan hasrat
untuk terus berkhidmat di syarikat tersebut demi menjaga
ibunya di kampung. Ketika ini Ishak mula mempersiapkan
diri sebelum memulakan perniagaannya sendiri. Dia telah
bekerja dan mengambil latihan dalam bidang teknikal
supaya lebih mahir.

Namun malang sekali semasa di tahun ketiga pengajian,


dia dikhabarkan tanah pusaka tersebut telah dicagarkan
dan pihak bank akan melelong tanah tersebut.

Alhamdulillah pada tahun 1998 saya berjaya mendaftarkan


diri sebagai pengurus ejen dan penilai hartanah yang
bertauliah. Daripada situ saya tidak menoleh ke belakang

Edisi 1 Majalah Jootawan

16

Jootawan Tuan Hj Ishak Bin Ismail

01

Jootawan Tuan Hj Ishak Bin Ismail

02

03

05

04

17

07

06

Tuan Hj Ishak turut giat


melatih dan memupuk
02 generasi baru agen
perunding hartanah dengan
menganjurkan bengkel
perundingan hartanah.
01

lagi. Saya mula membina kejayaan setapak demi setapak


untuk mengejar impian saya.
Saya bermula dalam bidang perniagaan melalui perkongsian
bersama rakan saya. Sehingga tahun 2005, saya nekad
untuk mengambil alih syarikat sepenuhnya. Alhamdulillah,
bermula hanya dengan tiga orang kakitangan, kini syarikat
saya telah mempunyai lebih daripada 125 orang kakitangan.
Kata Ishak lagi, sejak tahun 2005, syarikatnya telah
berkembang sehingga memiliki cawangan hampir seluruh
negara. Dalam masa terdekat ini juga dia merancang untuk
membuka cawangan hingga ke luar negara.

merupakan satu lumrah. Oleh itu, segala-galanya perlu


dilihat daripada sudut positif. Kemahuan dan keinginan untuk
menyumbang sesuatu kepada keluarga dan masyarakat
telah mencipta satu lagi kemahuan yang ingin dicapai
olehnya iaitu jihad dalam perniagaan.
Untuk merubah perniagaan itu menjadi satu jihad, itulah
kemahuan saya yang paling kuat. Selain ia menjadi titik
perubahan kepada kehidupan saya.

Mahukan Anak Melayu Ceburi


Bidang Hartanah

Saya menyandarkan kejayaan saya kepada dua perkara


utama iaitu nawaitu dan keberkatan. Saya mencari barakah
dalam perniagaan dan bukannya didorong oleh duit
semata-mata. Mencari keberkahan Allah melalui bidang
perniagaan mengikut sunnah Rasulullah, kerana 9/10 rezeki
datangnya daripada perniagaan. Saya ingin mencari 9/10
ini dengan satu tekad bahawa kejayaan mestilah datang
bersama keredaan Allah.

Ditanya apakah harapannya terhadap industri ini dan apakah


perkara utama yang perlu menjadi kunci kejayaan untuk
mencapai gelaran sebagai jutawan, ini jawapan daripada
pengasas IM Global Property Consultants Sdn Bhd sendiri.

Menurut Ishak lagi, apa yang paling mustahak sekali ialah dia
tidak pernah meninggal bidang pelaburan terutama pelaburan
hartanah. Ini kerana bidang ini merupakan kepakarannya
dan dia menggunakan kemahiran yang dikurniakan Allah
ini untuk mencapai cita-citanya. Jatuh bangun dalam hidup

Impak dan pulangan dalam bidang ini sangat besar sekali


kerana segala maklumat mengenai hartanah akan berada
dalam tangan perunding hartanah terlebih dahulu. Selain
itu, bidang ini juga mampu membawa masuk pasif income
yang lumayan.

Majalah Jootawan Edisi 1

Kalau boleh di samping dapat memberi khidmat kepada


orang ramai, seseorang yang menceburi bidang ini juga
dapat menjadi perunding hartanah yang cemerlang.

Menjadi jutawan melalui bidang ini bukanlah hanya


sekadar angan-angan Mat Jenin kerana saya sendiri
telah melaluinya dan ia benar-benar menjadi kenyataan.
Jika diberi peluang oleh Allah S.W.T, saya ingin
mengajar anak-anak muda melatih diri mereka menjadi
usahawan dan dalam masa yang sama menjadi
pelabur, tambahnya lagi.
Harapan saya juga agar syarikat ini dapat menjadi
contoh dan ikutan kepada orang lain yang terlibat
dalam industri ini, bukan sahaja memimpin daripada
segi keuntungan kewangan tetapi juga menjadi
mukmin profesional.

03

Projek perumahan
dan ofis / kilang
05 syarikat IM Global
Property Consultants.
04

06

Tuan Hj Ishak mempunyai


15 tahun pengalaman dalam
bidang perundingan hartanah.
Pengalamannya merangkumi
spektrum hartanah yang luas
seperti ladang pertanian,
kilang, perumahan dan
kompleks komersil.

07

Pasaran hartanah di Malaysia


adalah pasaran sedang
pesat mengembang.

Jika ingin menjadi perunding hartanah yang mahir,


cekap, cemerlang dan luar biasa, kita seharusnya
juga melengkapkan diri dengan nilai kejujuran dan
keikhlasan. Justeru, hal inilah yang akan menjemput
barakah Allah.
Konsep profesional dan mukmin merupakan satu
k o n s e p s e l a r i d a n s a l i n g m e m e r luk a n. B a h k a n
Rasulullah S.A.W juga membawa konsep ini dalam
menjalankan perniagaan. Kedua-dua perkara ini harus
diasuh menggunakan acuan Islam yang sebenar,
barulah impian kita akan tercapai disertai dengan
reda Allah, ujarnya mengakhiri perbualan.

IM Global Property
Consultants menawarkan
perkhidmatan pengurusan
hartanah & projek, penilaian
hartanah dan broker hartanah.

Edisi 1 Majalah Jootawan

60

NILAI ASSET 2014 (DALAM RM BILLION)

60

57

57

54

51

48

48

45

45

42

42

39

39

36

36

33

33

30

24
21
18
15
12

Teh Hong Piow

Mokhtar Albukhary

Lim Kok Thay


Mokhzani
Mahathir

3rd
5

th

th

th

30

Lee Kim Hua

4th

Azman
Hashim

6th
8th
10th

Robert Kuok

Usahawan paling kaya di Malaysia, bisnes terasnya


ialah bisnes gula, tepung, hotel dan pelbagai jenis
bisnes lagi tetapi bisnes paling lumayannya ialah
dengan minyak kelapa sawit (melalui pegangan
sahamnya di syarikat Wilmar International).

nd

Ananda Krishnan

Bisnes teras mogul telco ini adalah empayar


telekomunikasinya (Maxis di Malaysia). Tetapi
dia juga mempunyai pegangan dalam bisnes
media, perjudian, minyak & gas, tenaga,
rangkaian pawagam dan hartanah.

27

Lee Shin Cheng

Ananda Krishnan

Quek Leng Chan

2nd

st

54

st Robert Kuok

51

27

Profil 5 Terkaya Di
Malaysia

rd

24

Teh Hong Piow

Pengerusi Public Bank Berhad, beliau menubuhkan


Public Bank pada 1966 selepas 16 tahun berkerja
dalam bidang perbankan. Pada 2007, Public
Bank dianggarkan meraih pendapatan sebanyak
RM 9.56 billion.

21
18
15
12
9
6
3

th

Quek Leng Chan

Dididik sebagai seorang peguam undang-undang, Quek Leng


Chan adalah salah seorang daripada penubuh Hong Leong
Group, beliau juga pengerusi & CEO Hong Leong Company
(Malaysia) Berhad dan pengerusi eksekutif syarikat-syarikat
lain dibawah Hong Leong Group.

th

Diatas adalah senarai 10 individu terkaya di


Malaysia bagi tahun 2014 berdasarkan nilai aset
mereka di dalam syarikat yang tersenarai di bursa
saham pada 18 Januari 2014.

Lee Shin Cheng

Sebagai Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Berhad,


Lee Shin Cheng adalah usahawan yang terlibat
dengan industri perladangan terutamanya dalam
sektor perladangan kelapa sawit.

Sumber: Malaysian Business Magazine 2014.


Sumber: wikipedia.org

AKAN
DATANG!

MAJALAH JOOTAWAN EDISI 1


Dapatkannya di kedai-kedai majalah dan
kedai buku terdekat anda atau layari
www.majalah.jootawan.com
untuk melanggan terus dari Jootawan!

Anda mungkin juga menyukai