Anda di halaman 1dari 7

TYPE THE DOCUMENT TITLE] K.

DEVAHI A/P

KRISHNAN
820315025776
(PPG/23723/13)
KOHORT 5
SEMESTER 5

MSL 3113 PENGAJARAN SENI TAHAP 2


Pensyarah : ProfMadya Dr.Azidah Abu Ziden

Tugasan 1
Penghasilan Karya Menggunakan Media
Pilihan

Matapelajaran: Pendidikan Seni Visual


Tahun : 4
Modul 2 : Membuat Corak Dan Rekaan (Tidak Terancang)
Aktiviti : Ikatan dan Celupan
Tema : Alam Semula Jadi Atau Objek Buatan Manusia

Menghasilkan corak tidak terancang teknik ikatan dan celupan dengan menekankan bahasa seni visual.
Menghasilkan corak tidak terancang dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Menggunakan corak sebagai hiasan pada rekaan.
Membuat apresiasi terhadap karya.

Definisi Ikatan dan Celupan ( Tie and Dye)


Berdasarkan Wikipedia, Teknik ikat celup ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corak
pada tekstil. Teknik ini digunakan pada penghasilan kain pelangi dan shibori. Teknik ini sudah
wujud sejak 618-906 SM lagi, yakni pada zaman Dinasti Tang, Cina. Membuat Corak dan
Rekaan, teknik ini merupakan satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan
kemudian dicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa cara mengikat
kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan. Di antara jenis ikatan yang
selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan. Corak yang akan
dihasilkan adalah corak jenis mengembang. Besar atau kecil corak yang akan terhasil adalah
bergantung pada celupan dan cara lipatan kain tersebut. Teknik celupan juga menentukan
penghasilan corak kerana sekiranya celupan dibuat terlalu dalam corak yang terhasil adalah
besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang akan terhasil adalah kecil.

TYPE THE DOCUMENT TITLE] K.DEVAHI A/P

KRISHNAN
820315025776
(PPG/23723/13)
KOHORT 5
SEMESTER 5

Sejarah corak ikatan dan celupan


Mengikut catatan sejarah, corak kain ikatan dan celupan dalam bentuk primitive diketahui wujud
sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di Negara China dan Jepun, kain bercorak begini mula
digunakan sejak abad ke-tujuh dan ke-lapan lagi. Di Tanah Melayu, kain bercorak sebegini mula
diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka.
Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah tekstil
Malaysia mula diketahui pada abad ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan
kain batik di Terengganu. Dalam tahun 1911, Haji Che Su B. Haji Ishak memulakan perusahaan
kain batik di Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik
hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai Batik Pelangi. Pada masa itu
kain diimport dari Thailand jenis Kain Pereir sementara itu warna dibuat sendiri menggunakan
pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelangi hanyalah biru dan hitam sahaja.
Tokoh
Haji Che Su B. Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri Kelantan. Beliau dilahirkan dalm
tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah
Mati, Kota Baharu, Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi
dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu.
Teknik corak ikatan dan celupan
Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali sebagai batik pelangi. Dalam
teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin hanya membuat ikatan pada kain mengikut
kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke dalam pewarna. Corak yang dihasilakan adalah
menarik dan kos penghasilan adalah lebih rendah. Teknik ini masih banyak diaplikasi diseluruh
dunia. Bagi menghasilkan corak yang menarik, kreativiti pembuatnya haruslah pelbagai dan
imaginasinya haruslah tinggi.

TYPE THE DOCUMENT TITLE] K.DEVAHI A/P

KRISHNAN
820315025776
(PPG/23723/13)
KOHORT 5
SEMESTER 5

Pengasilan karya ikatan dan celupan oleh saya

a) Tema dan deskripsi umum


Saya memilih aktiviti ikatan dan celupan yang bertemakan alam semulajadi atau objek buatan
manusia. Ini kerana saya tertarik pada pewarnaan pada kain dengan pelbagai jenis corak. Bagi
menghasilkan karya saya, pertama sekali saya meneliti Standard kandungan modul 2 ( ikatan dan
celupan) dokumen standard kurikulum Pendidikan Seni Visual tahun 4. Seterusnya saya membaca
buku teks pendidikan seni visual untuk mendapat penelitian yang mendalam dalam penghasilan
karya saya. Seterusnya, bagi menghasilkan karya saya lebih kreatif saya melihat beberapa video dari
youtube untuk menentukan corak yang saya ingin hasilkan di kelas kelak.

b) Matlamat
Saya memilih corak penghasilan simbol Yin Yang. Gambar dibawah menunjukkan symbol yin dan
yang:-

Yin-Yang merupakan simbol filosofis Cina terkenal yang mewakili dua hal yang
berlawanan namun eksis bersama-sama. Simbol ini mendorong keseimbangan dan harmoni
antara unsur-unsur yang berbeza di alam semesta dan menyatakan bahawa alam semesta tidak
eksis dengan sendirinya. Oleh itu, saya teringin hendak cuba menghasilkan symbol Yin dan Yang
pada T-Shirt warna putih. T-Shirt yang dihasilkan oleh saya akan menggambarkan bagaimana
bertentangan atau kuasa-kuasa yang bertentangan adalah mutlak dan saling bergantung di dunia
semula jadi dan bagaimana mereka menimbulkan satu sama lain kerana mereka berkait satu
sama lain. Untuk itu saya memilih warna yang terang bagi mengantikan warna putih di sebelah
kanan kemeja dan warna yang gelap di sebelah kiri kemeja T yang saya hasilkan.

TYPE THE DOCUMENT TITLE] K.DEVAHI A/P

KRISHNAN
820315025776
(PPG/23723/13)
KOHORT 5
SEMESTER 5

Multidisiplin :
Saya mengabungjalinkan matapelajaran Seni dan Moral. Penerapan nilai seperti
Menghargai alam benda dan hasil kreativiti orang lain disekeliling kita. Keduanya disiplin dan
bertanggungjawab dalam kehidupan seharian dan ketika melakukan aktiviti seni.
Seterusnya,mempelbagaikan ekperimen memanipulasikan bahan secara kreatif.
Dari segi persepsi estetik:-

Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik ikatan dan
celupan.
Warna yang digunakan yang akan digunakan oleh saya ialah warna primer iaitu merah, kuning dan biru
dan warna sekunder iaitu campuran warna kuning dan biru iaitu hijau serta campuran warna kuning dan
merah iaitu jingga juga dikenali sebagai orange. Saya akan menggunakan warna kuning di sebelah kanan
kemeja T dan bulatannya diwarnakan dengan warna merah manakala di sebelah kiri pula saya akan
menggunakan warna merah dan dibulatannya saya akan warnakan warna kuning. Di sisi bulatan itu akan
terhasil warna jingga. Manakala di atas garisan tengah kemeja T saya akan curahkan warna biru supaya ia
menghasilkan warna hijau.
Sebab pemilihan warna:-

Kuning
Merujuk pada matahari , ingatan , imaginasi logik , tenaga sosial , kerjasama , kebahagiaan ,
kegembiraan , kehangatan , kesetiaan , tekanan mental , persepsi , pemahaman , kebijaksanaan ,
pengkhianatan , kecemburuan , penipuan , kelemahan , penakut , aksi , idealisme , optimis ,
imaginasi , harapan , musim panas , falsafah , ketidak pastian , resah dan curiga .
Warna Kuning merangsang aktiviti mental dan menarik perhatian , Sangat berkesan digunakan
pada blogsite yang menekankan pada perasaan bahagia dan kekanakan .
Merah
melambangkan kesan tenaga , kekuatan , hasrat , erotisme , keberanian , simbol dari api ,
pencapaian objektif , darah , risiko , kemasyhuran , cinta , perjuangan , perhatian , perang ,
bahaya , kelajuan , panas , kekerasan . Warna ini dapat menyampaikan kecenderungan untuk
memaparkan gambar dan teks secara lebih besar dan dekat . warna merah boleh mengganggu
apabila digunakan pada saiz yang besar . Merah sesuai untuk tema yang menunjukkan
keberanian seseorang . tenaga misal kereta , kenderaan bermotor , sukan dan permainan
Biru
Memberikan kesan Komunikasi , Peruntungan yang baik , dasar , perlindungan , inspirasi
spiritual , tenang , kelembutan , dinamik , air , laut , kreativiti , cinta , kedamaian , kepercayaan ,
kesetiaan , kepandaian , panutan , kekuatan dari adlam , kesedihan , kestabilan , keyakinan diri ,
kesedaran , mesej , idea , berkongsi , idealisme , persahabatan dan harmoni , kasih sayang .
Warna ini memberi kesan tenang dan menekankan keinginan . Biru tidak meminta mata untuk
memberi perhatian . Objek dan gambar biru pada dasarnya dapat mewujudkan perasaan yang

TYPE THE DOCUMENT TITLE] K.DEVAHI A/P

KRISHNAN
820315025776
(PPG/23723/13)
KOHORT 5
SEMESTER 5

sejuk dan tenang . Warna Biru juga dapat menunjukkan kekuatan teknologi , kebersihan , udara ,
air dan kedalaman laut . Selain itu , jika digabungkan dengan warna merah dan kuning dapat
memberikan kesan kepercayaan dan kesihatan .
Jingga
Menunjukkan kehangatan , keghairahan , persahabatan , pencapaian perniagaan , kerjaya ,
kejayaan , kesihatan minda , keadilan , daya tahan , kegembiraan , gerak cepat , sesuatu yang
tumbuh , minat , kebebasan . Pada Blog dapat meningkatkan aktiviti mental . Disamping itu
warna Orange memberi kesan yang kuat pada elemen yang dianggap penting .
Hijau
Menunjukkan warna bumi , penyembuhan fizikal , kelimpahan , keajaiban , tanaman dan pohon ,
kesuburan , pertumbuhan , muda , kejayaan materi , pembaharuan , daya tahan , keseimbangan ,
pergantungan dan persahabatan . Boleh digunakan untuk bersantai , meneutralkan mata ,
memenangi minda , merangsang kreativiti .
Jalinan Tampak akan digunakan dalam karya saya jalinan tampak ini bermaksud jalinan yang
hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan. Jalinan pada corak ialah garisan
pancaran atau tebal atau nipis.

Dari segi aplikasi seni:Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan corak teknik ikatan dan
celupan.
Media
Alat yang akan digunakan ialah gelang getah, gunting, jarum, pensil dan benang.
Bahan yang akan digunakan ialah Kemeja T warna putih, Warna arkalic merah, kuning dan biru,
bakul,plastic dan sarung tangan.
Teknik yang saya akan gunakan ialah ikatan dan celupan.

Dari segi ekspresi kreatif:Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan corak teknik
ikatan dan celupan.
Jenis Ikatan yang akan digunakan oleh saya ialah: Jahitan

TYPE THE DOCUMENT TITLE] K.DEVAHI A/P

KRISHNAN
820315025776
(PPG/23723/13)
KOHORT 5
SEMESTER 5

Ikatan gelang getah


Lipatan dan ikatan benang
Langkah langkah penghasilan karya saya iaitu ikatan dan celupan.
1. Saya akan melukis symbol Yin dan Yang di atas Kemeja T seperti yang ditunjukkan di
bawah:-

2. Saya akan menjahit kedua-dua bulatan dengan menggunakan benang.


3. Saya akan melipatkan sedikit demi sedikit garisan di tengah Kemeja T.
4. Setelah mendapat garisan di tengah-tengah lipatan saya akan mengikat bahagian yang
dilipat mengikut garisan itu dengan menggunakan benang.
5. Seterusnya, saya akan mengikatkan kedua-dua bulatan dengan menggunakan benang
yang dijahit di bulatan tersebut.
6. Saya akan mengangkat ikatan bulatan ke atas dan mengumpulkan kain sebelah kanan
secara rawak dan mengikatnya ikut kehendak saya.
7. Langkah 6 akan dilakukan bagi kain sebelah kiri.
8. Saya akan meletakkan Kemeja T di atas Bakul dan mencurahkan warna mengikut
kehendak saya.
9. Saya akan mencurahkan warna di bahagian belakang dengan warna yang sama.
10. Saya akan biarkan ia meresap warna dan kering selama 1 jam 30 minit .
11. Selepas itu saya akan buka ikatan dan menjemurkannya.
12. Kemeja T Yin dan Yang siap digunakan.

Dari segi aspresiasi seni :Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan
budaya.
Pameran karya yang dihasilkan:-

TYPE THE DOCUMENT TITLE] K.DEVAHI A/P

KRISHNAN
820315025776
(PPG/23723/13)
KOHORT 5
SEMESTER 5

Saya akan mempamerkan karya saya dengan melipatnya teknik lipatan yang baik dan
memasukkannya dalam beg plastic yang sesuai.
Pengalaman yang akan diperolehi:Saya akan mencuba untuk menghasilkan karya saya dengan baik dan menggunakan alat dan
bahan secara berhati-hati. Saya berharap penghasilan karya ini akan membawakan kegembiraan
dan kepuasan kepada hati saya.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya kerana
memberi peluang untuk mempelajari teknik ikatan dan celupan ini dengan jayanya. Walaupun
saya tidak mengajar pendidikan seni visual namun saya dapat mempelajari karya-karya yang
boleh dihasilkan oleh saya sendiri dan saya telah cuba seberapa banyak yang mungkin untuk
menghasilkan karya yang bagus bagi tugasan satu ini.

Anda mungkin juga menyukai