Anda di halaman 1dari 1

Nurul Fairulain binti Azmi

Unit 4-501, Pangsapuri Sri Melewar,


Jalan Juruwang AU1/A,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
______________________________________________________________________
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong,
No. 6, Jalan Serambi U8/21,
Seksyen U8,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

13 Januari 2015

Tuan/Puan,
Makluman Tidak Dapat Menghadirkan Diri ke Kursus LADAP
Saya, Nurul Fairulain binti Azmi, dengan kad pengenalan (900520-02-5660) seperti
perkara di atas ingin memohon kebenaran pihak tuan/puan diberi kelonggaran daripada
menghadirkan diri ke Kursus LADAP pada hari Sabtu ini, 17 Januari 2015.
2. Untuk makluman pihak tuan/puan, saya perlu menghadiri temujanji MOPD yang
ditetapkan oleh Unit Kecemasan di Hospital Besar Sungai Petani pada minggu ini.
Doktor perlu melakukan pemeriksaan lanjut berkenaan masalah tiroid saya dalam kadar
yang segera mengikut temujanji yang telah ditetapkan.
3. Bersama surat ini, saya sertakan juga surat rujukan klinik dan salinan kad temujanji
sebagai rujukan pihak tuan/puan.
Atas kerjasama pihak tuan/puan, saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang benar,

(Nurul Fairulain binti Azmi)