Anda di halaman 1dari 5

Kemanakah Kita Selepas RMK11

6. pertama / gaji /
mengeluh /soal gaji /
rasa gaji cukup / tak
perlu jawab / besar
periuk.
1. serampang 2
mata / DEB / rmk1 /
pesimis

7. justeru / digaris /
negara pendapatan /
sasaran usd15000 /
2.
salam
apa
jaminan cukup/
tiada keluhan / gaji
kecil x setimpal /
mampu diam
senangnlenang
/tikus / sukar jawab /
paradigma / peroleh
gaji tinggi / cukupkah
3. 50tahun
/ hujung
gaji
/ banding
nilai
rm
/
fasa
baru
/ rm11
kini

4. terbukti /banyak
nikmat / dikagumi
/berbondong

Bismillahirahmannirrahim

Diam tak diam, sedar tak sedar sudah setengah abad kita
melaksanakan rancangan malaysia. Dimulakan dengan
serampang dua mata dasar ekonomi baru dalam rancangan
malaysia pertama satu demi satu lakaran sejarah dilaksana
meninggalkan bukti-bukti kejayaan yang menyapu bersih
kritikan-kritikan mereka yang pesimis.

Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh,
salam
sejahtera, salam satu malaysia buat tuan-tuan dan puanpuan para hadirin sekelian.

Lima puluh tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Di


kala ini kita semua berada di penghujung sepuluh buah
rancangan malaysia dan kini kita akan mula melangkah ke
fasa baru yang dinamakan sebagai rancangan malaysia ke
kesebelas.
Telah terbukti kejayaan rancangan-rancangan yang lalu.
Betapa banyak nikmat yang dikecapi rakyat darinya. Kita
dikagumi malah dicemburui oleh orang luar sehingga
berbondong-bondong mereka datang sebagai pelabur,
pelancong malah tidak kurang juga sebagai pendatang
tanpa izin.

8. hurai kekusutan / 2
sudut pandang /
cukup tak / kesan
inflasi /nilai wang /
5. nampak kejayaan /
5% usd15000 /
nikmat hasil / tahu

Kita telah nampak kejayaannya, kita dah nikmati hasilnya


dan kita sudah tahu di mana kedudukan kita sekarang.
Namun persoalannya, ke manakah kita selepas RMK11
nanti? Izinkan saya menyorot perhatian tuan-tuan dan
puan-puan kepada tiga persoalan ini.

Pertama persoalan gaji.

9. kupasan / rmk11
tak relevan / begitu
bagus / sasar
pendapatann tinggi /
persiap diri /
ancaman
terselindung

Pekerja dibayar gaji itu lumrah, pekerja dibayar gaji itu


fitrah. Tetapi pernahkah tuan-tuan dan puan-puan mengeluh
apabila berbicara soal gaji? Pernahkah kita berasa benarbenar cukup dengan gaji kita, sehingga kita berasa tidak
perlu lagi pada kenaikan gaji? Tak perlu tuan-tuan dan
puan-puan menjawabnya kerana saya sedia maklum akan
jawapan yang bakal diberikan. Bak kata pepatah, besar
periuk besarlah keraknya.

10. persoalan kedua /


komuniti
bertransformasi /
kerajaan / perkasa
komuniti /
masyarakat produktif
& sejahtera / banyak
hari istimewa / raikan
/ hari ibu / bapa /
kanak-kanak /
meraikan baik /
sejauh mana
penghayatan / setiap
tahun sambut / ibu
dihantar / abai bapa /
kes dera kanakkanak

Justeru itulah di dalam RMK11 ini telah digariskan untuk kita


menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020
nanti. Sasarannya USD15000 per kapita atau lebih. Namun
apakah jaminannya bahawa itu semua mencukupi? Apakah
jaminannya tiada lagi nanti keluhan, ratapan, sungutan
tentang gaji yang kecil, gaji yang tidak setimpal atau
adakah kita nanti akan mampu berdiam diri bersenang
lenang dek gaji yang lumayan. Mungkinkah ketika itu kita
kita menjadi seumpama tikus yang jatuh dalam kepuk padi.
Persoalan ini sukar dijawab selagi kita masih melihat dari
paradigma yang sama. Memperoleh gaji yang tinggi, adakah
itu penyelesaiannya? Cukupkah gaji yang kita terima pada
tahun 2020 kelak jika dibandingkan dengan nilainya pada
masa kini untuk menyara keperluan harian?

11. inikah amalan /


teruskan / arah ke
tahun / kekalkan
selepas / maju

12. tepuk dada /


negara
bertransformasi /
peringkat komuniti /
malanglah

Saya ingin menghurai kekusutan ini melalui dua sudut


pandang. Pertama cukup atau tidak perlu dilihat dari kesan
inflasi ke atas nilai wang kita. Dengan hanya inflasi
sebanyak 5% setahun, jumlah USD 15000 ketika itu
sebenarnya sama nilainya dengan USD11600 sahaja ketika
ini. Kedua kesan inflasi juga menyebabkan harga barangan
akan meningkat. Jika peningkatan ini setinggi 10% setahun,
tuan-tuan carilah sendiri berapakah nilai wang tuan-tuan itu
berbanding masa kini.

Apakah kupasan saya ini seolah cuba mengatakan RMK 11 tidak relevan
kepada kita? Bukan, bukan itu maksud saya. RMK11 sudah begitu bagus
kerana mensasarkan pendapatan yang tinggi, tetapi sebagai individu kita

haruslah mempersiapkan diri terhadap ancaman-ancaman


yang terselindung seperti inflasi ini.
Untuk kita /
pekerjaan dirampas /
rakyat merempat

15. kerjaya
profesional /
monopoli / sektor
awam / harapan
anak malaysia /
situasi inginn lihat /
kuli pendatang /
membina empayar /
menjadi tuan /
perkosa / ubah /
corak / rona budaya

Persoalan kedua yang ingin saya sorotkan di sini, sejauh


manakah komuniti kita akan bertransformasi seiring dengan
kemajuan?
Menerusi
RMK11
kerajaan
berhasrat
memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang
produktif dan sejahtera. Cuba kita lihat, hari ini begitu
banyak hari-hari istimewa yang kita raikan. Hari ibu kita
sambut. Hari bapa juga kita sambut. Hari kanak-kanak pun
kita sambut. Meraikan hari-hari istimewa itu baik, tetapi
sejauh manakah penghayatan kita terhadap hari yang
diraikan itu? Setiap tahun hari-hari tersebut disambut
namun, masih ramai ibu yang dihantar ke rumah jagaan
orang tua. Masih banyak kes pengabaian bapa yang sudah
tua. Masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang kita
dengar, seakan tiada hentinya.
Inikah amalan hidup kita? Inikah yang mahu kita teruskan?
Inikah arah kita sehingga ke tahun 2020? Inikah yang mahu
kita kekalkan selepas negara mencapai status negara maju?

16. jangan
benarkan / 3
persoalan / sorot /
kenyataam / inflasi /
kunyah gaji /
perbelanjaan
berhemah / tampan
hambatan inflasi /
pamitan iklan / pujuk
berbelanja / cintai
warga emas / sayangi
kanak-kanak / juta
ringgit / pusat jagaan
/ tambah hiba

Tepuk dada tanyalah selera. Jika negara sahaja yang


bertransformasi menjadi negara maju tetapi di peringkat
komuniti masih tetap tiada perubahan, maka malanglah
hidup kita jadinya.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, sebelum
mengundur diri, izinkan saya menyentuh persoalan terakhir
iaitu pasaran buruh.
Semasa ekonomi negara memuncak di zaman pelaksanaan
dasar perindustrian negara, begitu banyak peluang-peluang
pekerjaan yang terbuka dan tersedia. Saya masih tidak
melupakan betapa mudahnya saya memperoleh pekerjaan
ketika itu. Namun segalanya berbeza sekarang ini. Peluang
pekerjaan masih ada, tapi seakan bukan untuk kita. Berapa
banyak peluang-peluang pekerjaan yang ada dirampas oleh
warga-warga asing,
sedang rakyat negara sendiri
merempat, bergelandangan tanpa pekerjaan.

Jangankan pekerjaan sebagai buruh, kerjaya profesional juga direbut,


dimonopoli dan dikuasai oleh warga asing. Akhirnya tinggallah sektor
awam kerajaan yang menjadi harapan kepada anak-anak malaysia. Tuantuan dan puan-puan, apakah ini situasinya yang ingin kita lihat diakhir
RMK 11 nanti? Sanggupkah kita melihat anak-anak kita nanti menjadi kuli
kepada pendatang asing? Sedarkah tuan-tuan dan puan-puan bahawa
mereka semua sedang membina empayar sekarang ini? Bila tiba masanya
mereka pasti menjadi tuan kepada anak-anak kita. Pasti. Tidak mustahil
mereka akan memperkosa, merubah, mencorak kembali rona-rona
budaya kita.

Tuan-tuan dan puan-puan, jangan benarkan ketiga-tiga persoalan yang


saya sorot sebentar tadi benar-benar menjadi kenyataan. Jangan
benarkan inflasi mengunyah rakus gaji hasil titik peluh kita. Perbelanjaan
berhemah mampu menampan hambatan inflasi. Justeru jangan mudah
tergoda dengan pamitan iklan yang saban hari memujuk kita berbelanja
walaupun perbelanjaan itu sebenarnya tidak perlu. Cintailah warga emas
dan sayangilah kanak-kanak. Tiada gunanya kerajaan membelanjakan
jutaan ringgit untuk membina pusat jagaan warga emas dan kanak-kanak
kalau hanya untuk menambah hiba penghuninya.
Jangan biarkan warga asing terus merebut peluang pekerjaan anak-anak
kita. Sudah tiba masanya untuk anak-anak kita bukan sekadar mengisi
kekosongan jawatan malah mencipta peluang pekerjaan itu sendiri. Mari
kita terapkan dalam hati mereka untuk menjadi tuan di negara sendiri
bukannya terus bertuankan warga asing di tanah air sendiri.
Pasaran buruh bukan sekadar untuk diisi oleh anak-anak kita, malah perlu
disediakan oleh mereka. Jangan biarkan mereka melukut di tepi gantang.
Jangan biarkan mereka umpama ayam yang kelaparan di kepuk padi,
umpama itik yang kehausan di dalam kolam.

18. pasaran buruh /


diisi / disediakan /
melukut / ayam / itik

19. tiada tindakan /


10 jong / apa jua
perubahan /
kemajuan / hanya
berlalu / manfaat

20. ayuh / mulakam


langkah pertama /
bertindaklah /
perjalanan 1000
batu / rendah hati /
insaf / undur diri.

Jika tiada tindakan dari tuan-tuan dan puan-puan, sepuluh


jong masuk, anjing tetap bercawat ekor. Jika tiada
tindakan, apa jua perubahan atau kemajuan yang datang,
ianya hanya akan berlalu begitu sahaja tanpa ada
manfaatnya kepada kita.

Ayuh tuan-tuan dan puan-puan, mulakan langkah pertama.


Bertindaklah. Kerana perjalanan seribu batu di hadapan
bermula dari langkah yang satu. Dengan rendah hati dan
penuh keinsafan saya mohon mengundur diri.

Wabaillahitaufiqwalhidayah
warohmatullah hi wabarakatuh.

wassalamualaukim

Anda mungkin juga menyukai