Anda di halaman 1dari 2

Cara Mudah Bangun Qiamullail

Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail


Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat
boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di
bawah ini:
1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu
melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia
bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman,
bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam
berdasarkan pengajian dan perbincangan.
4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah
dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan
ulama.
5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di
tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; Apabila anda hendak
masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat. Hadis riwayat Imam Bukhari dan
Muslim daripada al-Barra Bin Azib.
7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Mathur seperti Mathurat sebelum tidur, kerana ia
menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau
ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai Qailulah, iaitu
sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk
bangun di tengah malam.

11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan
utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!
Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah
sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : Hendaklah
kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orangorang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga
penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar
kepada penyakit yang ada di tubuh. Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi

Anda mungkin juga menyukai