Anda di halaman 1dari 9

LEM/SPP/12

LEM/TEK/70
02 SEPTEMBER
28 Jun2009
2016

KRITERIA KEMUDAHAN
PENSTORAN BAGI TUJUAN
MENSTOR BAHAN
RADIOAKTIF

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Batu 24, Jalan Dengkil
43800 Dengkil
Selangor

Tel: 03-8922 5888


Faks: 03-8922 3685
Laman web: http://www.aelb.gov.my

1
KANDUNGAN

Mukasurat

A. Skop 3

B. Takrifan 3

C. Kriteria Penyediaan Kemudahan Penstoran 3

- Kemudahan penstoran bahan radioaktif punca terkedap 4

- Kemudahan penstoran bahan radioaktif punca tidak terkedap 6

D. Perlaksanaan 8

2
A. SKOP

1. Skop dokumen ini terhad sebagai panduan bagi kriteria kemudahan


penstoran bagi tujuan menstor bahan radioaktif.

2. Dokumen ini adalah tertakluk kepada pindaan dan arahan yang dikeluarkan
oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dari semasa ke semasa.

B. TAKRIFAN

“punca terkedap” ertinya suatu punca sinaran yang terdiri daripada bahan
radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan yang disatukan dengan kukuh di
dalam bahan yang pejal dan benar-benar tak aktif, atau dikedapkan dalam suatu
bekas tak aktif yang mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk mencegah, dalam
keadaan penggunaan normal, apa-apa penyerakan isi kandungannya.

“kemudahan penstoran” adalah suatu binaan di mana bahan radioaktif disimpan


sekiranya tidak dikendalikan (bukan untuk tujuan pelupusan).

“kawasan industrian kecil dan sederhana” ertinya kawasan di mana industri kecil
dan sederhana dijalankan di mana jumlah pekerjanya tidak melebihi 150 orang.
Kawasan kerjanya adalah berangkai dengan industri kecil dan sederhana yang lain.

“kawasan perindustrian” ertinya kawasan di mana industri berat ditempatkan di


suatu kawasan perusahaan (biasanya secara besar-besaran) untuk membuat,
menghasil, mengeluar barangan atau bahan untuk keperluan perusahaan lain.
Kawasan kerjanya tidak bercampur dengan industri berat yang lain.

C. KRITERIA PENYEDIAAN KEMUDAHAN PENSTORAN

3. Lembaga telah menetapkan salah satu syarat utama yang perlu dipenuhi
sebelum sesebuah syarikat yang berhasrat untuk memohon mendapatkan Lesen
Kelas A bagi menjalankan aktiviti berkaitan dengan bahan radioaktif (bagi punca
terkedap dan punca tidak terkedap) adalah syarikat tersebut hendaklah mempunyai

3
kemudahan penstoran bagi tujuan menstor bahan radioaktif tersebut sekiranya ia
tidak dikendalikan. Panduan ini menjelaskan keperluan minimum dari segi teknikal
dan keperluan perundangan sesebuah kemudahan penstoran.

4. Kriteria umum penyediaan kemudahan penstoran adalah dengan memastikan


bahawa kemudahan tersebut memenuhi konsep perlindungan sinaran dengan
mempunyai perisian yang mencukupi. Konsep ini dapat membantu dalam
memberikan panduan untuk menentukan tahap keselamatan sesebuah kemudahan
penstoran.

5. Di samping kriteria umum, terdapat kriteria khusus yang perlu dipenuhi oleh
pemegang lesen dalam menyediakan sesebuah kemudahan penstoran. Berikut
adalah maklumat yang perlu sediakan dan dikemukakan kepada AELB bagi kedua-
dua kemudahan penstoran bahan radioaktif punca terkedap dan punca tidak
terkedap.

5.1 Kemudahan penstoran bahan radioaktif punca terkedap

i) Maklumat bahan radioaktif punca terkedap yang akan distor di


kemudahan penstoran:
 Jenis bahan radioaktif punca terkedap: ....................
 Keaktifan maksimum: .................... (unit: Bq atau Ci)
 Jumlah: ....................
 Bacaan dedahan luar: .................... (unit: µSv/jam)
 Paras Sinaran:
o Di luar permukaan penutup (< 20 mSv/tahun):
....................
o Di luar pagar/ pintu tempat penstoran (< 1 mSv/tahun):
....................

ii) Lokasi pembinaan yang bersesuaian (alamat lokasi hendaklah


dimaklumkan kepada AELB). Lokasi tapak hendaklah memenuhi
kriteria di bawah:

4
 Keluasan tapak yang mencukupi (sesuai untuk menampung
kapasiti yang hendak digunakan)
 Bebas daripada bahaya banjir
 Bebas daripada bahan bahaya (seperti bahan mudah bakar,
bahan mudah meletup atau bahan mudah hakis)
 Tidak dibina dalam rumah kedai
 Status pemilikan tanah/ premis/ bangunan di mana kemudahan
penstoran ini akan dibina (nyatakan jika milik sendiri)
 Surat kebenaran pemilik tapak atau perjanjian penyewaan tapak
(jika menyewa)
 Status tapak sama ada Kawasan Perindustrian/ Kawasan
Industri Kecil dan Sederhana/ Lain-lain (nyatakan)
 Kawasan berhampiran kawasan tapak sama ada Kawasan
Perindustrian/ Kawasan Industri Kecil dan Sederhana/ Kawasan
terpencil yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah/
Lain-lain (nyatakan)
 Lain-lain yang ditentukan Lembaga dari semasa ke semasa

iii) Rekabentuk kemudahan penstoran yang bersesuaian (pelan


rekabentuk hendaklah dikemukakan kepada AELB)
 Ukuran rekabentuk mematuhi spesifikasi semasa permohonan
membina:
o Ketebalan dinding - .................... cm
o Kedalaman penstoran - .................... cm
o Diameter penstoran - .................... cm
o Jarak tempat penstoran dari pagar/ dinding - ....................
cm
 Keluasan yang bersesuaian dengan kuantiti punca yang distor
 Mempunyai hanya 1 pintu masuk/ keluar
 Mempunyai perisaian yang mencukupi
 Berpagar
 Lain-lain yang ditentukan Lembaga dari semasa ke semasa

5
iv) Pembinaan mendapat kebenaran (rasmi) daripada pihak berkaitan
seperti di bawah:
 Kerajaan Pusat/ Kerajaan Negeri (jika berkaitan)
 Pihak Berkuasa Tempatan (kecuali Kawasan Perindustrian yang
telah diwartakan)
 Tuan tanah
 Pemilik premis

v) Kemudahan penstoran dilengkapkan dengan eleman kawalan sekuriti


yang bersesuaian bagi mengelakkan unsur sabotaj, kecurian dan
kehilangan seperti berikut:
 Pengawal Keselamatan (jika berkaitan)
 CCTV (jika berkaitan)
 Pagar berkunci
 Lain-lain yang ditentukan Lembaga dari semasa ke semasa

vi) Lain-lain yang berkaitan


 Papan notis kenyataan diletakkan di hadapan pintu masuk
 Memaparkan notis arahan keselamatan di pintu masuk
 Mempunyai lambang sinaran di setiap dinding
 Mempunyai lambang sinaran di atas penutup tempat penstoran

5.2 Kemudahan penstoran bahan radioatif punca tidak terkedap

i) Maklumat bahan radioaktif punca tidak terkedap yang digunakan:


 Jenis bahan radioaktif punca tidak terkedap: ....................
 Kuantiti : .................... (unit: kg, tan metrik, liter atau lain-lain)
 Bacaan dedahan luar : .................... (unit: µSv/jam)
 Kepekatan keaktifan (Activity concentration) : .................... (unit:
Bq/g atau ppm)

6
ii) Lokasi pembinaan yang bersesuaian (alamat lokasi hendaklah
dimaklumkan kepada AELB). Lokasi tapak hendaklah memenuhi
kriteria di bawah:
 Keluasan yang mencukupi (sesuai untuk menampung kapasiti
yang hendak digunakan)
 Bebas daripada bahaya banjir
 Bebas daripada bahan bahaya (seperti bahan mudah bakar,
bahan mudah meletup atau bahan mudah hakis)
 Tidak dibina dalam rumah kedai
 Status pemilikan tanah/ premis/ bangunan di mana kemudahan
penstoran ini akan dibina (nyatakan jika milik sendiri)
 Surat kebenaran pemilik tapak atau perjanjian penyewaan tapak
(jika menyewa)
 Status tapak sama ada Kawasan Perindustrian/ Kawasan
Industri Kecil dan Sederhana/ Lain-lain (nyatakan)
 Kawasan berhampiran kawasan tapak sama ada Kawasan
Perindustrian/ Kawasan Industri Kecil dan Sederhana/ kawasan
terpencil yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah/
Lain-lain (nyatakan)
 Lain-lain yang ditentukan Lembaga dari semasa ke semasa

iii) Rekabentuk kemudahan penstoran yang bersesuaian (pelan


rekabentuk hendaklah dikemukakan kepada AELB):
 Dinding tertutup
 Keluasan yang bersesuaian dengan kapasiti bahan radioaktif
yang hendak distor
 Mempunyai sistem pengudaraan (ventilation) yang baik
 Lain-lain yang ditentukan Lembaga dari semasa ke semasa

iv) Pembinaan mendapat kebenaran (rasmi) daripada pihak berkaitan


seperti di bawah :
 Kerajaan Pusat/ Kerajaan Negeri (jika berkaitan )

7
 Pihak Berkuasa Tempatan (kecuali Kawasan Perindustrian yang
telah diwartakan)
 Tuan tanah
 Pemilik premis

v) Kemudahan penstoran dilengkapkan dengan eleman kawalan sekuriti


yang bersesuaian bagi mengelakkan unsur sabotaj, kecurian dan
kehilangan seperti berikut:
 Pengawal Keselamatan (jika berkaitan)
 CCTV (jika berkaitan)
 Pagar berkunci
 Lain-lain yang ditentukan Lembaga dari semasa ke semasa

vi) Lain-lain yang berkaitan


 Papan notis kenyataan diletakkan di hadapan pintu masuk
 Memaparkan notis arahan keselamatan di pintu masuk
 Mempunyai lambang sinaran di setiap dinding

6. Kriteria kemudahan penstoran bagi tujuan menstor bahan radioaktif


hendaklah dipatuhi dan perlu mendapat kelulusan AELB sebelum boleh digunakan.

D. PERLAKSANAAN

7. Dokumen panduan ini terpakai serta merta pada tarikh ia dikeluarkan. Semua
pemegang lesen yang berurusan dengan permohonan untuk membina kemudahan
penstoran bagi tujuan menstor bahan radioaktif hendaklah mematuhi kriteria yang
dinyatakan.

8
8. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai panduan ini, pemohon/
pemegang lesen boleh berhubung dengan AELB menggunakan alamat di bawah:

Pengarah
Bahagian Dasar dan Hubungan Luar
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor
Telefon : 0389225888 Faks: 03-89223685
Email: pbs@aelb.gov.my

RUJUKAN

a) Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)


b) Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran( Perlesenan) 1986 [P.U. (A) 149]
c) Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran(Pengangkutan) 1989 [P.U. (A)
456]
d) Peraturan-Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan
Asas) 2010 [P.U. (A) 46]
e) IAEA Code of Conduct Safety and Security of Radioactive Sources
f) IAEA-TECDOC-1344 - Categorization of Radioactive Sources
g) IAEA-TECDOC-1355 - Security of Radioactive Sources

REKOD DOKUMEN

Tarikh Status Penyedia


Terimapakai Semakan

28 Jun 2016 0 a) Pn. Monalija Kostor


b) Pn. Nuriati Nurdin
c) Pn. Suhana Jalil

Anda mungkin juga menyukai