Anda di halaman 1dari 7

PERADUAN NESTLÉ GAJI SEUMUR HIDUP*

FAQ HOTLINE UNTUK DEAR NESTLÉ

S1: Cara penyertaan?


J: Langkah 1: Beli mana-mana produk NESTLE seperti yang ditunjukkan di atas
Jadual Bukti Pembelian bernilai RM15 dan ke atas dalam satu resit bercetak asal
sepanjang tempoh peraduan.
Setiap RM15 akan diberikan 1 Nombor Bersiri.

ATAU: Beli sekurang-kurangnya satu [1] set makanan ‘MILO Makan Kombo’
bernilai RM19.90 (Semenanjung Malaysia) atau RM24.99 (Sabah & Sarawak)
dalam satu resit dari mana-mana McDonalds.
Setiap MILO Makan Kombo’ akan diberikan 1 Nombor Bersiri.

[*Nota: Harga untuk MILO MAKAN KOMBO dinyatakan sebagai RM29.90 dalam
Terma & Syarat borang penyertaan. Harga tersebut telah diturunkan setelah
borang-borang penyertaan siap dicetak.]

ATAU: Eksklusif di 99Speedmart: Untuk peserta yang membuat pembelian dari


mana-mana kedai 99Speedmart akan juga berpeluang untuk memenangi lebih
banyak hadiah.

ATAU: Eksklusif di LAZADA: Untuk peserta yang membuat pembelian atas talian
dari LAZADA akan juga berpeluang untuk memenangi lebih banyak hadiah.

Jadual Bukti Pembelian

Jenama yang tidak mengambil bahagian termasuk:


STARBUCKS NESPRESSO
NESTLÉ PROFESSIONAL NESTLÉ HEALTH SCIENCE
PURINA PETCARE NESTLÉ INFANT FORMULA

Kami hanya menerima resit bercetak asal yang bertarikh dari 14 Februari 2020
sahaja.

5 - 26/02/2020
Langkah 2: Jawab satu soalan yang dinyatakan atas borang penyertaan.

Langkah 3: Hantar penyertaan dengan salah satu cara.


A. Melalui pos biasa
Lengkapkan borang penyertaan, sertakan resit bercetak asal (rujuk ke jadual BP)
dalam satu sampul surat dan hantarkan ke alamat Peti Surat yang diberikan.

Peraduan NESTLÉ® Gaji Seumur Hidup*


Nestlé Products Sdn. Bhd.
Peti Surat 8812
Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

B. Melalui WhatsApp
Tulis diatas resit asal, nama penuh seperti dalam MyKad, Nombor MyKad dan
jawapan betul kepada satu soalan yang ditunjukkan di dalam Borang. Ambil
satu gambar resit lengkap dengan Butiran Peribadi, nama kedai, tarikh dan
jumlah pembelian. WhatsApp penyertaan anda ke 013-232 2168.

Jika ruang tidak mencukupi di atas resit, anda boleh menulis butiran anda serta
jawapan di atas sekeping kertas dan tangkap gambar bersama resit anda.

S2: Di manakah boleh saya dapatkan borang penyertaan?


J: 1) Di semua pasaraya, pasaraya besar, pasaraya mini, kedai stesen minyak dan
petrol mart dan kedai runcit yang turut serta.
2) Laman web Nestlé: https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/gaji-
seumur-hidup

S3: Boleh saya kirimkan / hantarkan penyertaan saya ke pejabat, peniaga atau
pejabat cawangan Nestlé?
J: Tidak. Anda hanya boleh hantarkan penyertaan anda ke Peti Surat Peraduan
melalui pos biasa sahaja. Ini adalah untuk memastikan semua penyertaan peserta
dilayan dengan adil.

5 - 26/02/2020
S4: Boleh saya hantarkan penyertaan saya menerusi penghantaran dengan
tangan, khidmat kiriman cepat, POS Laju dan / atau sebarang kaedah
kiriman?
J: Penyertaan yang diterima menerusi penghantaran dengan tangan, khidmat
kiriman cepat, POS Laju dan/atau sebarang kaedah kiriman yang lain akan
dibatalkan secara automatik. Ini adalah untuk memastikan semua penyertaan
peserta dilayan dengan adil.

S5: Adakah saya akan menerima balasan pemberitahuan jika saya hantar melalui
WhatsApp?
J: Tidak, kami tidak akan menghantar sebarang perakuan penerimaan WhatsApp
kepada para peserta.

S6: Boleh saya menghantar lebih daripada 1 penyertaan?


J: Untuk penyertaan pos, setiap penyertaan mesti diisi secara individu & lengkap
dengan butiran yang diperlukan dan menjawab soalan yang diberikan dengan betul.
Penyertaan Pos yang lengkap bersama dengan satu resit asal mesti dimasukkan
ke dalam sampul surat dan dikirim melalui pos biasa sahaja.
Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan atau resit asal akan
dibatalkan. Resit duplikasi akan dibatalkan.

Untuk penyertaan WhatsApp, satu WhatsApp hanya boleh mengandungi satu


gambar resit asal sahaja. 1 resit hanya boleh digunakan sekali sahaja. Penyertaan
WhatsApp berulang yang menggunakan resit bercetak yang sama akan dibatalkan.

S7: Perlukah saya menyimpan resit selepas menghantar penyertaan WhatsApp?


J: Ya. Untuk Penyertaan WhatsApp yang diterima, Penganjur berhak untuk meminta
BP asal sebagai bukti untuk pengesahan dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk
mengemukakan BP asal apabila diminta akan mengakibatkan pembatalan
kemenangan dan hadiah.

S8: Bolehkah saya gunakan resit ditulis tangan yang diberikan oleh pekedai?
J: Resit boleh diterima dalam bentuk e-resit untuk pembelian dalam talian, resit
bertulis tangan dan/atau resit dicetak dari sistem Point of Sale.
Walaubagaimanapun, setiap resit mesti mengandungi nombor resit dan nama
dan/atau logo gedung di mana pembelian dibuat.

Sekiranya ini tidak tertera, Resit perlu dicap dengan cap rasmi gedung di mana
pembelian dibuat.

S9: Saya membeli produk NESTLÉ diatas talian menggunakan baucar. Bolehkah
saya menyertai?
J: Ya. Untuk E-Resit pembelian dalam talian dengan kod promosi dan/atau baucar
diskaun, jumlah BAYARAN AKHIR mestilah RM15.00 dan ke atas untuk layak.

5 - 26/02/2020
S10: Boleh saya membuat salinan borang penyertaan?
J: Ya, dengan syarat setiap satu mesti diisi secara individu & original, lengkap dengan
maklumat yang diperlukan serta jawapan yang betul bagi soalan yang diberikan.

S11: Adakah had kepada jumlah nombor siri yang boleh saya terima dalam satu
resit?
J: Tiada had kepada nombor siri yang boleh diterima dalam satu resit. Setiap RM15
produk yang menyertai akan memberi anda 1 nombor siri. Sekiranya anda membeli
RM100 produk yang mengambil bahagian dalam satu resit tunggal, anda akan
mendapat 6 nombor bersiri yang mengikut giliran.

S12: Umur penyertaan layak?


J: Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di
Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas pada 14 Februari 2020.

S13: Apakah hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk peraduan ini?


J:
Hadiah Utama x 1 Gaji Seumur Hidup*
pemenang x 2 pusingan RM3,000 setiap bulan untuk seumur
JUMLAH: 2 PEMENANG hidup*
*Maksimum sehingga 35 tahun (420 bulan)
ATAU
sehingga kematian Pemenang yang mana
terdahulu; dan (ii) bayaran sekali gus
sebanyak RM500,000 akan dibayar kepada
Pemenang setelah mencukupi tempoh tiga
puluh lima tahun [35] tahun [iaitu empat ratus
dua puluh [420] bulan] atau kepada waris
yang telah dinamakan oleh Pemenang
sekiranya kematian Pemenang.

Hadiah Sagu Hati x 5 Wang tunai RM36,000


pemenang x 2 pusingan
JUMLAH: 10 PEMENANG

Hadiah Mingguan x 50 Wang tunai RM500


pemenang x 11 minggu
JUMLAH: 550 PEMENANG

Hadiah 99Speedmart 99 saat Sesi Membeli-belah di


x 10 Pemenang 99Speedmart

Hadiah LAZADA RM100 Touch ‘n Go eWallet untuk 12 bulan


x 2 Pemenang

5 - 26/02/2020
S14: Bagaimana anda menentukan Pemenang Hadiah Utama untuk setiap
Pusingan?
J: Jumlah nombor bersiri yang layak yang diperuntukkan pada akhir setiap Pusingan
akan dibahagikan dengan 6 [enam] untuk memperoleh nombor bersiri kemenangan
bagi para finalis untuk pemenang Hadiah Utama. Nombor bersiri kemenangan
akan menjadi nombor keseluruhan yang paling hampir, yang lebih rendah
dihasilkan selepas pembahagian yang dilakukan.

6 Finalis akan dijemput ke Cabaran Akhir NESTLÉ 2020 untuk setiap Pusingan
bagi menentukan 1 Finalis yang akan memenangi Hadiah Utama Gaji Seumur
Hidup*. 5 Finalis berikutnya akan memenangi Hadiah Sagu Hati wang tunai
RM36,000.

S15: Bagaimana anda menentukan Pemenang Hadiah Mingguan?


J: Jumlah nombor bersiri yang layak yang diperuntukkan untuk setiap minggu
sepanjang tempoh peraduan akan dibahagikan dengan 50 [lima puluh] untuk
mendapatkan nombor bersiri kemenangan untuk pemenang-pemenang Hadiah
Mingguan. Nombor bersiri kemenangan akan menjadi nombor keseluruhan yang
paling hampir, yang lebih rendah dihasilkan selepas pembahagian yang dilakukan.

S16: Berapa banyak hadiah yang boleh dimenangi oleh para peserta sepanjang
tempoh peraduan?
J: Setiap Finalis boleh memenangi hanya satu [1] Hadiah Mingguan setiap minggu
dan maksimum dua [2] Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Promosi. Sekiranya
Finalis memenangi dua [2] atau lebih Hadiah Mingguan dalam minggu yang sama,
maka Finalis akan secara automatik memenangi 1 [satu] Hadiah Mingguan dan
Hadiah Mingguan yang satu lagi akan dimenangi oleh nombor bersiri selepas
nombor bersiri Peserta Akhir berulang.
Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah Pusingan sepanjang
tempoh Promosi.
Pemenang Hadiah Mingguan boleh juga memenangi Hadiah Utama, Hadiah
Saguhati, Hadiah 99Speedmart dan Hadiah LAZADA.

S17: Apakah tempoh pusingan untuk 2 Pusingan bagi peraduan ini?


J:
Pusingan 1: 14/02/2020 – 12/03/2020
Pusingan 2: 13/03/2020 – 30/04/2020

S18: Mengapa Pusingan 1 = 4 minggu dan Pusingan 2 = 7 minggu?


J: Pihak Penganjur ingin menyampaikan salah satu Hadiah Utama dan Hadiah Sagu
Hati sebelum bulan Ramadhan.

5 - 26/02/2020
S19: Apakah tempoh mingguan bagi peraduan ini?
J: Sebelas [11] tempoh mingguan adalah seperti berikut:
Minggu 1: 14/02 – 20/02/2020 Minggu 2: 21/02 – 27/02/2020
Minggu 3: 28/02 – 05/03/2020 Minggu 4: 06/03 – 12/03/2020
Minggu 5: 13/03 – 19/03/2020 Minggu 6: 20/03 – 26/03/2020
Minggu 7: 27/03 – 02/04/2020 Minggu 8: 03/04 – 09/04/2020
Minggu 9: 10/04 – 16/04/2020 Minggu 10: 17/04 – 23/04/2020
Minggu 11: 24/04 – 30/04/2020

S20: Bagaimana caranya untuk saya memenangi Hadiah 99Speedmart?


J: Untuk memilih pemenang, kesemua Penyertaan Layak dengan resit 99Speedmart
akan diperuntukkan secara berasingan satu set nombor bersiri. Di akhir Tempoh
Peraduan nombor-nombor bersiri akan dibahagikan dengan 10 [sepuluh] untuk
mendapatkan nombor bersiri kemenangan untuk hadiah-hadiah 99Speedmart.
Nombor bersiri kemenangan akan menjadi nombor keseluruhan yang paling
hampir, yang lebih rendah dihasilkan selepas pembahagian yang dilakukan.

S21: Bagaimana caranya untuk saya memenangi Hadiah Lazada?


J: Untuk memilih pemenang, kesemua Penyertaan Layak dengan resit atas talian
LAZADA akan diperuntukkan secara berasingan satu set nombor bersiri. Di akhir
Tempoh Peraduan nombor-nombor bersiri akan dibahagikan dengan 2 [dua] untuk
mendapatkan nombor bersiri kemenangan untuk hadiah-hadiah LAZADA. Nombor
bersiri kemenangan akan menjadi nombor keseluruhan yang paling hampir, yang
lebih rendah dihasilkan selepas pembahagian yang dilakukan.

S22: Bagaimana saya akan tahu jika saya telah menang?


J: Para pemenang akan diumumkan dalam laman web Penganjur apabila sedia ada.
https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup
Pengguna dinasihatkan untuk menyemak secara berkala sepanjang tempoh
peraduan dan sehingga 6-8 minggu setelah peraduan ditamatkan.

S23: Bilakah Cabaran Akhir NESTLÉ akan berlangsung?


J: Cabaran Akhir Pusingan 1 akan berlangsung sebelum bulan Ramadhan.
Cabaran Akhir Pusingan 2 akan diadakan pada akhir Mei 2020.
Penganjur akan memaklumkan kepada Finalis Pusingan berkenaan tempat, tarikh
dan masa bagi setiap Cabaran.

S24: Apakah jenis cabaran yang akan dihadapi pada Cabaran Akhir NESTLÉ?
J Penyertaan oleh Finalis Pusingan dalam Cabaran akan tertakluk kepada satu set
terma dan syarat-syarat ["Peraturan Acara"] yang akan disampaikan dan
diumumkan oleh Penganjur pada hari Cabaran kepada Pusingan Akhir.

S25: Bagaimana jika saya menolak untuk mengambil bahagian dalam Cabaran
Akhir NESTLÉ dan memilih Hadiah Saguhati?
J Finalis Pusingan yang gagal dan/atau enggan menyertai Cabaran atas apa jua
sebab akan secara automatik dibatalkan penyertaannya oleh Penganjur dan hadiah
yang telah diperuntukkan kepada Finalis Pusingan yang berkaitan akan ditarik balik
oleh Penganjur.

5 - 26/02/2020
S26: Bolehkah saya meminta ahli keluarga atau rakan saya untuk menyertai
Cabaran Akhir NESTLÉ bagi pihak saya?
J: Hak Finalis Pusingan untuk menyertai Cabaran tidak boleh dipindah milik sama
sekali.

S27: Bagaimana untuk mendapatkan Hadiah saya?


J: Hadiah Mingguan: Kami akan menghantar surat kepada anda di alamat yang
dinyatakan pada borang penyertaan anda dengan butir-butir lanjut tentang cara
anda boleh menuntut hadiah anda dalam 6 - 8 Minggu setelah peraduan berakhir.
Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh 3 [tiga] bulan dari tarikh
pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Penganjur tidak
akan bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan tidak dihantar atau ditangguhkan
penghantaran pos kepada pemenang.

Hadiah Sagu Hati: Cek akan dihantar kepada anda sebaik sahaja selepas
Cabaran Akhir NESTLÉ berakhir. Anda dikehendaki menunaikan cek tersebut
dalam tempoh 3 [tiga] bulan dari tarikh pengeluaran. Semua hadiah yang tidak
dituntut akan dibatalkan.

Hadiah Utama: Semua butir-butir dan keperluan untuk penyerahan Hadiah Utama
akan diberitahu kepada Pemenang setelah berakhirnya setiap Cabaran.
Pihak Penganjur mempunyai hak untuk melantik mana-mana ejen pihak ketiga
untuk melaksanakan Hadiah di bawah Promosi (termasuk dan tidak terhad kepada,
syarikat insurans, institusi kewangan dan/atau syarikat amanah) ["Ejen"]. Untuk
tujuan ini, Pemenang mesti melaksanakan dokumen yang sesuai dengan Ejen
dalam bentuk dan cara yang diperlukan oleh Ejen. Semua Hadiah yang ditadbir
melalui Ejen akan diterima oleh Pemenang tertakluk kepada terma dan syarat Ejen
tersebut.

S28: Siapa yang boleh saya hubungi untuk maklumat lanjut?


J: Anda boleh hubungi talian Nestlé: 1-800-88-3433 untuk sebarang bantuan yang
diperlukan.

5 - 26/02/2020

Anda mungkin juga menyukai