Anda di halaman 1dari 7

RUJUKAN

NO.

PERKARA

DEFINISI

PEMILIK

Individu yang memiliki RUMAH SEWA secara sah.

WAKIL PEMILIK

Individu yang mewakili PEMILIK secara sah.

PENYEWA

Mereka yang menduduki/menyewa RUMAH SEWA


dengan kebenaran PEMILIK sama ada individu atau
berkumpulan.

WAKIL PENYEWA

Individu yang mewakili PENYEWA secara sah.

KONTRAK

Dokumen
perjanjian/persetujuan
RUMAH SEWA.

TEMPOH SEWAAN

1 tahun bermula daripada tarikh KONTRAK


ditandatangi oleh PENYEWA

RUMAH SEWA

KELENGKAPAN

Kemudahan yang disediakan oleh PEMILIK di


RUMAH SEWA.

Utiliti

Elektrik dan air

menduduki

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK RUJUKAN PEMILIK

NO.

PERKARA

KUANTITI

Salinan Kad Pengenalan / Passport 1 keping


PENYEWA

Gambar bersaiz passport PENYEWA 1 keping


(sekiranya perlu)

Salinan Kad Pengenalan / Passport 1 keping


WAKIL PENYEWA

Gambar bersaiz passport


PENYEWA (sekiranya perlu)

WAKIL 1 keping

CATATAN

Untuk tujuan keselamatan dan rekod, sila senaraikan penghuni yang menduduki RUMAH
SEWA. PEMILIK berhak untuk memastikan PENYEWA mengemaskini senarai penghuni.

NO.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

NAMA PENGHUNI

NO. KAD
PENGENALAN

NO. TELEFON

(PENGAKUAN PEMILIK)
Saya sebagai PEMILIK dengan ini mengaku dan bersetuju untuk membenarkan PENYEWA
menyewa RUMAH SEWA sepertimana yang terkandung dalam KONTRAK.Segala
pertimbangan dan keputusan yang diambil daripada PEMILIK kepada PENYEWA adalah
berdasarkan daripada KONTRAK yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.Saya
bertangunggjawab dan mengaku maklumat yang diberikan adalah benar.

Tandatangan PEMILIK

No. Kad Pengenalan PEMILIK

Alamat PEMILIK

(Pastikan
sah
dihubungi)

dan

boleh

No. telefon PEMILIK


(Pastikan
sah
dihubungi)

dan

:
boleh

Email (jika perlu)

WAKIL PEMILIK

No. telefon WAKIL PEMILIK

(Pastikan
sah
dihubungi)

dan

Tempoh sewaan yang


kepada PENYEWA

boleh
diberi :

1 tahun bermula daripada tarikh KONTRAK


ditandatangani oleh PENYEWA.

(PENGAKUAN PENYEWA)
Saya, sebagai PENYEWA dengan ini bersetuju untuk menyewa RUMAH SEWA sepertimana
yang terkandung dalam KONTRAK. Saya telah membaca dan memahami segala isi
kandungan KONTRAK, bersetuju untuk mematuhi segala peraturan yang telah dinyatakan
dalamnya. Sekiranya saya gagal untuk mematuhi KONTRAK selama tempoh saya
menduduki RUMAH SEWA, saya bersetuju untuk menerima tindakan yang sewajarnya
daripada PEMILIK kepada saya, yang mana tindakan tersebut difikirkan betul dan
bersesuaian oleh PEMILIK.Saya bertanggungjawab dan mengaku segala maklumat yang
diberikan daripada saya untuk KONTRAK ini adalah benar. PEMILIK berhak menggunakan
maklumat yang diberikan sebagai rujukannya.

Tandatangan PENYEWA

No. Kad Pengenalan PENYEWA

Cap ibu jari


PENYEWA

tangan

kanan :

Alamat PENYEWA
(Pastikan
sah
dihubungi)

:
dan

boleh

No. telefon PENYEWA


(Pastikan
sah
dihubungi)

dan

:
boleh

Email (jika perlu)

WAKIL PENYEWA

No. telefon WAKIL PENYEWA

(Pastikan
sah
dihubungi)

dan

boleh

TEMPOH SEWAAN (1 tahun)

.. sehingga ..

BAYARAN SEWA
Kadar bayaran sewa

RM xxxx setiap bulan.

Tunggakan bayaran sewa

Hanya maksimum sebulan sahaja dibenarkan.Tunggakan


perlu dijelaskan pada bulan seterusnya bersama-sama
bayaran sewa bulan seterusnya.

Cara bayaran

Tunai atau pindahan ke akaun bank PEMILIK


(BankNo. akaun..)

Waktu bayaran

Sebelum 7 haribulan setiap bulan semasa.

Deposit Sewaan

2 bulan (Dikembalikan selepas menyewa dalam tempoh


yang dinyatakan dalam KONTRAK, dan sekiranya tiada
kerosakan yang berlaku selepas pemeriksaan oleh
PEMILIK)

Deposit utiliti

RM xxxx (dikembalikan sekiranya segala tunggakan


telah dijelaskan oleh PENYEWA)

Perubahan kadar sewa

Akan dimaklumkan oleh PEMILIK kepada PENYEWA,


sekiranya perlu membuat perubahan kadar sewa, selepas
tamat KONTRAK semasa.

TANGGUNGJAWAB PENYEWA
1. Mematuhi isi kandungan KONTRAK. Tidak meminda atau mengubahsuai isi
kandungan KONTRAK tanpa kebenaran PEMILIK. Sentiasa merujuk kepada
KONTRAK yang asal atau salinan KONTRAK yang dipersetujui oleh PEMILIK.
2. Tidak menafikan hak PEMILIK sebagai individu yang memiliki RUMAH SEWA.
3. Bertindak sebagai wakil kepada penghuni RUMAH SEWA yang lain sekiranya
terdapat lebih daripada seorang PENYEWA.
4. Memastikan RUMAH SEWA dan segala KELENGKAPAN yang berada di dalam
RUMAH SEWA sentiasa berada dalam keadaan bersih dan memuaskan dan dapat
berfungsi dengan baik.PENYEWA dibenarkan menguruskan hartanya di dalam
RUMAH SEWA selagi tidak melanggar KONTRAK.
5. Membayar sewa sepertimana yang dikehendaki oleh PEMILIK. Sewa hendaklah
dijelaskan sebelum 7 haribulan pada setiap bulan semasa.
6. Menjelaskan bil-bil utiliti (elektrik dan air) dalam bulan semasa dan yang tertunggak
sepertimana yang dikehendaki, selama dalam tempoh sewaan. Menjelaskan segala
tunggakan bil utiliti sekiranya tidak lagi berniat untuk menyewa pada masa akan
datang.
7. Tidak melakukan pengubahsuaian fizikal atau kekal terhadap ruang dan struktur
RUMAH SEWA dan KELENGKAPAN terutamanya yang boleh menyebabkan
mengundang risiko kemalangan kepada penghuni, tanpa kebenaran PEMILIK.

8. Tidak menjadikan RUMAH SEWA sebagai pusat aktiviti bagi kegiatan-kegiatan yang
melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan Malaysia, pihak
kerajaan negeri, dan pihak pengurusan RUMAH SEWA.
9. Tidak menyalahgunakan RUMAH SEWA dan KELENGKAPAN untuk faedah dan
keuntungan peribadi PENYEWA, tanpa kebenaran PEMILIK, seperti :
I.
II.

Menyewakan atau menjual RUMAH SEWA atau KELENGKAPAN kepada


pihak lain.
Menjadikan RUMAH SEWA sebagai tempat simpanan atau stor perniagaan.

III.

Mengubahsuai fungsi RUMAH SEWA atau KELENGKAPAN kepada sesuatu


yang berlawanan dengan KONTRAK.

IV.

Aktiviti lain yang melanggar KONTRAK, yang mana difikirkan bersesuaian


oleh PEMILIK.

10. Tidak menukar kunci RUMAH SEWA tanpa kebenaran PEMILIK.


11. Memaklumkan kepada PEMILIK sekiranya terdapat apa-apa yang memerlukan
tindakan daripada PEMILIK.
12. Memberikan maklumbalas dan kerjasama yang baik sekiranya diperlukan oleh
PEMILIK atau pihak berkuasa yang berkaitan.
13. Mengganti atau membayar ganti rugi di atas kerosakan RUMAH SEWA dan
KELENGKAPAN yang disebabkan oleh kecuaian dan kelalaian PENYEWA, dengan
nilai yang difikirkan bersesuaian oleh PEMILIK.
14. Tidak memburukkan PEMILIK kepada pihak luar jika terdapat isu yang berbangkit.
Menyelesaikan isu dengan cara yang baik yang dipersetujui PEMILIK.
15. Bertanggungjawab menyelesaikan segala isu dan aduan yang dibangkitkan oleh jiranjiran sekitar yang disebabkan oleh ketidakprihatinan,kecuaian dan kelalaian
PENYEWA.
16. Mematuhi perkara-perkara lain selain yang dinyatakan dalam KONTRAK, yang mana
difikirkan perlu oleh PEMILIK.

HAK PEMILIK
1. Memastikan PENYEWA menduduki dan menggunakan KELENGKAPAN yang
disediakan di RUMAH SEWA sepertimana yang dinyatakan dalam KONTRAK.
2. Melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aktiviti yang menyalahi
undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia, negeri dan pihak
pengurusan RUMAH SEWA.
3. Melakukan pemeriksaan sama ada memaklumkan kepada PENYEWA terlebih dahulu
atau mengejut ke atas RUMAH SEWA apabila difikirkan perlu.

4. Menghalang atau mengusir PENYEWA daripada memasuki RUMAH SEWA


sekiranya gagal menjelaskan bayaran sewa sepertimana yang dinyatakan dalam
KONTRAK atau menyalahgunakan RUMAH SEWA, bergantung kepada budi bicara
PEMILIK.
5. Sekiranya didapati PENYEWA menyewakan RUMAH SEWA dan KELENGKAPAN
kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis , PEMILIK berhak untuk mengambil
segala jumlah sewaan pada bulan semasa tersebut. Pemilik juga berhak menuntut
segala keuntungan yang diperoleh daripada PENYEWA yang menyalahgunakan
RUMAH SEWA. Tindakan undang-undang boleh diambil untuk mendakwa
PENYEWA sebagai menyalahgunakan KONTRAK, RUMAH SEWA dan
KELENGKAPAN.
6. Membatalkan KONTRAK sebelum tamat tempohnya sekiranya perlu berbuat
demikian pada fikiran PEMILIK dan memaklumkan kepada PENYEWA untuk
mengosongkan RUMAH SEWA dalam tempoh yang diberikan. Jumlah deposit yang
dikembalikan bergantung kepada hasil pemeriksaan oleh PEMILIK terhadap
RUMAH SEWA.
7. Mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya menerima aduan daripada jiran-jiran
sekitar, setelah disahkan kebenaran aduan tersebut.
8. PEMILIK berhak membatalkan serta-merta KONTRAK sekiranya didapati terdapat
aktiviti yang menyalahi undang-undang.

LAIN-LAIN PERKARA
1. PENYEWA dibenarkan melakukan baik pulih terhadap RUMAH SEWA,
KELENGKAPAN dan sistem utiliti yang rosak, dan menyerahkan resit pembayaran
baik pulih kepada PEMILIK sebagai bukti. Bayaran sewa akan dikurangkan setelah
menolak jumlah bayaran baik pulih tersebut. Hanya baik pulih yang bukan disebabkan
oleh kecuaian dan kelalaian PENYEWA sahaja akan diterima.
2. Baik pulih yang dibenarkan dilakukan oleh PENYEWA hanya terhad kepada
kerosakan-kerosakan kecil pada sistem utiliti dan struktur rumah dan dengan
kebenaran PEMILIK setelah dimaklumkan terlebih dahulu. PEMILIK tidak akan
menerima baik pulih yang dilakukan hanya untuk kepentingan peribadi PENYEWA
dan tidak berkaitan dengan RUMAH SEWA.
3. Pemalsuan resit pembayaran baik pulih untuk tujuan pengurangan bayaran sewa atau
untuk tujuan yang menyalahi KONTRAK adalah dilarang sama sekali.PEMILIK
berhak memeriksa ketulenan resit bayaran tersebut untuk tujuan pengesahan. Hanya
jumlah yang sebenar akan diambil kira.

Anda mungkin juga menyukai