Anda di halaman 1dari 2

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna
sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU
ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,


wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para
rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)


Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan
petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu


Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Doa memohon kejayaan cemerlang dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan
diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha


wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para
syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Anda mungkin juga menyukai