Anda di halaman 1dari 2

Kejar Cinta Tuhan

KITA HAMBA LEMAH..


TAPI, CARILAH SEBAB UNTUK TERUS KUAT KERANA ALLAH
Allah bagi ujian hati, proses kita nak move on to new life itu sakit, payah
dan perit. Terhimpit dek rindu yang lalu, terkenang-kenang menikam,
menghentam-hentam! Tapi walau sakit manapun kita tetap kena cari
penawar kerana kita yakin Allah yang merencanakan takdir kita adalah
yang terbaik untuk kita. Bukan Dia saja-saja campakkan ujian hati buat
kita tapi kerana Allah sayang kita.
Allah nak ingatkan kita, Dia kesian kat hati, tak nak terus terpagut harapan
pada yang tak pasti. Kita terlalu agungkan cinta insan, takkan kemanamana. Kita lupa cinta Allah lebih indah dari yang kita jangka. Dia sayang.
Dia kasih. Dia pandang kita dengan penuh kasih sayang.. maka kembalilah
kepada Tuhan. Sebenarnya penyebab kekecewaan bukanlah orang tetapi
kerana kita terlalu berharap kepada seseorang, betulkan?
Bukan salah orang itu memberi harapan tetapi salah kita sendiri, kerana
tidak meletakkan sepenuh harapan kepada Tuhan. Dia pemilik hati insan..
andai kita berharap pada Tuhan, kita tak akan rebah menanggung
kekecewaan. Kita hamba lemah.. bangkitlah, kita ada Tuhan. Rebah bukan
bermakna kita terus kalah dan mengalah. Bersyukurlah kita di pilih untuk

di duga. Usah berlama terjerut dengan rasa resah, rasa susah dan rasa
lelah..
Janji Tuhan dalam kalam agung-Nya.. tidak beriman seseorang muslim itu
sehingga ia di uji. Dan setelah di uji, dia bersyukur dan bersabar. Jadi,
wahai sahabat2 yang ku kasehi kerana Allah, fahamilah Allah nak tenguk
siapa di antara kita yang paling sabar hatinya, siapa yang paling tabah
jiwanya, siapa yang paling taqwa bila di campak ujian. Dia nak tenguk
siapa yang berpaling pada Dia atau berbalik pada Dia setelah di timpa
ujian bertubi-tubi. Kita masih ada ruang dan peluang. Dia sentiasa
menunggu dengan sejuta hamparan kasih sayang.. Kembali lah kepadaNya. Sumpah!! kita tak terjangka cinta Allah sangat indah.
https://www.facebook.com/
Artikel asal dari : Rohana Saad Serdang Lama

Anda mungkin juga menyukai