Anda di halaman 1dari 2

APAKAH 1BESTARINET DAN FROG VLE ?

1.0 1BESTARINET
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan
penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang
merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menerajui transformasi
pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua
sekolah di Malaysia.
Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk
merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform
pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar
dan luar bandar.
Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan
perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan
tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog Virtual
Learning Environment (VLE) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.
Kebanyakan generasi muda hari ini amat arif dalam penggunaan Internet dan
banyak masa diluangkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook,
Twitter, MySpace dan YouTube. Budaya dan cara mereka memproses maklumat
sering berubah dan guru perlu mengambil langkah seiring dengan perubahan ini.
Inilah masanya untuk kita sebagai guru membabitkan diri dalam dunia pelajar
melalui frog VLE. Melalui projek 1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan
pembelajaran pasti akan berubah, sekaligus meningkatkan minat belajar dalam
kalangan generasi muda ini.
Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi
terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE
dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar
dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka
berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan
sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID
Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk:

Mengakses platform frog VLE


Mengakses emel peribadi Yes

Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang
bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.

Dengan ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan
bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa,
di mana jua.

2.0 APAKAH FROG VLE?


Frog
adalah
VLE
yang
dipilih
bagi
projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi
sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh
warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih
dikenali sebagai VLE ialah satu sistem
pembelajaran berdasarkan
jaringan yang
menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan
mengintegrasikan
konsep
pendidikan
konvensional dengan kaedah maya. Sebagai
contoh, guru-guru dapat memberi tugasan,
ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar
tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen
penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan
sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila
masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh
dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari
seminggu.
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di
bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem
pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan
menyatukan konsepvirtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guruguru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah
secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah
melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh
mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet.
VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

Disediakan oleh:
Mohammad bin Said
PK HEM
SMK Taman Indah
(131013)

Anda mungkin juga menyukai