Anda di halaman 1dari 3

Di antara aspek yang perlu kita ambil kira yang melibatkan persampelan kajian ialah

mengenai saiz sampel yang akan kita gunakan. Banyak persoalan yang timbul; berapa banyak
sampel yang akan kita guna, kena guna saiz sampel yang besar kah untuk dapatkan signifikan,
bagaimana nak tentukan saiz sampel, cara apa dan juga betulkah sampel yang kita gunakan itu
menepati ciri-ciri populasi kajian.
Jika kita menggunakan kajian kuantitatif, saiz sampel boleh ditentukan dengan menggunakan
prosedur pengiraan yang tertentudengan mengambil kira ralat persampelan, aras signifikan
dan juga aras keyakinandan selalunya kita memilih menggunakan ralat persampelan 5%,
(significance level ()- .05) dengan aras keyakinan (level of confidence) 95%.
Sebagai seorang penyelidik, kita sendiri yang perlu menetapkan aras signifikan kajian kita
untuk kita uji hipotesis kajian kita. Aras signifikan yang biasa ditetapkan dalam penyelidikan
Sains Sosial ialah p<.05 (nilai alpha ). Terdapat juga penyelidik yang menetapkan aras
signifikan alphanya pada .001 dengan aras keyakinan 99%.
Biasanya untuk menentukan saiz sampel, kita boleh merujuk jadual penentuan saiz sampel
yang telah disediakan seperti jadual Krejcie & Morgan (1970) dan jadual Cohen et al. (2001).

Namun, Krejcie & Morgan (1970) tidak membincangkan secara langsung tentang aras
signifikan dan ralat persampelan berbanding dengan Cohen et al. (2001). Selain itu, jika kita
tidak mengetahui jumlah populasi kajian, perisian G*Power lebih sesuai kerana ia membantu
kita menetapkan saiz sampel dengan mengambil kira saiz kesan (effect size), ralat

persampelan dan juga aras signifikan kajian. Cohen (1977) juga membincangkan tentang saiz
kesan ini dalam kajian beliau.
Walauapapun, keputusan pemilihan semuanya bergantung kepada kita sendiri yang
menjalankan penyelidikan tersebut. Tidak kira jenis dan prosedur saiz sampel yang kita
gunakan perlu ada justifikasinya. Ini penting yang akan membuktikan bahawa kita faham
kajian yang kita sendiri jalankan

Anda mungkin juga menyukai