Anda di halaman 1dari 5

Sistem kardiovaskular

Sistem peredaran darah atau sistem kardiovaskular adalah suatu sistem organ yang
berfungsi memindahkan zat ke dan dari sel. Sistem ini juga menolong stabilisasi suhu dan
pH tubuh (bagian dari homeostasis).
Ada dua jenis sistem peredaran darah: sistem peredaran darah terbuka, dan sistem
peredaran darah tertutup. sistem peredaran darah, yang merupakan juga bagian dari
kinerja jantung dan jaringan pembuluh darah (sistem kardiovaskuler) dibentuk. Sistem ini
menjamin kelangsungan hidup organisme, didukung oleh metabolisme setiap sel dalam
tubuh dan mempertahankan sifat kimia dan fisiologis cairan tubuh.
1. Pertama, darah mengangkut oksigen dari paru-paru ke sel dan karbon dioksida
dalam arah yang berlawanan (lihat respirasi).
2. Kedua, yang diangkut dari nutrisi yang berasal pencernaan seperti lemak, gula dan
protein dari saluran pencernaan dalam jaringan masing-masing untuk
mengonsumsi, sesuai dengan kebutuhan mereka, diproses atau disimpan.
Metabolit yang dihasilkan atau produk limbah (seperti urea atau asam urat) yang
kemudian diangkut ke jaringan lain atau organ-organ ekskresi (ginjal dan usus besar).
Juga mendistribusikan darah seperti hormon, sel-sel kekebalan tubuh dan bagian-bagian
dari sistem pembekuan dalam tubuh.

DAYA TAHAN OTOT


Daya tahan otot adalah kompenan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan selain
daripada kekuatan otot, kelembutan dan kelenturan, komposisi lemak badan dan daya
tahan kardiovaskular. Daya tahan otot merupakan keupayaan otot atau kumpulan otot
dalam melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam masa yang
lama. Daya tahan otot dibahagikan kepada dinamik dan statik. Ianya adalah berkaitan
dengan kebolehan otot untuk mengulangi pergerakan submaximal rintangan atau tekanan
untuk mengekalkan darjah ketegangan mengatasi masa.
Johnson dan Nelson (1986), menyatakan bahawa daya tahan otot ialah keupayaan otot
mengulang pergerakan merentang halangan dan tekanan sambil mengekalkan ke satu
tahap ketegangan melepasi satu jangka masa. Menurut Corbin dan Lindsey (1985), daya
otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi
sesuatu rintangan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.

Menurut Corbin dan Linsey (1985), daya tahan otot terbahagi kepada dua jenis iaitu;
i. Daya tahan otot statik
Kebolehan otot menampung beban kerja pada kedudukan yang tepat pada satu jangka
masa. Contohnya gaya siku bengkok.
ii. Daya tahan otot dinamik
Kebolehan otot menguncup dan relaks secara berulang-ulang. Daya tahan otot diukur
berdasarkan ulangan yang mampu dilakukan pada satu jangka masa. Contohnya tekan
tubi.
Corbin dan Lindsey (1988), berpendapat bahawa penguncupan otot terbahagi kepada tiga
jenis iaitu :
i. Pengucupan isotonik
Kedudukan otot berada dalam keadaan memendek atau memanjang dengan regangan
yang tidak sama semasa mengangkat beban yang konsisten. Penguncupan otot jenis ini
dikenali juga sebagai dinamik atau phasic. Penguncupan isotonik pula boleh
dikategorikan kepada dua iaitu :
a. Pengucupan kosenterik
Keadaan otot memendek semasa menguncup. Contohnya mengangkat dumbell.
b. Pengucupan esentrik
Keadaan otot memanjang semasa penguncupan. Contohnya semasa menuruni tangga.
ii. Pengucupan Isometrik
Otot dalam keadaan statik di mana regangan bertambah tetapi panjang otot tidak berubah.
Contohnya menolak dinding.

iii. Pengucupan Isokinetik


Pergerakan yang melibatkan regangan otot yang maksimum dengan kelajuan yang
konstan pada otot yang tertentu. Contohnya ialah latihan menggunakan alat seperti
mengayuh (rowing) yang mempunyai kelajuan dan rintangan.

Perbezaan Daya Tahan Otot dan Kekuatan otot


Daya tahan otot ialah kemampuan otot melakukan aktiviti berulang kali dalam jangka
masa yang lama.
kekuatan otot pula ialah kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan
dengan menggunakan daya yang maksimum. (tak kira la otot bahagian mana pun)
saya selalu menekankan prinsip ini kepada pelajar saya. mudah saja... saya ingatkan
pelajar dengan lakonan mudah yang bersahaja untuk memahami maksud kekuatan otot.
saya minta seorang pelajar mengangkat benda yang berat untuk menunjukkan kekuatan
ototnya. tengokla siapa yang hebat!. dengan itu, pelajar akan lebih mudah faham
maksudnya.
secara umumnya, kekuatan otot adalah berkaitan dengan rintangan (cth: berapa berat kita
boleh angkat?) dan daya tahan otot adalah berkaitan dengan masa (cth: berapa lama kita
boleh buat ulang-ulang kali?).
Kelembutan/Kelenturan
Kelembutan adalah julat pergerakan yang mungkin dalam satu siri sendi (de Vries &
Housh, 1994). Kelembutan juga telah didefinisikan sebagai kebolehan menggerakkan
badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakan tanpa rintangan (strain)
kepada artikulasi dan lekatan otot (Johnson & Nelson, 1986). Ini menunjukkan bahawa
kelembutan adalah spesifik kepada sesuatu sendi tertentu.
Faktor keaktifan individu, jantina, umur, suhu dan iskemia mempengaruhi kelenturan (de
Vries & Housh, 1986). Individu yang kurang aktif mempunyai kelenturan yang kurang
dibandingkan dengan yang aktif. Wanita didapati mempunyai kelenturan yang lebih
berbanding dengan lelaki. Kelenturan berkurangan dengan peningkatan umur.
Peningkatan suhu badan didapati dapat meningkatkan kelenturan. Iskemia, iaitu
pengurangan aliran darah, mengurangkan kelenturan.

Beberapa struktur dan bahagian anatomi juga mempengaruhi kelembutan. Julat


pergerakan ditentukan oleh struktur tulang sendi. Contohnya kelenturan siku dilimitasikan
oleh tulang humerus, radial dan ulna yang membentuk sendi engsel. Lemak yang
terkumpul juga menghalang pergerakan melalui satu julat. Individu yang mempunyai
lemak yang banyak di bahagian abdomen akan menghadapi kesukaran untuk melakukan
fleksi pinggul. Lemak yang terkumpul akan menghalang pergerakan ini. Kulit yang
tercedara akan meninggalkan parut yang kurang anjal. Tisu pengikat dan otot juga
mempengaruhi kelenturan. Kesemua faktor ini melainkan struktur tulang diatasi dengan
kaedah fizikal untuk meningkatkan kelembutan.
Keperluan kelembutan dalam sukan berubah mengikut jenis sukan. Komponen
kecergasan ini merupakan satu ciri yang penting. Seorang atlit lari berpagar memerlukan
kelenturan pinggul sebaik yang mungkin untuk melakukan pergerakan dalam acara
olahraga ini. Perenang memerlukan kelembutan sendi bahu dan buku lali yang baik untuk
menghasilkan daya yang maksimum.
Kelembutan merupakan satu komponen kecergasan berlandaskan kesihatan yang penting
dalam kehidupan seharian. Berlari, berjalan serta pergerakan seharian yang lain
memerlukan kelenturan agar pergerakan dapat dilakukan tanpa rintangan atau
kecederaan ke atas sendi-sendi. Pengekalan mobiliti sendi akan mengurangkan kesakitan
pada sendi disebabkan oleh peningkatan umur (de Vies & Housh, 1994).
Kelembutan dibincangkan dengan istilah-istilah seperti; fleksi iaitu pergerakan yang
mengurangkan sudut antara badan dan anggota dan ekstensi iaitu peningkatan sudut
antara badan dan artikulasi melalui pergerakan. Hipertekstensi adalah peningkatan sudut
pergerakan melampaui julat pergerakan normal. Double-Jointedness adalah istilah yang
digunakan untuk memperihalkan individu yang mempunyai julat pergerakan yang luar
biasa. Muscle Boundness adalah istilah yang digunakan untuk memperihalkan individu
yang mempunyai perkembangan otot yang baik tetapi kelenturan yang kurang baik.
Kelembutan boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu kelenturan statik dan
kelenturan dinamik. Kelembutan statik adalah keupayaan sendi untuk meregang atau
memanjangkan (extend) sejauh mungkin. Kelembutan statik merupakan komponen yang
biasa diukur. Kelembutan dinamik didefinisikan sebagai rintangan sendi pergerakan (Fox,
Bowers & Foss, 1998). Dalam ertikata lain, kelembutan dinamik menitikberatkan daya
yang merintangi julat pergerakan dan bukan julat pergerakan itu sendiri. Kelembutan ini
lebih sukar diukur dan jarang diberi perhatian dalam Pendidikan Jasmani dan penyelidikan
sukan.

Pengukuran kelembutan dilakukan dalam dua cara iaitu Pengukuran Relatif dan
Pengukuran Kelembutan Mutlak (absolute) (Johnson & Nelson, 1986). Pengukuran
Kelembutan Relatif adalah pengukuran kelembutan yang relatif kepada panjang atau lebar
bahagian badan yang spesifik. Pengukuran jenis ini bukan hanya mengukur pergerakan
tetapi meliputi ukuran bahagian badan yang mempengaruhi pergerakan ini. Contohnya,
ujian ekstensi belakang merupakan salah satu ujian yang mengukur kelembutan relatif.
Pengukuran Kelembutan Mutlak pula merupakan pengukuran pergerakan berhubung
dengan matlamat prestasi yang mutlak. Contohnya, ujian split di mana jarak pengukuran
antara lantai dan punggung diukur sebagai pencapaian subjek.
Skor kelembutan dilaporkan dalam bentuk pengukuran linear atau pengukuran bersudut.
Pengukuran linear dilaporkan dalam inci dan milimeter atau ukuran panjang yang lain
yang dihasilkan oleh pita pengukur atau jangka flekso. Pengukuran bersudut
menghasilkan pengukuran dalam bentuk darjah ( ) yang terhasil daripada jangka sudut,
goniometer atau jangka flekso.

Tajuk: UJIAN KELENTURAN ( FLEXSIBILITY TEST )


Definisi kelenturan
Menurut Safrit dan Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan
sesuatu sendi; pergerakan dari fleksi ke ekstensi atau pergerakan ekstensi ke fleksi.
Manakala Johnson dan Nelson (1986), pula menyatakan kebolehan anggota dan sendi
bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian
artikulasi dan penyambung otot.
Sejarah
Pengukuran kelenturan telah bermula secara rasminya padata tahun 1941. Cureton
memperkenalkan bateri ujian berorentasikan Practical Performance. Pada tahun yang
sama juga, ujian kelenturan untuk pergelangan kaki diperkenalkan. Pada tahun 1942, Jack
Leighton memperkenalkan flexometer untuk mengukur pelbagai pergerakan sendi. Pada
tahun 1952, Katherine Wells dan Evelyn Dillion telah memperkenalkan Sit and Reach
Test.
Pada tahun 1966, B.L. Johnson telah mengubah suai ujian Wells & Dillon daripada segi
skor bacaan. Mereka juga telah memperkenalkan ujian kelenturan untuk 4 sukan dan
tarian. Pada tahun 1972, B.L. Johnson telah memperkenalkan alat flexomeasure. Pada
tahun 1975, Myers mengubah suai Sit and Reach Test dan menerbitkan ke dalam YMCA.
Pada tahun 1976, Goodin ; Pollock telah memperkenalkan Trunk Flexion Test ke dalam
YMCA.

Anda mungkin juga menyukai