Anda di halaman 1dari 2

ALU-ALUAN MAJLIS PERTUNANGAN

1. Ucapan salam
2. Penghargaan dan selamat datang
Potang menobeh pokok senduduk
Mani diisi mo hampeh padi
Semuo yang datang silolah duduk
Tuan-puan yang baik budi.
Bak kato orang:
Asam gunung garam dilaut
bertemu jo dalam belango
nan jauh dah kami jemputkan,
nak dokek dah kami kampungkan,
segalo tempek semendo dipanggil
menyambut menerimo kedatangan tuan-tuan
Berbilang dari esa, mengaji dari alif
3. Pengenalan diri dan keluarga
Memperkenalkan diri
Umpamo umur belum setahun jagung
Darah belum setampok pinang
Kok siang belum malam
Ibarat menyingkap daun mengambil buah
Umpir kulit tengok isinyo
Memperkenalkan ahli keluarga terdekat
4. Menyerahkan majlis kepada buapak
Kito bueklah selenggok duo
Bak kato nan tuo
Kalau nak digantang tigo gantang
Kalau nak diikat tigo ikat
Bersamo dengan sarang tempuo
Letak mari di bawah kawah
Perkaro adat ni dibentang panjang
Elok digulung biar singkat
Bak kato orang tuo
Sebak daun ambik buah.
Raja beralam
Penghulu berluak
Lembaga berlingkungan
Buapak beranak buah
Biar bertakik di mulut, jangan bertakik di hati
1|Mohd Nor Usop

5. Penutup
Orang berdatang sembah,
Kita bertandang balas
Yang bengkok ditegakkan
Yang diluruskan biat sentiasa lurus
Supaya menjadi lalui orang
Bagaimana janji kita sepakat
Begitulah kita menunggu berkat
Jadi kami wakilnya menerima
Kata sepakat:
elok kata dalam muafakat
buruk kata diluar muafakat
bulat air kerana pembentong,
bulat kata kerana muafakat
kata pepatah lagi:
bertali boleh diseret
bertampuk boleh dijinjing
keputusannya genggam ditangan
lekat dihati maka setujulah
yang empunya diri
begitulah keputusan kami.
Janji kami toguhkan
Dengan kato, sifat manusio
Toguh dengan janji,
Kata pepatah:
alang berjawat,
Tepuk berbalas
Nan jauh dah kami jemputkan
Nan dokek dah kami kampungkan
Segalo tompek semondo dah dipanggil
Menerimo cincin bererti jadi.
Jadi, adat kita kita pogang teguh
Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah

2|Mohd Nor Usop

Anda mungkin juga menyukai