Anda di halaman 1dari 27

STRATEGI DAN TEKNIK

BACAAN

TAKLIMAT LITERASI BACAAN PISA 2014


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Tafsirkan

Kita tidak perlu mengajar membaca buku-buku hebat;


yang perlu diajar, mencintai bacaan. (B. F Skinner)
Bangsa membaca, bangsa bertamadun.
http://christopherteh.com/blog/2010/07/malaysians-reading-habit

Takrif Membaca
Membaca ialah proses aktif untuk memahami teks
bercetak atau grafik.
Cohen (1990)
Proses mental yang dipilih oleh pembaca secara
sedar untuk melakukan tugasan bacaan dengan baik.
Walker (2000)
Proses aktif apabila pembaca beralih antara sumber
maklumat, menghuraikan makna dan strategi, memantau
pemahaman, dan menggunakan konteks sosial untuk
menggambarkan respons mereka.

Tabiat Membaca Rakyat Malaysia Masalah Utama


Sebab tidak
membaca:
Tidak berminat
(60.4%
Tiada masa 15.2%
Tidak suka
membaca 13.5%
Kesimpulan:
- Tidak minat membaca
- Tidak suka membaca
- Terbatas kepada membaca bahan
tertentu
- Menganggap aktiviti membaca
membosankan
- Kurang kosa kata

Adak
ah st
ra
bacaa tegi
n
(peng
e
kesed tahuan,
aran
da
pegg
unaa n
n
strate
gi da
n
DIAJA
R
K
AN?
peng
guna
annya
dalam
bacaa

PISA menetapkan tiga aspek bacaan:


1. Mengakses dan mendapatkan maklumat
2. Menggabung jalin dan mentafsir
3. Membuat refleksi dan menilai
PISA menekankan bacaan intensif, kritis dan
reflektif dan penggunaan strategi bacaan yang
sesuai untuk sampai kepada pembacaan yang
berkesan dan pemikiran tinggi.

BACAAN PISA = INTENSIF +KRITIS + REFLEKTIF

Tahap Pemahaman Bacaan


(Barret 1968, Smith (1969), Santoz (1976), Azman Wan Chik (1987)

1.

Literal memahami maklumat tersurat/luaran


sahaja dalam teks. (nama, tempat, definisi
mudah, arahan bertulis)

2.

Perterjemahan/penyusunan semula menyatakan


butiran dengan perkataan sendiri dengan
mengekalkan idea asal (makna perkataan, fakta
penting, menceritakan semula, mengubah
maklumat kepada bentuk lain (teks-grafik)

3.

Aplikasi menggunakan sesuatu yang baru


difahami (perkataan, konsep, fakta) dalam
konteks/ penyelesaian masalah/tugasan lain

Tahap Pemahaman Bacaan


(Barret 1968, Smith (1969), Santoz (1976), Azman Wan Chik (1987)

4.

Menganalisis mencerakin komponen


maklumat (mengasingkan idea
utama/sampingan, membandingkan ciri
mengesan organisasi penulisan, menentukan
hujah, fakta, bukti)

5.

Membuat inferens membuat kesimpulan dan


rumusan (sebab, akibat, perubahan, kesudahan)

6.

Menilai mengulas, mengkritik dan menghakimi


maklumat (menentukan kewajaram hujah, bukti,
kekuatan, kelemahan, keaslian)

7.

Penghayatan menikmati bahan secara


dalaman

Takrif Strategi Bacaan

Teknik dan kaedah yang digunakan oleh


pembaca supaya pembacaan mereka
berhasil. (Baker & Boonkit (2004)

Perancangan dan perlakuan untuk


menyelesaikan masalah yang dihadapi
semasa membina makna. (Janzen, 2003)

Strategi Motivasi
Ada kesedaran dan faham pentingnya
membaca.
Jadikan amalan - berdikari.
Teks yang sesuai.
Mengambil risiko dan membuat agakan
semasa membaca
Bimbingan tentang cara membaca pelbagai
bahan bacaan termasuk bacaan elektronik.

Strategi Bacaan
BAWAH KE ATAS

menggunakan
maklumat yang sedia
ada dalam teks.
Contohnya memahami
teks dengan
menganalisis
perkataan dan ayat,
atau merujuk makna
perkataan yang sukar
dalam kamus

ATAS KE BAWAH

Menggunakan
pengetahuan
sebelumnya,

Contohnya
menghubungkan apaapa yang sedang
dibaca kepada
pengetahuan latar
pembaca (Janzen,
2003).

TIGA PERINGKAT BACAAN


(SEBELUM SEMASA-SELEPAS)

Sebelum Membaca:

Menggunakan pengetahuan latar untuk


berfikir tentang topik tersebut.
Menentukan perkara yang perlu difahami
daripada bahan dan tujuan membaca.
Membuat ramalan tentang maksud teks
Meninjau teks dengan bacaan imbasan dan
luncuran untuk mendapatkan maksud
keseluruhan
Meneroka ciri-ciri teks yang dibaca sebelum
membaca kandungan

Semasa Membaca

Mengenal pasti isi-isi penting, idea dan


maklumat dalam
Mengenal pasti tujuan dan pola pemikiran
penulis,
Menjelaskan kefahaman tentang teks
Meramal hal yang akan berlaku
Menghubungkan idea penulis dengan maklumat
yang sudah diketahui
Meluaskan kefahaman dengan cara yang kritis
dan kreatif
Memantau pemahaman dengan mempersoalkan
dan merenung idea dan maklumat dalam teks.

Selepas Membaca

Mengenal pasti tujuan penulis


Menganalisis teknik dan bahasa penulis
Menilai kecekapan dan kewibawaan
penulis
Menanyakan soalan kritis
Menilai sifat dan jenis bukti yang
digunakan oleh pembaca untuk
mendapatkan maklumat yang terperinci.

Gangguan dalam pemahaman bacaan


Tidak

memahami perkataan atau rangkai


kata tertentu.
Tertinggal/terlepas pandang fakta, idea
penting.
Kurang mahir dan gagal mengawal
pemahaman dan menjangka pemahaman.
Gagal mengekalkan tumpuan.

Strategi memahami kosa kata

Tidak terus menggunakan kamus.


Menggarisi/menyerlahkan perkataan yang
tidak difahami.
Meninjau kata kunci dalam teks.
Mengesan imbuhan, sinonim, antonim bagi
perkataan itu
Menggunakan petunjuk konteks (definisi,
gambaran, contoh, perbandingan dll.)

Strategi Bacaan
Meneroka

ciri-ciri teks sebelum


membaca kandungan
Membaca secara imbasan dan
luncuran
Menggarisi atau menyerlahkan
maklumat
Membuat catatan tepi dan anotasi
Membuat inferens

Strategi Bacaan
Mengemukakan

soalan
Menggunakan rajah, gambar, peta
minda (visualisasi daripada daripada
linear (teks) kepada bukan linear
(grafik)
Menggunakan kamus
Menggunakan petunjuk konteks
Berbincang dengan rakan

TEKNIK BACAAN ASAS


Teknik Bacaan Asas - Bacaan Secara Imbasan
(Scanning)
1.

Satu kegiatan membaca dengan mata bergerak cepat ke


sana sini untuk menemukan maklumat yang tertentu
sebagai jawapan kepada sesuatu soalan.

2.

Tiga langkah bacaan imbasan:


membaca pendahuluan dan rumusan teks
membaca kandungan bab (table of content) dengan
pantas sambil memberikan perhatian kepada
rajah dan grafik mencatatkan kata kunci dan
konsep
dalam bahan

TEKNIK BACAAN ASAS


Bacaan Secara Luncuran (Skimming)

Kegiatan membaca untuk mendapatkan maklumat


ringkas tetapi menyeluruh atau pandangan umum
dalam sesuatu bahan dengan segera.

Dua langkah bacaan secara luncuran


membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan
bahan,
membaca dengan menggunakan pergerakan
mata yang cepat dan memberikan tumpuan
sepenuhnya pada bahan yang dibaca.

KWLH
K (know)

Perkara yang sudah


diketahui sebelum
membaca

W (what)

Perkara yang hendak


diketahui sebelum
membaca

L (learned)

Perkara yang dipelajari


selepas membaca

H (how)

Cara untuk mendapat


maklumat tambahan yang
ingin diketahui (melalui
bacaan seterusnya)

Wha
t
(Apa
)

Know
Know
(Tahu)
(Tahu)

Lear
n
(Tela
h
Tahu
)

How
(Cara
)

SQ4R
Enam langkah - meninjau, menyoal, membaca,
mencatat, menyatakan kembali, dan membuat
refleksi. (Francis Robinson)

S
SURVEY
(MENINJAU)

QUESTION
(MENYOAL)

R
READI
(MEMBACA)

RECORD
(MENCATAT
)

R
RECITE
(MENYATAKAN
KEMBALI)

REFLECT
(MEMBUAT
REFLEKSI)

Bersiap sedia SEBELUM membaca - prabaca (MENINJAU,


MENYOAL)
Melibatkan diri SEMASA bacaan- sambil membaca (MEMBACA,
MENCATAT).
Memberi reaksi SELEPAS bacaan (NYATAKAN KEMBALI, MEMBUAT
REFLEKSI )

SQ4R
1.TINJAU

6.REFLEKSI

2.SOAL

SQ4
R
5.NYATAKA
N

3.BACA

4.CATAT

1. TINJAU (survey)

SQ4R

Pandangan awal sebelum


membaca)
TAJUK &
TAJUK KECIL

PERENGGAN
AKHIR

PENGENALAN

KETERANGAN
GAMBAR

TINJA
U

RINGKASAN
BAB

SOALAN

PERKATAAN

SQ4R

2. SOAL (Question)
Apakah yang
difahami
tentang tajuk?

Apakah
perkataan
yang sukar?
Mengapa?

Perenggan
manakah
yang
menjelaskan
tajuk?

SOA
L

Apa tujuan
perenggan 1?

Mengapakah
panjang
perenggan
tidak sama?

3. BACA (Read)
Membaca dengan teliti untuk menjawab
soalan-soalan yang telah dibina dalam
langkah 2 (Soal).
4. CATAT (Record)
Mencatat di bahagian tepi petikan.
Catatan ini dijadikan panduan untuk
menyatakan kembali isi yang terdapat
dalam bab atau petikan,

5. NYATAKAN (Recite)
Melafazkan
catatan yang dibuat di tepi
petikan menggunakan perkataan sendiri.
Proses ini mengukuhkan lagi penguasaan
teks dan membantu mengingat perkara yang
dibaca.

6. REFLEKSI (Reflect)
Merenung
dan
menghubungkaitkan
bab,
maklumat baharu dengan maklumat yang
diketahui dengan teliti. Ulang pembacaan
sekiranya ada bahagian teks yang tidak jelas.

RUMUSAN
Pelaksanaan PISA memerlukan guru dan
pelajar:
Membiasakan diri dengan jenis petikan dan
bentuk soalan PISA
Mengaplikasikan KBAT dalam PdP termasuk
penggunaan pelbagai teknik penyoalan
dalam PdP dan alat berfikir.
Mengaplikasikan strategi kognitif dan
metakognitif serta teknik bacaan yang
intensif, kritis dan reflektif.

Anda mungkin juga menyukai