Anda di halaman 1dari 2

MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA

PENDIDIKAN ALIRAN VOKASIONAL (PAV) adalah merupakan satu aliran yang ddiwujudkan untuk membantu pelajar yang kurang berminat
dalam bidang akademik. Setiap pelajar PAV akan mengikuti matapelajaran Vokasional yang menjadi matapelajaran utama (20 waktu setiap
minggu). Silibus bagi matapelajaran Vokasional ini adalah merangkumi kerja-kerja projek, kerjja-kerja amali, kerja kursus serta teori. Setiap
kerja projek dan kerja amali akan ditaksir untuk tujuan pemarkahan yang akan dihantar ke Lembaga Peperiksaan pada penghujung tahun.
Adalah ingin ditekankan, pentaksiran bagi matapelajaran Vokasional ini akan dilakukan SEPANJANG TAHUN dan akan digunakan untuk
tujuan persijilan PAV kelak. Oleh yang demikian, pihak kami ingin memaklumkan kepada pihak ibu bapa mengenai perkara-perkara berikut: 1.

Kehadiran pelajar sangatlah penting. Setiap hari kerja amali akan dijalankan oleh guru PAV dan kerja amali tersebut akan dinilai dan
direkod. Oleh yang demikian, pihak kami akan memberi keutamaan kepada kehadiran pelajar kerana sekiranya pelajar tidak hadir,
maka ia akan menjejaskan petaksiran kerja amali bagi pelajar tersebut..

2.

Harus difahamkan akan ada pelbagai kerja kursus, kerja amali dan kerja projek yang harus dibuat dan disiapkan oleh pelajar-pelajar
PAV. Sekiranya pelajar tidak menyiapkan kerja kursus, kerja amali atau projek yang diberikan oleh guru, ia akan menjejaskan
markah mereka yang akan dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Dengan ini, kami ingin meminta jasa baik pihak ibubapa membantu kami untuk memastikan perkara-perkara ini. Bagi mana-mana pelajar yang
menunjukkan kehadiran yang kurang memuaskan atau enggan menyiapkan kerja kursus, kerja projek atau kerja amali, pihak kami akan
terpaksa mengambil tindakan supaya pencapaian pelajar tidak terjejas. Pihak kami akan mengambil beberapa tindakan dan sekiranya masih
tidak berubah pelajar tersebut akan dikeluarkan daripada alliran PAV dan akan ditukarkan ke kelas aliran biasa.
Sekian, terima kasih

..
AHMAD BIN JAHAYA
PENGETUA
SMK DATO LELA PAHLAWAN

SURAT MAKLUMAN

Saya bernama __________________________________________________ibubapa / penjaga kepada pelajar Tingkatan 1PAV bernama


________________________________________________________ maklum mengenai perkara di atas dan akan memastikan anak saya
mematuhi pekara-perkara di atas.

TANDATANGAN IBUBAPA/PENJAGA

TANDATANGAN PELAJAR

(_______________________________________________________)

(________________________________________)

Tarikh: ..

Tarikh: ..

Anda mungkin juga menyukai