Anda di halaman 1dari 8

2.5.

Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Kepimpinan Transformasional, Kepimpinan

Transaksional Dan Hubungan Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Kepuasan Kerja.

Walaupun pelbagai kajian yang mendapati kepimpinan transformasional dan

transaksional adalah berbeza dari segi konsep dan amalan, ramai penyelidik berpendapat

kepimpinan transformasional adalah diwujudkan berdasarkan kepimpinan transaksional

(Bass & Avolio, 1994). Bass dan rakan-rakannya berpendapat bahawa kepemimpinan

transaksional adalah prasyarat yang diperlukan jika kepemimpinan transformasional ingin

dijadikan efektif (Hinkin, T. R., & Schriesheim, C. A., 2008; Avolio, 1999). Dengan

memberikan arah dan fokus, kepimpinan transaksional membuat penggunaan tingkah laku

transformasional kurang mengelirukan dan samar-samar. Menurut Weihrich et.al (2008)

pula, kepimpinan transaksional adalah subset bagi kepimpinan transformasional.

THE IMPACT OF TRANSFORMATIONAL AND TRANSACTIONAL

LEADERSHIP STYLES ON THE MOTIVATION OF EMPLOYEES IN PAKISTAN

Abdul Qayyum Chaudhry dan Husnain Javed telah mebuat satu kajian “Kesan

Gaya Kepimpinan Transaksional Dan Laissez-Faire Ke Atas Motivasi Pekerja” di Pakistan

pada tahun 2012. Sebanyak 278 orang sampel digunakan untuk mengenalpasti gaya

kepimpinan yang lebih sesuai bagi meningkatkan tahap motivasi pekerja dengan

organisasi. Kajian deskriptif ini menggunakan borang soal selidik dan menggunakan ujian

korelasi (SPSS). Melalui kajian ini, mereka mendapati, kepimpinan transformasional

mempunyai hubungan yang positif, kuat dan signifikan dengan komitmen pekerja.

Kepimpinan Laissez-faire didapati bukan gaya kepimpinan yang penting untuk

meningkatkan tahap motivasi pekerja. Kajian ini juga mendapati, pekerja di bawah

kepimpinan transaksional adalah lebih bermotivasi daripada pekerja-pekerja di bawah

kepimpinan transformasional. Ini bermaksud pekerja akan lebih bermotivasi sekiranya

mereka jelas dengan bidang tugas yang harus dilakukan serta mengetahui apa ganjaran

atau pampasan yang akan diperolehi apabila matlamat organisasi tercapai.


Dalam kajian “Teori Kepimpinan Transformasional Vs. Transaksional: Bukti

Dalam Penulisan” yang dilakukan oleh Odumeru, James A dan Ifeanyi George Ogbonna

di Nigeria pada tahun 2013 bertujuan untuk mendapatkan perbezaan antara kepimpinan

transformasional dan transaksional daripada bukti penulisan. Kajian ini mendapati,

walaupun kedua-dua kepimpinan ini berbeza antara satu sama lain dari segi konsep, tetapi

ada elemen kepimpinan transaksional yang wujud dalam kepimpinan transformasional.

Mereka juga mendapati kedua-dua teori mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan.

Tetapi, pengaruh variabel bersituasi atas kepimpinan terhasil daripada konteks kedua-dua

kepimpinan ini.

Dalam sebuah kajian bertajuk “Perbandingan Kepimpinan Transformasional dalam

Syarikat yang Berjaya dan Tidak Berjaya” oleh Gholamreza Jandaghi, Hassan Zareei

Matin dan Ali Farjami pada tahun 2009 adalah bertujuan untuk membandingkan

kepimpinan transformasional dalam syarikat yang berjaya dan tidak berjaya. Sebanyak 68

orang sampel digunakan bagi menjawab borang soal selidik bagi kajian secara tinjuan

deskriptif ini. Daripada kajian ini, pengkaji mendapati, syarikat yang menggunakan

kepimpinan transformasional adalah daripda syarijat-syarikat yang berjaya. Ini bermakna

pekerja-pekerja yang mendapat pemimpin yang mengamalkan kepimpinan

transformasional lebih cenderung untuk menjayakan syarikat masing-masing kerana

mereka lebih gembira dengan kepimpinan berkenaan.

“Kepimpinan Transformasi: Inventori Amalan Kepimpinan Pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Daerah Sibu, Sarawak” adalah satu kajian yang dijalankan oleh

Ting, Kung Yew and Yasin, M. Al-Muzzammil pada tahun 2009. Kajian ini bertujuan

untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua sekolah menengah

kebangsaan di daerah Sibu, Sarawak. Kajian ini menggunakan seramai 4 orang pengetua

dan 312 orang guru sebagai sampel kajian. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan

borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan analisis deskriptif dan
inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap keseluruhan amalan kepimpian transformasi

pengetua mengikut persepsi pengetua adalah pada tahap tinggi dan tahap sederhana

mengikut persepsi guru. Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan signifikan

disebabkan oleh faktor jantina terhadap kepimpinan pengetua. Kajian ini jelas

menunjukkan bahawa terdapat pengetua yang berpendapat mereka mengamalkan

kepimpinan transformasional tetapi para guru di bawah seliannya tidak melihat gaya

kepimpinan beliau sebagai kepimpinan transformasi. Ini mungkin disebabkan oleh

ketidakjelasan pengetua tersebut tentang gaya kepimpinan transformasional.

Pada tahun 2009, Jazmi Bin Md. Isa telah menjalankan sebuah kajian yang

bertajuk “Gaya Kepemimpinan Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru: Kajian Perbandingan

Antara SMKA Dengan SMK” untuk meninjau perbezaan gaya kepemimpinan

transformasi, gaya kepemimpinan transaksi dan kepuasan kerja guru antara SMKA dengan

SMK. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti hubungan antara gaya kepemimpinan

transformasional dan transaksional dengan kepuasan kerja guru. Kajian berbentuk tinjaun

deskriptif ini menggunakan seramai 212 responden untuk menjawab borang soal selidik.

Kajian ini mendapati, tiada perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja guru bagi

gaya kepemimpinan transformasional dan gaya kepemimpinan transaksional pengetua.

Kajian ini juga mendapati tahap kepuasan guru di SMKA adalah tinggi manakala di SMK

berada pada tahap sederhana. Berkemungkinan pengetua-pengetua di sekolah yang dikaji

menggunakan gabungan kedua-dua kepimpinan transformasional dan transaksional kerana

tiada perbezaan signifikan antara gaya kepimpinan yang dapat dilihat oleh guru sedangkan

kedua-dua kepimpinan adalah agak berbeza.

Hassan Bin Hushin dan Adnan Bin Hussin telah menjalankan sebuah kajian di

Besut, Terengganu yang bertajuk “Hubungan Kepuasan Kerja Guru dengan Gaya

Kepimpinan Guru Besar” pada tahun 2008 ke atas 150 orang guru sebagai responden.

Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrument dengan

data deskriptif dan korelasi. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti gaya
kepimpinan guru besar yang disukai oleh guru dan juga untuk mengenalpasti hubungan

kepuasan kerja guru dengan gaya kepimpinan guru besar. Kajian ini mendapati gaya

kepimpinan yang selalu diamalkan oleh guru besar di daerah Besut adalah gaya

kepimpinan instrumental. Gaya kedua paling banayk digunakan adalah gaya kepimpinan

demokratik. Ujian korelasi menunjukkan gaya kepimpinan instrumental dan demokratik

mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan kepuasan kerja guru. Tetapi gaya

kepimpinan berorientasikan kejayaan dan autokratik tidak mepunyai hubungan yang

signifikan dengan kepuasan kerja guru. Jelas sekali guru-guru lebih menyenangi

kepimpinan pengetua yang tidak berbentuk autokratik di mana guru besar sentiasa

berunding dengan guru-guru dan menitikberatkan pandangan guru sebelum mengambil

apa-apa keputusan.

Kajian oleh Cheah Lee Hwa yang bertajuk “Kesan Gaya Kepimpinan

Transformasi-Demokratik Pengetua ke atas Kepuasan Kerja dan Komitmen Guru” pada

tahun 2008 dijalankan untuk mengenalpasti sama ada kepimpinan transformasional dan

demokratik diamalkan di sekolah-sekolah menengah kebangsaan serta untuk melihat sama

ada terdapat hubungan di antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja dan

komitmen guru. Kajin ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif dan

menggunakan 340 orang responden. Kajian kualitatif dijalankan ke atas 3 buah sekolah

yang menunjukkan kepuasan guru dan komitmen guru yang tinggi daripda kajian

kuantitatif. Kajian ini mendapati, kepimpinan tansformasional-demokratik mempunyai

hubungan signifikan yang positif terhadap kepuasan kerja dan komitmen guru. Guru

mencapai tahap kepuasan kerja yang lebih tinggi sekiranya berada di bawah kepimpinan

tarnsformasi-demokratik. Kajian kualitatif pula mendapati, pengetua-pengetua kini

melihat organisasi sekolah sebagai tanpa hieraki dan emngutamakan pengurusan

penglibatan dan kolaboratif guru. Guru-guru yang kini mempunyai tahap pendidikan yang

tinggi dan mengharapkan lebih banyak kuasa autonomi. Pengetua-pengetua dilihat


menjauhi daripada kuasa jawatan mereka dan secara tidak langsung dapat memupuk sifat

kepimpinan guru-guru.

Dalam sebuah kajian yang dijalankan olehh Huang Hui, Hashem Salarzaden

Jenatabadi, Noor Azina Ismail dan Che Wan Jasimah Bt Wan Mohamed Radzi yang

bertajuk “Gaya Kepimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru: Satu Kajian Kes di

China” pada tahun 2013 adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara kepuasan

kerja guru dengan gaya kepimpinan pengetua dan gaya membuat keputusan pengetua.

Sebanyak 210 orang responden digunakan untuk menjawab borang soal selidik bagi kajian

berbentuk kuantitatif ini. Kajian ini mendapati terdapat hubungan signifikan yang positif

antara gaya kepimpinan pengetua dan gaya membuat keputusan pengetua. Kajian ini juga

mendapati terdapat hubungan signifikan yang positif antara gaya kepimpinan pengetua

dan tahap kepuasan kerja guru. Dapatan utama kajian ini adalah gaya membuat keputusan

pengetua menjadi perantara antara gaya kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru.

Kajian “Gaya Kepimpinan dan Kepuasan Kerja Guru” telah dijalankan oleh Ali

Yassin Sheikh Ali dan Abdul Kadir Mohamud Dahie pada tahun 2015 di Somalia. Kajian

berbentuk kuantitatif ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan gaya kepimpinan

transformasi, transaksi dan laissez-faire ke atas kepuasan kerja guru. Kajian berbentuk

deskriptif dan explainotari menggunakan 200 orang responden daripada sekolah-sekolah

menengah di Somalia. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen

kajian. Kajian ini mendapati ketiga-tiga gaya kepimpinan transformasi, transaksi dan

laissez-faire mempunyai hubungan yang signifikan yang positif dengan kepuasan kerja

guru. Tetapi gaya kepimpinan laissez-faire merupakan gaya kepimpinan yang paling

dikehendaki dan disenangi oleh guru-guru untuk mencapai tahap kepuasan kerja. Guru-

guru ini berkemungkinan lebih menyukai sekiranya pemimpin mereka membenarkan

mereka membuat keputusan sendiri dan memberikan kebebasan kepada mereka.

Kajian “Kepimpinan Transformasi dan Kepimpinan Penggantian dalam Sukan:

Implikasi ke atas Kepuasan Kerja Jurulatih” yang dijalankan oleh Aminuddin Yusof dan
parilah Mohd Shah (2008) adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara

kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja jurulatih. Seramai 308 orang jurulatih

digunakan sebagai sampel untuk menjawab soal selidik. Analisis dijalankan menngunakan

statistik deskriptif dan regresi logistik. Kajian ini mendapati, ada hubungan signifikan di

anatara kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja jurulatih.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Ishak dan Mastura pada tahun 2007 yang

bertajuk “Impak Tingkah Laku Kepimpinan Transaksi Dan Transformasi Pengetua ke atas

Tingkah Laku Kerja Guru-Guru” adalh bertujuan untuk untuk mengenalpasti impak

tingkah laku kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru dan komitmen guru

terhadap sekolah. seramai 432 orang guru dari 13 buah sekolah dipilih sebagai sampel

untuk menjawab soal selidik. Data-data kajian telah dianalisis menggunakan statistik

deskriptif untuk menghuraikan demografi subjek kajian dan statistik infrensi iaitu regresi

pelbagai digunakan untuk menghuraikan impak tingkah laku kepimpinan pengetua ke atas

kepuasan kerja guru dan komitmen guru. Kajian ini mendapati kepimpinan transaksi

mempunyai hubungan yang lebih signifikan yang positif terhadap kepuasan kerja guru

daripada kepimpinan transformasi. Guru-guru yang mengetahu tugas mereka lebih

mencapai kepuasan kerja. Pengetua yang memberi ganjaran kepada guru mampu

meningkatkan tahap kepuasan guru.

2.6 Kerangka Konsep.

Kerangka konsep merupakan suatu konsep yang dipilih untuk kajian atau tafsiran

hubungan antara variabel yang dijangkakan yang berguna dan sesuai yang boleh

dibahaskan. Kajian ini melibatkan dua variabel iaitu satu variabel bersandar dan satu

variabel tidak bersandar. Variabel tidak bersandar dalam kajin ini adalah gaya kepimpinan

pengetua manakala variabel bersandar dalam kajian ini adalah kepuasan kerja guru.

Gaya Kepimpinan transformasi dan transaksi adalah diperkembangkan oleh Bass

(1985) dengan mengenalpasti kedua-dua gaya kepimpinan ini dapat menyumbang kepada
pencapaian objektif dan matlamat organisasi. Model kepimpinan yang penuh oleh Avolio

dan Bass (2004) adalah merangkumi tiga amalan kepimpinan iaitu transformasi, transaksi

dan laissez-faire dengan Sembilan faktor yang berkaitan. Tetapi kajian ini akan hanya

menggunakan komponen amalan kepimpinan transformasi dan transaksi. Bagi kepimpinan

transformasi pengetua, faktor-faktor yang akan dilihat adalah aspek Pengaruh Ideal,

Motivasi Inspirasi, Rangsangan Intelektual dan Pertimbangan individu. Bagi gaya

kepimpinan transaksi pula, faktor-faktor yang akan dilihat adalah ganjaran Kontinjensi

dan Pengurusan Berkecuali.

VARIABEL BERSANDAR
VARIABEL BEBAS
GAYA KEPIMPINAN
PENGETUA
KEPUASAN KERJA
Kepimpinan Transformasional
GURU
 Pengaruh Ideal
 Motivasi Inspirasi
 Rangsangan Intelektual
Teori Dua Faktor Herzberg
 Pertimbangan individu
 Keadan pekerjaan
 Tanggungjawab
 Peluang kenaikan pangkat
Kepimpinan Transaksional  Penyeliaan
 Ganjaran Kontinjensi
 Pengurusan Berkecuali
(Aktif)
 Pengurusan Berkecuali
(Pasif)
 Laissez Faire
Bagi variabel bersandar kepuasan kerja guru, Teori Dua Faktor Herzberg akan

digunapakai. Menurut Luthans (1995), faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasaan kerja

yang dapat diukur adalah gaji, pekerjaan, kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja.

Dalam kajian ini, pengkaji akan memilih faktor-faktor yang dinyatakan oleh Luthans.

Pengkaji akan melihat kepuasan kerja menggunakan lima faktor yang telah dijelaskan

dengan terperinci terlebih dahulu. Rajah 2.3 menunjukkan kerangka konsep bagi kajian ini

2.7 Rumusan

Daripada penulisan-penulisan yang telah disorot, pelbagai hasil dapat dilihat

tentang gaya kepimpinan, kepuasan kerja dan hubungan antara gaya kepimpinan dan

kepuasan kerja guru. Kajian-kajian daripada dalam negara ataupun luar negara telah

banyak memberi sumbangan kepada kajian ini.

Satu kajian harus dijalankan untuk melihat sama ada dapatanm kajian ini

menyokong atau tidak dapatan-dapatan kajian yang telah disorot di dalam bab 2 ini.

Kajian ini dianggap penting kerana tahap pendidikan negara bergantung sepenuhnya

kepada guru-guru dan pengetua.Kepuasan kerja guru adalah sangat penting dalam

menyediakan diri guru untuk menjalankan tugas penyampaian pengajaran dengan efektif.

Gaya kepimpinan pengetua adalah penting untuk membolehkan guru mencapai tahap

kepuasan kerja yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai