Anda di halaman 1dari 9

PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK

KEDIAMAN

ALAMA

DIANTARA

(TUAN RUMAH)

DAN

K(PENYEWA)

PADA
01 MAC 2022
(Tarikh Perjanjian)

alamat
PERJANJIAN ini dibuat pada 01 MAC 2022 di antara ____________________________

yang beralamat di ___________________________ (selepas ini disebut sebagai “Tuan

Rumah”) sebagai satu pihak dan ________________________ beralamat di

________________________ (selepas ini disebut sebagai “Penyewa”) sebagai pihak satu

lagi.

BAHAWASANYA:

1. Tuan Rumah adalah pemilik sah dan berdaftar bagi rumah di alamat
____________________

2. Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Peyewa dan Penyewa bersetuju untuk
menyewa dari Tuan Rumah untuk seluruh ruang rumah di alamat
______________________ (selepas itu di sebut sebagai “Rumah tersebut”) serta
menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang diadakan.

DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI PERKARA-PERKARA BERIKUT:-

1. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan sebanyak


(Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Sahaja) (RM900.00) sebulan. Sewa bulanan
hendaklah di bayar terlebih dahulu pada 30 atau 31 haribulan bagi setiap bulan
melalui >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

2. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani perjanjian ini


sebanyak (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) (RM2000.00) sebagai bayaran
cagaran 1 bulan, sewa bulanan, pendahuluan bayaran air dan elektrik. Iaitu,

alamat
sebanyak (Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Sahaja) (RM900) untuk sewa bulanan,
(Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Sahaja) (RM900.00) untuk deposit sekuriti dan
sebanyak (Ringgit Malaysia Dua Ratus) (RM200.00) sebagai pendahuluan bayaran
utiliti (air dan elektrik). Jumlah deposit sekuriti tersebut (RM900) akan kekal
sepanjang tempoh sewaan dan tidak akan dianggap sebagai bayaran sewa dan
akan dikembalikan kepada Penyewa selepas tamatnya tempoh sewa, dan
sebahagiannya akan digunakan bagi membaiki apa-apa kerosakan yang
disebabkan oleh Penyewa ke atas Rumah Tersebut (kerosakan disebabkan
kelunturan dan kehausan dikecualikan) pada akhir tempoh penyewaan. Deposit
Utiliti ini (RM200) akan dikembalikan tanpa faedah kepada Penyewa selepas ditolak
apa juga jumlah yang masih tertunggak.

3. Perjanjian in adalah sah sehingga notis menamatkan penyewaan secara bertulis


diberi oleh Penyewa atau Tuan Rumah.

MAKA PENYEWA DI SINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI BERIKUT:

1. Membayar sewa bulanan pada hari seperti mana diTETAPKAN.

2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik, Indah Water dan telefon
yang dikenakan pada Rumah tersebut semasa tempoh penyewaan ini berjalan.

3. Penyewa bertanggungjawab untuk membayar bayaran sewa dan bayaran


perenggan (2).

4. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian


daripada Rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi undang-
undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dan perjudian,
memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua bentuk sekali
pun.

alamat
5. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Rumah tersebut dan/atau sebahagian
daripada Rumah tersebut digunakan untuk apa pun jenis perniagaan atau urusan
perniagaan tanpa kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.

6. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau


sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari
kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua
bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah
berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat
perjanjian.

7. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau


perubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam Rumah
tersebut walau dengan apa cara sekali pun termasuk merosakkan dinding rumah
dengan memaku atau merosakkan cat tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
bertulis dari Tuan Rumah. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding
hendaklah dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan ‘wallplug’.

8. Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam Rumah apa jua jenis senjata, bahan
letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau
yang mudah terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan
mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.

9. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah tersebut termasuk
ruang kaki lima, serta jalan sekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh
Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.

10. Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sepanjang tempoh
penyewaan ini supaya sentiasa berada didalam keadaan baik dan boleh diduduki
(susutan biasa sama ada kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana
alam dikecualikan).

11. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa sahaja
perbuatan sumbang atau salahlaku atau sebarang perbuatan yang menyalahi

alamat
undang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana
atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.

12. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau
pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah
memasuki Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikan kepada
rumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak.

13. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa


atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran
Penyewa kepada kawasan bangunan ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan
atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan-perbelanjaan yang
dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa.

14. Bertanggungjawab untuk membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh


kekerapan penggunaan Penyewa atau penghuni Rumah tersebut atau pelawat
dengan kebenaran Penyewa ke atas mana-mana atau ke semua perkara-perkara
berikut;

a) Lampu Syiling dan “Starter” (tidak termasuk „housing” lampu).


b) Mentol Lampu.
c) Kipas.
d) Kepala Paip.
e) Pam Tandas.
f) Pintu Bilik.
g) Tombol Pintu
h) Pintu Tandas
i) Singki Dapur.
j) Singki Tandas
.
15. Penyewa hendaklah menyerahkan Rumah Tersebut kepada Tuan Rumah dalam
keadaan baik, bersih dan sedia disewakan kepada orang lain serta membersihkan
semua sampah dengan teratur dan sempurna. Penyewa juga hendaklah

alamat
mengeluarkan semua peralatan, kelengkapan atau apa juga barangan miliknya yang
telah dipasang atau akan membaiki apa juga kerosakan akibat daripada
pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau barangan yang
dipasang.

TUAN RUMAH DENGAN INI BERSETUJU DENGAN PENYEWA

1. Akan membayar Cukai Pintu dan Cukai Tanah yang dikenakan ke atas Rumah
tersebut.
2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah tersebut yang
mana ianya bukan di sebabkan oleh kelalaian dan juga membaiki apa-apa
kerosakan biasa yang disebabkan oleh “Fair Wear and Tear” dan Tuan Rumah
bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke
atas rumah tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.
3. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada hari
penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran
boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak
dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan
daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa, kakitangan
dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas penyewa
mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan
yang di tanggung oleh tuan rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah
seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.
4. Mempastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa
mendiami Rumah seperti pemasangan tombol pintu dan tingkap berada dalam
keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan
selamat.

alamat
alamat
PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA.
1. Tuan Rumah hendaklah menyerahkan kunci rumah sewa kepada Penyewa
selepas Penyewa membayar wang cagaran melainkan dipersetujui oleh
kedua-dua pihak.
2. Sekiranya Perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa,
adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah
kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera.
3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar pada tarikh yang dipersetujui (30
atau 31 haribulan setiap bulan) maka Tuan Rumah berhak memberi
notis/arahan bertulis kepada Penyewa untuk keluar dari Rumah
Tersebut serta-merta tanpa kompromi. Penyewa akan diberikan 30 hari
(sebulan) untuk keluar dari Rumah Tersebut.
4. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya
berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakan semula
Rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang
dari satu bulan (1) notis bertulis kepada Penyewa.
5. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis bertulis
tidak kurang dari dua (2) bulan kepada Tuan Rumah.
6. Kadar sewa selepas tamat tempoh sewaan SATU (1) tahun akan dikaji
semua mengikut kadar pasaran pada ketika itu.
7. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari membayar
kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertuggak seperti yang
dinyatakan dalam perjanjian ini.
8. Sebarang pertikaian di antara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai
Penyewaan Rumah tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik.
Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan melalui Pihak
Berkuasa.
9. Bayaran wang deposit tidak akan dikembalikan jika Penyewa gagal
memberikan notis menamatkan tempoh penyewaan kurang dari 2 bulan.

alamat
PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam perjanjian
ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang disebut di
atas.

___________________________
Penyewa
Nama: KALIMATON SAADIAH BINTI MD AROS
No Kad Pengenalan: 641219-02-5692
Tarikh: 1 MAC 2022

___________________________
Tuan Rumah
Nama: VIJAYASHAMILA A/P VEERAPERUMAL
No Kad Pengenalan: 801009-03-5120
Tarikh: 1 MAC 2022

___________________________
Saksi
Nama:
No Kad Pengenalan:
Tarikh: 1 MAC 2022

alamat

Anda mungkin juga menyukai