Anda di halaman 1dari 2

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

Panduan Untuk Guru-Guru Dan Matron.


Oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

Apakah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

ƒ Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ialah penyakit jangkitan virus yang melibatkan
kanak-kanak.
ƒ Biasanya ciri-ciri klinikal adalah tidak serius tetapi ia boleh membawa maut
sekiranya penyakit ini melibatkan jantung dan otak dalam keadaan yang teruk.
ƒ Orang dewasa boleh juga dijangkiti tetapi pada kebiasaannya tidak serius.

Apakah Tanda-Tanda Dan Gejala Penyakit Ini?

• Demam ( suhu badan lebih dari 37.2 oC).


• Ruam atau lepuh di tapak tangan, kaki dan kadang-kala di punggung, lutut dan
siku.
• Ulser pada mulut
• Lepuh dalam mulut

Bagaimana Jangkitan Penyakit HFMD Dapat Dikawal Di Sekolah?

ƒ Sebelum memulakan kelas harian, setiap murid hendaklah diperiksa untuk


memastikan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda klinikal penyakit HFMD
ƒ Sekiranya terdapat tanda-tanda klinikal HFMD:
o ibu bapa hendaklah dimaklumkan dengan segera untuk membawa
kanak-kanak tersebut berjumpa doktor dan tidak kembali ke sekolah
sehingga kanak-kanak tersebut sembuh sepenuhnya.
o Maklumkan dengan segera ke Bilik Operasi HFMD yang terdekat
o Nasihatkan kanak-kanak tersebut untuk sentiasa mengamalkan
kebersihan diri seperti berikut:
o Membasuh tangan menggunakan air yang bersih dan sabun selepas
ke tandas, selepas bermain dan sebelum makan
o Menutup mulut ketika batuk atau bersin

o Disenfeksikan tandas dan bilik mandi menggunakan cecair yang


mengandungi campuran klorin (10% konsentrasi) sekurang-
kurangnya 2 kali sehari,

o Lapkan permukaan lantai, meja dan kerusi setiap hari untuk


mengelakkan pencemaran
Nasihat Kepada Pengendali Makanan Di Sekolah

o Membasuh tangan menggunakan sabun dan air yang bersih selepas ke


tandas serta sebelum menyediakan makanan.
o Menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin
o Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kantin
o Mencuci persekitaran kantin dan meja menggunakan cecair campuran klorin
(10% konsentrasi) sekurang-kurangnya dua kali sehari.
o Lapkan permukaan lantai, meja dan kerusi setiap hari untuk mengelakkan
pencemaran

Sekiranya Kanak-Kanak Pernah Dijangkiti HFMD Sebelum Ini, Adakah Ia


Boleh Mendapat Jangkitan Semula?

ƒ Ya. Semua kanak-kanak dan orang dewasa boleh dijangkiti semula.

Kenapa Ini Berlaku?

ƒ Ini berlaku kerana jangkitan boleh berlaku disebabkan oleh jenis virus yang
berbeza atau virus yang telah bermutasi.

Nombor Telefon Untuk Dihubungi

Daerah No. Telefon Daerah No. Telefon


JKN Sarawak +6 082 246350 Sibu +6 084 345862
Kuching +6 082 250037 Kanowit +6 084 752333
Bau +6 082 763116 Mukah +6 084 873302
Lundu +6 082 735311 Dalat +6 084 863618
Samarahan +6 082 673626 Matu +6 084 823744
Serian +6 082 874311 Daro +6 084 823744
Simunjan +6 082 803612 Kapit +6 084 796477
Sri Aman +6 083 322176 Song +6 084 777634
Lubok Antu +6 083 584105 Belaga +6 086 461545
Betong +6 083 472116 Bintulu +6 086 315235
Saratok +6 083 437379 Tatau +6 086 584619
Sarikei +6 084 656077 Miri +6 085 439854
Julau +6 084 734067 Marudi +6 085 755511
Pakan +6 084 717225 Limbang +6 085 211046
Meradong +6 084 693333 Lawas +6 085 283781

Untuk keterangan lanjut, sila layari halaman http://www.sarawak.health.gov.my

Anda mungkin juga menyukai