Anda di halaman 1dari 5

SOAL JAWAB PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN

1. Secara ringkas apakah sebenarnya penyakit tangan, kaki dan mulut


(HFMD) dan tanda-tanda penyakit ini?

• Ia selalu berlaku di kalangan kanak-kanak kecil kurang dari 10 tahun.


• Ia disebabkan oleh ‘enterovirus’.
• Terdiri dari 67 serotypes manusia; 3 serotypes poliovirus, 23 serotypes
Coxsackie A, 6 serotypes Coxsackie B, 31 serotypes Echovirus dan
enterovirus 68 hingga 71.

• Masa inkubasi adalah 3 – 6 hari.


• Masa yang paling bahaya (infectious) adalah dalam masa yang singkat
sebelum dan selepas gejalanya timbul.
• Gejalanya ialah demam, ruam (maculopapular / vesicle) di tapak
tangan dan kaki, ulser di mulut dan lidah, serta gejala dan tanda-tanda
jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).

• Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan


kanak-kanak kecil.
• Virus ini terdapat di dalam kerongkong dan najis, dan ia merebak
secara faecal-oral serta kontak dengan air liur dan najis mereka yang
berpenyakit.
• Hampir keseluruhan pesakit yang mengidap penyakit HFMD pulih
tanpa rawatan perubatan dalam masa 7 – 10 hari.
• Komplikasinya iaitu ‘aseptic or viral meningoencepahlitis’ dan / atau
‘myocarditis’ jarang berlaku.

2. Bila dan bagaimana penyakit ini pertama kali dikesan di Malaysia?

ƒ Tidak diketahui bila penyakit ini pertama kali dikesan di Malaysia


kerana tiada sistem survelan bagi penyakit ini.
ƒ Survelan penyakit ini dimulakan pada tahun 1998 apabila terjadinya
wabak HFMD berlaku di Sarawak pada tahun 1997,
ƒ Ia melibatkan 2628 kes dengan 31 kematian. Seramai 29 dari
kematian yang dilaporkan itu disahkan EV71.

3. Berapa kerap ia menyerang dan mengapa ia berlaku dalam tempoh


berkenaan?

ƒ Penyakit HFMD ini endemik di negara kita dan lain-lain negara.


ƒ Berdasarkan Sistem Survelan 1998, tidak ada tren tertentu di negeri-
negeri di Semenanjung dan Sabah. Namun begitu bagi Negeri
Sarawak, peningkatan kes HFMD berlaku setiap 3 tahun terutama
yang melibatkan EV71.

4. Setakat mana seriusnya penyakit ini di Sarawak pada masa ini?

• Jumlah kes yang dapat dikesan dapat dilakukan dalam masa singkat,
lebih-lebih lagi apabila pengesanan kes secara aktif (ACD) dijalankan.
Maka kita beranggapan kejadian ini agak serius.

5. Apakah punca sebenar penyakit ini di Sarawak? Ada yang


mengaitkan ia dengan pencemaran Sungai Rejang, adakah ia benar?

• Perkara ini masih belum dipastikan dan memerlukan kajian yang lebih
terperinci.

6. Kajian awal Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menunjukkan


bahawa virus EV71 yang menyerang kanak-kanak di Sarawak
berbeza sedikit daripada virus pada 1997. Apakah virus ini lebih
berbahaya berbanding sebelum ini?

• Wabak 1997 disebabkan oleh EV71 strain B2.


• Bagi kejadian 2006 ini, UNIMAS menyatakan EV71 yang diisolasi
adalah dari strain B5.
• Walau bagaimanapun kajian patogenisiti masih dibuat oleh UNIMAS
untuk memastikan sama ada strain ini lebih berbahaya atau tidak.

7. Bagaimanakah langkah Kementerian Kesihatan menangani masalah


ini di Sarawak serta pemantauan kebersihan di Taska dan langkah
pencegahan yang dilakukan Kementerian Kesihatan di seluruh
negara?

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menjalankan aktiviti di bawah


untuk menangani masalah ini:
• Pengesanan kes secara aktif (ACD).
• Memeriksa kes-kes yang dikesan.
• Triaging di klinik-klinik kesihatan untuk mengasingkan kes HFMD dan
merujuk ke hospital jika perlu.
• Mempertingkatkan kesiapsiagaan makmal dalam mengendalikan
spesimen kes HFMD untuk dihantar ke makmal di UNIMAS.
• Memeriksa taska, tadika dan pra-sekolah.
• Penutupan taska, tadika dan pra-sekolah dan sekolah rendah yang
mempunyai kes HFMD.
• Menyelia prosedur membasmikuman / premis terbabit.
• Pendidikan kesihatan kepada orang ramai melalui ceramah di radio
dan dewan orang ramai, risalah dan poster, dialog bersama pengamal
perubatan dan pengurus taska, tadika dan pra-sekolah.

Kementerian Kesihatan pula melakukan:


• Membuka Bilik Gerakan untuk mengambil tindakan yang perlu diambil.
• Mengeluarkan surat alert kepada semua negeri dan makmal (IMR dan
MKAK).
• Meningkatkan pemantauan penyakit HFMD di negeri-negeri lain.
• Menghantar pasukan bantuan dari Semenanjung ke Sarawak, seramai
42 orang terdiri dari Pegawai Kesihatan (6), Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran (12), Pembantu Perubatan (12) dan Jururawat
(12).
• Menyalurkan maklumat terkini ke semua Jabatan Kesihatan Negeri
dan agensi lain yang berkaitan.
• Mengemaskini laman web berkaitan HFMD yang boleh dilayari di
http://dph.gov.my/survelans/
• Mengadakan sidang akhbar dari masa ke semasa.

8. Penyakit HFMD di Sarawak, mempunyai kitaran peningkatan kes tiga


tahun sekali. Jadi, ia sudah dijangka oleh Kementerian Kesihatan,
mengapa masih berlaku kes dalam jumlah yang tinggi di Sarawak?

• Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumkan bahawa pada


awal bulan Februari 2006, didapati kes HFMD meningkat secara
mendadak; dan ia diikuti dengan kematian berturut-turut.
• Keadan ini menyebabkan public awareness telah dipertingkatkan.
• Berikutan itu juga, aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD)
melalui pencarian rekod dan pencarian kes di klinik-klinik swasta
dan kerajaan dijalankan. Semua klinik dan hospital juga diminta
melaporkan kes-kes HFMD yang dirawat dilaporkan ke Jabatan
Kesihatan.
• Faktor-faktor ini menjadi penyumbang kepada peningkatan kes
HFMD di Sarawak
• Walaupun bilangan kes HFMD tinggi, ia adalah hasil strategi
pengesanan awal kes bagi memastikan langkah-langkah kawalan
dan pencegahan boleh dilakukan secara individu bagi mencegah
transmisi jangkitan.
• Ia adalah sebahagian dari langkah-langkah kawalan selain dari
langkah penutupan taska, tadika, pra-sekolah dan sekolah rendah.
9. Kebiasaannya berapa lamakah tempoh masa diambil untuk kes
penyakit ini kembali menurun?

• Kes akan menurun jika langkah-langkah kawalan transmisi


dilakukan dengan sempurna.
• Jika arahan penutupan taska, tadika dan pra-sekolah yang
dikeluarkan tidak dipatuhi, maka transmisi jangkitan akan terus
berlaku.
• Apabila kanak-kanak pulang ke rumah, mereka akan merebakkan
jangkitan kepada kanak-kanak lain.
• Sekiranya langkah ini dibuat dengan berkesan, maka tempoh masa
untuk menurun kes HFMD ini dapat dikurangkan.
• Itulah sebabnya kita mengarahkan supaya mana-mana tempat
yang mempunyai dua atau lebih kes HFMD pada satu masa
inkubasi supaya ditutup; atau kanak-kanak tersebut tinggal di
rumah selama 7 ke 10 hari.

10. HFMD biasanya menjangkiti budak berusia 10 tahun tetapi kini tiga
kes budak berusia 13, 14 dan 17 tahun dijangkiti di Sarawak. Apakah
ini bermakna remaja juga terdedah dengan penyakit ini?

• Penyakit HFMD yang disebabkan oleh enterovirus boleh


menjangkiti semua peringkat umur.
• Kumpulan berisiko tinggi ialah kanak-kanak berumur 10 tahun,
terutama mereka yang tinggal di lokasi / premis yang ramai orang
seperti taska, tadika dan prasekolah.
• Golongan ini juga dikatakan kurang imuniti terhadap enterovirus ini.

11. Apabila seorang kanak-kanak dijangkiti, apakah yang harus


dilakukan oleh ibu bapa?

• Mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas
menukar lampin, mencuci najis kanak-kanak dan sebelum menyediakan
makanan.
• Anak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan:
• Jangan hantar anak ke sekolah / taska / tadika / pusat asuhan.
• Bawa anak berjumpa doktor. Jika tidak masuk wad, pantau
keadaan anak. Beri ubat demam dan makan minum seperti biasa.
Bawa ke hospital jika anak menunjukkan tanda-tanda seperti
demam tinggi, tidak mahu makan, letih lesu, menunjukkan gejala
neurologi seperti drowsy, irritable dan fits.
• Jangan pecahkan lepoh. Tutup lepoh pada tangan dan kaki dan
biarakan ia kering sendiri.
• Basuh tangan selepas menyentuh / merawat lepoh dan semasa
membuang najis.
• Jangan bawa anak ke tempat-tempat awam kerana boleh
merebakkan jangkitan.
• Bersihkan (basmikuman menggunakan larutan chlorine based)
permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.
• Pastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
• Gunakan peralatan makan dan minum yang berasingan untuk
setiap anak. Jangan kongsi barangan dengan anak-anak yang lain,
seperti sudu garpu dan mainan.

Anda mungkin juga menyukai