Anda di halaman 1dari 21

TINGKAH LAKU & PROMOSI

KESIHATAN: PEMILIHAN
UNTUK INTERVENSI

1
MENYENARAI TINGKAH LAKU

 Senaraikan tingkah laku yang menyebabkan


masalah kesihatan di kawasan berkenaan.

 Contoh tingkah laku berkaitan dengan wabak


kolera di Kampung Tabuan Lot, Kuching.

2
MENYENARAI TINGKAH LAKU

1. Menggunakan tandas yang tidak sempurna


atau membuang najis merata-rata.
2. Membasuh tangan secara tidak bersih
selepas ke tandas.
3. Meminum air yang tidak dimasak
4. Menggunakan air yang tidak selamat
5. Membiarkan makanan dihinggapi lalat.

3
MENGUTAMAKAN TINGKAH
LAKU

MENGUTAMAKAN TINGKAH LAKU YANG TELAH


DISENARAIKAN MENGIKUT:

 Kepentingan

 Kebolehan mengubah

4
MENGUTAMAKAN TINGKAH
LAKU
KEPUTUSAN TENTANG KEPENTINGAN TINGKAH
LAKU BERKAITAN MASALAH KESIHATAN DIBUAT
BERASASKAN:

 Data-data epidemiologi yang diperolehi (Cth: sumber penyakit


daripada siasatan kes)

 Peratusan kumpulan sasar yang berkelakuan sedemikian


(Cth: Kajian KAP).

5
MENGUTAMAKAN TINGKAH
LAKU

KEPUTUSAN TENTANG KEBOLEHAN MENGUBAH


SESUATU T/LAKU ADALAH DIBUAT BERDASARKAN
PENGALAMAN ANDA, TEMPOH MASA UNTUK
MELAKSANAKAN PROJEK INTERVENSI,
KEFAHAMAN KEBUDAYAAN/CORAK HIDUP
KUMPULAN SASAR

6
MENGUTAMAKAN TINGKAH
LAKU
a)Tingkah laku yang dianggap penting
mengikut keutamaan ialah:
1. Membuang najis merata-rata
2. Menggunakan air yang tidak selamat
3. Meminum air yang tidak dimasak
4. Membasuh tangan secara tidak bersih

7
MENGUTAMAKAN TINGKAH
LAKU
b)Tingkah laku yang dianggap boleh
diubah (dalam masa terhad) ialah:

1. Membasuh tangan secara tidak bersih


2. Meminum air yang tidak dimasak
3. Membiarkan makanan dihinggapi lalat
Tingkah laku berkaitan tandas dan sumber air dianggap lebih
menyusahkan untuk diubah
8
MEMILIH TINGKAH LAKU
 Boleh memilih semua tingkah laku tetapi
intervensi promosi kesihatan memakan
masa yang lama untuk mencapai
objektifnya.

 Untuk permulaan lebih sesuai memilih


salah satu tingkah laku untuk intervensi.

9
MEMILIH TINGKAH LAKU UNTUK
INTERVENSI
Tingkah laku Penting Tingkah laku kurang
penting

Tingkah laku mudah Meminum air yang Membiarkan


diubah tidak dimasak makanan dihinggapi
Membasuh tangan lalat
secara tidak bersih
Tingkah laku susah Membuang najis
diubah merata-rata
Menggunakan
sumber air yang
tidak selamat

10
MENYEDIAKAN OBJEKTIF
TINGKAH LAKU
 Satu penyataan apakah tingkah laku yang
ingin diubah, sejauhmana perubahan
tingkah laku dikehendaki, di kalangan
siapa dan bila perubahan tersebut
sepatutnya berlaku.

11
CONTOH OBJEKTIF
TINGKAH LAKU

 Sebelum akhir tahun 2008, sekurang-


kurangnya 80% pengendali makanan di
Kampung Tabuan Lot akan mengamalkan
cara membasuh tangan dengan bersih.

12
CONTOH OBJEKTIF
TINGKAH LAKU

 Peratusan ketua keluarga di Kampung


Tabuan Lot yang menghidangkan air
minuman yang telah dimasak akan
meningkat daripada 20% kepada 50%
menjelang akhir bulan November 2008.

13
PEMILIHAN TINGKAH LAKU
UNTUK INTERVENSI

 Penyakit Demam Malaria di Batang Ai,


Lubok Antu.

 Senarai tingkah laku yang menyebabkan


masalah malaria di Batang Ai adalah:

14
Tingkah laku penyebab Malaria
 Tidak mahu menggunakan kelambu
berubat
 Lewat mendapatkan pemeriksaan darah
apabila merasa demam
 Memakan ubat malaria tanpa mengikut
jadual rawatan
 Enggan memakan ubat “prophylaxis”
malaria semasa musim buah-buahan.

15
MENGUTAMAKAN TINGKAH
LAKU
Tingkahlaku yang dianggap penting mengikut
keutamaan:
 Lewat mendapat pemeriksaan darah
 Memakan ubat tanpa mengikut jadual
rawatan
 Tidak mahu memakan ubat “prophylaxis
 Tidak mahu menggunakan kelambu.

16
MENGUTAMAKAN TINGKAH
LAKU

Tingkahlaku mengikut keutamaan yang dianggap


boleh diubah (dalam masa terhad) ialah:

 Lewat mendapat pemeriksaan darah

 Tidak mahu menggunakan kelambu.

17
MEMILIH TINGKAH LAKU UNTUK
INTERVENSI
Tingkah laku Penting Tingkah laku
kurang penting

Tingkah laku mudah Lewat mendapat


diubah pemeriksaan darah
Tidak mahu
menggunakan kelambu
Tingkah laku susah Memakan ubat tanpa
diubah mengukut jadual
Tidak mahu makan
ubat prophylaxis

18
CONTOH OBJEKTIF
TINGKAH LAKU

 Menjelang bulan November 2008, 75%


penduduk di Batang Ai yang merasa
demam akan mendapat pemeriksaan
darah mereka dalam tempoh masa tidak
melebihi 3 hari.

19
CONTOH OBJEKTIF
TINGKAH LAKU

 Pada akhir tahun 2008, peratusan ketua


rumah yang mempunyai bilangan kelambu
yang cukup untuk isi keluarganya akan
meningkat dari 10% kepada 50%.

20
Kesimpulan

Promosi kesihatan perlukan intervensi


kepada masalah kesihatan yang spesifik
dan jelas. Ini berdasarkan kepada
kemampuan kita untuk menentukan yang
mana masalah kesihatan amat penting
dan mampu diubah.

21

Anda mungkin juga menyukai