Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG BESAR (UTARA)

02100 PADANG BESAR, PERLIS.

MESYUARAT JAWATANKUASA
DISIPLIN DAN PENGAWAS 2015 KALI-1
TARIKH
: 12 JANUARI 2015
HARI
: ISNIN
MASA
: 1.10 PETANG
TEMPAT
: BILIK MESYUARAT SKPBU
PENGERUSI : EN RIZAL BIN JUSOH
Kehadiran
1.
2.
3.
4.
5.
6.

EN Rizal B Jusoh
En. Badrul Munir Bin Omar
En. Mohd Husney Bin Redzuan
Pn. Siti Khadijah Binti Lee
Pn. Nadzirah Binti Zain
Pn. Norfazlina bt Abd. Rahman Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Agenda I
Aluan Pengerusi
1. Mengalu-alukan kehadiran AJK Disiplin dan Pengawas 2015 yang baru dilantik.
2. Beliau menyatakan Disiplin dan Pengawas adalah di bawah satu unit yang sama
tetapi dipecahkan supaya perlaksanaan aktiviti dan tugas serta tanggungjawab
dapat dilaksanakan secara lebih terperinci.
Makluman : Semua AJK
Agenda II
Isu Disiplin
3. Kehadiran murid ke sekolah perlu dimaklumkan dan ditetapkan selewat-lewatnya
jam 7.30 pagi. Murid-murid yang selalu lewat perlu selalu ditegur bagi
memastikan mereka tidak mengulangi kesalahan tersebut.
4. Kehadiran guru ke kelas dan kawalan kelas yang baik banyak membantu
membentuk disiplin murid. Penggunaan buku kawalan kelas perlu diberi
penekanan bagi mengenalpasti murid ponteng kelas.

5. Disiplin yang baik juga perlu ditunjukkan oleh setiap pengawas sekolah.
Penegasan perlu diberi kepada pengawas yang tidak menunjukkan prestasi yang
baik serta gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
Pelucutan jawatan boleh dilakukan dengan prosedur seperti merekod masalah
dan kesalahan, pemberian amaran dan perjumpaan dengan ibu bapa.
6. En.Husney mencadangkan kedudukan barisan murid di dataran perhimpunan
semasa perhimpunan rasmi setiap Hari Isnin diubah. Murid-murid tahun 1
diletakkan berhadapan dengan pentas dan diikuti murid Tahun 2, 3, 4, 5 dan 6 di
bahagian tepid an murid perempuan beratur di belakang murid lelaki mengikut
kelas.
Tindakan : Guru Disiplin
7. Susulan dengan perubahan kedudukan barisan murid, En Badrul juga
mencadangkan kedudukan guru di tapak perhimpunan juga diubah dari duduk di
kaki lima kelas ke sebelah hadapan pokok jejarum iaitu di sebelah kiri dan kanan
pentas. Ini adalah untuk membolehkan guru berada lebih dekat dengan murid
supaya disiplin murid di tapak perhimpunan dapat dikawal.
Tindakan : Guru Disiplin
8. Pergerakkan murid dari tapak perhimpunan ke kelas masing-masing akan diiringi
oleh pengawas hingga ke kelas.
Tindakan : Penyelaras Badan Pengawas
Agenda III
Perlantikan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas
9. Mesyuarat mencadangkan Mohd Nazhan dilantik sebagai Ketua Pengawas
manakala Nur Hafizah bt Badrul Hisham dilantik sebagai Penolong Ketua
Pengawas.
10. Majlis perlantikan pengawas sekolah dan penyampaian watikah perlantikan
akan dilaksanakan pada hari Isnin 16 Februari 2015 semasa perhimpunan rasmi
mingguan.
Tindakan : Penyelaras Badan Pengawas
11. Jadual bertugas perhimpunan rasmi dan jadual bertugas harian akan disediakan
oleh penyelaras dan ditampal di papan kenyataan Unit Hal Ehwal Murid dan di
hadapan sistem siaraya.

Tindakan : Penyelaras Badan Pengawas


12. Setiap kelas dari Tahun 1 hingga 6 akan ditugaskan dengan 3 orang pengawas
yang akan menjaga dan memantau kelas-kelas tersebut ketika perhimpunan,
pergerakkan masuk ke kelas selepas perhimpunan, ketika ketiadaan guru
semasa taklimat atau mesyuarat serta pada masa-masa lain yang memerlukan
pengawas memantau kelas-kelas tersebut.
Tindakan : Penyelaras Badan Pengawas
Agenda IV
Perancangan Program dan Aktiviti Disiplin / Pengawas
13. Kursus Kepimpinan Pengawas dicadangkan diadakan pada setiap minggu pada
hari rabu. Perjalanan kursus ini berdasarkan fokus kepada bidang-bidang
tertentu. Contohnya satu minggu untuk satu bidang sahaja seperti bacaan doa.
Kursus Kepimpinan Pengawas mengkhususkan tugas-tugas pengawas di
perhimpunan seperti pengacaraan majlis, pembacaan doa dan ikrar, menaikkan
bendera dan menguruskan sistem siaraya.
Tindakan : Penyelaras Badan Pengawas
14. Cadangan En. Abdul Bar pada mesyuarat pada 2013 iaitu mencadangkan guru
disiplin membacakan satu atau dua peraturan setiap minggu yang menyatakan
Tidak boleh bagi menggantikan perkataan Jangan dalam ayat pernyataan
peraturan dan mengadakan perjumpaan pengawas setiap minggu sebaik sahaja
selesai perhimpunan rasmi bagi melakukan post mortem tugasan pengawas
serta perlaksanaan tugas dan tanggungjawab pengawas sepanjang minggu akan
diteruskan.
Tindakan : Guru Disiplin dan Guru Pengawas
15. Bacaan doa pada setiap kali perhimpunan dan doa tersebut dibaca bersamasama bukannya dibaca oleh seorang pengawas. Ini bagi membolehkan muridmurid menghayati dan menyelami erti dan maksud doa yang dibaca.
Tindakan : Guru Bertugas Mingguan
Hal-hal Lain
16. PK HEM menegaskan guru bertugas mingguan perlu mengambil peranan yang
lebih ketika perhimpunan rasmi dan tidak hanya membiarkan pengawas
3

menguruskan perhimpunan terutama sekali ketika nyanyian lagu. Taklimat


kepada guru-guru akan dijalankan nanti.
Penutup
17. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mengharapkan jawatankuasa baru yang
kebanyakkannya terdiri daripada guru-guru baru dapat membawa kesan yang
positif dalam peningkatan tahap disiplin murid dengan adanya cetusan idea dan
aktiviti baru.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15 petang.
Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

..
(MOHD HUSNEY BIN REDZUAN)
Penyelaras Badan Pengawas,
SK Padang Besar Utara
02100 Padang Besar, Perlis

Anda mungkin juga menyukai