Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARA MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN SMK TERIANG HILIR 2008

ATURCARA
1 ACARA SUKAN
-

4 X 100M (Semua kelas)


Tarik tali antara rumah

2 ACARA PEGAWAI SUKAN

TEKS

CATATAN

Acara kemuncak sukan kita pada petang ini akan diteruskan lagi dengan Sebut No. Acara, Acara
.
dan kelas sahaja
RUJUK BUKU PERTANDINGAN
Untuk memeriahkan lagi sukan kita pada petang ini. Acara dimulakan
dengan memberi peluang pula kepada para ibu bapa, pegawai sukan dan
tetamu VIP untuk menunjukkan kehebatan diri masing-masing.
Untuk itu, acara akan dimulai dengan acara meniup belon hingga pecah
kepada ......
1. Acara untuk kaum Ibu
Seterusnya kita buka peluang pula kepada kaum bapa untuk meniup belon
hingga pecah.
2. Acara untuk kaum Bapa
Acara seterusnya disusuli dengan acara meniup belon sehingga pecah
kepada
3. Acara untuk para pegawai sukan
Bagi memeriahkan lagi majlis, acara seterusnya ialah mencari Harta Karun
Diminta para tetamu kehormat untuk mengambil tempa bagi acara ini.
4. Acara untuk tetamu VIP
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Yang gagal jangan berputus asa,
cuba lagi di tahun hadapan.

Acara kemuncak yang seterusnya ialah Tarik Talli Akhir di antara pasukan
rumah Merah dan Kuning. Diminta Guru pasukan rumah Merah dan Kuning
memastikan jumlah peserta mereka mencukupi.kerana acara ini akan
diberlangsung sebentar sahaja lagi.
Syabas kepada pasukan yang menang. Yang kalah jangan terus mengalah,
cuba tingkatkan usaha di masa akan datang.
3 PERBARISAN LINTAS
HORMAT

Upacara lintas hormat akan berlangsung sebentar lagi.


Untuk makluman para hadirin, lintas hormat ini melibatkan 4 kontigen yang
mewakili rumah sukan masing-masing. Upacara ini dianggotai oleh para
pelajar yang telah mendapat bimbingan dari guru koordinator rumah sukan
masing masing.
1. Lintas hormat didahului dengan pasukan rumah Merah. Pasukan ini
dianggotai dengan kekuatan seramai 33 orang dan dipimpin oleh adik Saiful
Zaini bin Nor Hisam sebagai ketua platun.
2. Diteruskan dengan perarakan kontigen rumah Biru. Diketuai oleh adik
Siti Radiah binti Zakaria sebagai ketua platun dan dianggotai dengan
kekuatan 33 orang pelajar.
3. Disusuli pula dengan pergerakan kontigen rumah hijau membuat lintasan
hormat. Dengan diketuai oleh adik Mohd Syafik bin Abd Aziz sebagai ketua
platun, pasukan ini memiliki kekuatan seramai 33 orang pelajar.
4. Lintas hormat terakhir adalah dari kontigen rumah Kuning. Kontigen ini
mempunyai kekuatan 30 seramai orang pelajar dan dipimpin oleh adik Syed
Mohsin bin Syed Kamal sebagai ketua platun.
Sekarang akan dinyanyikan lagu Negaraku. Dijemput semua hadirin berdiri
untuk menghormati lagu Kebangsaan ini.
Semua pelajar dibenarkan untuk duduk

4. KATA ALU-ALUAN
2

1. YB mej (b) Dato Lim Yong, ADUN kawasan Chennah.


2. Yang Berusaha . Wakil PPD Jempol
Jelebu,
3. Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG SMKTH, En. Dol Ramli B.
Mustafa , merangkap pengerusi bersama kejohanan olahraga
tahunan 2008.
4. Yang Berusaha Pn. Hjh. Rodiah binti Mohd Jan, Pengetua SMK
Teriang Hilir
5. Yang Berusaha Pengurus kejohanan olahraga SMKTH 2008, Pn.
Zaleha Meran
6. Yang Berusaha Guru-guru penolong kanan,
7. Yang dihormati barisan guru-guru, AJK PIBG, ibu bapa dan
8. Yang dikasihi para pelajar, hadirin hadirat sekalian.
5. BACAAN DOA

Dulang diukir penanda seni


Diukir bunga bertautan hati
Bacaan doa menyusul kini
Moga majlis diberkati Ilahi
Justeru majlis mempersilakan Ustaz Hamidi bin Tahar untuk melafazkan
doa.
Dipersilakan Ustaz...
Amin Ya Rabbal Alamin...
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadhil ustaz atas ucapan
doa sebentar tadi.

6 UCAPAN PENGETUA

Sidang hadirin...
Agenda seterusnya adalah, ucapan yang akan disempurnakan oleh Puan
3

Hajjah Rodiah bt Mohd Jan Pengetua SMK Teriang Hilir


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hajah Rodiah..
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua atas
ucapan beliau sebentar tadi.
7 UCAPAN YDP PIBG

Seterusnya majlis dengan hormatnya mempersilakan Encik Dol Ramli bin


Mustafa, Yang Dipertua PIBG SMKTH merangkap pengerusi bersama
Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Teriang Hilir 2008.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Dol Ramli kerana sudi
menyampaikan ucapan.

8 UCAPAN PERASMIAN

Tinggi rendah tingkah diulang


Silang tarian gemalai berseni
Semarak indah majlis gemilang
Ucap perasmian menyusul kini.
Dengan ini majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput Yang
Berhormat Mejar Dato Lim Yong ADUN Kawasan Chennah untuk
menyampaikan ucapan Perasmian Penutup Kejohanan Olahraga Tahunan
SMK Teriang Hilir 2008.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat
Mejar Dato Lim Yong ADUN Kawasan Chennah kerana sudi menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK
Teriang Hilir 2008.
Maka dengan ini rasmilah kejohanan kita pada kali ini.

9 PENYAMPAIAN HADIAH
CENDERAMATA

Majlis akan diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata


kepada para peserta.
4

1. Bagi acara...
Majlis dengan hormatnya mempersilakan Tn. Hj. Juhari bin Ab Hamid untuk
mengiringi En. Dol Ramli bin Mustapa, Yang Dipertua PIBG SMK Teriang
Hilir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
RUJUK KEPUTUSAN
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Dol Ramli bin Mustapa
kerana sudi menyampaikan hadiah.
2. Majlis seterusnya menjemput Pn. Hjh. Rodiah binti Mohd Jan untuk
mengiringi
wakil PPD untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
RUJUK KEPUTUSAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En
Kerana sudi menyampaikan hadiah.
3. Bagi menyampaikan hadiah yang seterusnya. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan En. Dol.Ramli bin Mustapa, Yang Dipertua PIBG SMK
Teriang Hilir untuk mengiringi Yang Berhormat Mejar Dato Lim Yong ADUN
Kawasan Chennah.bagi penyampaian hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
RUJUK KEPUTUSAN
Majlis merakam ucapan terima kasih kepada YB Dato Lim Yong atas
kesudian menyampaikan hadiah, sebentar tadi.
10. PENYAMPAIAN
CENDERAMATA

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung
5

Untuk itu majlis menjemput Yang Berusaha Tn. Pengetua Pn Hjh. Rodiah
binti Mohd Jan, untuk menyampaikan cenderamata penghargaan kepada
Yang Berhormat Mejar Dato Lim Yong
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan
Pengetua, Pn. Hjh. Rodiah binti Mohd Jan kerana sudi menyampaikan
cenderamata penghargaan.
11. PENUTUP

Kelip-kelip masuk ke corong


Corong sempit bertindih peti
Dua tiga kata terdorong
Jangan tiba masuk ke hati
Untuk itu, sebelum bersurai dijemput Tn. Pengetua untuk mengiringi YB
Dato Lim Yong untuk menikmati jamuan yang di Blok Asrama Lelaki.
Hadirin sekalian juga di jemput ke kantin bagi menikmati jamuan di tempat
yang disediakan.
Majlis kita sampai di sini. salah dan silap harap dimaafi. Segala kerjasama di
sanjung tinggi. Terima kasih sekalung budi.
Sekian, saya sudahi dengan lafaz yang mulia, Wabillahitaufik walhidayah
Wasalamulaikum Warahmatullahi wabaratuh.

Anda mungkin juga menyukai