Anda di halaman 1dari 2

Kursus Kemahiran Interpersonal & Komunikasi Berkesan

Kemahiran berkomunikasi bukan merupakan anugerah tetapi memerlukan latihan dan usaha
bagi memperkasakan diri dengan mempelajari dan mengamalkan kaedah-kaedah interaksi
dan komunikasi secara berkesan yang memberi nilai tambah kepada individu berkenaan. Dari
aspek pekerjaan, komunikasi di antara pengurus/penyelia dan pekerja merupakan prasyarat
bagi mewujudkan suasana kondusif, harmoni dan semangat berpasukan yang tinggi kearah
melahirkan kumpulan kerja dan individu cemerlang dan berprestasi tinggi yang berupaya
meningkatkan mutu perkhidmatan serta manambah produktiviti. Manakala, daripada aspek
bisnes, komunikasi yang berkesan dengan para pelanggan adalah penting bagi memastikan
kewujudan dan kejayaan dalam sesebuah organisasi. Tanpa pelanggan dan tanpa transaksi
perniagaan pastinya tidak ada keuntungan bagi sesebuah perniagaan.
Sebagai penjawat awam di dalam sesebuah organisasi, proses komunikasi melibatkan
individu-individu yang berlainan. Setiap individu mempunyai sikap, latar belakang, tahap
pendidikan, pengalaman dan pendedahan yang berbeza-beza. Faktor-faktor yang dinyatakan
ini kemungkinan besar akan memberi kesan kepada proses komunikasi berkesan. Kegagalan
dalam menguasai kemahiran berkomunikasi boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada
individu dan juga organisasi. Adalah penting untuk para pekerja mempelajari selok-belok
berkomunikasi dengan efektif dalam memudahkan proses pemindahan maklumat, delegasi
kerja dan juga mengelak daripada berlakunya konflik di kalangan pekerja, di antara
kumpulan dan juga di antara para pekerja dan pihak pengurusan.
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teori dan praktis berkomunikasi
secara berkesan. Penekanan diberikan kepada kefahaman tentang pengertian komunikasi dan
bagaimana komunikasi berlaku. Kemahiran yang diterapkan ialah kemahiran mencerap
(mendengar), penggunaan mesej lisan (verbal) dan bukan lisan (non-verbal) komunikasi dan
kendiri, komunikasi antara peribadi dan juga halangan di dalam komunikasi.
OBJEKTIF & MANFAAT
a.

a. Memberi pendedahan, kemahiran dari pelbagai aspek komunikasi yang menjurus kepada
keupayaan meningkat dan membangunkan personaliti dan kemahiran interpersonal.

b.

Memberi lebih keyakinan berkomunikasi yang melibatkan interaksi daripada pelbagai


peringkat dan lapisan dalam organisasi serta pelanggan.

c.

Mendedahkan peserta mengenai kaedah dan teknik-teknik komunikasi yang mampu


meningkatkan lagi prestasi kerja

d.
e.

b.

c.

d.

Kebolehan bercakap, mendengar dan berfikir secara efektif

Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kemahiran komunikasi dan interpersonal yang


baik untuk memajukan organisasi.
e.

f.

f.

Membina pengetahuan mengenai cara berkomunikasi dengan berkesan

g.

g.

Melatih cara berkomunikasi secara berkesan

h.
i.
j.

h. Membina kompetensi berkomunikasi dalam konteks antara peribadi, kumpulan, publik dan
antara budaya melalui pembinaan pengetahuan, motivasi dan kemahiran
i.
j.

Memahami proses komunikasi dan implikasinya terhadap keberkesanan pengurusan.


Mendedahkan peserta kepada teknik berkomunikasi diperingkat individu dan kumpulan.

k.

k.

Mewujudkan kerja sepasukan.

METODOLOGI Pendekatan latihan berdasarkan kepada ilmu, pembelajaran pengalaman


dan penggunaan kemudahan peralatan audio-visual dan melalui syarahan interaktif,
perbincangan, bengkel, sesi percambahan minda, tugasan dan persembahan membolehkan
peserta melihat peranan diri sendiri sebagai individu dan sepasukan. Peserta akan diberi
tugasan secara individu dan berkumpulan dan setiap aktiviti akan dipantau/disusul bagi
memastikan peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini.

MODUL KURSUS
1. Pengenalan Kepada Komunikasi Berkesan

Pengertian komunikasi

Fungsi komunikasi

Tujuan komunikasi
2. Proses Komunikasi

Penyampai maklumat

Penerima maklumat

Mesej atau maklumat


3. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Komunikasi Berkesan

Bahasa yang digunakan

Nada suara

Gaya / Stail Penyampai


4. Jenis-Jenis Komunikasi

Komunikasi Lisan

Komunikasi Bukan Lisan (non-verbal)

Anda mungkin juga menyukai