Anda di halaman 1dari 1

Nur Aliah Atikah binti Rajali,

No.73, Taman Sungai Kob, Sungai Kob,


Karangan,
09700 Kulim,
Kedah Darul Aman.

Pengarah Jabatan Sumber Manusia MBAS,


Tingkat 11, Menara MBAS,
Jalan Kolam Air,
05675 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

4 FEBRUARI 2016

Tuan,

PERKARA: SEBAB-SEBAB CUTI SAKIT TANPA MEMILIKI SIJIL CUTI SAKIT DARIPADA PIHAK
HOSPITAL/KLINIK.

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.
Saya Nur Aliah Atikah binti Rajali, no. ic 9607310255614, pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu'adzam Shah yang sedang menjalani kursus latihan industri di Majlis Bandaraya Alor Setar, di Jabatan
Perancangan Pembangunan. Untuk makluman tuan, saya sering kali mengalami sakit kepala dan perlu
ulang-alik ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang selanjutnya.

3.
Hal ini kerana saya disyaki mempunyai ketumbuhan dibahagian kepala. Pemeriksaan lanjutan
akan dilakukan pada 10 Mac 2016 ini untuk melakukan CT Scan dibahagian kepala. Oleh itu, saya ingin
meminta kebenaran dari pihak tuan jika pada suatu ketika saya tidak dapat hadir ke pejabat disebabkan
penyakit saya ini.

4.
Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan salinan pemeriksaan kesihatan saya untuk
rujukan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

............................................
(NUR ALIAH ATIKAH BINTI RAJALI)
Pelajar Latihan Industri POLIMAS
Jabatan Perancangan Pembangunan MBAS

Anda mungkin juga menyukai