Anda di halaman 1dari 9

Soalan Pemahaman

dan
Tatabahasa
Brenda Bestian
Jennifer Elanie Jaikin
Vianica Jimal

Soalan Berdasarkan
Petikan

PETIKAN PERTAMA

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberi.


Pada cuti semester yang lalu, ayah Ali membawa Ali memancing ikan di Sungai Simpangan. Ali
dan ayahnya sangat suka memancing ikan. Sebelum memulakan aktiviti memancing, ayah Ali
mengajar Ali cara-cara memancing ikan yang betul.
Semasa mereka sedang memancing ikan, Ali dan ayahnya berbual-bual tentang ikan kegemaran
mereka. Tiba-tiba, pancing Ali seperti ditarik sesuatu. Ali memegang pancingnya dengan kuat.
Tanpa berlengah lagi, bapa Ali segera membantu Ali menarik pancingnya secara perlahan-lahan agar
ikan tersebut tidak terlepas.
Ali sangat bertuah kerana mendapat seekor ikan yang merupakan ikan kegemarannya iaitu ikan
Talapia. Ali sangat gembira sehingga dia melompat-lompat ke sana ke mari dengan penuh girang.
Tanpa disedarinya, dia terpijak duri tajam yang terdapat di celah-celah rumput di tepi sungai itu.
Ali meraung kesakitan kerana tapak kakinya luka dan berdarah. Akhirnya, mereka terpaksa
pulang awal ke rumah. Sejak hari itu, Ali berjanji akan sentiasa berhati-hati dan menjaga adab dan
perlakuan semasa memancing agar tidak ditimpa kesusahan.

1)Apakah hobi Ali?


A. Menyanyi
B. Melancong
C. Memancing ikan
D. Berehat di tepi sungai

2) Siapakah yang mengajar Ali cara-cara memancing ikan yang betul?


A. Kawan kepada Ali
B. Ayah kepada Ali
C. Melalui pengalaman Ali
D. Kawannya yang membantu

3) Apakah perlakuan yang dilakukan oleh Ali sehingga tapak kakinya luka?
A. Ali melompat-lompat kegirangan
B. Ali terpijak pancing ikan
C. Ali berjalan-jalan di tepi sungai
D. Ali bermandi-manda di sungai

4) Apakah pengajaran yang diperolehi oleh Ali dalam cerita tersebut?

A.

Kita haruslah mengetahui cara-cara memancing yang betul

B.

Kita haruslah menjaga adab ketika memancing ikan

C.

Kita haruslah mambawa banyak umpan untuk memancing ikan

D.

Kita haruslah takut memancing ikan

SOALAN TATABAHASA

1)

__________ Mak Long tiba, ibu tiada di rumah.

A. Semasa
B. Setelah
C. Supaya
D. Sementara
2) Keluarga saya mungkin akan berpindah ke Kudat__________ ke Kota Marudu.
A. dan
B. lalu
C. atau
D. agar

3) Bantal yang sudah lama berada di dalam stor itu berbau__________.


A. hapak
B. hanyir
C. tengik
D. hancing

4) Sarah menyanyi dengan suara yang sangat _______________ sehingga membingitkan telinga para
penonton di stadium itu.
A. serak
B. garau
C. merdu
D. nyaring

Anda mungkin juga menyukai